Posts

Showing posts from 2014

Peggy Porschen yang menggebu..

Image
Hari ni genap setahun aku tak keje. Keje sendiri, keja yang ibarat kata kais pagi makan pagi, kais malam makan malam...habis tu kalau tak dak kais tengah hari, tak dak la makan tengah hari aku..ehh bukan gitu ok. Konsep kais mengais ni luas. Kalau ikut hati aku memang tak habis nak kais, cuma hendak atau tak saja sebab rezeki kita Allah dah sediakan cuma tak bolehlah kita nak riba tangan nak tunggu rezeki datang bergolek. Tak maunya rezeki datang gitu. Kenalah rajin berusaha. Aku usaha ikut kapasiti, tak dak nak ikut orang dah. Letih nak ikut kapasiti orang ni.
Tapi kalau  kais yang ini kena ikut kapasiti orang. Kena ikut Peggy Porschen. Kalau Peggy Porschen ni ada buat kelas, aku kena ikut kapasiti depa sbb nakkan ilmu yang depa dok ajar tu. Bulan Mei lalu sempat pi lepak kat kedai kopi depa kat Victoria. Housemate merangkap kitchen mate aku, Raja Yusniza, ajak p try kek Porschen yang sangat cantik dan sedap ni. Maka aku pun p la dengan Amirul sekali, yang juga merangkap k…

MH17

Biarlah walaupun tiada kena mengena langsung dari segi pertalian darah, sedih dan pilu saya berpanjangan untuk mangsa MH17..saya tulis kata-kata ini dua tiga hari lepas:

Hakikatnya
sepejal mana sekalipun qalbu insan
meskipun tiada setitik darah pun yang ada pertalian
apatah lagi berselisih di alam nyata
atau di laman maya
naluri kemanusiaan
mengabsahkan secara total
bahawa kesedihan kami bersama anda.
Kami ikuti dalam diam
kami tafakur dalam senyap
dan kami akur,
catatan duka sejarah berwarna pilu ini
kekal dalam khutub khanah jiwa bangsa.
Al-Fatihah MH17..

Tiada tajuk...

Kali terakhir menulis di sini ialah awal April lalu, lebih tiga bulan halaman ini tidak diisi dengan sebarang catatan kerana masa sangat terhad termasuklah kekangan capaian internet yang tidak menentu. Mungkin boleh saja dikatakan 'hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih...'

Honestly, writing in newspaper or magazine is among the greatest things in my life..and of course blogging is my whole life passion. Kalau diibaratkan blog ini seperti kekasih hati, sudah pasti dia merajuk dan menganggap saya tidak sayangkan dia lagi kerana saya sunyi dari mengunjunginya selama hampir empat bulan. Lazimnya manusia kalau berkasih saying setiap hari nak jumpa, ini tidakm berbulan-bulan ditinggalkan tanpa sebarang berita, maka kita putus! Bagaimanapun saya bukan bercinta dengan individu, ibarat kias saja. Blog ini kecintaan saya, saya menulis sejak 1996, di akhbar, di majalah, di ruang maya dan di mana saja ada peluang menulis, saya menulis hingga kini.

Segala-galanya bermula tanpa saya r…

Menaakul bahasa alam..

Duduk depan tingkap lagi...

Waktu pagi je, ada burung tolong kejut
riuh berkicau
ok ok aku faham..
katanya: bangunlah manusia
jangan nak tidur lagi
subuh dah masuk
nanti selimut tu jadi kulit babi.


Sambil minum kopi
berangan adalah enak
sebab free kan
ada angin bertiup manja
sambil cium-cium cermin tingkap depan aku
ok ok aku faham
kejap ya nak mandi dulu
kol 10 pagi ni elok buat dhuha
kalau ada ikhlas nak buat..
sebab dhuha ini tarik rezeki
dan menutup 'lompang' yang ada tapi kita tak tahu.

Dah habis minum kopi,
ehh rasa mengantuk pula..
nampak kat luar, pokok-pokok meliuk lentuk
angin dah mula usik tu
nyamannya udara
tidur sedap ni
ok ok aku faham
pi tidur dulu jap sebelum zuhur
jangan terbabas tau
dan jangan tidur selepas zuhur atau atau asar atau maghrib
tidur lepas isya' tak pe

Dah makan tengah hari
apa-apa je lah janji halal dan kenyang
sambil minum kopi dan makan jajan
sambil buat kerja depan tingkap lagi
tiba-tiba alam hiba
warna langit mula keruh
ok ok aku faham
n…

Monolog angin..

