Posts

Showing posts from May, 2013

Madrid..im coming!

Image
G pernah cakap pada aku, katanya sekali melangkah keluar garis Khatulistiwa selamanya kaki akan terus melangkah dan akan dicari jalan walau macam mana sekalipun kerana bumi Allah ini amat luas, sempurna sifatnya dan setiap kejadian di muka bumi ini adalah simbol kepada kekuasaanNya dan keEsaanNya yang mentadbir sekelian alam...ehh macam ustazah pula rasanya tapi kenyataannya aku rasa makin banyak langkah aku buka, makin banyak perkara baru aku belajar dan rasa makin kerdil jasad ini. Ketika itu G di Nagoya, Cind di Narita, Jade di Philadelphia, Man From Uncle di Geneva dan siapa lagi geng-geng Am.net yang aku kenal berada di luar negara. Kini semuanya sudah kembali ke tanah air dan kami sekali berpapasan di FB , tapi ada juga yang langsung tak dapat dihubungi. Kalaulah masa tu aku dah buka langkah, boleh ziarah mereka di sana. Minggu lepas singgah Madrid selama lima jam selepas terbang enam jam dari Doha. E eh tajuk atas tu macam tak de kena mengena dengan citer makanan kan.. Ok berb…

Semoga Rose cepat sihat...

Sehari sebelum saya berlepas ke Spain, dia (Rose) menelefon saya bertanya mengenai perkembangan cuti yang saya mohon selama dua minggu pada hujung Jun ini kerana kami akan melalui perjalanan jauh. Katanya pada saya di hujung corong telefon, cutinya sudah diluluskan ketua unit dan dia hanya menunggu lampu hijau daripada saya untuk membeli tiket ke destinasi yang kami sudah tetapkan. Saya katakan padanya, hati saya sedikit celaru memikirkan cuti yang belum berkeputusan lantaran ketua saya tidak memberikan sebarang kata putus. Dia mohon saya bersabar, katanya mungkin selepas saya balik dari Spain, saya boleh bertanya terus kepada ketua saya mengenai permohonan saya memandangkan saya sudah hampir lima bulan tidak bercuti.
Semalam saya masuk kerja dan bertanya kepada ketua saya, jawapannya masih lagi belum ada keputusan mengenai permohonan cuti. Hati saya semakin walang kerana jika kami membeli tiket saat akhir, harganya berkali ganda. Kami sepatutnya membeli tiket seminggu sebelum saya k…

Singgah Doha kejap...

Image
Kali terakhir menempuh perjalanan yang lebih daripada 10 jam ialah pada 2010. Masa tu aku rasa naik kepam vontot sebab terpaksa duduk dalam tempoh waktu yang lama. Sebetulnya mengambil masa 13 jam, tapi masih lagi ok sebab kiri kanan adalah individu yang aku kenal, jadi pok pek pok pek la kan..tapi minggu lepas lagi lama..17 jam..campur transit segala bagai, jadi 30 jam dan melebihi sehari semalam. Nasib baik ada tempat boleh mandi tapi baju tak tukar sebab semua barang dalam kargo. Hukum pertama apabila ingin berjalan jauh ialah kena bawa hand luggage dan ada baju yg boleh tukar. Kalau tak, memang spray minyak wangi je la jawabnya. Aku masih lagi bernasib baik sebab kami berempat dan tiga daripada kami tak tukar baju..hanya N yang tukar baju. SW dan J sama macam aku, buat je apa yang patut. Bayangkan daripada KLIA, kami terbenam tujuh jam dalam Qatar Airways..yang buat hati sejuk ialah jejak saja lantai aircraft, depa dah tanya nak minum apa. Perghh..lega hati mak. Dah la penat ang…

Cerita cikgu kesayangan saya..

SELAMAT HARI GURU!

Setiap kali aku lalu tepi kelas dia orang, semua jeling sinis cebik-cebik, bisik-bisik. Dia orang tak suka aku sebab aku rampas cikgu dia orang..itu kata mereka. Mereka kata aku mengada-ngada sebab ambik cikgu dia orang. Lagi satu, mereka kata, kenapa sibuk nak ambik cikgu kelas dia orang, iaitu Cikgu Hussein, sedangkan aku dah ada cikgu kelas sendiri, iaitu Cikgu Azizah. 
Kisahnya Cikgu Hussein guru kelas Perdagangan dan aku pula budak kelas Sastera, memang tak boleh ngam la kan. Tapi Cikgu Hussein ni baik nau dengan aku sebab dia kata dia nak guide aku menulis artikel dengan lebih baik. Walaupun Cikgu Azizah ada, katanya dia tetap nak bagi ilmu yg dia ada pada aku. Ok Cikgu Hussein saya ucap terima kasih pada Cikgu kerana ikhlas membantu saya mempertajamkan penulisan. Sekarang semua budak-budak kelas cikgu baca kertas yang saya tulis, ini pun berkat didikan cikgu juga.
Aku gagal subjek Geografi sebab bergaduh dengan cikgu subjek ini. Namanya Cikgu Fauzi. Dia suka …

Our studio...

