Posts

Showing posts from 2016

Salmon dan protein...

Image
Ikan goreng, menu paling mudah nak melakukannya kalau kat dapur sendiri. Lepas letak kunyit dan garam zass jer dalam kuali kan tapi lain jenis ikan mungkin lain kaedah menggorengnya. Kalau aku sendiri suka ikan selar kuning yang kecik je saiznya sebab bila goreng dalam minyak panas, ia akan jadi rangup dan sekor tu boleh makan untuk dua suap nasi je, jorang makan ikan apa?
Walau apa pun, ikan adalah sumber protein. Kita selalu dengar, kalau siapa nak diet bagus ambil hidangan ikan kerana ia adalah sumber protein dan protein berguna untuk keperluan tubuh badan. Tak payah nak risau pasal lemak sebab lemak ikan tak memudaratkan. Lagipun sesetengah spesies ikan mempunyai kandungan Omega-3 yang tinggi dan kebaikan omega 3 korang semua dah tau kan. Kalau tak tahu juga, boleh google mengikut kapasiti sendiri.
Arwah Abah dulu sentiasa pesan, jangan takut nak makan ikan laut dalam kerana ikan laut dalam ni selain isinya sedap, khasiatnya pun lebih bagus. Sebab tu kalau tuna, mahal juga hargan…

Dua kali silap jalan tapi berbaloi..

Image
Kalau bab memandu, aku memang fail. Ada waze pun tetap fail sbb ketidakmahiran membaca peta ketika zaman ROTU (Reserve Officer Traing Unit) sekitar 1992-1994 dulu terbawa-bawa hingga kini. Ya, jadi aku terima kenyataan ini adalah kelemahan nombor wahid tapi banyak perkara yang dipelajari ketika sesat jalan. Sebab itu ada pepatah kalau kita sesat, kembali ke pangkal jalan.
Ok, bukan nak cerita pasal sesat sebenarnya. Yang nak dishare di sini ialah workshop memasak di Kolej Komunit Selayang (KKS). Ya lah kan, memandu dr Sg Long ke Selayang, jauh juga dan sambil nenong-nenong sesat tu aku sampai juga ke KKS disebab semangat nak belajar memasak berkobar-kobar. Kalau tengok menu yang akan diajar, memang lumayan sangat dan ia adalah percuma untuk kami yang dalam bidang media ini. Kalau tak silap aku, bayaran sepatutnya RM60+- tapi disebabkan kursus ini adalah jemputan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) jadi ia adalah percuma untuk media.
Aku sampai di KKS tepat jam 10 pagi dan diajak ke c…

Annie number 5!

To: Dear Josiah, i really hope to see you soon. Your hair must be more curly and you are brilliant! Don't grow fast baby. Love you. Muahhh!

Siapa Josiah??? Siapa dia? Kenapa aku ingat dia sampai sekarang walaupun dah hampir dua tahun tidak bersua dengan dia?

Ketika bekerja di kafe di Brockley, antara pelanggan setia yang selalu aku jumpa ialah Becca Alfred, seorang wanita tempatan berkulit putih yang sangat baik budi bahasanya. Setiap Rabu, Becca akan muncul di kafe kecil itu bersama anak lelakinya, Josiah. Josiah atau lebih mesra dipanggil Siah (Sai Yah) adalah budak lelaki yang aktif dan bijak,

Becca akan bertanya kepada Josiah apakah yang ingin dimakan setiap kali masuk kafe tempat aku kerja. Biasanya time mereka datang customer dah tak ada sebab dah petang hari, jadi aku pun sempatlah layan Josiah bercakap dan bermain. Dia suka sangat minta mini car yang kami jadikan sebagai penunjuk tanda harga dalam chill. Setiap kali dia minta, aku akan bagi satu kereta kecil. Sambil minum dia…