Image
Kalau ada 25 jam
kesemua 25 jam ni
aku nak habiskan depan tingkap
walaupun tingkap ni kecil
tapi boleh nampak 360 darjah
Alhamdulillah
terima kasih Allah
bagi aku view yang tak pernah jemu
untuk dilihat..

Sejak tujuh bulan lalu
kadang-kadang sambil menjahit
angin cium cermin tingkap
sambil sapa
"Salam.." kata angin
"Waalaikumsalam.." aku jawab.
"Rajinnya dok depan tingkap ni.." kata Angin lagi.
"Ya..sebab nak tengok anginlah.."
"Mengintai saya ke?" Angin Tanya lagi
"Ya..bukan mengintai. Tapi dah awak dok berlari, kejar sana sini depan cermin tingkap saya, saya tengok je lah.."
"Owhh ok..dengar tak apa kami bualkan?"
"Dengar. Faham.."
"Apa lagi yang nampak sejak tujuh bulan lalu?" Tanya Angin mencungkil jawapan.
"Dulu ada pokok cantik, dah kena tebang..kesian.." aku kata.
"Lagi..?" Angin masih menyoal.
"Tu haa..daun-daun tu kalau kena geletek dengan angin..cantik tarianny…

Terbang lagi...

Sungguh
 tak akan jemu
membaca mengenai MH370
daripada tak tahu ilmu aviasi
aku jadi tahu.

Dan pada aku
mereka masih ada
di negeri abadi
hanya Allah yang tahu
kita rancang
rancangan Allah lagi hebat
kita hebat
Allah lagi hebat
kita nak hebat
hebatkan dulu perhubungan kita dengan Allah.

Tahun lepas
aku pernah sebut pada Ina
tak akan terbang lagi tahun ini
kerana tabung gajah aku
sudah disimpan rapi
dalam gobok pusaka.

Rezeki kita
tak siapa tahu
aku terpaksa terbang lagi
suka tidak
kesal pun tidak
di mana dan ke mana pun aku
aku adalah milikNya
dan DIA tahu apa yang terbaik untuk aku.

Allah..
saat dunia memerhati kita
saat ramai yang teragak-agak dengan MAS
aku tetap yakin
kerana Allah berkuasa
kerana Allah kerajaan langit dan bumi
Khamis ini aku akan terbang tinggi
selama 13 jam di daerah angkasa
semoga Allah mempermudahkan urusanku
Amin..

MH370 MH17

Selesai sudah
sejarah pedih
sebuah negara bangsa
genap 17 hari
siang berganti malam
keringat dan air mata
bersatu dalam usaha
mencari dan mencari.
Calar itu
berhenti berdarah
dan luka pun ghaib
namun parutnya
terus berbekas
walau habis
segenap dasawarsa kemanusiaan
meskipun cuba dilupakan.
Walau di samudera mana
pusara tak bernisan itu
Al-Fatihah...
Dan semoga roh mereka
dicucuri rahmat Allah
bersemadilah dengan aman
di lautan paling sepi
Malaysiaku kini
bersimbah nuansa pilu.

24 Mac 2014. MH370


Saya karang kata-kata di atas
sehari selepas PM kata,
ia berakhir di lautan Hindi.

Tiada istilah lambat mengenai MH370
dah nak masuk enam bulan,
sedih tak usah cakap
tak de sedara mara saya pun dalam tu
tapi rasa terkesan sungguh
dan benar bagai dikata
banyak iktibar yang kita peroleh
dan saya dapat 'sesuatu' dari kejadian ini.

Saya juga berdoa
kalau Allah izin
beri saya gambaran
walaupun dalam mimpi
bagaimana ia berlaku
dan ke mana ia ghaib,
sungguh saya nak tahu
walaupun ada berat…
Notis dak?
beberapa minggu lalu
kat Kelantan khabarnya habis dijual baju sejuk
suhu pula macam paras beku
selain Kelantan
beberapa negeri lain juga sejuk beku
lepas tu panas
sampai pokok pandan saya juga menemui maut
akibat panas melampau
air pun kena catu
sebab kering
pendek kata
banyak kawasan berpokok yang daunnya betukar merah
sekali imbas saya rasa macam musim luruh pula
ehh sorry saya memang suka berangan
saya berada di negara empat musim
apa ada hal
berangan adalah free!

