Tuesday, 18 June 2013

Kita tidak pernah mengetahui...

Kita tak pernah tahu, untung nasib kita selangkah ke depan. Apa yang kita perlu buat ialah bersedia..atau dalam erti kata lain, bertawakal dan berserah sepenuhnya kepada Pencipta kita. Kita mesti yakin sepenuhnya kerana DIA yang menguasai semesta alam..bagaimanapun, rezeki secupak tak akan jadi segantang kalau kita duduk meriba tangan dan tidak menggunakan tulang empat kerat yang DIA bagi..mahu menafikan atau tidak, sebuah buku kehidupan kita sudah siap di loh mahfuz..cuma helaiannya belum habis hingga ke muka surat akhir. Jadi selama itu jugalah kita akan terus berkelana di negara bernama alam buana.

Pagi ini, aku keluar rumah awal untuk berjumpa senior ketika belajar dulu. Dia senior setahun saja, berbangsa India dan saudara baru..Alhamdulillah..malah aku rasa dia lebih baik dari aku dalam mempraktikkan agama Allah ini. Cuma katanya dia belum bersedia untuk mendedahkan anutan barunya kepada keluarga dan kaum kerabat lain kerana bimbang jika mereka tidak dapat menerima keadaannya kini. Semoga Allah mempermudahkan urusannnya...

Dan kita tidak pernah mengetahui, keadaan diri kita selepas ini, tapi kita boleh merancang, kita boleh merencana dan kita mampu melaksanakannya..memintalah terus kepada DIA...
Nyamuk, biar aku tentukan nasib kau selepas ini boleh tak???

Monday, 17 June 2013

Release stress...

Masa sekolah rendah, abah belikan kami kamera poket jenama Fuji, nak sama besar dengan dua kotak mancis. Jadi kalau ada kenduri kawin ke apa, kamera itulah yang kami gunakan untuk rakam gambar. Dulu tak de digital, jadi kami beli filem Fuji 124 ke apa ntah kod nya, aku da lupa. Lama kelamaan kamera kompak tu pun jahanam sebab tak henti-henti ambik gambar.
Bila dah ada kuasa beli, aku taram Canon..besar jugalah sebab nak guna untuk kerja. Dah beberapa tahun guna Canon..aku handover Canon tu pada adik. Sekali Canon gedabak tu terjatuh dari raga motosikal..meletup-letup dan kemek di langgar kereta sebab tak dapat diselamatkan. Aku beli satu lagi dan bagi pada adik sebab dia pun guna kamera untuk kerja, Canon juga. Gedebuk gedebak, KA beli Nikon DSLR 5000 ke apa..aku nak pinjam, dia kata tak buleh sebab itu dia punya. Aku pun sentap jugala masa tu. Setup tabung utk kamera..last-last aku berjaya taram Nikon DSLR macam KA punya.
Hallo brader, gua kasi can sama lu sedut darah manis gua..lepas ni gua pelapappp kasi lanya sama lu boleh ka!
 Lepas tu inovasi demi inovasi berlaku. La ni henpon pun ada kamera canggih. Aku pun bantai sekali la kamera cap ayam tapi sedikit baik sebab ada kamera. Hobi tangkap gambar masih terus berjalan. Pi autsetesen lima hari pun dah 800 keping pic tangkap..acaner tu nak travel..kalau travel dua minggu, maunya 2000 keping kan. Lepas tu ada colleague racun..LW ..setup instagram la weii..o ya aku ni slow mlow sket bab nak setup mende kat henpon. Kawan tu baik hati, dia pi donload instagram. Aku pun macam orang mengantuk disorongkan bantal peluk, buka aircon, pasang cd lagu syahdu...zzzz..ehh bukan gitu la..maksud aku bila dah ada instagram, macam buku bertemu ruas..tak payah cakap banyak..snap sana sini zasss instagram dan aku rasa lebih bermakna lagi jadual harian sebab tak payah tulis banyak. Pic with a thousand words, lets pic talking bla bla bla dan komuniti instagram ni tak dak la nak gaduh pasal politik ke apa..yg depa tau respect each other due to their pic that they download in instagram. Release stress ooo!!!
Saya gojes kan? Kan?
Sapa ada instagram jom kita follow...bak kata abang jem Sinar FM..i follow...muka fighting fish tu blur je bila aku tala moncong kamera kat cermin akuarium..spesies ni pening2 lalat sebab tuannya dah lama tak tuka ayor..jahat tol lah kan..aniaya ikan dalam balang kaca..haish!

