Saturday, 11 January 2014

Amber Chia Vidal Sassoon

Betullah..apabila sudah terlalu lama ditinggalkan, ingatan kita pun pudar. Lupa secara perlahan-lahan dan tiada lagi sentuhan yang meresap, yang selama ini kita sayang dan kita jaga dengan baik. Tiada lagi kerinduan dan tiada lagi perasaan teringat-ingat. Saya tak pasti tajuk di atas sesuai atau tidak dengan entry ini..writers block again!!!
 
Hari ini, 10 Januari 2014 genap empat bulan aku berhenti menulis di halaman Wanita di akhbar yang cukup aku sayang, Berita Harian. Selama 18 tahun menjadi wartawan dan menulis di akhbar berkenaan, usah kata keringat, air mata juga mengalir apakala aku tak dapat menemubual individu yang dikehendaki editor. Ketika itu hampir Maghrib dan editor suruh aku menelefon seseorang. Bayangkan waktu orang sibuk ingin menunaikan solat, gua pulak sibuk mendail no telefon dan akhirnya tidak berjawab. Kerana terlalu takut, aku menangis di dalam tandas dan apabila keluar dari tandas wanita, ada dua tiga rakan termasuklah wartawan berasal dari Sabah, namanya Johny Giles Senin menenangkan aku. Katanya usah takut, itu adalah tugas biasa dan kalau tak dapat contact, nasiblah. Datang seorang lagi rakan wartawan bernama Fadzallah Pit, juga menyatakan yang sama dan beberapa lagi wartawan wanita turut menyejukkan ketakutan aku. Akhirnya aku akur dan memberitahu editor bahawa aku tak dapat menghubungi individu dikehendaki (sebenarnya perkataan tak dapat ni pantang bagi wartawan kerana apa-apa hal ko tonggang terbalik ke kena juga dapatkan orang dikehendaki), editor berkenaan pandang aku dan kemudian sengeh (ceittt dia tak tahu aku dah membazirkan air mata) langsung membenarkan aku balik. Itu adalah kisah ketika aku baru saja beberapa hari melapor diri untuk bertugas di akhbar sisipan Joran di BH.
 
Hari ini, 10 Jan 2014 genap empat bulan mengundurkan diri dari dunia kewartawanan setelah hampir lebih 18 tahun menjadi wartawan di akhbar arus perdana. Pelbagai kisah, cerita, titik bengik dan gossip memasuki telinga. Entah sudah berapa ribu artikel aku tulis, entah berapa ribu orang yang  sudah interview dan sudah lebih berapa ratus ribu langkah aku buat dalam dunia kewartawanan ini. Namun, aku kekal sebagai bekas wartawan BH, satu status yang aku akan bawa sampai akhir hayat dan seronok mengingati pengalaman mahal itu.
 
Pada 10 September 2013 adalah hari terakhir aku mengetuk keyboard di BH dan selepas itu hilang arah kerana tidak menulis. Aku jadi buntu kerana tidak menulis. Bertapa di dalam rumah, setiap kali menghadap computer, blur dan kami menyebutnya sebagai writers block. Kalau di BH dulu jika ada unsur writers block saja aku akan mengajak mafia kilang kertas minum kopi dan akan balik semula untuk sambung mengarang rencana. Aku bukanlah wartawan line hadapan, aku cuma wartawan biasa yang setiap hari keluar mencari berita, menemubual sesiapa yang berkenaan dan sekali sekala dihantar bertugas ke luar negara.
 
Banyak pengalaman dikutip dan antara yang menyedihkan ialah ketika menunggu jenazah Allahyarham Ibrahim Lebar yang terkorban ketika kes Lahad Datu. Ketika itu aku berada di perkarangan kediaman Allahyarham dan ramai lagi orang lain membanjiri kediaman beliau. Jam lapan malam dan langit mula gelap, angin bertiup lembut menyebarkan sejuk dan kesedihan berada di mana-mana pada wajah semua orang di situ termasuk aku. Memang memilukan dan aku tidak dapat bayangkan kalau aku berada di tempat anak-anak beliau.
 
Antara yang lain lagi, berkesempatan menemubual bekas wanita pertama, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali..Tun adalah individu yang penuh sifat keibuan dan sangat merendah diri orangnya. Rasa seperti bercakap dengan emak saja kerana nada suaranya yang lembut dan sederhana. Ya, ingatan yang sangat manis.
 