Back to the topic,
notis tak, cuaca bagai diset dengan cepat dari sejuk ke panas
dari panas ke kemarau
kemudian hujan
adakah bumi kita sudah tergelincir dari paksi?

Sedar...

Makan apa di London?

Masa saya p UK dulu, saya gila betul makan nasi lemak Pak Awi kat Malaysia Hall
lepas tu gila juga makan ayam goreng kunyit kat Restoran Bonda
suka juga pesan sirap bandung warna merah jambu tu walaupun harganya mengaum
cuma saya tak masuk Restoran Tuk Din je sebab nampak sangat ekslusif
pastinya saya tak mampu nak bayar makan mahal-mahal
sebab saya kalau travel bajet adalah keciputan.

Ok nak tanya, kepada sdr/sdri yang terbaca entry ini
kalau anda ke London/UK
menu apa yang anda terasa nak makan?
Please bagi pendapat ya
thanking you in advance!

Siapakah dia...

#Mimpi
Mimpi mainan tidur, nak percaya atau tak, terpulang kepada kita
ada yang kata, kalau mimpi sebelum Subuh, ya itu benar
ada pula yang kata, kalau mimpi selepas Subuh, tak boleh digunapakai
mimpi terkahir yang dialami ialah dua minggu lalu
berada dalam satu kenderaan bersama seseorang
duduk di bahagian belakang kenderaan
lebih tepat lagi, di bahagian belakang dia yang memandu
cuaca sejuk
dan kami memakai jacket tebal
rasanya macam salji turun nipis di luar kenderaan
yang memandu kenderaan itu memakai baretta
jadi tak nampak muka
ingin sangat diketahui siapa dia
mungkin ada sebab kenapa saya tak sempat lihat wajahnya
mimpi putus
tengok jam tepi bantal ialah 4.47 pagi..sekejap lagi Subuh
saya bermohon sangat
nak sambung mimpi itu..


Sentimental value : MH370

Sudah empat hari saya tak switch on tv,
memang sebelum ni pun boleh kira dengan jari berapa kerap saya tengok tv
bila berlaku tragedy begini, lagi saya tak mahu tengok
sebab saya tak boleh menipu diri bahawasanya saya tidak berasa pilu
apabila mendengar berita mengenai MH370

Saya tak pernah naik MH370 ini
tapi saya pernah naik MH yang lain-lain
dan saya juga tak ada masa nak bazirkan air mata saya
untuk hal yg tiada pertalian dengan saya
tapi kes MH370 ini
walaupun langsung tiada pertalian
saya berapa pilu yg amat
mungkin sifat nurani kemanusiaan itu sedikit terlebih dalam diri saya buat masa ini..

Saya tak mahu jadi pengulas terlebih bijak mencipta
pelbagai teori mengenai kehilangan aircraft ini
biarlah pengulas tak bertauliah lain yang buat
sebelum itu, saya doakan rakan2 saya di meja berita
tabah menjalankan tugas
melapor apa saja yang bermanfaat untuk kita kongsi di sini


Begitupun saya ada banyak sentimental value mengenai penerbangan
kali terakhir saya naik MAS ialah Julai tahu…

Terapi perut dengan spaghetti seafood dan ayam goreng

Image
Dia telefon saya sekitar jam 12 noon. Suaranya sebak dan menekan-nekan. Saya dapat kesan ada sesuatu yang tak kena dengan AzS ini. "Kak, ada kat rumah?" "Ada..dok menjahit ni. Comforter Kak Lily tempah untuk baby Iris.."Jawab saya. "Nak datang boleh? Saya EL hari ini." kata ibu muda beranak tiga ini. Dua anak sulung berusia dua tahun ada twin boys manakala yang bongsu baru berusia beberapa bulan ialah petite little girl. Sampai saja di pintu rumah saya, dia menangis dan apa yang boleh saya lakukan ialah menenangkan dia, memintanya duduk dan menyediakan segelas kopi panas. Panas bertemu panas, tak lojik! Tapi itulah yang terbaik untuk dia. Dia tak boleh minum ais kerana baru habis berpantang. Setelah duduk dan berbual beberapa ketika sambil saya menyediakan spaghetti seafood untuk kami lunch, dia bercerita berselang seli tangis. Mata sudah bengkak menampung air yang tidak  berhenti mengalir. Memang saya kesian melihatnya namun saya tidak berhak memberi ca…