#Kalau abah masih ada, aku nak ajar dia buka akaun instagram dan ajak dia pi 'menembak' dalam hutan...selamat hari bapa..Al-Fatihah...


Sunday, 16 June 2013

Dua fragmen...

Kehidupan..kalau sudah namanya hidup, tak akan sempurna kalau tiada masalah yang mendatang setiap hari. Terlupa memberi markah kepada pelajar juga adalah satu masalah, tapi dia tidak akan sekali-kali menyebutnya sebagai masalah. Dia akan tukar perkataan masalah itu kepada 'perkara penting yang perlu diselesaikan dengan segera.' Dan kini 'perkara penting yang perlu diselesaikan dengan segera' itu ialah seseorang yang bernama Yaya.
 
Dulu selepas balik dari Seoul, dia sudah berjanji untuk menceritakan perkara sebenar kepada Yaya apa yang berlaku ketika si manis itu jatuh tidak sedarkan diri ketika kelas berlangsung. Sebagai guru yang ada dalam kelas ketika itu, dia menepuk-nepuk pipi Yaya dengan tujuan mengejutkan Yaya sekiranya pelajarnya itu pening atau tidak sedarkan diri seketika, namun keadaan Yaya yang pucat seperti sudah kering darah itu membuatkan dia berasa tidak sedap hati dan mengambil keputusan membawa terus ke hospital. Ketika dia membawa Yaya dengan kedua-dua belah tangannya, ada sedikit darah pada pakaian Yaya dan dia membuat kesimpulan mungkin Yaya pengsan akibat masalah senggugut. Tapi apabila tiba di hospital dan doctor membuat pemeriksaan, Yaya bukan senggugut tapi ada masalah lain dan dia tiba-tiba berasa belas terhadap Yaya.
 
Masih diingat betapa payah Yaya menelan roti yang dikunyah dan begitu juga panjang lehernya tatkala mahu menelan air yang diteguk. Ketika itu dia mohon supaya luka Yaya dialih kepadanya kerana dia sudah biasa mengalami kelukaan sama ada luka yang Nampak darahnya atau luka yang terselindung. Yaya masih terlalu mentah untuk dikhabarkan dengan berita begitu. Dia tahu Yaya bercita-cita besar, ada tujuan kenapa Yaya bersungguh-sungguh memasuki politeknik itu.
 
(Fragmen: Yaya dan Zain)
 