Kedai kopi Jaslyn Cake

Image
Hujung tahun buat aku ingat banyak perkara. Kalau zaman kerja di kilang kertas dulu, masa nilah nak kecut perut sebab bos nak buat appraisal, masa ni lah nak kira duit nak bayar hutang yang ada dan masa ni jugalah nak cek list perkara yang belum settle, tapi bila dah tak kerja, tak ada apa dah nak pening. 
Ibarat kata, bila kita meningkat usia maka kehidupan pun menjadi semakin slow dalam setiap tindak tanduk, tapi hakikatnya masa semakin pantas bergerak menuju negeri akhirat. Memanglah kita selalu dengar kata-kata sekarang ini kalau nak mati, tak semestinya orang tua. Orang yang berusia muda pun mati kalau sudah sampai masa seperti dijanjikan Allah. Jadi jangan ingat orang muda lambat lagi nak mati, dan jangan ingat dah tua tu esok lusa akan mati. Yang penting rebut peluang yang ada untuk topup amal ibadat buat bekal ke negeri akhirat. Buat apa-apa kerja yang tertangguh yang sebelum ini tak sempat buat dan hiduplah dalam kegembiraan. Ehh ini aku punya falsafahlah, tak tahulah pula bag…

Nasi Lemak Kak Long Kawasan

Betapa susahnya nak mula menulis kembali setelah berbulan-bulan tidak membuat sebarang entry. Tiada alasan, tiada sebab dan tiada kata-kata sesuai nak kata, kenapa tak boleh menulis. Walhal kalau kat opis tu kalau Editor kata kena buat artikel 6 mukasurat, aku boleh je speed dalam masa dua atau tiga jam nak siapkan artikel (inipun kalau ikut kamus reporter senior, dah kira lambat sangat).

Kali ini kena istiqomah untuk menulis, banyak perkara boleh selesai kalau aku menulis. Kalau arwah Mak ada, dia akan cakap 'banyak hala dari rimau' maknanya banyak hal yang tidak pasti berbanding hal yang wajib dibuat. Oh ya, dalam bahasa dan istilah Kelantanese, hala adalah sejenis harimau jadian. Jadi maksudnya banyak perkara jadi-jadian yang sekejap ada sekejap tak ada berbanding hal yang sudah sedia wujud. Abaikan saja pasal hala dan rimau ini..

Minggu ni banyak perkara berlaku. Aku jenis tak berapa nak aktif atau tak reti sangat nak menulis kat FB, masuk baca dan layan like je. Bila on F…

Proposal

Bila setiap kali hantar mesej, dia tulis "Mary, will you marry me?"
Kau rasa dia main-main atau memang dia tak main-main?

Lepas tu bila hantar mesej lagi, dia kata Mary Mary come marry me, kau rasa dia gila ke apa?

Lepas tu dia kata lagi, am serious! (Kau ingat aku tak tergoda nak kata YES!)

Hmmm...western la sangat.

Lepas tu dia cakap lagi dia rasa dia ugly..(sebenarnya aku tau dia nak suruh aku kata dia gojes..puiii).

Lepas tu dia buat gila pukul 1.30 pagi aku baru nak start bermimpi dia telefon kata I can.t sleep, kau ingat aku peduli? Aku kata minum teh hijau der, dia kata dia ada Lipton jer, naseb kau!

Sampai la ni aku tunggu proposal dia. Kalau bulan September ni tak sampai juga proposal tu kat tangan aku, aku nak erase je dia ni. Sebab bulan September aku dah tak cukup masa nak baca buku..masa tu tak de sapa dah nak layan kau John Labu aka dracula tertumpah clorox!



K, bye!

Marah atau ikhlas?

Apa kau rasa bila kau berpenat-penat masak untuk tetamu klasik kau yang seringkali meninggalkan calar pada hati kau, tiba-tiba minyak panas terpercik pada kulit kau, pada leher, pada dada dan pada wajah..