A Karim Sulaiman

Saya mengenali beliau sejak 1996, tapi sekitar 2005 baru saya berpeluang berbual dan mengenali beliau lebih dekat. Ketika itu beliau baru pulang dari London setelah bertugas beberapa tahun sebagai koresponden di sana. Balik KL, beliau menjadi Editor di Unit Rencana dan ketika itu saya di Unit Joran, BH. Beliau meminati lagu lama dan beliau yang saya kenali juga menjadi tempat rujukan beberapa DJ tersohor kerana pengetahuan dan minatnya terhadap lagu lama. Saya masih ingat beliau menunjukkan kepada saya piring hitam Allahyarham Yasmin Ahmad dan beberapa lagu klasik yang lain setiap kali saya berhenti di mejanya. Tiada segan untuk bercakap dengan beliau kerana budi bahasanya yang peramah dan rasa hormat juga sangat tinggi kepadanya. Semua memanggil dia Abang Karim. Saya jadi akrab dengan Abang Karim kerana beliau suka masak, isterinya Kak Hawa, pandai membuat kek dan biskut serta roti. Setiap tahun kami beli biskut raya dengan Abang Karim. Pengalaman paling berharga sepanjang saya meng…

Red velvet, brownie, macaroon mana satu idaman hati

Image
Kuih putu kacang, tepung pelita, tepung bungkus, pulut pagi, pulut inti, kuih koleh kacang, kuib ubi kayu, kuih apam balik, kuih roti kukus, kuih lapis, tepung bunga, belebak, nekbat, akok, jala mas, buah Melaka, onde-onde..hah ambik! Apa lagi..semua yang kena dengan tekok ambo adalah kuih lama-lama yang zaman mak-mak kita suka buat.
Kalau tanya lagi, tau makan atau tau buat..hellooooo jawapannya ialah kedua-duanya. Saya tahu makan dan tahu buat juga, sebab kalau makan, saya suka makan lebih dari dua atau tiga jadi jalan selamat ialah belajar buat dan bila saya pandai buat, saya boleh makan banyak. Hmm..kenyataannya makan kuih lama-lama ini ada nikmat yang tersendiri. Ada kisah dan falsafah di sebalik kuih yang dibuat (walaupun bukan semua) kenapa begitu, kenapa begini..yang penting aku suka yang klasik. Macam mana dengan orang? Ya, aku suka yang lama dan klasik juga..kenapa? Bab 3 Meneguk air di bibir gelas serasa terbayang di leher nan mulus menunggu kasih tidak berbalas serasa walang h…

Ais krim green tea la sangat..

Image
Kalau baca novel popular sekarang ni, macam-macam nama ada. Termasuklah novel yang dijadikan cerekarama. Arian Rose? Seth Tan? Entah apa-apa lagi, aku tak hafal semua, sebab dah hampir empat tahun tak menonton TV. Itu pun tahu sebab dok dengar depa cerita. Kalau tengok pun Anugerah Bintang Popular yang setahun sekali tu dan tengok Raja Lawak tahun lepas dengan Nenet Penne sambil makan roti bakar dan kopi depan layar sinetron kat rumah. Chanel apa yang best pun aku tak ingat. Betapa masa pantas berlalu, suatu ketika dulu aku boleh tengok TV sampai TV tengok aku balik depannya...zzzz :) Cakap pasal nama, aku suka nama kontot atau satu nama saja, tapi orang sekarang suka letak nama anak panjang sedepa, lepas tu time nak isi boring mula la tak cukup kotak. Eh tapi itu hak depa la kan..aku apa pulak nak kisah. Biarlah..personally, aku suka nama yang bunyi macam klasik ni.. Bab 2 Suara gemersik buluh perindu belahan hati pengubat jiwa siang berbisik menahan rindu sehari tak jumpa, serasa h…

Hagia Sophia...