 
"Mama, saya tak faham kenapa dia marahkan saya sudah beberapa hari. Baju yang saya gosok dia tak pakai, dia gosok sendiri. Tali leher yang saya sediakan juga dia tukar warna lain. Puas saya fikir apa silap saya padanya. Semalam dia kata mahu makan sup ayam, sudah saya sediakan. Pun tidak dijamah sampai sejuk sup itu. Kopi yang saya buat juga tidak berusik. Apa salah saya mama?" Pertanyaan itu dilontarkan kepada Pn Baker yang ralit menyediakan roti berinti hirisan ayam untuk makan malam mereka. Dia sendiri lincah membantu menyediakan meja kerana sekejap lagi bapa angkatnya akan turut serta bersarapan dengan dia dan Puan Baker yang sudah sebati dipanggil 'mama.'
"Biarkan Aimee, panasnya tidak akan lama. Mama tahu sangat perangai anak jantan seorang ini..tapi .."
"Tapi kenapa mama?"
"Kali ini rajuknya agak lain macam..nanti kita tanya ayah. Biasanya lelaki akan faham dengan perangai orang yang sejenis dengan mereka. Aimee jangan risau..kalau Fitri buat hal lebih-lebih, beritahu mama. Semalam apa yang dia hempas?"
"Baiklah..saya tak pasti apa yang patah dalam biliknya..saya tengok biolanya elok saja dalam beg di tepi katil. Gitar juga terletak kemas dalam almari..tak tahu pula apa yang patah mama.."
"Berani dia patahkan biola Stradivarius tu. Kalau dia patahkan biola tu, maunya ayah marah dia.."
Tiba-tiba Encik Baker muncul di dapur dan duduk di meja. Segelas nescaffe panas sudah tersedia di hadapannya. Cepat-cepat isterinya menyuakan pinggan kosong dan hidangan sandwich ayam juga disuakan ke hadapan suaminya itu. Makan malam mereka tidak begitu banyak hidangan kerana pasangan suami isteri itu lebih suka menjamah hidangan sekadar alas perut. Bahkan dia sendiri sudah biasa tidak makan malam kecuali kalau Fitri ajak keluar, dia akan makan dengan si tunggal itu.
"Abang, tahu tak kenapa Fitri marahkan Aimee? Kata Aimee dah hampir seminggu dia tak mahu bercakap, buat muka tak mahu senyum..?"
'Ya ke? Awak tak tanya dia?"
"Saya tahu kalau saya tanya, dia akan buat bisu. Abang mesti tahu kenapa kan?"
"Aimee jadi ke nak teruskan hajat balik Kuala Lumpur?"
"Jadi ayah, InsyaAllah..."
"Jadi? Hmm...ayah rasa ayah tahu kenapa Fitri buat hal.."
"Kenapa abang?"
"Awak ingat tak abang tak mahu bercakap dengan awak dulu ketika awak kata nak balik ke Scotland?"
"Oh ya..jadi apa kaitannya dengan Fitri?"
"Fitri itu anak kita, ada darah abang dan sayang dalam tubuhnya. Bapa borek anak rintik. Kalau sudah sayang seseorang itu, dia sentiasa mahu lihat kesayangannya di depan mata. Walaupun tidak bercakap, tak mengapa. Yang dia mahu, setiap hari boleh lihat ada di depannya. Aimee mahu berangkat ke Kuala Lumpur kan?"
"Ya ayah.."
'Dia sayang Aimee tu...seperti mana ayah sayangkan mama dulu..."
Bagai ada renjatan elektrik membakar jantungnya. Fitri sayang akan dia. Di luar salji makin lebat menimpa atap rumah. Melalui cermin nako di bahagian tepi dapur, dia Nampak pokok epal makin memutih akibat debu sejuk salji yang makin memenuhi. Hangat pemanas yang dipasang tidak terasa, sebaliknya beku dan sejuk jua membalut hati. Imran Fitri...Ian Peter...
 
(Fragmen Salji Masih Berguguran)
 
 

Thursday, 13 June 2013

Sentap!

Berani dia kata aku pemalas! Berkali-kali dia cakap gitu. Dia tak kenal sapa aku. Mendidih-didih darah aku bila dengar suara dia kat corong telefon. Kalau ada kat depan, siap la dia kena tala cukup-cukup. Iskk memang aku sentap gila bila dia kata gitu. Masih terngiang-ngiang kat kepala otak ni suara dia yang lemak-lemak merdu tu kan. Satu hari suntuk aku fikir, perkataan 'pemalas' yang menjunam masuk dalam telinga tu. Eeee memang mendidih mak punya hati ni..

"Awak tu pemalas!"
"Eii mana tau saya pemalas ni??"
"Memang pemalas. Suruh DIET pun malas."
"Grrr...." (kalau boleh nampak asap, memang berasap tau)
"Haa apa lagi nak kata...pemalas"
"Aaaaa...saya sibuk"
"Ehhhlehhh itu alasan. Orang pemalas memang banyak alasan.."

Sumpah, aku tak boleh tidur memikirkan perkataan 'pemalas' tu..aku tau dia guna reverse action psicology tak apa..suatu hari nanti dia akan tahu aku 'rajin' sebenarnya. For those who said that im "LAZY"..give me some time..then you know that im not kinda person like what you think!Dangggggg......

Nota: Mission is starting!

Wednesday, 12 June 2013

Dating dengan Abil Fikri???

