Sunday, 28 April 2013

Nafsu serakah...yee mee!

Muehehe tajuk entry gempak siottt! Dulu masa arwah abah ada, aku tak pernah makan yee mee..yang aku tahu adalah maggi yang dimasak dengan telur berkeladak. Arwah abah suka sangat makan maggi dengan telur pecah-pecah tu. Mak tak akan masak, abah akan masak sendiri dan kami tunggu je nak makan. Bila dah besar aku mula banyak berjalan dan makan pelbagai jenis mee..yee mee, mee kuning, pasta, spaghetti, wantan dan pelbagai lagi..aku makan semua jenis mee (yang halal) tapi mee kuning tu agak kurang sebab tak tahan rasa kapur pada mee. Jadi aku tukar mee dengan pasta atau spaghetti.
Ada pendapat mengatakan mee atau spaghetti bagus untuk diet kerana ia kurang karbo. Jangan salah faha, mee atau pasta atau spaghetti juga ada karbo tapi mungkin kurang sedikit dan ia mengenyangkan juga, maksudnya boleh ganti nasi. Bagi aku yang kena alert dengan nasi, aku ganti diet dengan mengambil mee dan mee yang jadi pilihan ialah yee mee atau mee sanggul. Tak pasti kenapa aku begitu addict dengan mee sanggul ini. Dan aku boleh makan dengan sup begitu saja, tapi kalau mood rajin, masak seperti di atas..konon yee mee kantonis versi gua lah kan.
Aku juga tidak pasti kenapa yee mee enak dihidang dengan sawi dan baby corn. Gua suka sayur-sayuran berwarna warni kerana ia lebih menarik dan menyedapkan mata memandang. Bukan saja sedap makan, tapi sedap mata melihat.  Deyy nak makan pun kena ada nafsu mata tau..menggoda pada pandangan, menggoda juga pada tekak, nyaman lagi pada perut kan..tak gitu Cik Net..u tau kan taste serakah i pada makanan ni kan? Kan? Ehh tatau? Alaaa jangan gitu weii, nanti nak g steamboat kat Bangi naaa...
Ini adalah entry lama sebenarnya, tapi baru kini aku teringat nak up..sebab dua tiga hari ni addict datang lagi terhadap makanan bernama yee mee ini...

Udang...

Aku suka makan seafood. Arwah abah pernah kata pada, makanlah apa saja isi laut asalkan halal. Dia pernah menyuruh aku makan ikan sisa nabi atau ada juga yang memanggilnya ikan sebelah. Ikan berkenaan nipis dan sangat unik. Alhamdulillah aku sempat rasa ikan unik itu. Ia enak digoreng kerana rasanya seperti keropok saja.
Bercakap mengenai seafood, udang memang antara yang sentiasa jadi pilihan. Udang harimau, udang galah, udang kertas, udang putih dan segala bagai lagi jenis udang. Aku dah merasa kesemuanya termasuk shrimp dan lobster. Antara udang air tawar yang sangat enak ialah udang galah dari Sungai Perak, rasanya sangat sempurna dan ketika itu pada tahun 1996, dijemput mencuba Rendang Udang Galah di Restoran Seri Melayu. Nama chefnya dah lupa sebab dah terlalu lama.
Kemudian pada tahun yang sama juga aku kenal seorang chef berbangsa Cina di Hotel Permai Park Inn di belakang Hotel Istana. Rasanya kini hotel itu sudah tiada. Chefnya kalau tak silap aku bernama Chef Lee, sudah berusia dan stylenya seperti bapak bapak saja. Jadi bila dia tengok aku makan udang menggunakan tangan (sorry gua memang selamba pakai tangan sebab fikir tiada apa yang nak dimalukan), dia tegur aku dan tolong kopek kulit udang menggunakan garfu dan pisau di dalam pinggan aku ketika itu. Wahh aku pun apa lagi, berasa cukup terharu. Sebetulnya ada tiga langkah mudah untuk makan udang dengan nikmat. Nanti eh kita akan buat entry itu kemudian. Untuk entry ini adalah mengenai bagaimana mengendalikan udang galah mengikut cara mak..
Anda boleh ikut cara sendiri, tapi aku suka buat gini supaya apabila nak masak, defrostkan saja dan terus boleh masuk kuali. Maaf sample ini bukan udang galah, tapi udang kertas biasa saja sebab Jusco kat tepi rumah gua tak de lah pulak jual udang galah.