Dan kau hanya mampu kata 'shit' saja dan bila dah siap hidang, tetamu kau datang makan dengan pujian melangit kata sedap dan mereka tak tahu bahawa kulit kau dah melecur dan kau pula sedikitpun tak boleh nak tunjuk akan kemarahan kau terhadap mereka.

Adakah tetamu kau datang dengan mantera supaya perasaan marah kau menikus atau kau memang miliki hati putih?

Wasap tak dikenali..

Aku selamanya rasa bertuah sebab pernah bekerja sebagai wartawan. Bukan setahun dua, Bila dicampur tolak kira bahagi, semuanya hampir 20 tahun. Bukan saja menulis pasal fesyen, beauty, food review, travel dan seminar, kes mahkamah syariah, politik dan report pun ada ditulis kerana memenuhi keperluan kerja. Nasib baik juga tak pernah buat artikel pasal gossip kerana gossip tu ada yg sekadar gossip dan kita tak tahu kesahihannya. Jadi, mujur sangat aku tak menulis pasal artis atau hiburan..cumaa errr suka la juga baca pasal gossip. Suka baca je tau, bukan tulis..
Kisahnya, entah berapa banyak pendedahan yang sampai ke corong telinga aku. Entah berapa banyak email kisah rahsia yang masuk ke dalam box aku dan entah berapa banyak yang aku luangkan ketika menemubual mangsa. Dan semua yang ditulis adalah dengan kebenaran bersyarat, iaitu menggunakan nama samaran. 
Dan pagi semalam, aku sampai tempat kerja agak awal, Sempat cek email dan baca berita online. Tiba-tiba ada satu wasap masuk. No…

Selamat berangkat Sutung Umar Rs

Pagi tadi, sambil memandu ke PJ pada jam 5.30 pagi, aku berasa rindu kepada ramai orang sebenarnya. Sama ada mereka yang akan meninggalkan aku, atau aku yang akan pergi meninggalkan mereka...perasaan berbaur-baur, mungkin bertitik tolak daripada mesej ringkas mengenai kembalinya ke rahmatullah Sutung Umar Rs atau Wan Omar Ahmad, guru sastera yang aku kenali sejak 1991.

Sutung Umar nama besar dalam persada sastera tanah air. Anak muridnya bukan sedikit, tak terbilang ramainya. Kali pertama masuk kelas kendaliannya, dia letak seketul batu di atas meja aku. Sutung: Apa yang awak nampak pada batu itu? Aku: Seketul objek keras. Sutung: Lagi? Aku: Berat.. Sutung: Lagi? Aku: Kuat.. Sutung: Ok, tulis apa saja yang awak nampak pada batu itu.. Aku:..hmm...


Batu tak terjangkau terjal kerasnya pun begitu, bisa lekuk oleh titisnya air namun hati yang lembut itu lebih keras dari degil seketul batu

Akhirnya siaplah sebaris puisi instant ketika aku jadi student Sutung.
Hari ini, kembali sudah dia ke…

Dirai dan meraikan..

Image
..sambil lipat kain selimut yang berselerak dalam bilik Kak Ida, aku perasan rumah sunyi sepi. Bilik Kak Ida pun bersepah-sepah dengan kertas dan play doh yang Kak Esah dan Kak Lala main kejap tadi. Botol susu A'im ada tepi katil. Spek mata Aqer atas meja dan seluar Ashraff selonggok tepi katil. Kak Intan tak tau p mana, tengok tv rasanya.  Kak Jah (kakak aku dan kami anggap dia macam guardian kami sejak mak dan abah dah x ada) dan Leli (adik aku yang no 4)  pun hilang.
Inilah situasi rumah pusaka arwah Mak kat kampung kalau ramai balik hujung minggu atau cuti. Aku balik empat hari, kebetulan tarikh ini saja yang percuma (free katanya). Kebetulannya, Leli sekeluarga pun balik juga dari Muadzam. 
Jadi riuhlah rumah ini. Sistem panggilan kami dalam keluarga semuanya bermula dengan 'kak' sebagai membahasakan individu yang lebih senior kepada anak buah yang paling kecil. 
A'im - 5 tahun Aqer - 9 tahun Ashraff - 10 tahun Kakak Esah - 11 tahun Kakak Lala - 10 tahun Kak Intan…

Al-fatihah..

