Sunday, 22 September 2013

Weekend session...

Sky is clear today, blueish and shining..aaahhh good sign but I prefer cloudy and raining. Don't know why, maybe because the best time (as for me) to sip a coffee infront of my window is when rainy day while wind blew over the shady tree nearer..tak dak view menarik pun. Hari-hari bangun pagi jenguk tingkap dok la nampak rumah bata merah yang sedang dalam pembinaan, pekerja Indon yang dah beberapa hari dok cangkul tanah, depa kata nak buat swimming pool..yesszaa boleh skodeng haha dan sekali sekala security of the residence round dengan motor and the rest is quiete all around..great!
TL: Real pic by @nadlina174. TR: canvas with blue background and a branch. BL: Just a blue as basic. BR; tadaaaa....
Yeah..my new day, my totally different day rather than two weeks before. Masuk kantor (kantor lah sangat) kol 9am dan selepas zohor nanti ada beberapa surat cinta nak kena reply antara Zain dan Yaya, antara Peter dan Amira dan antara Nor Haneem dan Bagus..banyak kan..tak pe lah..nanti kita tengok macam mana ending percintaan depa2 berenam ni..
Sementara tu, mai kita makan kek, minum kopi dan conteng jap. For the courtesy of my lovely sister, @nadlina174, here the humble painting for you...thanks kakak I copycat dari entry you punya gambo ni..have a nice day yeah..muahhh!
Tak dak la sama seratus persen bak kata mas idayu dalam lagu dangdut tu kan tapi gua punya passion lah nak conteng hari ni..sambil dengar Andrea Bocceli dan Edith Piaf dok nyanyi tepi telinga gua..
 Nota kaki#: Hidup tidak dinamakan hidup kalau tiada pasang surut, kalau tiada sedih suka, kalau tiada tawa tangis. Hidup tidak dinamakan hidup kalau tiada hujan panas, kalau tiada guruh petir dan kini adalah masa terbaik untuk melihat awan berarak, untuk mendengar kicau burung selepas subuh dan kini juga adalah ketika terbaik menghirup udara segar sementara masih ada waktu yang bersisa..
 

Met this two cufica braders..

Did u ever heard about cufica art? This is about Islamic modern art and yesterday when im in Bangsar Shopping Complex, I met this two guys who offered art in contemporary style and it was Islamic Modern Art. Their artwork is awesome I guess.

These 2 braders, Kamarul J and Kamarul C (both their names is Kamarulazhan and Kamarul Akhbar) is a full time art traders and what is great about them is they left the job before for the sake or art and they choose sufi art as their trade mark. Want to know more about them, pls click to http://www.coloursofcufica.com/

 Kalau ada ringgit lebih memang gua nak beli lu punya artwork ni brader..tapi apa kan daya..sob sob!
Kata depa, sambutan terhadap sufi art ini sangat menggalakkan dan antara buyer yang sering beli artwork depa ni ialah artis..non muslim pun ramai juga. kata depa lagi, sebelum dijual depa siap explain bahawa subjek matter itu bukan sebarangan bentuk dan pembeli juga kata depa tahu dan beli sebab cantik dengan seni. Well done bro, berdakwah dengan cara tersendiri. Wish you luck guys!

Saturday, 21 September 2013

Bye bye sorrow...