Nota: Udang memang enak dan sedap tapi awas, bagi sesiapa yang ada masalah high blood, makan udang cara berhemah ya kerana kandungan kolesterolnya agak tinggi.
* Satu kajian antarabangsa mendakwa kandungan kolesterol udang galah cukup tinggi tetapi penelitian menunjukkan bahawa memakan sumber makanan itu tidak menaikkan kadar kolesterol secara keseluruhan.
* Untuk kurangkan kolesterol, sebaik-baiknya bakar atau kukus dan nikmati beragam manfaatnya untuk kesihatan.
* Cara simpan udang galah, selepas dicuci masukkan dalam plastik atau bekas yang ditutup rapat. Masukkan dalam bahagian beku di dalam peti sejuk dan pastikan jangan kena ais bagi mengekalkan kesegarannya
* Untuk memilih udang galah yang baik atau segar, lihat kepala udang berkenaan. Kalau warna kuning, maknanya ia sudah lama dan tidak segar lagi.
* Bagi mengekalkan rasa manis udang galah ketika dimasak, jangan masak lebih daripada empat minit. * Daripada aspek rasa, udang galah kecil atau sederhana lebih sedap dan manis isinya.

Editorial: this is my planet hollyfood..

NOTA: Entry ini dibuat ketika semangat berkobar-kobar nak buat blog pasal food sebab aku ni species pemakan tegar, tapi lama kelamaan menyedari hakikat masa sentiasa terbatas, blog itu berkubur walaupun ada satu dua komen blogger masuk situ..tq for those who noticed my enthusiast abt food. Tapi nak juga share di sini abt my thaught towards food..kalau ikut hati nak buat blog pasal fashion, pasal make up, pasal kesihaan etc sebab sayang pengalaman berbelas tahun mengassociatekan diri dengan persekitaran begitu hilang ghaib gitu saja..memang kalau ada masa 25 jam, 25 jam itu juga aku nak mengadap pc..tapi kita kan terbatas kemampuannya. Jadi aku cut n paste and senyapkan blog sedia ada itu..inilah wajah blog yg dimaksudkan. Sebelum ini aku dah ada 3 blog mengenai food, setiap satu dihentikan selepas 3 tahun..boringkan melihat gaya penulisan sama tapi bon coir sava ini agak lama bertahan dan ia akan diteruskan selepas beberapa ketika memikirkan kelangsungan hayat blog ini. Selesai saja tugas di kilang kertas..yes im back!
Ini blog yang terpaksa dimutekan sebab tak ada banyak masa nak manage, jadi aku cut and paste di bonsoir cava ini..sebab nak juga tempek sini mengenai ideologi aku pasal makan...

Kenapa saya wujudkan blog ini? Kenapa saya mengambil masa terlalu lama untuk mengadakan blog ini dan berkongsi dengan anda semua? Kerana saya harus mengambil kira kredibiliti saya sebagai individu yang suka makan, gemar kepada makanan dan kebanyakan aktiviti saya adalah berkisar sekitar makanan, tapi saya bukan pakar nutrisi. Jadi saya tidak mempunyai kredibiliti sebagai pakar pemakanan, tapi saya ingin berkongsi dengan and mengenai pengetahuan saya terhadap makanan kerana saya mempunyai akses terhadap makanan dan pakar pemakanan. Apabila berjumpa dengan mereka, saya mengambil kesempatan untuk bertanya serba sedikit mengenai pemakanan yang baik, cara pemakanan yang betul, apa zat dalam makanan dan segala yang berkait dengan makanan.
Selain itu, saya sendiri perlu mengawal pemakanan saya kerana saya mahu hidup dalam suasana sihat. Jadi, makan makanan sihat dan bukannya makan makanan sedap. Saya tahu anda semua suka makan, malah kita perlu makan untuk hidup. Namun, sama ada kita sedar atau tidak, makanan yang diambil juga boleh membunuh.

Saya teringat kata-kata kesayangan saya,
"..tahu tak badan kita ada jenama sendiri dan jenama itu pula membayangkan kita siapa.." katanya kepada saya ketika kami sedang menikmati teh pada suatu malam minggu.
"Saya tak tahu pula badan kita ada jenama.."
"Ada, jenama sihat, jenama sakit, dan jenama itu pula ada banyak jenis...obes, high blood, diabetic, heart attck etc..jadi sayang ada jenama apa?"
Dia membahasakan saya sayang kerana saya adalah kesayangan dia dan dia juga kesayangan saya. Setiap kali makan, dia akan perhati cara saya makan. Dan tidak teragak-agak untuk memberi notis supaya saya makan berhemah. Dan percaya atau tidak, anda juga adalah kesayangan saya, sebab itulah saya begitu teruja untuk berkongsi pengetahuan saya yang tak seberapa ini dengan anda, kesayangan saya semua.

Saya juga berasakan inilah adalah ISR saya kepada masyarakat. Hanya ini sajalah Individual Social Service yang saya boleh lakukan untuk anda dan masyarakat. Saya tahu menulis, saya suka memasak dan kecintaan saya adalah makan! Jadi saya adun kesemua ini dan anda juga bebas untuk memberi, berbincang, bertanya malah berkata apa saja mengenai makanan di sini.