Saya kenal beliau sejak 1996, sejurus menjejakkan kaki ke Berita Harian. Saya tercari-cari siapakah yang bernama Zoy kerana sejak di sekolah menengah, saya sudah mengenali kartus lukisan beliau di akhbar berkenaan. Jadi apabila diterima bekerja di akhbar ini, saya tidak melepaskan peluang mencari beberapa nama yang saya kagumi seperti Manja Ismail (Datuk Manja Ismail), Sally Si Janda Joran dan beberapa lagi nama.
Kebetulan lagi, selain bertugas sebagai wartawan, saya turut ditugaskan membuat page Joran dan kadang kala terpaksa berurusan dengan individu bernama Zohri Sukimi yang mana beliau adalah Zoy yang saya sudah kenal menerusi kartus lukisannya terlebih dahulu.
Seorang yang sangat dedikasi dengan tugas, berpengalaman dan tidak lokek ilmu. Banyak ilmu grafik yang saya sempat kutip dari beliau sepanjang bertugas di Berita Harian. Meskipun sudah hampir tiga tahun meninggalkan bangku wartawan di Berita Harian, saya tetap dan masih ingat jasanya mengajar saya ilmu grafik dan pengkompu…

Nasi lemak sedap Jalan Foxberry..

Image
(TERIMA KASIH PENAJA KERANA MENAJA ENTRY INI)
Sambil memandu nak pi office jap tadi, imej nasi lemak tetiba muncul dalam bayangan minda. Bersilih ganti rupa paras nasi lemak tu, Ada nasi lemak RM1, ada yang RM4.50 dan ada yang berlabel RM6. Ceitt nasi lemak pun ada harga diri. Memang tak boleh elak, kena cari juga nasi lemak singgit yang kecik comei tu, kalau tak dapat makan nasi lemak bungkus comei tu, rasa macam tak lengkap pulak hidup. (Nafsu makan, hagak-hagak lah sikit, kata nak diet!)
Ya, sapa tak suka nasi lemak? Sesungguhnya anda berada dalam kerugian kalau tak suka menu marvellous kegemaran satu Malaysia ni, rugi sangat. Kenapa? Sebab nasi lemak pada aku, adalah menu evergreen, verstaile and sophisicated. Letaklah ceruk dapur mana pun, nampak kena je dengan peribadi dapur tu. Dapur arang ke, dapur moden ke, sahih nasi lemak melengkapkan penampilan dapur.
Jadi, sebagai food lover atau dalam erti kata lain 'kuat makan' aku suka je nak cari formula nak buat sambal nasi …

Mati..

Kalau kat studio, kami selalu dok cakap pasal mati dan saling berpesan-pesan macam dalam drama. Samsiah kata, kalau dia mati, dia minta tolong aku baca Al-Fatihah untuk dia dan aku pulak kata kat Samsiah, kalau aku mati dulu, ambillah kain-kain untuk kraf kat dalam bilik aku dan ambil juga segala manuskrip yang dah siap atau tak siap yang dok ada kat dalam bilik tu juga. Bilik tu kira macam gudang..segala mak nika kain dan berpuluh-puluh buku ada di dalamnya. Penyudahnya kami ketawa walaupun dalam hati ada insaf dan gusar kerana kematian semakin dekat dengan kami.
Normally, kalau org sambut harijadi, kita lazim ucap 'semoga panjang umur.' Ironinya, ucapan itu mengingatkan kita pada kematian yang semakin hampir. Jadi, untuk tidak berasa sedih atau risau, senang citer aku ucap selamat hari jadi diikuti dengan 'semoga sentiasa dalam rahmat Allah' kerana dengan rahmat Allah kita mungkin menjadi individu yang neraca timbangannya berat ke arah syurga. Tapi kalau harap rahma…

Masa..

