Thursday, 28 August 2014

MH17

Biarlah walaupun tiada kena mengena langsung dari segi pertalian darah, sedih dan pilu saya berpanjangan untuk mangsa MH17..saya tulis kata-kata ini dua tiga hari lepas:

Hakikatnya
sepejal mana sekalipun qalbu insan
meskipun tiada setitik darah pun yang ada pertalian
apatah lagi berselisih di alam nyata
atau di laman maya
naluri kemanusiaan
mengabsahkan secara total
bahawa kesedihan kami bersama anda.
Kami ikuti dalam diam
kami tafakur dalam senyap
dan kami akur,
catatan duka sejarah berwarna pilu ini
kekal dalam khutub khanah jiwa bangsa.
Al-Fatihah MH17..

6 comments:

  1. sampai ke hari ni, tgk gambar rasa sedih sgt
    alfatihah utk mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. irfa 22 ogos tu akak tak tengok langsung berita mengenainya..tak tahan melihat waris dan jenazah yg tiba walaupun di tv dan akhbar..

      Delete
  2. Ada gak yg leak uncensored tragic foto mangsa...
    Ahhh....aku tak tgk tapi.
    Kawan yg tlg describe je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku baru dua tiga hari ni tengok, sebelum ni memang aku elak dari melihatnya..

      Delete
  3. Uncle tumpang bersedih....tak sepatutnya berlaku!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Uncle, berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul kan..semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah..

      Delete