Seorang lagi individu yang aku sentiasa kenang ialah Sasterawan Negara Allahyarham Arena Wati. Sempat menemubual beliau ketika hayatnya dan menghabiskan hampir sehari suntuk di dalam bilik bacaan beliau di tingkat atas kediamannya sambil mendengar celotehnya yang tiada boleh didapati dalam mana-mana buku sekalipun. Ketika itu isterinya, Makcik Yam, berada di dapur kerana memasak. Ketika mahu pulang, beliau memandu sendiri keretanya menghantar aku balik ke stesen komuter terdekat. Banyak amanat diberikan dan paling aku ingat, katanya kalau ada wang lebih, terus tunaikan haji.
 
Rasanya sebulan pun tidak cukup untuk aku mengenang kehidupan sebagai wartawan. Yang lepas sudah jadi sejarah. Sudah jadi kenangan dan kini aku menghadapi dunia baru, menjalani kehidupan sebagai bekas seorang wartawan. Sehingga minggu lepas, Hui Ping menghantar jemputan kepada  untuk menghadiri majlis memperkenalkan gaya potongan rambut baru oleh Vidal Sassoon yang akan digayakan Amber Chia. Kata Hui Ping lagi, datanglah atas tiket blogger. Sayangnya, aku bukan wartawan lagi dan kini bekas wartawan. Boleh jer aku pi kalau nak, tapi ada tugas lain yang kena buat. Memantau anak buah yang baru masuk darjah 1 adalah perkara yg seronok untuk dilakukan. Dan dua tiga hari ini juga sayer adalah sibuk menyediakan shepard pie yang dipesan rakan-rakan.
 
Aku tau, hidup ini singkat dan walau apa pun yang terjadi, hidup mesti diteruskan. Selepas menyimpan kalam kewartawanan dalam pensil box antic, aku akan mula menulis sendiri mengikut rentak, tiada lagi tekanan atau minda yang sesak kerana aku mengatur sendiri jadual kerja. Boleh minum kopi bila-bila masa saja tanpa perlu menunggu writers block. Ok sebelum membuat entry lain, mau dengar lagu ini dulu..feeling2 Italy ya..
 
 

12 comments:

  1. Wahhhh. Saya suka entry ini. Banyak memori dalam ini. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Reen,
      haha aku pun suka ko punya entry tu..ala2 feeling dalam taman ada hati..

      Delete
  2. Assalamualaikum LW,
    Ikhlas K.Sham tanya.. pernah ada rasa menyesal x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Kak Sham,
      menyesal tak ada..cuma kenangan tu susah nak lupa sebab ive gone thru so many bad and good things while working as journalist..mengajar saya jadi lebih kuat untuk hidup.. cewahh jawapan skima ni but serious kepala dan tak fenin dan no more backpain problem..

      Delete
  3. Semoga lebih tenang menghadapi kehidupan baru tanpa stres & deadline (kecuali bila menyiapkan order masakan dalam jumlah yg banyak, hehe). Akak doakan semoga dik LW sentiasa berada dalam rahmatNya, amin.

    ReplyDelete
    Replies



    1. Lady WindsorJanuary 12, 2014 2:27 am

      Kak Dinas,
      tenang tak tenang, cukup tidur, cukup rehat..jadi minda pun segar, lebih berencana...hehe. Mekaseh kak, doa yang sama untuk kak dinas dan cik G ya..aminn..

      Delete
  4. Wahh.. banyak sungguh tu pengalaman yg sgt berharga dikutip selama 18 tahun. Pengalaman yg tk boleh dikutip di mana2. Dan ianya guru terbaik!
    All the best for u dear LW!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Su Aya
      Thanks Su..Alhamdulillah pengalaman itu memang tak ada dalam buku, kini saya menggunapakai pengalaman itu untuk pedoman hidup..

      Delete
  5. so sekarang akak buat apa?
    semalam tetiba teringat kat akak
    kalau dekat dan ada keta sendiri, sy drive je ke rumah akak minum kopi
    hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa
      sekarang akak masak, makan, tdo, kraf, dating ..ehh?? hehe..
      ok kalau dating sg long roger ya..

      Delete
  6. akhirnya... eh apa yang akhirnya? hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Net
      ahahaha hanya I yang tahu apa akhirnya...kuikuikui

      Delete