Woke up this morning...no harsh, no sleepy while driving, no traffic jam, no maki carut masa bawak keta, no fear, no hated, no heart broken, no smoke..ehhh!! Hehe...i pinch my cheek and ouchhhh! Sakit lahhhh! Well..this is my life now...start working at 9am and break during lunch and continue again...LW this is reality of your routine now..crafting, painting, cooking, reading, sleeping, dreaming, outing, leisuring and last but not least, travelling - work 24 hrs per day, no bonus, no annual leave and no mc. I took the challenge and it was awesome.
As for me,  life is about to make a decision, take it or leave it, do or not to do. No regret, no look back and no sadness. The sadness phase was over long time ago and i don't have much time to look further about the things that didnt give me any benefit. Bye bye sorrow!
This is not my painting at all, i discovered it at wall near art shop in Melawati. It looks beautiful and without delay...terus klik! Yang biru bawah tu pun nampak cam cantik gak..kalau boleh potong dinding batu tu nak jer aku ambik, tak de signature so tak de owner la kan..ceitt!
I know, they keep guessing and gossiping what will i do after the date, 10th Septh. They keep chatting why i took a decision like that, the keep talking what happen to me but i never bother because i, the one who will manage myself and i have nothing to prove except myself.
And yesterday, thanks to Chegu Syam aka Bella yang bawa aku pi menshoppingkan diri sejumlah kanvas and etc...i know, life become hectic soon. I like...
"LW, En Suzlee kata u kalau nak upgrade value lukisan tu, u kena buat supaya orang tak leh tiru teknik u.."
"Ya ke Che Kem..okiss i tau nak buat macam mana.."
"Yer..dia tu dah femes..lukisannya ada di mana-mana saja.."
"Tau..i sempat p empat kelas dengan dia dulu..lepas tu gone.."
"Buat je lah..nanti kita buat kolaborasi.."
That was my conversation with Che Kem, multitalented guy whom i knew since form six in Pasir Mas. He's Tunku Abdul Rahman dalamTanda Putera.. sambil makan lepas tengok makyung Raja Ho Gading..tq Che Kem..ill do it..in shaa Allah..

Sunday, 15 September 2013

I wish u were here..

I started to learn how to fry egg while im 7 yrs old. During that time, mak will asked me to chop an onion, heat the pan and wait for her to fried the egg. Suspen and fear, because I knew there is hot and I deal with fire and of coz overheating cooking oil. After 17, I cooked often instead of helping mak to prepare our meal at home. She keep told me, please cooked with passion, pleasure and sincere. Cleanliness is the priority and started with Bismillah. Eventho she's already disappear from my eyes..:(, I still remember her voice, her tips, her touch and everything about her especially when she's at her work station @ her fav place, kitchen. A small kitchen, buruk, kusam and sempit but that was heaven to her and to all of us too..makan, sembang, cakap, kena  marah, kena leter, kena cubit, kena warning, kena sembur, kena basuh pinggan, kena masak air etc. That was a place called 'tempat paling happening' to five of us, and im the second, marked as degil and pelik!
As for today, I woke up early,.thinking what im gonna cooked because adik told me she wanted to visit our middle sister in Muadzam and maybe spend some time in Rompin. The fact that weekend is the 'kemalasan' day for me and I normally checked the peti sejuk to clear all the barang yang sudah expired.
Wokeh..got it, shitake mushroom, tuna chunck and honey tomato cherry and a dozen of egg. Enough..absolutely perfect for tuna mushroom quiche. Cakap banyak pun tak guna, bak kata kengkawan saya, picture speak a thousand words kan! Kann! Kann...!!!
Always choose yellow because the yellow contain more vitamin rather than the red one. Same goes to capsicum..but you better eat all colors of vege vecause every color has their own function and it will help our body to get minerals and vitamins for the purpose of energy, metabolics rate as well as body development.
Tuna mushroom quiche. Interested??? Hehehe..yummy..sendiri masak, sendiri makan, sendiri puji???No..no..rasanya biasa saja, tak sedap mana pun..jangan percaya dengan foto walaupun foto tak pandai menipu..
 Saja suruh pos begini, bertujuan menitikkan saliva sesiapa yang melihat..
Secawan kopi, sekeping roti berlapis telur, perlahan-lahan menghilangkan rindu itu..pada mendung pagi yang semakin menghilang di balik cahaya suram...
 
RM20 / box (16 pcs) collect @ Windsor Sg Long.

Paris ke Frankfurt..