Berkenaan isu pemakanan ini, saya mahu fikir GIVING IS BETTER THAN RECEIVING.. jadi saya akan memberitahu anda apa saja info atau maklumat yang saya ada mengenai makanan dan pemakanan berdasarkan pengalaman hidup saya. Saya dikelilingi individu yang sangat mahir memasak..memasak berdasarkan 'self thought' dan mereka ini adalah tukang masak tersohor @ chef paling berpengaruh di dalam kehidupan saya iaitu arwah emak saya, nenek saudara saya, dan makcik saya yang juga pakar masakan setiap kali ada kenduri kendara di kampung. Mereka tidak pergi ke Cordon Bleu Paris, mereka tidak masuk MasterChef dan mereka juga tidak belajar kulinari tapi skil masakan mereka adalah yang paling baik pada pandangan saya. Jadi selepas ini anda akan sentiasa  membaca cerita mengenai mereka dan yang lain-lain di dalam blog ini.

Thanks to Mak Wardah and El Mariachi yg notice entry ini...kita share di sini saja ya...

TM...tahap meroyan!

Aku ingat dah settle siri pergaduhan yang makan masa bertahun dengan TM Unifi, rupa-rupanya nan hadoo jer sebab depa masih suruh lawyer provoke client atas alasan nak minta bayar bil tertunggak walaupun service macam poyo tapi bila time nak minta duit dengan customer, macam ribut taufan hantar email pada client.

Ok citer dia gini, awal 2011 aku apply nak guna line TM Unifi. Memang excellent..pendek kata tak sempat climax citer ni, dah orgasm lagi citer lain kalau muat turun citer youtube tu sebab ke’excellent’nya service internet TM. So mak pun yak yak yayy! lah kan dan bayar bil konsisten. TM ni servicenya datang dalam 3 item, line internet, tv dan line phone. Dalam tempoh enam bulan semua bagus dan excellent habis sampaikan aku tengok tv hingga tv tengok aku balik...cehhh!

Akan tetapinya, selepas 6 bulan. Line internet dan tv dah start buat  hal. Nafsu menonton aku pun turut padam. Bila call teknisyen, pendek kata hunting linenya sentiasa sibuk. Kalau nak beranak, memang terberanak dulu baru dapat line. Bila dah dapat line, pas client  macam bola sana sini di sepaknya. Dua kali juga aku terpaksa call teknisyen sebab nak minta betulkan line. Dalam kes ini, teknisyen datang dan betulkan saja walaupun terpaksa berhempas pulas dan panjat sana sini. Bil tetap juga sampai walaupun service tak dapat. Awal 2012 keputusan diambil untuk terminate service yang hidup segan mati tak mahu itu.

Argue sana sini, finally staff TM kata aku tak payah bayar sebab bila dia cek kat file, memang service itu tidak digunakan. So settle la kira, tapi hari ni ada terima dua surat lawyer minta duit. Bukan aku tak boleh bayar bil tertunggak RM350++ tu, tapi aku berasa tertipu sebab staff TM kata tak payah bayar. Sebenarnya dah banyak kali bergaduh dengan depa ni pasal mende ni. By law memang aku kena penalti RM500 sebab nak terminate service before 2 yrs tapi sebab staff TM dah bagi gerenti kata tak payah, siap ada surat report dan tertulis tak perlu bayar so aku proceed terminate servicenya. Jadi macam mana ni, nak terus gaduh atau mengalah bayar RM350++? Kalaulah anda semua sekapal dengan saya..apa tindakan?

Nota: rasa nak jadi naga sekejap dengan ada api yg boleh keluar dari hidung dan mulut...

Sunday, 21 April 2013

Tokoh dunia Malaya...

