Wednesday, 5 February 2014

Ais krim green tea la sangat..


Kalau baca novel popular sekarang ni, macam-macam nama ada. Termasuklah novel yang dijadikan cerekarama. Arian Rose? Seth Tan? Entah apa-apa lagi, aku tak hafal semua, sebab dah hampir empat tahun tak menonton TV. Itu pun tahu sebab dok dengar depa cerita. Kalau tengok pun Anugerah Bintang Popular yang setahun sekali tu dan tengok Raja Lawak tahun lepas dengan Nenet Penne sambil makan roti bakar dan kopi depan layar sinetron kat rumah. Chanel apa yang best pun aku tak ingat. Betapa masa pantas berlalu, suatu ketika dulu aku boleh tengok TV sampai TV tengok aku balik depannya...zzzz :)
 
Cakap pasal nama, aku suka nama kontot atau satu nama saja, tapi orang sekarang suka letak nama anak panjang sedepa, lepas tu time nak isi boring mula la tak cukup kotak. Eh tapi itu hak depa la kan..aku apa pulak nak kisah. Biarlah..personally, aku suka nama yang bunyi macam klasik ni..
 
Bab 2
 
Suara gemersik buluh perindu
belahan hati pengubat jiwa
siang berbisik menahan rindu
sehari tak jumpa, serasa hilang nyawa..
Dah lama berangan nak makan ais krim green tea yang diletakkan atas kek. Dua hari lepas aku buat kek span gula hangus, makan sorang. Ada lagi dalam dapur. Macam mana nak usha tekak supaya boleh settlekan kek yang sedap tu..sorry aa gua masak so gua rasa sedap pulak kek ini. Jadi gua boleh je mengada-ngada makan dengan eskrim kan..nak resipi kek ni, nantikan kemunculan buku 'Cerita Makan-makan..'
"Sophia...hmm...Hagia Sophia..sedap nama ni. Macam pizza..macam kek span gula hangus makan dengan ais krim teh hijau.." Katanya sambil buat muka selamba.
Dia ingat muka dia tu lawa, muka dia tu boleh jadi penawar. Sakit hati! Sakit hati dengan mamat ni.
"Ya, nama saya Hagia Sophia. Kenapa?"
"Sedap.."
"Tahu pun..."
"Suka ya?"
"Mestilah. Ayah dan emak yang bagi.."
"Mesti ada sejarah tersendiri di sebaliknya.."
"Encik tahu tak Masjid Biru? Topkapi? Atau dipanggil juga Hagia Sophia?"
"Hmm.."
"Tahu? Hanya saya dan Masjid Biru itu saja yang guna nama ini.."
"Masjid biru..patutlah awak ni romantis..:)"
 
Pang...berderai kaca jatuh ke lantai seperti butiran mutiara terputus dari talinya..dia terkaku dan ketika tunduk untuk mengutip kaca dari gelas yang terhempas itu, sekeping kaca kecil menghiris luka jari kelingkingnya. Lelaki yang sering membangkit amarah itu cepat-cepat mengeluarkan sehelai sapu tangan kain kapas dari kocek seluar khakisnya untuk untuk membalut luka dan mengalas pegangan tangan supaya kulit mereka tidak bersentuh..hatinya berdetak keras..engkaukah!

16 comments:

  1. Wahhh... Haghi Sophia? Novel eh kak?

    Aku lagi suka ais krim Peppermint. Huwaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Reenapple
      A ah konon hajat di hati tu nak tulis novel, doakan akak mampu menulis ya..

      Delete
  2. NOVEL BARU KE NI?
    APA TAJUK?
    JUAL KAT MPH@POPULAR@ONLINE?
    SAJA GURAU JE KAKAK
    # EMM BILA NAK RASA AIRTANGAN KAKAK LAGI YE

    ReplyDelete
    Replies
    1. IRFA
      apasal tetiba capital letter semua neh..teruja ek?
      haha..cita-cita ni nak tulis novel, mana tau tetiba jadi siri TV kan..adehhh..
      nak rasa air tangan, mai je la sg long dear:)

      Delete
    2. tgh wat keje, bukak blog
      malas nak caps lock hehe

      Delete
  3. Aku suka aiskrim green tea.... terasa macam aiskrim yang sihat je... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nizam.Ariff
      Aku pun, dah berkurun aku tak beli ais krim, semalam jumpa ais krim green tea kat Gergasi, laju je aku terasa nak beli. apa saja ada elemen green tea aku suka..

      Delete
  4. Replies
    1. Kak Sham,
      sedapkan rasa green tea ni..kalau makan dengan kacang merah lagi best..

      Delete
  5. Kak, jangan buat saya tertunggu... bila nak cetak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kay
      InshaAllah akak pun bertungkus lumus nak siap tapi kudratnya macam tak berapa laju sebab masih baru..doakan ya..

      Delete
  6. Ohhh ada projek novel rupanya..patut senyap jer :) Saya suka minum green tea tapi tak suka aiskrim atau cake green tea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khairul,
      projek suka suka jer..kalau menjadi, satu bonus! Saya suka semua yg ada unsur green tea..hari tu dah try buat kek green tea, dry sket..

      Delete
    2. Saya doakan semoga projek suka suka jer tu menjadi. Aminnnn

      Delete
  7. Wah..wah... suka. Suka..

    "Seperti butiran mutiara terputus dri talinya"

    Amboi ayat power.



    Nong andy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nong Andy
      amboii mak hencik..skodeng ayat saya yer,,kehkehkeh...mana retis kesayangan aku tu..salam peluk cium utk shinta ya..:)

      Delete