Wednesday, 12 March 2014

Sentimental value : MH370

Sudah empat hari saya tak switch on tv,
memang sebelum ni pun boleh kira dengan jari berapa kerap saya tengok tv
bila berlaku tragedy begini, lagi saya tak mahu tengok
sebab saya tak boleh menipu diri bahawasanya saya tidak berasa pilu
apabila mendengar berita mengenai MH370

Saya tak pernah naik MH370 ini
tapi saya pernah naik MH yang lain-lain
dan saya juga tak ada masa nak bazirkan air mata saya
untuk hal yg tiada pertalian dengan saya
tapi kes MH370 ini
walaupun langsung tiada pertalian
saya berapa pilu yg amat
mungkin sifat nurani kemanusiaan itu sedikit terlebih dalam diri saya buat masa ini..

Saya tak mahu jadi pengulas terlebih bijak mencipta
pelbagai teori mengenai kehilangan aircraft ini
biarlah pengulas tak bertauliah lain yang buat
sebelum itu, saya doakan rakan2 saya di meja berita
tabah menjalankan tugas
melapor apa saja yang bermanfaat untuk kita kongsi di sini


Begitupun saya ada banyak sentimental value mengenai penerbangan
kali terakhir saya naik MAS ialah Julai tahun lalu
MH0005 dari Frankfurt ke KL
penerbangan banyak jam buat saya jadi bosan
nasib baik ada pramugari cantik manis dan baik hati
dia peramah dan suka datang berbual dengan saya
apabila sudah selesai tugasnya
kejap-kejap datang tanya saya nak makan apa
walaupun saya bukan penumpang kelas bussiness
akibat pengaruh pramugari cantik manis itu juga
pramugara lain pun jadi baik dengan saya
siap bagi juice banyak-banyak untuk saya
masa nak turun tu pramugari tu bekalkan saya satu beg besar kacang
dan pramugara handsome itu pula bekalkan saya senyumnya yang kacak itu
hahaha saya tenggelam seketika
habis kisah ini.

Pada tahun 2010, saya keluar dr penginapan di Sussex Garden pada jam 5 petang
walaupun flight nak balik KL ialah pada jam 10 malam
masa tu salji turun menderu-deru
driver yang bawa saya dan rakan-rakan ke airport berbangsa Filipina
sambil memandu dia sibuk bercakap dengan buah hatinya
saya kira teman wanitanya
ada sepatah dua perkataannya yg saya faham
perjalanan ke lapangan terbang menjadi lambat kerana salji menutup jalan
saya sudah risau takut terlepas kapal terbang
tiba di lapangan terbang, keluar saja dari kenderaan, Ya Allah sejuk melampau
dan hidung saya mengeluarkan darah kerana terlalu sejuk
oh ya, saya ambil flight dari Stansted dan bukannya Heathrow
sebab AirAsia yang taja tiket penerbangan saya dan rakan-rakan
jadi kami akur.
masuk dalam bangunan airport itu, ahhh lega
sebab tiada lagi sejuk yang menikam tulang
saya cepat je pi beli kopi
sambil duduk minum
saya dengar pengumuman
semua penerbangan ditunda
akibat salji lebat melanda seluruh Eropah
justeru termasuk jugalah penerbangan saya.

Rupa-rupanya penerbangan ditunda bukan sejam dua..tapi nak masuk dua hari
bayangkan duduk di lapangan terbang tak boleh keluar pun
kalau boleh round bandar berdekatan tak apalah juga
'Pakcik' saya yang ada di Swiss masa tu pun sibuk meng'text'
katanya kalau boleh keluar dari airport
dia nak booking hotel untuk saya berehat
sayangnya tak boleh
saya makan tuna sandwich dah berbakul-bakul
dan minum kopi bercawan-cawan sudah
guna kupon redeem yang syarikat penerbangan bagi
begitu juga rakan lain
semua benda sudah dibualkan
termasuklah fikiran saya berkata-kata
bagaimana aircraft nak take off sebab salji tebal
tentu akan berlaku kemalangan tambahan pula landasan licin
jadi lebih baiklah saya terkandas di dalam bangunan ini daripada
terkandas di dalam kapal dan tergendala di mana-mana
sesungguhnya mati hidup itu Allah yang atur
namun sebagai insan, ketika itu
fikiran saya sentiasa teringat mungkin ada hikmah
kenapa saya kandas di situ
saya juga nampak seekor burung nightingale menemui ajal
di tepi cermin kaca bangunan di sebelah luar akibat sejuk, kesian!