Pekan yang sangat happening, begitulah kalau saya boleh labelkan ayat yang sesuai dengan Frankfurt yang sempat kami singgah selama beberapa hari dan terima kasih kepada tuan rumah, Khairul Abdullah (KA) dan isteri yang sudi menumpangkan kami bermalam di rumahnya.
Saya dan Ros tiba di Frankfurt dari Paris pada sebelah petang dan kami sudah mula berasa letih kerana hampir seminggu sudah berfoya-foya di tiga negara dengan kadar masa yang sangat ketat, tapi puas kerana banyak lokasi dilawati walaupun kami terpaksa berkejar supaya tidak tertinggal train dan ada kalanya melalui jalan yang sama kerana gagal membaca peta. Namun sesat di dalam bandar moden tidak menjemukan dan paling kejam pun, kami duduk minum kopi sambil berfikir hendak bermula dari arah mana.
Kebetulannya di kawasan komersial berhampiran kediaman KA ada acara seperti promosi makanan dan minuman yang mana ia tidak halal bagi kami kerana ada acara minum dan makan..baunya memang menggiurkan tapi lebih menggiurkan lagi apabila ada acara tarian beramai2 dengan pentas muzik terbuka. Wahh saya dan Ros pun sambil lalu sambil goyang badan dengan beg kandar besar di belakang on the way menapak ke rumah KA.
Dari bilik kami, jenguk je tingkap ke bawah ada laluan yang kiri kanannya penuh dengan bunga mawar, asthma saya pun bye bye sebab dapat hirup udara segar. Kalau boleh simpan bau wngi bunga pada pagi hari itu, harus saya simpan dalam Tupperware bawa balik KL..
Tiba di rumah yang seperti hotel lima bintang itu (KA ini bukan bodek, malah awesome sangat dengan menu yang sempat dimakan itu soto nasi impit yang sangat sedap) kami letak saja bag dan terus zzz kerana penat + cuaca sejuk + kami dah makan sebelum sampai rumah = ZZZZZ saja le kan.. so tuan rumah jangan heran kenapa kami tak makan, sebabnya kami dah pekena kebab berhampiran central station sebelum menapak balik, hehehe.
Ros dah tarik beg nak balik KL.
Ok beberapa hari di Frankfurt, saya dan Ros merancang melawat Heidelburg, pekan lama yang ada banyak istana dan bangunan bersejarah. Sesiapa yang suka meninjau struktur binaan dan runtuhan lama, sila jenguk Heidelberg ya. Dalam perjalanan ke Heidelburg tu saya dan Ros sempat berbual dengan seorang warga tempatan tahap pakcik, sudah agak tua dan saya meneka dia berjalan seorang diri melihat pekan sendiri. Dia mengajak kami join dia tapi kami ambil jalan mudah kata nak lawat tempat lain dulu. Suspen juga kan sebab dia tetiba peramah dan kata pernah melawat Kuala Lumpur dan suka negeri kita..eishh..
Hari esoknya, kami peruntukkan untuk round kali terakhir kawasan high end yang penuh dengan butik beg, baju, kasut etc. U name it, u got it, pendek kata kalau bawa duit 10k pun dalam masa 1 jam boleh habis sebab banyak benda menarik ada dijual di sini terutama hand bag. Bak kata KA, "LW, u nak beli LV, kat Frankfurt ni waiter jer pakai LV tau.." Adehhh dushh dushh! Ahh saya tak peduli, saya duduk di KL dan bukannya di Frakfurt..hahaha tunggu saya duduk di UK ke, atau saya duduk di Frankfurt juga, makan saya akan pakai beg yang saya buat sendiri...haha. Ros sempat beli satu hand bag dan saya pun beli juga satu
Yang sadis tu, kami dah berhari-hari tahan nafsu nak makan lauk Kuala Lumpur specially lauk kedai siam, tetiba KA tunjuk kami satu kedai, namanya Thai Fun..arghhh heaven kehhh...! Saya share dengan Ros dan hasilnya memang marvellous..rasa macam makan kat kedai kat Sg Long..whoaa penangan kedai siam tu memang terangkat. Ginilah agaknya orang tak biasa merantau, baru sepuluh hari berfoya-foya tekak dah meminta2 menu tomyam campur, telus bungkus, kailan ikan masin bla bla bla!
Sungguh, kalau tiada persediaan mental dan fizikal, memang penat melancong cara bajet ciput macam kami ini. Tapi kami bernasib baik kerana ada sahabat seperti KA dan isteri yang membenarkan kami menumpang di rumahnya.
Benarlah kata orang, jauh berjalan banyak pengalaman. Indah tempat orang, indah lagi tempat kita, namun kalau ada peluang saya tetap ingin menimba pengalaman berkerja di luar Negara walaupun mungkin sudah sedikit terlambat akibat factor usia.
Saya ada lebih 2,500 keeping foto sepanjang 12 hari berjalan di empat lokasi. Pengalaman dan catatan memang banyak, tak ternilai pula valuenya. Ok saya tempek pic nya di sini. Banyak sangat nak tulis, balik-balik tak tertulis pun.
Ini adalah bunga liar tepi jalan, cantik gila pada mata saya. Di bawah pula adalah fenomena bulan penuh, kata KA hanya sekali setahun ja boleh Nampak.
Runtuhan kota lama di Heidelberg. Banyak istana lama yang ditinggalkan menjadi lokasi pelancongan. Di bawah ialah pemandangan kota Heidelberg dari atas jambatan..maaf saya lupa namanya.
Ini adalah national theatre di Frankfurt, tak jauh dari rumah KA. Sebelum balik ke rumah, saya dan Ros lepak kejap kat sini..akhirnya tamat sudah perjalanan kami..tak sabar nak balik KL sebenarnya..nak minum air kelapa, nak makan durian..nak makan nasi lemak, nak makan tosei..