# Takziah untuk keluarga Tan Sri Hajjah Aishah Ghani. Beliau tokoh politik wanita Melayu yang sangat extraordinary kerana kesungguhannya menaikkan martabat Melayu dalam banyak hal. Sampai akhir hayat pun beliau masih berpesan kepada anak cucu supaya menjaga 'Tanah Melayu'..hmm bagaimana perjuangan kita generasi muda mendaulatkan tanah air...so jangan lupa mengundi ya!
Tun M ketika ditemui di rumah Tan Sri Hajjah Aishah Ghani di Bukit Ledang, Damansara..bekas PM ini sentiasa hebat penampilannya walau di mana saja berada dan beliau tidak pernah menghampakan peminat2 tegar beliau yang sentiasa menunggu kemunculan dan kenyataan yg keluar dari mulutnya..
# Perihal calon bebas sana sini, ada yang kecewa tak dicalon jadi mereka ambil keputusan untuk bertanding sebagai calon bebas. Aku tak follow sangat pasal cerita politik ni walaupun menarik sebenarnya. Namun kisah Dt Kamilia Ibrahim bertanding sebagai calon bebas di Kuala Kangsar walaupun sudah ditawarkan jawatan EXCO oleh PM, ditolak Dt Kamilia ini agak hangat dan menarik..bak kata kakak idola saya kerana barang kemasnya yang awesome sentiasa, Tan Sri Rafidah Aziz..."Stop it!" Ahhaa...sampai dia kata gitu kan..
Kakak..I admire u sebab barang kemas u memang awesome..besar dan uniq..hehe..dan statement u juga vavavoom..
# Dan Sabtu adalah hari selamat sebab aku konon nak pergi jogging dan berfoya-foya di Tasik Titiwangsa, nak jogging dengan kesayangan la konon kan tapi termasuk ke dalam crowd pencalonan kerusi P118 Parlimen Titiwangsa. Waduhhh hati mak tensen sebab tersasar target, ingat nak p jogging tapi terseret ke dalam kancah politik, jeling abang2 FRU, abang2 bomba dan abg2 polis yang boleh tahan..aaa sorry aa geds  jap..korang nak join meh la. Pencalonan berkenaan berlangsung di Stadium Titiwangsa, kebetulan mak cadang nak p main tenis situ kan..ternampak lah dua calon kat bawah tu. Calon BN diwakili ahli perniagaan dari Melawati, Dt Ahmad Fauzi Zahari dan calon PKR mengenengahkan Ibrahim Yaacob. Kalau tak silap, Ibrahim Yaacob ni adalah son of the KL second mayor, Tan Sri Yaacob Latiff. Asrama Yaacob Latiff di Jalan Yaacob Latiff near HUKM tu kan..haa tu nama bapa dia tu.
Calon PKR Ibrahim Yaacob bersama penyokong tiba untuk proses penamaan calon PRU13.
Kedua-dua calon steady jer walaupun neves bahh...aku nampak depa menggigil masa pegang borang tu.
Calon BN, Dt Ahmad Fauzi Zahari persama pencadang, Datuk Seri Hj Abdul Halim Samad dan penyokong, peguam yg juga SU MCA TS Hoon kalau tak silap aku namanya..melangkah menuju ke dewan penamaan calon..
Sapa tau body language depa ni? Sorang tangan lurus ke depan seolah-olah lapang dan straight manakala sorang lagi berpeluk tubuh tapi tidak kemas, sekadar menampakkan posisi seperti berpeluk tubuh..apa maksud body language begitu? Kedua-dua calon berhadapan dengan Pegawai Pengurus Pilihan Raya , Tn Hj Mohamad Yahaya sambil diperhati penyokong, pencadang dan pegawai SPR lain..
Abaikan wajah-wajah lain, I tertoleh banyak kali kat uncle rambut putih ni..I know he is somebody but cant recall who is he..cuma yg i suka..his white hair tu..totally white..macam sutera..and he is sport man..siap muncul situ naik basikal bukit lagi..hoho u hebatlah uncle..tengoklah dia siap berkaca mata hitam dan berMP3 lagi..gua caya lu!
Ehh tetiba ada kawan mak roger, brader ni dilihat di Gombak menyokong adik beradiknya..ala Azwan Ali yg femes tewww..korang ader??? Hikhikhik..jom kita mengundi..I undi pos uollsss....bye!
Posing tetap maintain..hmmm...walaupun panas terik...

Wednesday, 17 April 2013

2 anekdot kecewa..

Kecewa..mudah menyebutnya bagi orang lain, dan sendu menyebut perkataan itu bagi orang yang mengalaminya. Kecewa dalam hidup, rasa duka menghiris pilu dalam dada dan jiwa, namun orang yang mengalaminya akan cuba sedaya upaya menyembunyikan rasa itu supaya tidak ketara pada wajah walaupun nyata pada jiwa dan hati. Parah, remuk, terhiris, berdarah..namun kenyataannya tiada ubat untuk kelukaan begitu. Kelukaan yang tidak nampak bahkan tiada kesan pun tapi deritanya tidak hilang andai usia mencecah seribu tahun sekalipun. Sekali tercalar, selamanya parut berbekas. Sekali terlukanya selamanya pedih terkesan dan sekali terluka, darah tidak nampak menitis tanpa henti. Ia akan terus diingati..membadai resah, mengamuk gelisah..hanya Tuhan Maha Mengetahui rahsia suatu kelukaan dan kekecewaan pada kalbu yang tersembunyi dalam diri...
 
Anekdot 1
Kepada 'anda' di luar sana yang menghantar text panjang pada saya hari ini mengenai kekecewaan..anda tidak keseorangan, dia juga kecewa kerana keputusan diambil adalah jalan terbaik untuk anda berdua. Percayalah, Tuhan tahu apa yang terbaik untuk anda, dia dan saya. Usah kesal akan pertemuan singkat itu, sekurang-kurangnya terbit rasa indah yang mencetus kenangan manis dalam sanubari anda berdua. Saya tahu anda berdua sudah cukup matang menilai makrifat hidup dan rahsia suatu perasaan anda dua manusia dewasa..sama ada diteruskan atau tidak rasa yang terhalang itu, jadikan kekecewaan ini suatu perbendaharaan bernilai dalam hidup. Saya doakan anda menemui bahagia mengikut definisi sendiri...

