Posts

Showing posts from July, 2017

Parghhhfum...

Image
Ketika saya bekerja di Bangsar dulu, saya guna perfume Guerlain. Dan tabiat buruk saya ialah kena spray tiga kali kat baju, baru puas hati. Kalau tak cukup tiga kali, rasa macam tak spray apa pun. Akhirnya, deria bau dah terlalu biasa dengan bau perfume berkenaan jadi saya tak dapat nak hidu bau perfume yang saya guna itu. Orang lain pula yang ada tanya apa jenis perfume kau guna eh, macam tertumpah satu tempayan minyak wangi laa...hahahah saya peduli apa, janji saya suka dan rasa yakin dengan apa yang saya guna.
Tugas saya di tempat kerja, selain buat artikel, saya kena turun ke tingkat 3 untuk cek page. Nama bilik tu Production Room. Ada dua tiga orang teknisyen yang bertugas dalam satu masa. Kadang-kadang sambil cek page saya bersembang dengan depa tanya pasal production etc. 
Ada sorang tu namanya Firdaus. Bin apa saya tak tahu. Brader ni mix parentage, mata biru cair dan kulit putih merah. Kalau tak silap saya dia campuran serani dan Melayu tapi darah orang putih lebih banyak pa…

Minggu yang menggembirakan...

Image
Aura Syawal masih terasa. hujung minggu ini saya ada tiga jemputan open house raya dan semua rasa macam kena pergi kerana ada hubung kait dengan lapangan kerja saya. Semoga saya ada kerajinan untuk memenuhi jemputan ini..
Ahad lepas, saya pergi satu open house raya..tuan rumah beria-ia jemput saya dan rakan, Syam. Dia sudah wasap kami berkali-kali supaya hadir dan jangan lupa jemputannya itu kerana dia tahu kami kalau dah diam di studio Little Syam, kami pernah dan boleh bekerja hingga larut malam.
Oh ya, pagi sebelumnya saya breakfast kat rumah Syam..rasa macam breakfast kat hotel je hahaha..

"Kak Sha, datang ya rumah saya. Ada open house.." "Ya Layli, inshaAllah.." "Datang tau, saya tunggu.." "Ya..nanti Ksha discuss dengan Ksyam." "Saya dah jemput Ksyam juga, Ksha boleh datang dengan dia. Lepas Zuhur. Mesti datang!" Katanya yang beria-ia menjemput kami. Dalam hati saya, saya kena cari jalan supaya saya boleh memenuhi jemputannya. Sa…

Kembali menulis

Dah berapa lama diam tak menulis, bila memandu nak balik rumah, macam-macam benda muncul dalam kepala otak. Bila sampai rumah, nampak katil tepi tingkap memanggil-manggil, lastnya lepas Isya pengsan, Pagi besok bangun menyesal sebab tak buat pun apa yang sudah dirancang dalam kepala sebelumnya. Begitulah saya, tak habis-habis ada alasan untuk mengelak dari menulis. Tapi benda ni macam merasuk pula, selagi tak menulis selagi itulah dok terbayang-bayang dalam kepala otak.
Bila sembang dengan blogger hardcore, saya pun jadi semangat nak menulis. Apa nak jadi ni, hidup makin singkat. Kenapa saya jadi malas begini? Elemen hantu setan apakah yang merasuk minda ini.
"Sha u tak update blog dah ke?" tanya Samsiah bulan lalu. "I update, tapi ikut mood.." . "Menulislah Sha, kalau u tulis buku, i orang pertama nak beli." "Ok, sedang diusahakan." "Dah letih telinga i dengar jawapan sama Sha." "Oh ya ke, I bagi jawapan sama eh?" "Ya.…