Tuesday, 31 May 2016

Selamat berangkat Sutung Umar Rs

Pagi tadi, sambil memandu ke PJ pada jam 5.30 pagi, aku berasa rindu kepada ramai orang sebenarnya. Sama ada mereka yang akan meninggalkan aku, atau aku yang akan pergi meninggalkan mereka...perasaan berbaur-baur, mungkin bertitik tolak daripada mesej ringkas mengenai kembalinya ke rahmatullah Sutung Umar Rs atau Wan Omar Ahmad, guru sastera yang aku kenali sejak 1991.


Sutung Umar nama besar dalam persada sastera tanah air. Anak muridnya bukan sedikit, tak terbilang ramainya. Kali pertama masuk kelas kendaliannya, dia letak seketul batu di atas meja aku.
Sutung: Apa yang awak nampak pada batu itu?
Aku: Seketul objek keras.
Sutung: Lagi?
Aku: Berat..
Sutung: Lagi?
Aku: Kuat..
Sutung: Ok, tulis apa saja yang awak nampak pada batu itu..
Aku:..hmm...



Batu
tak terjangkau terjal kerasnya
pun begitu, bisa lekuk oleh titisnya air
namun
hati yang lembut itu
lebih keras dari degil seketul batu


Akhirnya siaplah sebaris puisi instant ketika aku jadi student Sutung.

Hari ini, kembali sudah dia kepada penciptaNya. Tidak terhitung jasa ilmunya yang sudah dicurahkan untuk kami. Selamat berangkat ke negeri barzakh Allahyarham Wan Omar @ Sutung Umar Rs.

Al-Fatihah..

No comments:

Post a Comment