Thursday, 7 January 2016

Mati..

Kalau kat studio, kami selalu dok cakap pasal mati dan saling berpesan-pesan macam dalam drama. Samsiah kata, kalau dia mati, dia minta tolong aku baca Al-Fatihah untuk dia dan aku pulak kata kat Samsiah, kalau aku mati dulu, ambillah kain-kain untuk kraf kat dalam bilik aku dan ambil juga segala manuskrip yang dah siap atau tak siap yang dok ada kat dalam bilik tu juga. Bilik tu kira macam gudang..segala mak nika kain dan berpuluh-puluh buku ada di dalamnya. Penyudahnya kami ketawa walaupun dalam hati ada insaf dan gusar kerana kematian semakin dekat dengan kami.

Normally, kalau org sambut harijadi, kita lazim ucap 'semoga panjang umur.' Ironinya, ucapan itu mengingatkan kita pada kematian yang semakin hampir. Jadi, untuk tidak berasa sedih atau risau, senang citer aku ucap selamat hari jadi diikuti dengan 'semoga sentiasa dalam rahmat Allah' kerana dengan rahmat Allah kita mungkin menjadi individu yang neraca timbangannya berat ke arah syurga. Tapi kalau harap rahmat Allah saja, amal ibadat dan kebaikan lain tak ada buat...ini sudah lain cerita.

Jadi setiap kali bawa kereta, aku suka ja nak ingat pasal mati. Pagi ni, keluar rumah jam 5.45 pagi nak p keje kat PJ. Gigih sungguh walhal PJ tu tak jauh dr Sg Long. Tapi disebabkan jalan jam dan nak dapat parking dekat dengan gate office, aku sanggup. Orang kata, sentiasa ada jalan penyelesaian kan jadi kalau tak nak terbabit dengan jam, keluar rumah awal. Kalau tak nak rasa panas kala memandu, keluar rumah ketika matahari belum terbit.Senang!

Dalam perjalanan, ada sebuah VW Beatles warna putih terbalik di tengah-tengah hiway dengan keempat-empat tayar ke atas dan pintu juga rabak. Dalam perjalanan yang sama, tiga lagi kereta tersadai tepi jalan. Aku tak tahu nasib mereka bagaimana. Berhati-hatilah ketika memandu..dan-dan tu juga aku pegang stereng lagi kemas macamlah boleh selamat dari kematian dengan memegang kejap stereng kaku itu.

Moralnya, berhati-hati ketika memandu dan maut tidak mengenal masa, usia, ketika dan siapa kerana Allah telah menerangkan kematian itu tidak pernah terlambat atau tercepat walau sedetik pun terhadap hambaNya.

Hmm...kematian semakin dekat dengan kita...berlegar-legar pada jarak yang semakin dekat..

3 comments:

  1. Berpesan-pesan yang semacam ini sememangnya sangat bagus.. & walau ironi nyer ada antara kita hanya rasa insaf sekejap shj.. itu lebih baik dari tak insaf langsung.

    P/s;
    LW.. Jom kita pi negeteh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Kak Sham, betul kan..untuk peringatan diri sendiri. yang tak ingat tu tak leh nak kata apa aa hehe

      Jom kita set date mengeteh:)

      Delete
  2. Igt mati lebih baik dr lgsung x igt mati
    Kan?

    ReplyDelete