Wednesday, 2 April 2014

Monolog angin..

Pemandangan sama yang dilihat setiap hari, namun tak pernah rasa boring. Lelaki yg pakai tshirt putih itu adalah uncle security yang kadang-kadang buat rondaan dengan naik motor atau berjalan kaki setiap dua jam. Manakala di hujung sana ada seorang lelaki memakai tshirt hitam, dia adalah jiran sebelah rumah aku berbangsa India..separa hensem dan status tidak diketahu..hahaha macam spy 007 pulak rasanya. Aku dah tahu pukuk berapa mereka akan lalu, bila masa mereka balik dan keluar lagi..


Kalau ada 25 jam
kesemua 25 jam ni
aku nak habiskan depan tingkap
walaupun tingkap ni kecil
tapi boleh nampak 360 darjah
Alhamdulillah
terima kasih Allah
bagi aku view yang tak pernah jemu
untuk dilihat..

Sejak tujuh bulan lalu
kadang-kadang sambil menjahit
angin cium cermin tingkap
sambil sapa
"Salam.." kata angin
"Waalaikumsalam.." aku jawab.
"Rajinnya dok depan tingkap ni.." kata Angin lagi.
"Ya..sebab nak tengok anginlah.."
"Mengintai saya ke?" Angin Tanya lagi
"Ya..bukan mengintai. Tapi dah awak dok berlari, kejar sana sini depan cermin tingkap saya, saya tengok je lah.."
"Owhh ok..dengar tak apa kami bualkan?"
"Dengar. Faham.."
"Apa lagi yang nampak sejak tujuh bulan lalu?" Tanya Angin mencungkil jawapan.
"Dulu ada pokok cantik, dah kena tebang..kesian.." aku kata.
"Lagi..?" Angin masih menyoal.
"Tu haa..daun-daun tu kalau kena geletek dengan angin..cantik tariannya, enak muziknya berdesir.."
"Owhh...faham bahasa angin dah ke?"
"Sikit-sikit..bolehlah faham.."
"Bagus..justeru, pertama sekali, lihat bagaimana kami berbicara, lihat bagaimana kami berkomunikasi dengan alam, lihat bagaimana kami memujuk burung menghargai kehidupan.."
"InsyaAllah.."
"Jangan insyaAllah saja..lihat dengan mata hati ya.."
"Ya..aku tahu.."
"Ni nak pesan..jangan dok ikut kehendak syaitan..kalau bunyi azan tu, terus solat.."

Tiba-tiba bunyi desir angin mencium cermin tingkap, jam 2.11 pagi ketika aku tulis entry ini. Angin di luar mungkin membuat lawatan mengejut sebab tahu aku belum tidur..

Selamat malam angin...
"Lagi..

6 comments:

  1. dah jd control tower lak akak kat tepi tingkap tu ye
    miss u kakak ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa
      a ah ya..setiap hari dok memerhati kehidupan dan pergerakan di luar tingkap akak..cermin gelap, depa tak Nampak kita skodeng depa..best hahaha

      Delete
  2. Ooo... hmmm....
    Aku faham akhirnya...

    Uncle security itu namanya Angin....


    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer..security yang tak Nampak, tapi aku boleh rasa kehadiran mereka..

      Delete
  3. Aku suka duduk termenung kat tingkap sambil layan angin. Ahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kan, bukan semua faham bahasa angina ni..

      Delete