Berikan Ku Sinar Harapan ini, untuk anda yang kecewa..dan saya juga kecewa hari ini. Hanya kita yang mengetahui betapa kecewa itu menjadi duka berpanjangan dalam hidup dan berasa seperti tidak mahu melalui detik ini...
 
 
Anekdot 2
Saya..saya sendiri..saya yang memiliki blog ini..berasa sangat kecewa hari ini. Kecewa kerana saya tidak dapat mengelak daripada terpaksa menghadiri meeting tergempar di kilang kertas malam ini. Adehhh bos kenapalah bos buat meeting malam ini di kilang..semalam sudahlah saya balik rumah jejak bilik saya jam dua pagi..manakala malam kelmarin pula saya sampai rumah juga waktu yang sama seperti semalam...dan malam ini saya berhajat untuk pengsan awal..tapi awal kemendenya kalau meeting kilang start jam 9 malam..maunya tamat jam 12..saya kecewa kerana nak masuk tiga malam dah saya tak dapat berpeluk manja dengan tilam bantal saya dan dia juga sudah hamper merajuk dengan saya..sudah tak enak untuk dipeluk...(ceitt bantal busuk aaa, haruslah tak selesa untuk dipeluk..ahahaha) Penyudahnya...saya kecewa!

Tuesday, 16 April 2013

15 April, tujuh tahun lalu...

Pada hari ini, 15 Apr, tujuh tahun lalu..sudah dua malam aku tdo hospital sebab buat operation perut. Tiga tebukan kecil saja pada bahagian perut, tapi ngilunya mengaum. Jadi bila dah agak boleh bangun, aku minta dari Doc nak keluar hospital. Keluar hospital balik rumah jam 3 ptg..lepas Maghrib kakak telefon, abah tak sihat. Aku kata ok esok aku nak balik jenguk abah. Jam 10 malam kakak telefon lagi, abah makin kritikal. Aghh perut aku rasa tiba-tiba tak sakit. Aku tengok jam..lambatnya hari nak siang. Masuk kali ketiga aku tengok nombor kakak di skrin telefon, ok hati berasa sangat tidak sedap. Ketika itu jam 2.30 pagi.

"Abah dah tak de!"
Bagai sudah boleh diagak, perut pun dengan sendirinya jadi baik walaupun setiap kali aku selak baju lihat kain ghouse semakin terang warna merahnya..ahh sedikit saja. Jam 4 bergegas ke KL Sentral. Jam 6 sampai di KLIA, serbu kaunter MAS, katanya tiada kekosongan. Aku merayu, kata pegawai bertugas, kalau nak duduk dalam senarai menanti, kena tunggu depan kaunter sampai jam 10am. Dia beri cadangan, baik bertanya di kaunter Air Asia. Aku bergegas pula ke LCCT. Kata pegawai di LCCT pula, tiada kekosongan dan tiada senarai menanti. Ketika itu jam 8.30 pagi. Hilang rasa lapar, hilang rasa sakit. 

Aku kembali menjengah kaunter MAS, pegawai lelaki pandang muka aku..
"Cik, saya cuba ya..kalau ada rezeki Cik, ada lah ya tapi saya tak janji. Termasuk Cik, ada enam orang dalam senarai menunggu. Berdoalah supaya ada yang tidak muncul untuk penerbangan ke Kota Bharu pagi ini.." katanya bernada simpati.

Dalam hati aku tiba-tiba menjadi jahat dengan mendoakan supaya si polan dan si anu itu tidak muncul atas sebab masalah kesesakan atau mereka terlepas kenderaan atau apa-apa sajalah. Aku mohon juga supaya Pencipta beri aku peluang untuk tengok abah yg sudah terbujur kaku. Jam 9.50am, aku tidak berhenti berdoa. Ada kelihatan beberapa yang lain juga seolah-olah cemas seperti aku, menunggu penerbangan atas ihsan mereka yang tidak muncul. Jam 10 pagi, pegawai yang sama memanggil nama senarai menunggu. 

Masuk yang ke empat, nama aku belum disebut..oh Tuhan hanya ini peluang terakhir aku untuk melihat dia yang pernah menyikat rambut aku ketika kecil, untuk melihat dia yang menghantar dan mengambil aku pulang dari sekolah dengan basikal tua, melihat dia yang sentiasa berusaha mendapatkan kelapa muda untuk aku minum airnya dan setiap petang bulan Ramadhan dia tidak pernag gagal membeli air soya di pekan kecil untuk aku.