Apabila kita sudah kandas lama
manusia yang waras akan berpecah-pecah fikirannya
ada seorang wanita mula tidak waras dan membuat onar
di dalam lapangan terbang saat semua penumpang terkandas dan mengenang nasib
wanita berkenaan mengamuk kerana penerbangan ditunda
dan katanya habis urusan lain terpaksa ditunda
syukur saya masih waras ketika itu
tidur atas lantai, atas kerusi, dan berhimpit-himpit juga enam rakan lain
hmm saya dan seorang lagi rakan perempuan manakala lima lagi adalah jejaka
terpaksa kami berhimpit-himpit juga sebab lapangan terbang penuh dengan penumpang yg kandas dan sejuk yang membunuh
tapi masing-masing pakai coat tebal ok..tiada bersentuh kulit..
setelah hampir 36 jam di situ..akhirnya kami naik juga
ke dalam perut pesawat dan selepas 13 jam di aras yg sangat tinggi,
tayar kapal mencecah landasan Sepang..
Ok saya selamat balik...

Masa saya balik dari HK pada 2012,
kapal kami bergegar-gegar juga akibat masalah cuaca
ketika itu saya tidak berhenti membaca ayatul Kursi
dan beristighfar
andai berlaku sesuatu
at least saya sudah mengucap dua kalimah syahadah.

Dan ketika berulang alik KL-KB / KB-KL juga
beberapa kali juga saya mengalami gegaran
akibat cuaca
Alhamdulillah juruterbang cekap
jadi tiada apa yang berlaku, dengan izin Allah, semua ok.

Pagi Sabtu lalu,
adinda saya kata
"Dah dengar ke kapalterbang MAS hilang?"
"Hilang? Ya ke? Macam main-main je"
"Semalam lagi hilang, pagi ni baru nak start kecoh..."
"Oh ya ke, petang ni jumpa la tu.." sungguh saya tiada kerisauan kerana tidak yakin kapal itu akan hilang lama.
Dan sehingga saat saya menulis entry ini, saya berasa pilu mengenangkan nasib anak kapal, kapten dan penumpang yang masih hilang. Walau siapa pun mereka, bangsa atau agama apa pun mereka, mereka adalah manusia, insan, seperti kita kita yang berenak-enak dan tidak mengalami sebarang musibah ini.

Beberapa kali saya melihat rakaman tv bualbicara TV3 dgn Kapt Norudin itu..beliau menyampaikan mesej tersurat sebenarnya. Kata-katanya disusun penuh cermat dan mendalam. Anda pasti lagi arif dari saya untuk mentafsir apa yang beliau katakan.

Saya petik juga kata-kata seorang bijak pandai yg saya hormati di FB yg jarang2 sekali saya online:

"Di saat semua usaha sudah digembleng, kecanggihan sains dan teknologi sudah dipersembahkan, maka ketahuilah bahawa Takdir (Allah) mengatasi Tadbir (manusia)" - A.Khusyri


MasyaAllah...saya bersetuju amat dengan kata-kata ini. Hanya doa, solat hajat dan tahajud saja pertolongan yg saya boleh berikan dalam usaha membantu menemukan atau mengembalikan semula sebuah MH370 dan isinya..sesungguhnya kita tidak tahu rahsia Allah..

"Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadaNyalah kamu meraung meminta pertolongan." (An-Nahl, 53.)   

12 comments:

  1. Sebak bila terigat tragedi itu. Baca entri ni lagi buat aku sebak. Hurmm

    Apa2 pun aku harap mereka selamat dan masih hidup bila ditemui nanti. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun harap begitu juga. Segalanya mungkin kerana Allah berkuasa dan berhak ke atas kita dan mereka juga..

      Delete
  2. dear sis..
    sgt sedih,setiap malam sblom tido fikirkan mereka
    bangun tido pun teringat mereka
    hanya doa semoga mereka pulang dgh selamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Irfa, setiap malam akak fikirkan yang sama. Apa nasib mereka. Kalau hidup, di mana mereka. Sesungguhnya tak sampai akal memikirkan kejadian yg berlaku kan..

      Delete
  3. Replies
    1. Ya Abang Bro..saya memang ingat dan masih segar dalam ingatan..

      Delete
  4. Alhamdulillah.. Mujur semua reporter di sini masih "berlapik" cakap..
    Sakit hati bila ada manusia yg kurang sensitif dlm keadaan yg seperti sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kak Sham nampaknya reporter kita masih ingat adab sopan cuma dia tiga kerat manusia je yg lidah tak bertulang..

      Delete
  5. Btul tu....rietta setuju...walau apa pown....DIA pemilik segalanya....dan bg oengulas pengulas tidak begaji, tolong lah jaga sensitivity manusia....

    Pss....klu rietta pown terkandas mcm akk tu...ssah juga...sebab rietta xde duet nk bli makanan utk tempoh dua hr tu....biasa smpai airport dah tinggal duet teksi KLIA sj...hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. rietta, pengalaman terkandas itu antara pengalaman berharga yang tak semua orang akan alami...

      ya betul kan..Allah adalah pemlik sekelian alam..kita ini hanya dipinjamkan nyawa seketika saja..

      Delete
  6. Teringat cerpen lw yg pernah tulis kat s7w.

    A... memang pilu bila ingat ada bayi lagi di kalangan penumpang tu.. sob..sob..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nong aku x boleh bayangkan kalau mereka masih ada, di mana dan bagaimana mereka nak survive..:(

      Delete