Thursday, 12 May 2016

Dirai dan meraikan..

..sambil lipat kain selimut yang berselerak dalam bilik Kak Ida, aku perasan rumah sunyi sepi. Bilik Kak Ida pun bersepah-sepah dengan kertas dan play doh yang Kak Esah dan Kak Lala main kejap tadi. Botol susu A'im ada tepi katil. Spek mata Aqer atas meja dan seluar Ashraff selonggok tepi katil. Kak Intan tak tau p mana, tengok tv rasanya.  Kak Jah (kakak aku dan kami anggap dia macam guardian kami sejak mak dan abah dah x ada) dan Leli (adik aku yang no 4)  pun hilang.

Inilah situasi rumah pusaka arwah Mak kat kampung kalau ramai balik hujung minggu atau cuti. Aku balik empat hari, kebetulan tarikh ini saja yang percuma (free katanya). Kebetulannya, Leli sekeluarga pun balik juga dari Muadzam. 

Jadi riuhlah rumah ini. Sistem panggilan kami dalam keluarga semuanya bermula dengan 'kak' sebagai membahasakan individu yang lebih senior kepada anak buah yang paling kecil. 

A'im - 5 tahun
Aqer - 9 tahun
Ashraff - 10 tahun
Kakak Esah - 11 tahun
Kakak Lala - 10 tahun
Kak Intan - 16 tahun
Kak Ida - 17 tahun

Ada dua lagi, Ee 9 tahun dan Nini, 7 tahun, mereka tak balik kg sebab ibu mereka yg bekerja sebagai guru ada kelas ganti.

Jadi kalau balik kampung, bilik Kak Ida akan jadi port bermain budak-budak ni. Mak-mak depa akan switch on aircond dan mainlah korang dalam bilik tu, lompat sana, kejar sini, terjun sana, gaduh sini, bertumbuk sana, menangis sini. Tak ada sapa nak larang, tapi kalau sorang je start main kat luar bawah panas terik matahari, banyak suara akan menjerit minta mereka masuk balik main dalam rumah sebab takut demam.

Dan aku adalah mami yang garang tapi depa suka sbb walaupun garang, kalau depa minta apa-apa, dapat je. Ok sambil lipat kain, tetiba datang si Aqer dengan mengah, mamiiiiii..maklong (Kak Jah)  panggil. Cepat mami....

Hahh...suspen la mami bila Aqer datang berlari panggil gitu. Bila keluar je dari bilik (kain x habis lipat lagi) gelap gelita..lampu padam.

Maklong oiii tok bayar bil letrik kah?
Bayar mami, jap deh...nak buka suis lampu...

Blinggggg!!!!! Happy birthday mami!!!! Ohh rupa-rupanya depa ni berpakat satu rumah nak kenakan mami. Atas meja ada kek dan macam-macam makanan. Surprise laa mamiiiii! Patutlah semua senyap dan behave, tak sabar nak kenakan mamiii rupanya.

Sambutan hari jadi yang sangat bermakna dan manis. Bila usia semakin tua, kita semakin melupakan hari tertentu dalam hidup. Mungkin disebabkan faktor usia, masa atau tiada apa yang hendak diraikan lagi walaupun setiap hari banyak benda yang boleh diraikan.

Aku buat sentiasa: raikan kawan dalam talian dengan wish apa-apa yg patut supaya mereka gembira. Tak bersua pun tidak mengapa asalkan mereka tahu aku sentiasa ingat mereka, justeru, 'selamat pagi' atau 'have a great time ahead' pun sudah cukup membahagiakan di hati mereka yang membacanya.

Jadi, dah wish apa kat kawan atau pasangan anda pagi ini?

Ini kek yg depa tunggu..RM50 je..walaupun murah, rasanya sangat sedap...tq Kak Jah..
Tak sabar semua nak tunggu mami potong kek..

8 comments:

  1. happy belated beday kak. lama x kmen kat blog'hehe
    ye betul tu, bkn kek @ hadiah mahal
    wish tanda ingatan pun cukup brmakna

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Irfa, sepanjang hidup lebih empat dekad, tak banyak hari jadi yang diraikan irfa..cuma kali ini akak rasa sangat bermakna sebab diraikan di rumah arwah emak di kampung oleh anak-anak buah dan adik beradik...terkesan sangat.

      Delete
  2. seronok LW dapat suprise dari anak2 buah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Acik, walaupun hanya kek berharga RM50..kasih sayang mereka tu buat saya happy:)

      Delete
  3. Hamboihh...seleberet bessday no......mailah balik kl kita pi seleberet minum teyy kat Liyas sampai lebam!...hahahahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah kemain nak kenakan ceq na...okeh nak claim tea liyas naa...

      Delete