Dan masuk panggilan nama yang ke enam...ya nama aku! Terima kasih Tuhan! Jam 12.30 tiba di KB dan 1.30 aku sudah duduk di hadapan tubuh kaku yang kelihatan seperti tidur lena. Misainya hitam dan lebat, tiada tanda dia sudah tidak bernafas. Mukanya tidak pucat, cuma bahagian dada ke bawah saja kelihatan kebiru-biruan, tanda darah sudah berhenti mengalir dan oksigen sudah tiada dalam pembuluhnya. 

Tiada air mata pecah keluar. Tiada isak tangis kedengaran. Aku duduk merenung mukanya yg mata terpejam rapat. Dia persis tidur, bukan mati. Aku mengharapkan dia bangun dan memeluk aku, aku membayangkan dia bangun, bercakap dengan aku dan akan bertanya mengenai pembedahan yang aku jalani dua hari sebelumnya, aku berdoa lagi supaya dia bangun dan minta dibuatkan segelas milo suam..bangunlah! Bangun! Bangun....dia tidak bangun, dia tidak dengar permintaan aku..kerana dia sudah menghembuskan nafas terakhir semalam. Aku terlambat beberapa jam saja. 

Ketika dimandi dan dikafankan pun aku tidak menjenguk..kerana aku tidak boleh menerima hakikat dia sudah tiada. Sehinggalah jenazahnya diusung ke tanah perkuburan, aku hanya melihat dari pintu dapur rumah emak. Aku tidak mahu mengucapkan selamat tinggal kerana aku yakin dia tidak mati. Dia akan bangun. Waktu malam, aku memilih untuk tidur berdekatan dengan pembaringan dia siang tadi. Emak sunyi, dia kehilangan separuh nyawa..aku tahu itu. Sebelum tidur, aku masuk ke bilik emak untuk mengambil gebar dan sambil membelek para kain di dalam bilik emak, aku terjumpa baju yang dia pakai siang tadi, namun sudah dipotong oleh imam ketika mahu memandikan jenazahnya. Kerinduan memuncak, baju itu aku buka lipatannya dan memang bau badannya masih ada pada helaian itu, bau yang amat menyenangkan dan melegakan. Bau seorang abah yang tidak pernah menyusahkan aku, tidak pernah menyusahkan kami berlima. Aku dakap baju itu kemas-kemas, sedut baunya puas-puas seolah mendapat nafas baru untuk bekalan hidup. 

Ketika merebahkan belakang pada tilam pembaringan kesukaannya semasa hayatnya  masih ada, baru aku sedar dia sudah pulang kepada Pencipta..dan kesan torehan pada perut kembali berdenyut dan sakit. Dia sudah pergi dan tak akan kembali. Sedarlah aku, dia sudah tiada. baju itu adalah peninggalannya yang mengingatkan aku kepada jati dirinya, pada penampilannya yang pendiam.

Al Fatihah untuk arwah Shafie Md Nor, dilahirkan di sebuah kampung bernama Telaga Lanas, meninggal pada usia 62 tahun di Hospital Sultanah Zainab Kota Bharu pada 15 April 2006.

Saturday, 13 April 2013

Murai..muffin

(Entry murai ini adalah disebabkan terbaca pasal murai di blog Nizam.Ariff)

Murai.com? Bukan..
Habes tu, mulut murai? Pun bukan..
Burung apa? Burung murai...ini iklan
Burung murai? Ya ..mengenai burung murai...
Kicau murai? Ya..

Pagi-pagi mak kita kata buka tingkap sejurus selepas subuh sebab nanti rezeki masuk rumah..
Kalau bunyi murai, itu tandanya murai bawa cerita..abaikan cerita negatif, kita ambil berita positif saja..
Kalau dalam hutan, lazim perjalanan kita akan diekori murai kerana ia berfungsi sebagai penunjuk jalan sebenarnya...
Kalau ada orang cakap banyak..haishh mulut murai sungguh dia tu kan..tapi itu mulut dia, dia punya pasal la kan..
Semalam jam 3 pagi, ada murai berkicau kat telefon..katanya nak makan muffin yg vampire buat..ahh murai kesayangan ini macam tahu-tahu saja ada vampire semput bakar muffin..
Ini muffin poppy seed berperisa oren, tapi biasa la kan..tamak..nak letak semua benda kat dalam muffin seketul tu..jadi ditaburlah dry cranberry and kismis segala bagai..ada pecan juga dalam tu. Kalau beli mesti singgit satu dan paling banyak pun dua ketul sbb mahal kan..jadi langkah keselamatan yg diambil ialah buat sendiri...

Nota: Murai dan muffin tiada kaitan..tapi nak juga buat entry gabungan ini..tuan tanah buang tabiat!

