Wednesday, 9 August 2017

So.Lek!

GINCU & GOL? Bukan, ini bukan cerita gincu dan gol lakonan Sazzy Falaq dan Fazura suatu ketika dulu. Ini Pasal gincu yang saya suka, gincu yang sesuai dengan kulit atau bibir. Mempunyai bibir macam Anita Sarawak adalah satu keistimewaan dan ada bibir kecil mungil macam Neelofa pun satu keistimewaan juga.
 
Antara kosmetik yang saya ada, diberi dan disuruh cuba..mana yang saya suka warnanya akan kekal lama dalam pouch ajaib saya. Mana yang saya tak berapa minat akan beralih kepada tuannya yang baru...
 Ya lah, bibir setiap orang mempunyai bentuk yang tidak sama walaupun secara umumnya ia adalah bibir. Ada suatu masa dulu, saya berpeluang berbual dengan seorang tauke kosmetik. Dia  wanita Cina berusia pertengahan 30-an dan cantik orangnya. Bibirnya mungil dengan pelipis mata yang tidak begitu jelas, namun pembayang mata menjadikan matanya tampak bulat dan cantik.


Dia tanya saya jika diberi peluang, apa yang saya ingin ubah pada wajah. Saya kata, saya mahu kecilkan bentuk bibir kerana dengan bibir yang saya ada kini, gincu saya cepat habis dan saya pula jenis yang suka mengenakan gincu pada bibir untuk elak kulit kering.
Merak dan Saadong yang diberi kepada saya dan kedua-duanya saya suka.
 Dia kata jangan, kerana dia suka bibir macam saya, ala-ala Anita Sarawak manakala saya pula suka bibir macam dia, kecil mungil. Betapa saya adalah manusia yang tak pernah puas dengan nikmat Tuhan pada masa itu. Dah elok-elok ada bibir cantik, nak kecilkan pula. Haishh! Tapi sekarang saya sedar dan gembira dengan apa yang saya ada kerana tak perlu suntik botox dan tak perlu buat pembedahan plastik untuk dapat bibir sempurna.

Biarlah orang nak cakap apa, saya tak peduli. Biarlah orang nak simbolkan bibir itu dengan apa, pun saya tak peduli. Yang saya tahu (dan sangat bersyukur) bibir saya sempurna dan sentiasa dioles dengan gincu berkualiti dan berjenama. Bukan saya beli, tapi saya diberi percuma, disuruh review dan nyatakan pendapat saya mengenai produk berkenaan. Ini nikmat kerja macam saya. Try new product and write your opinion about it. Mudah bukan? Tapi tidak mudah sebenarnya, bukan sekadar menulis, perlu ada knowledge sebenarnya untuk buat review barangan kecantikan ini.

Kebetulannya, kebelakangan ini banyak produk gincu baru ada di pasaran. Saya dah lama dengar mengenai gincu jenama So.Lek. Dan dah baca banyak review juga mengenainya, cuma tak berpeluang nak cuba, belum ada peluang membelinya. Ada juga saya beli/dapat gincu jenama lain seperti Dyan dan Madu Kosmetik.

Nak jadi cerita, ada satu pagi tu saya masuk office, ada satu gincu atas meja saya. Jenama So.Lek. Apa lagi, saya cuba terus kat bibir. Ahh hasilnya memang menggembirakan. Ia meluncur lembut pada bibir dan tidak kering, jadi bibir tidak menggelupas. Warnya pun sesuai dengan rona kulit saya. Meneliti bahan yang digunakan untuk pembuatan gincu berkenaan, ada Copernicia Cerifera (Carnaubo) Wax, Hydrogenated Polysobutene, Petrolatum, Cyclohexsiloxane, Silica, Titanium Dioxide, Tocopheryl Acetate, Collagen, Flavor , BHT, CI 77491, CI 42090 dan CI 77891. Ini semua adalah bahan-bahan asas dalam pembuatan kosmetik. Anda boleh buat carian di internet atau Google. Saya bukan saintis, jadi saya buat carian dan baca mengenai bahan yang digunakan. Setakat yang saya faham, bahan-bahan ini adalah bahan asas untuk kosmetik dan digunakan dalam hampir kebanyakan pembuatan kosmetik.

Dan berdasarkan pengamatan saya juga, gincu So.Lek ini adalah water base dan mudah dibersihkan. Dengan tekstur lembut dan halus, ia tidak mendatangkan banyak masalah pada bibir saya. Tak tahulah pula dengan bibir dengan orang lain. Ia sesuai dan serasi denga  bibir saya, mungkin tidak pada bibir anda.

Saya juga suka gincu ini kerana ada elemen tempatan yang sangat kuat. Pengasannya ialah Dahlia Nadirah, wanita Melayu berkelahiran Kelantan. Sebab itulah ada koleksi gincu So.Lek dinamakan dengan nama Saadong. Ada juga Merak, Teja dan beberapa lagi.


So.Lek akan terus ada dalam koleksi gincu saya. Harga pun berbaloi. Saya bernasib baik kerana gincu kedua dari koleksi So.Lek tiba lagi ke meja saya. Jadi saya sudah ada Merak dan Saadong. Highly recommended ya cik adik semua kalau nak cari gindu, go for So.Lek!

7 comments:

  1. ni lipstik ala-ala lipgloss tu... cantek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes dear Rapunzel. akak suka sangat kaler dia

      Delete
  2. Kalau aku pakai gak, ok tak? Sesuai dengan kebaya ahkak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahahaha ko memang, nanti mama kau tak kasi masuk rumah laa weiii

      Delete
  3. menariknye...boleh la rietta cuba....

    ReplyDelete
  4. Hi Sha,
    Need your advice on some writing project. Can u wassap me or telegram. I have lost my phone and your number Tq Sha

    ReplyDelete