Image
Syam told me, her 'tabung' was penuh already. That was for our trip to NZ end of this year..InsyaAllah. We plan to visit Lord of The Ring land and of course for Syam, it was like sirih pulang ke gagang becoz  she studied in NZ during 90's. Not only me and Syam, two others is Eita and maybe GG, Syam's friend. All of them were crafter and im the new one involved with them. And it was fun.
Why fun? Every time when we met up, so many things to discuss and so many gossip to share. Positive and negative, secret admire, secret lover, forbidden love etc but please dont get me wrong, (it doesn't reflect us, it was only a way to discharge stress) i can say it was hillarious fun, because this is the only way we release our burden in mind..eat, laugh, craft and definitely travel eventho we went to mamak for pull tea..we like that! ( i suppose to roger Nenet Penne and thot that we will have coffee session at Bangi Kopitiam at night but unfortunately she's busy with the…

Menu kurang motivasi..

Image
Realiti: Aku tak tahu nak makan apa. Nasi? Uhh tidak, terlalu banyak kanji. Chicken Chop? Ayam semua kena cucuk, nanti aku pun jadi macam ayam. Steak? No to red meat. Habis tu mak nak makan nyah! Cuba fikir, ada tak pada satu ketika, fikiran buntuk memikirkan apa yang nak dimakan. Pada satu tahap lain, rasa nak keluarkan balik semua yang dah ditelan. Adakah ini ciri-ciri aneroxia nervosa? Ke atau ini adalah petanda krisis identiti? Sudah tiada kesibukan di kilang kertas sebab election sudah habis, jadi aku pun rasa teragak-agak untuk makan sebab tenaga tak banyak keluar. Ok mak confess rindu suasana bizi gilos kat kilang..kilang sudah sunyi! Huhu... Balik keje pun awal, sampai rumah tak tahu nak makan apa, takut nak makan sebab tenaga tidak digunakan. Puas fikir, apa mau shapedek! Oklah, menu selamat...sup daging. Masalahnya hati tarak puas kalau hanya sup daging jer. Mesti ada mushroom, linguine, baby carrot dan tomato cherry..mewah la sangat konon. Yang penting, tak ada perisa tamb…

Casa Del Mar...

Image
Ada banyak sebab kenapa kita mengingati seseorang. Kerana kebaikannya kah, atau kerana kekhilafan yang pernah dia lakukan pada kita? Kalau merujuk pada fikiran aku, kenapa aku ingat dan suka seseorang itu, sudah pasti jawapannya ada tiga jenis. Jawapan skima: saya suka dia sebab dia baik pada saya! Danggggg plastik sangat jawapan ini kan. Okeh kita bagi jawapan malu-malu kucheng sket: Saya suka dia sebab dia sangat istimewa...ada la kenapa..takkan saya nak bitau kan..! Hah..itu jawapan malu-malu kucheng. Okeh jawapan aku: Aku suka dia sebab dia ada ciri-ciri yang aku minat..antaranya ada sedikit uban pada rambut, sebab dia tukang masak dan sebab dia lebih bijak dari aku! Correct!
Jadinya pada suatu hari, aku balik kg naik keretapi..ada la rakan ni sibuk offer diri nak teman chat sebab katanya tak mau aku tertidur dalam train, bimbang ada pencopet katanya. Jadi sepanjang dalam train selama hampir tujuh jam, dia sms aku non stop. Aku tak pasti berapa RM dia melayang. RM aku pun banyak …

Adinda X, tidakkkkk!!!