Wednesday, 10 April 2013

MC..mushroom cest la vie...

MC??? It cud be manifesto and candidates, also medical certificate and of coz makan cendawan. In my circumstances..anything is possible now. Yesterday, I had difficult breath due to asthmatic problem and it came in package, heavy coughing, bad flu and end up with fever..alah demamnya tak seberapa kan tapi dengan muka seposen mak menapak juga ke klinik kat kilang sebab geng mafia dok push suruh jumpa Doc. Macam biasa, bila jumpa Doc, dengan manja-manjanya dia kata
"..girl what happen. Quite long u never hv a kind of fever kan..."
 
Doc ni adalah doc kesukaan aku sebab dia sentiasa banyak idea nak explain pasal life healthy. Lepas cek sana sini, test sana sini, dia pun bersuara lagi.
"Let me check ur chest..huh tight. Breath pls..hmm..u need a rest.."
Dalam hati aku, kalbu yang putih dan yang hitam bertekak-tekak antara nak bersuara atau tidak pasal mc kan. Akhirnya kalbu putih menang sebab aku tak sampai hati nak kata nak minta mc..tapi orang baik hati ni kan dan perempuan yang sentiasa dirahmati ni kan, Allah dengar bisikan hatinya. Bila aku bangun je nak kuar bilik lepas dia cek, dia kata..
"Ok I give u 2 days MC...balik rehat, makan ubat.."
 
Perghhh!!! Aku rasa macam nak melompat itu jam juga tapi mak sedar diri..dah nak bernafas pun susah ada hati nak jumping jelly bean..sedar la diri tu sikit ko LW..coba insaf sket..balik berehat nu. Maka I pun  balik ke Windsor, tapi bila dah balik, lain la pulak jadinya..mc ke mana rehat ke mana. rasa nak makan macam seminggu tak jumpa makanan kan..
Jadi disebabkan minggu ini ada banyak benda berkaitan MC, mari kita buat Mushroom Fritatta. Fritatta ni ntah bahasa Perancis rasanya..I kan was born in France..ceittt beherangan jap. Konon dok belek buku masakan step by step tu, terjumpa resipi fritatta ni. Kalau ikut resipi asal depa guna Japanese cucumber sebagai bahan asas tapi sebab benda tu tak de dalam es box mak, maka mak guna shitake mushroom sebab minggu ni sangat mengujakan dengan cendawan. Bahan itu adalah cendawan, tomato cherry, onion, yellow capsicum, lettuce. Semua chop ya. O ya tu telur tiga biji, nak letak empat pun boleh. Kalau dua biji dah jadi mende lain...haha!
Lepas chop macam cincang 18 kerat, tumis dengan tiga sudu minyak zaitun, kita concentrate sikit pasal kesihatan. Tumis lemau-lemau je, jangan lupa letak secubit garam. Cubitan tu cubit saiz baby je, jangan cubit saiz bapak baby, nanti masin pahit la fritatta kita..lepas semua dah sebati..masukkan semua bahan ni ke dalam telur yang sudah dikepuk-kepuk.
Then masuk dalam kuali, renjis minyak sket ya supaya tak melekat. Kat atas ni nampak garing sebab gua tabor chilli flake lebihan kidnap kat Pizza Hut banyak sangat, so sedikit pedas. Korang kalo tanak pedas, jangan nak mengada-ngada letak cihhli cenggini..so ketebalan frittata ini agak membanggakan juga ya..
Danggggg..ini dia, macam murtabak telur..alah sebenarnya lempeng telur je la tapi orang Perancis ni mengada-ngada depa letak nama frittata ke hape..nak mashukk lagi, ini telur dadar je la weiii tapi nampak high class sebab ada salad dan roti bakar tahap hangit sebab gua leka nak masak sup pulak kat dapur.. ehh jom makan...yummy! Sendiri masak, sendiri makan, sendiri puji. NP I tau suka cendawan..nanti mai Windsor kita buat ya lalink..hikhikhik!
Ni Nampak? Nampakkkk punyalah melantak kan..ini tahap orang sihat makan ya bukan orang sakit punya food. Sesungguhnya saya adalah plastic bab sakit..kannya apa, kita tak boleh fikir sangat kita sakit, nanti jadi lagi sakit so since im alone and nobody will taking care of me...sob sob! (lempang kan LW) so I better apply mind control and think positive that im ok, no illness, no pain no gain..no women no cry...ehhh ini lagu kesukaan abang Bob Marley aaa..ekekeke!
Ok dah habis sesi brunch saya dengan mushroom frittata. Ingatkan dah ok la kan..owhh tidak rupa-rupanya kerana cendawan masih menghantui fikiran aku. Tetiba teringat pulak udon mushroom kat Bottanica yg dimakan bersama geng mafia bulan lepas. Ni untuk dinner ya, kita buat linguine mushroom soup..sebab udon tak de la pulak kat dapur mak. So kat sini ada enoki, shitake, bunari dan shimeiji mushroom..jangan risau nama cendawan macam nak kena beli kat Jepun, tapi Jusco tepi rumah saya pun ada jual. Tumis bawang putih dan bawang besar dengan minyak zaitun..api biru ya. Karang kalau panas sangat hilang pulak zat minyak zaitun tu..dah agak mesra alam semua, masukkan sosej atau meatball sebagai added value. Nak letak anchovy pun boleh, ikut taste memasing. Gua suka meatball and mushroom sosej.
Nak cantik, kalau orang kita letak la mekap sana sini calit lipstick, mascara, eye shadow, foundation, moisturiser dan eye liner segala bagai kan, tapi sebab ini adalah semangkuk sup cendawan dan linguine, kita letak tomato cherry kuning dan merah...haaa nampakkkkk! Sedap ooo..ni kalau kesayangan no 2 tengok ni..sah sah lah dia kata aku poyo..ahh pedulik apa I..you tu..kata nak belanja sate UK tapi sampai ke sudah ghaib..puiii! 
Maka saya pun menikmati makan malam saya sambil menghapdet blog yang hidup segan mati tamau ini sebab tuan punya blog pun ala-ala nyawa ikan dek tugas di kilang kertas yang semakin padat dan sendat. Bila la boleh cuti ni, tadi baru umum election fall on 5th Mei, maksudnya Jun la baru boleh start berjalan.
Abaikan pemandangan lain, saya ingin anda nikmati sup cendawan bersama linguine ini sebaik mungkin..mari kita menghadapi rezeki Allah kurniakan ini dengan penuh syukur. Sedar tak, makanan yang dimasak di dapur sendiri walaupun biasa dan nampak choyy tapi ia adalah nikmat paling dinantikan oleh gua. Biarlah orang lain nak kata apa, gua kena makan dengan berselera kerana buat masa sekarang, ini saja rezeki yang ada kat dapur..Bismillah..