Tuesday, 3 September 2013

Masak lemak pucuk paku!

Too little time but too much work..or should I say the job have been overloaded, high wired with backbone problem etc etc. Arghh I desperately want to ask HIM if i could have just one more hour so we could have 25 hrs per day but unfortunately..obviously I had failed to manage my time well. Lots of work need to be settled before I move to another phase of my life. That's the fact of life, just like a river flow..that never turn back and what i need to do now is straight heading up and never ever looking back. Yes, I truly wish for that. Every single minute is too precious, I've missed reading all notes from a blogger's friend. Perhaps you assuming that I had abandoned this space. Nope, I am be able to stand still going through every single day just to see the glimpse each of you and how disappointed for not even read properly. I really want to write as usual, membebel and menceceh and share all my stories, doesn't matter if you enjoy reading it. I don't bother because I could only write within my own capacity and not to please other people. So pardon me..
Last week, someone text me..(the kesayangan paling tak sayang..kehkehkeh)
"LW, apsal tarak hupdet itu blog?"
"Nape? U baca ke?"
"Yer, dats y im asking  you to update, at least i know you my secret admire still alive!'
"Cehhh..cehh..just that?"
"Yer lah, habes tu u nak apa?"
"Kata secret admire, tak de pong nak calling calling i.."
"Ala, we already had MoU kan..no calling calling but i follow you at blog and u follow me at Instagram.."
"Ehh sesuka hati i lah..no force force heh.."
"Ok sayang, last wish..update blog and cook for me..sayur lemak pucuk paku, letak udang tau!"
Sepatutnya udang ini diletakkan bersekali dalam pucuk paku, tapi aku dah lupa nak campur, gi masak asing-asing..poyo betul rasa..tapi tak pe, otak magic kan, kita campur je dalam tupperware masa nak tapau..jadilah lauk yang direquest itu.
Ikan lampam (ehh sorry tak pasti lampan ke loma) ala pekasam, ribut petir dan hujan ribut pun saya tak peduli kala menikmati menu marhaen ini tapi perasaan kala memakan menu ini adalah awesome sangat!

Ok and last weekend was my lazy day but i need to cook, obviously not because of his wishes but im hungry and tempting gila nak makan sayur lemak pucuk paku, makan kat kedai tak de puasnya kan..dua tiga lai je daun pucuk paku dalam pinggan, bila tanya cashier, RM7..tak ke mengaum harga, dah tu bukan kena dengan taste..might as well, gua masak sendiri. Lagi kaw..then pada lewat petang hujung minggu, dia datang untuk ambil masak lemak itu. Alhamdulillah, gua masak dengan penuh kasih sayang, dia datang ambik pun dengan penuh kasih sayang juga. Satu saja yang saya mohon, doakan kesihatan saya dalam keadaan baik, saya mahu hidup lama..untuk melihat keindahan yang Allah cipta, untuk saya lebih menghargai apa yang ada di sekeliling saya, termasuk anda, dan siapa saja yang menganggap saya adalah sahabat anda...

Nota: terima kasih doa, doa yang tulus, sangat bernilai pada saya..berapalah sangat harga semangkuk sayur lemak pucuk paku itu berbanding doa yang tulus, yang saya mahu adalah doa dan kekuatan..terima kasih sahabat!