Posts

Showing posts from 2015

Rambut panjang..cool!

Image
Sejak dulu, saya suka melihat lelaki berambut panjang walaupun arwah Abah dan adik lelaki serta anak saudara lelaki semuanya jenis rambut 1 inci panjang di kulit kepala. Ya, mereka tidak pernah berambut panjang.
Bagi saya, lelaki berambut panjang adalah unik kerana berdasarkan pengamatan peribadi, sekiranya mereka berambut panjang, sudah pasti mereka tahu untuk membasuh dan menguruskan rambut mereka, maknanya lelaki berkenaan ada attitude rajin untuk menguruskan rambut mereka supaya sihat dan tidak gugur.
Beberapa tahun lalu, ketika masih bertugas sebagai wartawan, saya ditugaskan menemuramah pakar rambut di Bangkok. De Silva, pakar rambut hebat ketika itu bercakap bagi pihak satu jenama syampu yg terkenal. Jadi saya mengambil kesempatan berkenaan sebaik mungkin untuk meneroka misteri rambut. Antara kenyataan disebut De Silva ialah:
* Setiap hari rambut kita akan gugur sebanyak seratus helai, * Rambut perlu dibasuh setiap hari sama seperti kita menjaga badan. * Pemakanan sihat juga m…

Selamat berangkat...

Tidak tahu apa seru yang menyapa minda saya malam ini, tiba-tiba hati tergerak menulis di laman ini yang sudah lebih setahun tidak disentuh. Barangkali khabar duka lewat jam 4 petang tadi menjadi nyala rasa terbesar untuk saya kembali ke sini kerana kata-kata terakhir sahabat yang saya sanjungi dan kasihi ini ialah 'menulis!'

Orangnya sederhana tinggi, berkulit kuning langsat, bermisai nipis dan ada sedikit rambut berwarna putih di kepalanya. Suami yang baik kepada seorang wanita bertuah dan ayah yang penyayang kepada anak-anaknya, beliau juga adalah individu yang disenangi oleh seluruh sahabat tanpa mengenal usia mahupun warna kulit.

Saya mengenali puisi beliau terlebih dahulu pada 1987 dan cukup suka dengan puisinya yang berjudul 'Batu-batu di Laman.' Puisi ini menang hadiah sastera anjuran DBP pada tahun berkenaan. Setelah beberapa bulan mengenali puisinya, barulah saya mengenali orangnya dan beliau mengunjungi rumah ibu bapa saya di Pasir Mas pada suatu tengah hari…