Whoaa tajuk entry tahap lupa diri dan tak pijak di bumi nyaaa..ya laa sapa tak mo dating dengan the most eligible bachelor in town kan. Kalau aku tanya sapa lagi nak dating dengan En Abil Fikri yang gentleman ini, agak-agak ramai tak yang nak? Aku tak terfikir pun nak dok sebelah dia ni, sebab selalunya baca blog dia jer..sob sob..pasal arwah isterinya, Gee yang sangat dikasihi dan dicintainya itu.
Rasa-rasa En Abil ni akan berkahwin lagi tak? Mesti dalam fikiran kita  ada tanda tanya itu kan. Tapi hari ni aku dengar dia kata, "If you can bet my wife..ya kemungkinan saya akan fikirkan untuk berkahwin atau tidak dengan orang itu.." and the fact that arwah Gee is the perfect wife to him. Dan siang-siang lagi En Abil dah kata Gee terer masak dan sempurna di matanya.
Tidak mudah ya nak memenangi hati En Abil ni sebab dia memang setia. Alhamdulillah kalaulah Gee boleh mengetahui, dialah isteri paling bahagia dalam dunia. Ok kita doakan semoga rohnya dicucuri rahmat Allah Taala. Aku harap ada ramai klon En Abil Fikri Ahmad di luar sana...
Kisahnya bos aku kat kilang kertas hantar aku pi dengar talk En Abil ni.Memang terkesan aku yang mendengarnya...tapi sayangnya En Abil, saya tak dak family, hanya diri saya sendiri jer..saya nak peluk sapa ya..hehe jadi tak dapatlah saya nak praktik apa yang En Abil cakap tu. Cuma saya boleh kongsi dengan sapa yang masuk baca blog marhaen saya ni jerrr...
Okeh aku tak mo cakap banyak. Mata sepet sudehhh..aku listkan apa yang aku ingat pesanan En Abil Fikri untuk kita jadikan pedoman.

* Bagi pasangan suami isteri, jangan lupa peluk kerap-kerap setiap hari.
*Isteri/suami sila zikir Al Wadud /Ya Latiff setiap kali sediakan air untuk suami/isteri supaya kasih sayang uollss kemas dan erat dan rapat dan kejap..haa lagi apa? Eh ini ayat aku jer, saja menambahteguhkan ayat En Abil.
* Kalau nak solat jangan sekali-kali kuis atau betulkan sejadah dengan kaki, itu baginya tidak menghormati Allah..(ya la kan..kuis dengan kaki, nampak sangat tidak tahu menghormati sejadah, selain tidak menghormati Allah Penguasa Sekalian Alam)
*Amalkan berzikir Asma ul Husna.
* Bacalah Al-Quran setiap hari walaupun hanya satu halaman.
*Kepada suami, hargailah isteri anda kerana wanita itu adalah hadiah Allah kepada anda
*Kalau berasa bosan dengan kerja atau tertekan dengan tugas di pejabat, sila ke pantry, ambil segelas air, berselawat dan bermuhasabah diri..ingat kenyataan I Love My Job dan My Job Loves Me..minum air tu tau..insyaAllah akan ada kelegaan. (Aku la ni..selalu blur kalau masuk opis..ceittt LW neh)

Ok banyak lagi dia bercakap selama 2 jam lebih ..aku lupa bawak balik notanya tu..namun yang dia bagi atas tu adalah antara pesanan dia..haaa tu diaaa..abaikan tangan baju aku tu, sinsing sampai atas..iskk ni kalau kesayangan nombor patblas nampak ni, maunya kena babap..erkkk???
Dia kata..ooo ya saya ada terbaca komen Lady Windsor kat blog saya...haishh ya ka En Abil ni..ke saja je nak ambik hati saya..ekeke..ok ok saya cayer cakap En Abil..doa saya semoga En Abil Berjaya dunia akhirat. Jangan lupa doa untuk saya juga ya...

Monday, 10 June 2013

How to preserve herbs...

Setiap kali kemas peti es, mesti ada rasa bersalah sebab ada je serai kering, halia kecut dan cili berkedut sebab aku tak perasan 'mereka' tu dah berapa lama dok diam dalam vege box kat aras bawah peti es. Minta maaf lah sayur2 semua. Tak dak niat nak bazirkan korang semua. Kalau mak ada, mesti mereka tu tak sempat mati beragan dalam peti es, mesti depa suka terjun dalam kuali atau periuk tapi sebab aku leka 'masak' kat luar rumah, lupa mereka dalam peti es..
 