Mentor ku yang jauh di Mukah sentiasa kata.. "LW, buat baiklah pada siapa saja kalau ada peluang, walaupun sebesar hama.." "Baiklah Dr..tapi saya tak ada ada apa nak offer kat dia orang.." "Jangan cakap begitu. U ada banyak kebolehan..ajar mereka, jawab kalau mereka tanya..." "Owhh begitu kah???" "Ya...jangan sombong-sombong, tak rugi sikit pun kalau buat baik kepada kawan." "Ok! Ok! Tapi kalau depa tanya benda yg saya tak tahu macam mana?" "Hello sayang, jangan nak bohong..awak dah lama hidup, mesti banyak pengalaman..lagipun awak tu pekerka kilang yang ada banyak pengalaman, share lah dengan mereka.." "Ok, kalau saya tak tahu saya tanya Dr ya.." "Boleh saja sayang..i luv u..always..." "Errkk? I luv u? Okeh okeh..i luv u too..." (Ciss ciss tak de kena mengena langsung tetiba ailebiu! Sangat...)
Danggggg..mentor yang sentiasa buat kejutan setiap kali aku ada soalan nak tanya..kuikuikui…

Day lily rupa-rupanya..

Image
Perangai buruk pasal makan ialah craving tahap patblasjuta kali terhadap sesuatu jenis makanan. Lazimnya gua makan dan makan sampai minta ampun, maksud gua bukan melantak kedarah tapi gua akan makan bila ada peluang..cesss buruk perangai kan..tapi apa kesah..saya makan berhemah, lemah lembut dan makanan atau menu saya akan dipastikan sihat dan seimbang walaupun saya sentiasa kurang sihat kerana serabut dengan kerja kilang..ok jangan follow saya bab makan ini.. Buat masa kini, sangat addict dengan cendawan dan yee mee. Dah tiga bulan makan yee mee hampir setiap hari, ntah apa hantu merasuk, aku tetap suka makan yee mee dan cendawan.. Ada satu ketika, aku gila akan karipap..selama beberapa minggu setiap hari kena makan karipap. Pada satu ketika lain, gian dengan roti telur jadi mamak depan kilang pun sudah cop ini worang gila tulur roti juga ada. Lepas tu sangatlah suka dengan ikan keli pakcik romainor dan makcik umi kalsum celup dah meleret senyum dari jauh sebab dah tahu taste …

Anekdot tertinggal..

# Aku rasa lega sebab PRU sudah selesai, jadi kilang kertas aku mungkin boleh bagi aku cuti barang seminggu dua walaupun audit kertas masih dilakukan..apa-apa pun aku memang suka!
# Rumah aku macam tongkang pecah sebab sejak tiga bulan lalu, aku balik tidur dan tukar baju je..kira macam 18 jam di kilang, selebihnya di rumah. Itu pun sampai rumah ja terus pengsang.
# Tiga bulan buat audit dan susun kertas, enam kg berat badan naik..uhhhh sumpah aku tak suka keadaan ini. Lepas ni memang kena pergi gym tahap hover! Mak berjanji!
# Dua tiga menjak ini kesayangan no patblas sibuk belanja burger Mc D. Kenapa burger kalau orang belanja sedap dan kalau beli sendiri tak sedap? Kesimpulannya, burger itu jadi sedap sebab ia dibelikan oleh orang yang kita sayang..
# Aku dah berjaya merasuk drakula menyukai kopi dan tiap-tiap hari dia minum kopi katanya. Baguslah, welcome to the club Mr Drac!
# Akibat kesibukan, aku terabai dan lupa nak potong kuku sekali kena caught red handed oleh polis inspekt…

Kehilangan...

Pada 1 Jun 2011, masa Mak sedang nazak di katil hospital, aku dan Mak Nah baca Yassin untuk memudahkan urusan Mak berangkat balik ke pangkuan Pencipta. Mak Nah kata, baca ayat tertentu dalam Yassin supaya Mak senang 'pergi,' tidak teragak-agak dan tidak lalai oleh godaan syaitan. Jadi aku pun ikut mana yang Mak Nah kata. Mak Nah adalah sepupu Mak, sepupu paling rapat. Jadi Mak Nah dengan aku ini dua pupu rasanya. Mak habis usia depan aku dan Mak Nah. Lepas Mak tak ada, Mak Nah jadi tempat rujukan..
Minggu lepas, Alya kata Mak Nah ada sebut dia rasa macam dia sudah dekat dipanggil Allah. Alya anak bungsu Mak Nah. Kebiasaannya, Mak Nah bangun pukul 5 pagi setiap hari, dia solat sunat sebelum Subuh, tunggu Subuh masuk dan buat beberapa wirid selepas Subuh dan akan berada di atas sejadah sehingga jam 7 pagi setiap har. Pagi semalam sekitar jam 7, tanggal 2 Mei 2013, selesai wirid dan masih dalam bertelekung di atas sejadah mengadap kiblat di kediamannya di Taman Tenaga di Bangi, …