(Video dikir barat ini tak ada kena mengena dengan cerita, saja letak sini sebab aku suka instrument dan style mereka. Group Aswara)


Tidur bangun, tidur bangun, sudah enam hari aku hidup di tahun 2016! Sekejap sungguh masa berlalu, tidak pernah terlambat pun..tak pernah menipu walau sedetik, aku je yang selalu menipu diri sendiri..macamlah detik waktu itu menunggu aku. Dah kunci jam nak bangun jam 5 pagi, bila jam menjerit, celik mata sipi-sipi pada jam dinding..ahh bagi masa tambahan lagi lima minit. Bukan lima minit, jadi lima belas minit terus. Dah 15 minit lari dari jadual asal. Lain kali tak boleh buat perangai malas gini, rugi!
Pagi ni L wasap, ucap Happy New Year dan di hujung ayat ada emoticon red lips...cehh wasap memujuk, dah terlalu lambat bruhhh...tak de apa lagi nak wish.
F pun bagi tahu dia rasa kerdil dan miskin sebab harga minyak dan gas jatuh merudum so pendapatannya turut merosot sedangkan ada anak nak kena feed. Ok aku simpati, keluarlah ayat moral support sebaris …

Marah...

Kami selalu dok wasap sebelah petang kalau free. Kadang-kadang pagi pun ada kalau dia free. Konon-konon macam ketuk pintu rumah...knock! knock! knock! Anybody at home...katanya. Selalunya aku kata, im in a kitchen..tea is ready dan kami pun sambung wasap sambil minum tea dan makan mee goreng. Walhal dia dok ada beribu beribu km dari Sg Long. Baikk punya kawan, berlakon. Ya kehidupan seperti pentas opera dan kita sendiri adalah pelakonnya.

Dalam leka memainkan watak di pentas opera, ada kala kita marah, kadang kala kita suka dan ada ketikanya buntu atau hilang arah. Lantas apabila hilang arah, manusia mencari diri. Bercakap pasal marah, boleh gugur talak kalau tidak mengawal marah. Boleh tumpah darah kalau membiarkan amarah membakar diri dan boleh hilang banyak perkara jika membiarkan marah  menguasai diri.

Sambil bawak keta nak p cari makan kais pagi makan pagi jam 6.30 pagi hari ni, aku dengar Dt Dr Fadzilah Kamsah kata, marah boleh dikawal dengan diet. Kerana katanya apabila kita di…

Jelita baru 2016

Image
Selamat berlalu pergi 2015. Apa yang boleh saya rumuskan, ia meninggalkan rasa yang pelbagai dalam jiwa saya. Pelbagai kerana ada rasa gembira, sedih, marah, takut, kesal, sakit hati, benci, tertanya-tanya, buntu dan seribu satu rasa. Tidak cukup kertas untuk diperincikan, namun saya masih beruntung dan bertuah hidup dan bernyawa dengan udara percuma, matahari pun percuma, tapi undang-undang manusia menjadikan apa yang percuma diberi Tuhan itu tidak lagi percuma, malah sulit dan sukar. Sesungguhnya, Tuhan tidak bersalah, manusia yang rakus dan tamak berbekalkan status kuasa dan undang-undang, lalu semuanya jadi pelik.
Saya menjalani 2015 dengan baik pada awalnya. Balik ke Kuala Lumpur pada 1 Mac tahun lalu, seminggu kemudian majlis pernikahan adinda saya berlangsung dengan gilang gemilang meskipun saya masih lagi mengantuk dan penat akibat penerbangan jarak jauh selain bertukar cuaca. Saya tidak boleh 'deal' dengan cuaca di sini kerana saya orang kampung, bertukar cuaca sikit…