Okeh tak nak membazir dah lepas ni, meh kita share macam mana nak simpan herba macam rosemary, thymes, basil atau pun mana-mana English herbs..senang jer..ambil daun herba tu, korang chop atau cincang sket kasi luka-luka daun tu, gaul dengan butter, simpan dalam peti es. Bila nak masak..ambil je sesudu dua bersekali dengan butter tu..mesti aromanya meruap naik..
InsyaAllah boleh tahan juga sebulan dua..untuk herba local macam serai, kunyit, halia, daun kesum, bunga kantan..nanti yer. Aku belum khatam lagi bab nak awet sayur mayur tempatan. Soon bila ilmu dah dipelajari..kita buat..ok selamat mencuba ya!

Sunday, 9 June 2013

Tukang masak Queen Elizabeth?

Im not beef lover but sometime I do take it once a while to fullfill my passion towards food. If u ask me what is my fav food, currently I like mushroom and any soup such as taufu soup, glass noodle soup, chicken soup and of course mushroom  soup. Btw, if you looking for power soup, pls visit mamak stall at Jalan Doraisamy near Campbell Complex close to Kg Bharu. Their soup is absolutely marvellous tell yaa...

What about beef? Meetball soup? Yes but I wanna share my experience during cooking workshop at Ben Grocer in Publika Solaris yesterday. The class was conducted by a chef who has an experience cooked for Queen Elizabeth, the British Queen. Yeahh proud of him and im more lucky because he likes to share some tips about beef with us.

Before that, beef is not the first things in my food list and if we refer to food pyramid, beef fall to third place so that we know we should reduce to consume beef in our menu. But up to you fella because our cita rasa is different.
Chef gave us some tips: if you wanna buy meat, pls choose the one that 20% of it is fat. It was suggested if you want to prepare steak. When u deep fried the meat, fatty melted and blend with juicy and yet the flavour of meat is there..another tips is the beef not so dry when u served it in a plate with another dishes like vege etc.
Can you see a broccoli? That was broccolini, a small size broccoli and the taste is quite good as well as the tomato cherry..lovely taste..sweet! And the asparagus and zucchini, all was great vege and high fiber. The yellow zucchini was like labu ayor..sebiji macam rasa labu ayor kome...
Messy was all around..masak la sangat. When he came to check my task, he asked me to try the beef in a frying pan..it was 'rare' and soft..macam 40% masak saja and finally I decided to fry till 'well done'..honestly..it was yummylicous because its my effort..tak peduli orang kata apa..gua masak gua makan.
Some more tips about beef: Kalau beli daging kat market, jangan basuh sebab kata chef daging itu sudah dibersihkan sebelum dipack dan dipasarkan. Kalau basuh, daging akan lebih cepat rosak dan hilang jusnya. Aku dah biasa basuh, kalau tak basuh ni rasa macam tak puas hati..tapi kalau tgk pakcik pakcik butcher kat kg, depa memang tak basuh lepas lapah, terus wrap dengan kertas, bila nak masak baru basuh..mungkin maksud chef tu adalah untuk daging yg dijual di market yg dah elok packagingnya, kalau beli yg dilapah tu eloklah kita basuh kan..
L-R: Ben Stewart, Chef Jasman dan Marian Stewart. Depa ni adik beradik..yang paling kiri tu adalah anak Mak Yam..kasi can tayang muka kali ni..hahah!

Monday, 3 June 2013

Tiga jenis candu...

Bercinta itu seperti candu, makan juga adalah candu dan mengembara juga adalah persis candu yang mana kesemuanya menuntut suatu perkataan dinamakan masa. Bercinta mengambil masa untuk mencapai tahap matang atau mengenali hati budi, sebab itu kita pernah dengar orang menyebut " aku fikir aku sudah mengenalinya luar dan dalam, tetapi apabila tidur sekatil dan minum segelas, masih banyak yang aku tidak ketahui mengenainya.Ya, maka jadilah aku penagih candu bernama cinta untuk mengenali individu yang aku ini adalah pelengkap kepada rusuk kirinya.