Sedar tak sedar, sudah masuk lima bulan aku berhenti dari Kilang Kertas dan sedar tak sedar juga, aku dah jadi blogger sejak 2007 lagi hinggalah kini. Andai dihitung, keseluruhannya ada enam blog yang mana tiga darinya adalah milik sendiri manakala tiga lagi blog kreatif dan aku diundang sebagai pengkarya tamu..tidak berbayar, namun aku terima kerana minat dan idea sedang mencurah ketika itu. Kini, Februari 2014..terasa begitu pantas masa berlalu. Daripada membahasakan diri 'aku' dalam gaya penulisan blog, bertukar kepada 'saya' dan kemudian 'aku.' Tak tahulah mana satu yang paling jujur, sama ada 'aku' atau 'saya,' tak pun 'gua.' Entah..tapi kalau berbicara dengan Allah, kita membahasakan diri 'aku'..sebagai hamba paling lemah di sisiNya.. Menulis di blog bagi aku sama seperti menulis catatan peribadi pada diari harian. Kadang kala terbabas juga mencatat sesuatu yang termasuk dalam kategori rahsia kerana tidak sedar. Tapi ada k…

Masih hidup...

Minggu lalu, ada sms masuk: "Bila free, boleh jumpa tak? Nak bagi buku?" "Buku apa?" "Buku saya, ada dua biji baru siap.." "O ok..anytime. Cakap je kat mana, nanti saya pi.." "Isnin, jam 3 petang. Mai opis saya.." "Ok boleh.." Dan aku pun menunggu-nunggu hari yang dijanjikan, alang-alang turun KL nak jumpa pemberi buku, baik juga aku jumpa sahabat yg dah lama tak jumpa ni, Che Kem. Kalau jumpa Che Kem, aku mesti mengeteh sejam dua dengan dia, yang juga sama sealiran minat dan percakapan. Lepas habis sembang, aku menghala ke opis pemberi buku dan Che Kem menuju ke Aswara kerana katanya dia ada urusan di sana. Jam 3 aku jumpa orang dimaksudkan. Dua buku bertukar tangan. Satu buku edisi mewah dan satu lagi buku nipis yang dia menang hadiah pertandingan puisi. Aku lebih-lebih lagi suka sebab dapat dua buku percuma dan sudah pastilah akan dihargai. Sekitar jam 4.45 pm aku minta diri sbb nak elak sangkut..dari Jalan Tun Razak, ber…

Gossip..

Dulu rumah sebelah kiri kosong lebih dua tahun, jadi aku berdoa supaya ada jiran. Tup tup awal bulan hari tu, nampak sorang mamat Africa berjalan masuk ke dalam rumah kosong tu dan kemudian ada lori besar park depan rumah dengan segala bagai barang. Okeh doa aku sudah sampai atas, Allah mendengar. Dan ada jiran sudah sebelah rumah.
La ni dah nak masuk dua minggu depa pindah masuk, ada kemusykilan lain pulak. Setiap malam ada bunyi bising seperti angkat berat dan hempas ke lantai. Aku tau la depa tu bina badan kot sebab pernah nampak thread mill depan pintu beberapa hari dulu. Ok la gitu kan, tapi memang mak hairan apasal malam2 pun depa bersenam. Musykil sungguh.
Depa ni rasanya couple sebab selain mamat Africa tu, ada sorang perempuan nama Jasmin (haaa sempatlah lagi I skodeng dan bertegur sapa dengan jiran kan), yang juga keluar masuk. Aku pernah dengar suara baby nanges di siang hari, tapi tak pernah nampak babynya.
Di suatu hari Khamis, sambil bela pokok bunga, keluar mamat jiran…

Amber Chia Vidal Sassoon

Image
Betullah..apabila sudah terlalu lama ditinggalkan, ingatan kita pun pudar. Lupa secara perlahan-lahan dan tiada lagi sentuhan yang meresap, yang selama ini kita sayang dan kita jaga dengan baik. Tiada lagi kerinduan dan tiada lagi perasaan teringat-ingat. Saya tak pasti tajuk di atas sesuai atau tidak dengan entry ini..writers block again!!! Hari ini, 10 Januari 2014 genap empat bulan aku berhenti menulis di halaman Wanita di akhbar yang cukup aku sayang, Berita Harian. Selama 18 tahun menjadi wartawan dan menulis di akhbar berkenaan, usah kata keringat, air mata juga mengalir apakala aku tak dapat menemubual individu yang dikehendaki editor. Ketika itu hampir Maghrib dan editor suruh aku menelefon seseorang. Bayangkan waktu orang sibuk ingin menunaikan solat, gua pulak sibuk mendail no telefon dan akhirnya tidak berjawab. Kerana terlalu takut, aku menangis di dalam tandas dan apabila keluar dari tandas wanita, ada dua tiga rakan termasuklah wartawan berasal dari Sabah, namanya Johny…