Makan..seperti candu juga. Kalau makan, aku akan makan menu yang jadi kesukaan seperti tiada masa lagi selepas ini. Makan perlahan-lahan, jika ada mood, cukup 40 kali kunyah dan jika masa cemburu, aku akan pilih makanan yang tidak perlu dikunyah banyak kali. Buruk laku kan, tapi tekak kita masing-masing dan cara kita menelan juga berbeza. Jika pertama kali menikmati makanan itu, aku akan masukkan ke dalam mulut dan pause seketika untuk menikmati rasa sebenar dan selepas dua tiga saat barulah dikunyah. Mungkin ini tabiat semulajadi aku yang kononnya berangan nak jadi food criticus..errr ada ke kerjaya ini di Malaysia? Yang nyata, ia ambil masa juga..suap, rasa, nikmati, kunyah dan telan.

Dan ketagihan candu dinamakan mengembara ini juga ambil masa, ambil masa bagi pekerja kilang kertas seperti aku ni. Nak gi mana-mana, kena tunggu tabung penuh. Tak apalah, aku tidak mahu hipokrit kerana bajet mengembara aku adalah bajet paling murah dan minimun. Perjalanan ke Valencia, Spain baru-baru ini adalah atas urusan pekerjaan. Tauke kilang kertas arahkan aku pergi selesaikan misi di sana. Walaupun hanya seminggu, aku dah jadi ketagih terhadap tabiat 'mengambil gambar' dan apabila dihitung, lebih 800 keping gambar sudah diambil.
Valencia  terbahagia kepada dua pekan, pekan lama dan pekan baru yang mana pekan baru sangat futuristik sifatnya manakala pekan lama bersifat vintage, art, romantik dan selesa. Masing-masing ada kelebihan dan aku vote untuk pekan lama kerana ada banyak kedai kopi..hmm sangat selesa untuk duduk minum kopi walaupun kat rumah pun sedap juga minum kopi cap keta antik yang selalu jadi pilihan KA Bagan Serai...gambar di atas itu adalah taman bunga kecil di dalam kawasan Westin Valencia. Dan di hadapan Westin Valencia itu adalah seorang ahkak yang mabuk bergambar..kalau boleh dekat pintu lif pun nak bergambar sebab cantik...kannnn!
Basikal ini disewa dengan harga 2 euro..walaupun tak berapa nak sampai ketika mengayuhnya, aku buat-buat steady jer la dik non...walhalnya mak terkial-kial nak kayuh..perghh RM8 untuk satu jam...
Valencia juga adalah tanah paling subur untuk tanaman citrus terutama oren. Oren di sini memang sangat sedap, lain sungguh rasanya dan paling penting, ia manis asli..tak payah campur gula naa...pagi petang siang malam aku dok bantai oren je la mentang2 oren murah dan pure kat sini. Tapi ayor sejuknya mak aihh sampai nak dekat 4 euro sebotol. Ok mak insaf!
Gambar pukul curi Pn Gwyneth ketika beliau sedang membuat ucapan alu-aluan kepada kami...di atas itu adalah dua jenis pokok bunga yang ada kat taman berhampiran pusat sains ini..
O ya, pekan ini kaya sekarah..banyak bangunan antik dan lama. Antara yang aku sempat jejak ialah La Lonja de la Seda de Valencia. Bangunan ini diwartakan sebagai warisan dunia bersifat tangible oleh Unesco. Sebab Unesco yang endorse, jadi aku masuk ke dalamnya bersama Siow Wan, Liling dan Sin Mei. Agak menyeramkan kerana ia bangunan lama tapi seni binanya memang halus dan cantik. Yang menarik tu kat taman di tengah-tengah bangunan ada pokok limau manis berbuah lebat.Ohh mak pun macam jakun mengambil gambar di bawah pokok limau manis...
Liling, Siow Wan dan Makcik Yam ketika berfoya-foya di Le Hemisferic Valencia menyaksikan Pn Gwyneth..kami minum sparkling jerrr taww...di bawah adalah pic Makcik Yam ketika singgah di Jardine La Cartuja
Sebelum itu kami dah berpeluh sakan berjalan kaki ke City of Light atau pekan moden yang ala-ala futuristik. Memang awesome seni binanya yang berinspirasikan oceanography. Tak terfikir pula aku betapa cantiknya senibina berasaskan tulang ikan dan kerang. Sebelum sampai ke taman scientific tu, jalan kaki dan separuh jalan, kami ambik keputusan untuk sewa basikal berharga 2 euro untuk satu jam. Menginap di Westin Valencia dan nak p ke kawasan tu, bak kata kak yong..tumpo yong ghase..huhu berpeluh la weii sebab cuaca sama macam kat tanah Malaya ni. Siow Wan ajak sewa basikal dan kami pun meluncur laju jer..tapi bila terserempak dengan mamat Valencia yang jogging tak pakai baju..wallaweii meleleh ayor peluh kami..hahahaha!
Kami bergambar beramai-ramai sebelum program bermula..huh kakak sapa la paling rendah tu..
Futuristic city di Pusat Oceanography Valencia..
Nak juga menempel dengan model Hugo Boss ini..ahhh i tak kira..rendah seperti cendawan shitake dengan pokok pinang ini pun, ada i peduli..hehe
Depa sedang dok menengok langit ke hapa, tak dapat nak dipastikan. Ini pic langit yang real, bukan superimpose..
Dalam masa tiga hari, tak banyak tempat yang kami boleh lawati sebab masa suntuk, lagipun tugas menunggu kami di Jardine La Cartuja...tempat ni macam estate lama, besar gila dan ampun kalau suruh duduk petang hari kat dalam jardine ni memang aku tolak kalau nak bagi RM1000 sekali pun, mak takut ok! Guess who's there for us? Ada makcik Gywneth Paltrow kat dalam tu tapi kami x boleh ambil pic, cuma kami sempat buat pukulan gambar curi ketika dia sedang bercakap di hdapan khalayak di Hemisferic Oceanagraphyc..itu pun dari sudut tepi sebab penjaga body dia dok ada je memerhatikan kami...
Itu pokok limau manis..geram nak petik..tapi tak boleh naaa...hak 'orang'...
Pekan Valencia waktu malam..
Pekan lama Valencia...

Menaakul satu perasaan...

Kalau ada perasaan aneh apabila melihat orang yang kita suka dan pada ketika itu, kita berusia 17 tahun, mungkin juga boleh diistilahkan sebagai ada cinta dalam hati. Ataupun dalam hati ada taman. Dan bagaimana pula kalau pada usia ini, sudah empat dekad hidup dan bernyawa, tiba-tiba berasa ada perasaan aneh dalam hati. Perasaan yang sama dialami ketika kita hidup pada fasa muda belia. Perasaan itu pula terbit pada individu yang selama ini kita anggap sebagai rakan baik yang sentiasa rajin membantu dan memudahkan urusan kita.Mahu dipercayai atau tidak nyala rasa yang sedang membakar jiwa, menghangatkan seluruh daerah perasaan dan naluri kemanusiaan pun tidak boleh dinafikan bahawa 'dia' sudah secara sedikit demi sedikit mengusai ruang yang kosong itu.

Lalu akan ada frasa, bertepun sebelah tangan tidak akan ada bunyi? Masih valid kan frasa ini? Atau kalau tiada angin masakan pokok bergoyang? Atau dari mata jatuh ke hati? Pun boleh juga diambil peringatan jodoh pertemuan, ajal maut, Allah yang menentukan....

# Sahabat yang dikasihi, terimalah situasi yang anda sedang alami itu. Nikmati rasa suka yang terbit dari kalbu paling tersembunyi, tidak semua orang berpeluang merasa nikmati itu pada usia ini. Jangan menolak rasa yang istimewa itu, namun pada masa sama bersedia andai berlaku sesuatu yang diluar dugaan supaya hati tidak tersayat pedih...kita menaakul perasaan istimewa itu sebagai satu tenaga yang memberi seribu semangat untuk kita terus melangkah. Anda tahu siapa anda yang saya maksudkan...