Monday, 8 April 2013

Hari berdarah dalam hidup...

Apa rasanya baring atas stretcher tu..stretcher besi pulak tu..walaupun ada tilam, tapi nipis sangat. Jadi kesejukan itu menusuk hingga ke tulang hingga membuatkan urat saraf pun kecut juga. Bila masuk dewan bedah, nurse dah terkial-kial nak ambil darah. Sampai lapan kali try, pun masih gagal. Cik doh betullah, depa ingat aku ni manusia bahan uji kaji, cungkil sana cungkil sini, cucuk sana cucuk sini. Aku rasa nak lempang semua yang ada..depa siap boleh memain sambil cakap oiii kome cepat nanti Prof datang, karang murka habis kita. Dia orang ingat aku ni apa..apa la akai tadak. Masuk kali ke sembilan, dah jumpa urat dan darah pun kuar. Aku cuma sempat kira satu, dua, tiga dan nampak jam di dinding 8 am. Ini adalah kejadian pada 2005.
 
Selepas itu setiap kali nak hulur lengan nak ambil darah, aku istighfar banyak2 supaya urat saraf tidak bersembunyi, memudahkan kerja nurse. Bukan senang nak mengeluarkan darah yang merupakan sebahagian daripada nyawa, yang menghidupkan kita, yang memberi kekuatan dan darah juga adalah tanda kekuasaan Allah. Kalau tiada darah mengalir ke segenap badan, alamatnya sudah tidak bernyawalah kita. Minggu lepas aku buat blood test untuk yearly punya medical check up.
 
"Ok u relax..i nak ambil sikit saja.." kata Dr Ng.
"Dr nak ambil banyak pun tak pa.."
"Kita ambil cukup2 saja..better.."
"Ok up to u Dr.."
Dan aku pun hulur lengan yg x semenggah tu sebab ada parut sana sini kena minyak panas masa goreng ikan bawal untuk KA beberapa tahun lepas. Dia cucuk sekali, jentik2, tampal2  lengan tapi tamau keluar juga darah tu. Jarum masih terpacak di situ, ok aku tak rasa sakit. Mind set dah buat sebelum tu bahawasanya aku tak akan berasa sakit. Dr kemudian cabut jarum dan cuba lagi di lengan kiri...juga tak mau keluar darah ni. Kali ketiga dia nak cuba di bahagian atas tangan menggunakan butterfly punya jarum. Aku suka tengok jarum butterfly ni sebab cantik..walhal nak elak rasa ngeri, jadi fikiran dihalakan pada butterfly oren tewww...
Bila jarum dicucuk pada bahagian atas tangan..ok cantik dan laju pula ia mengalir keluar dari badan memenuhi saluran plastic lutsinar dan menerjunkan diri masuk ke dalam picagari..ohh sebahagian dari kehidupana aku sudah keluar dan menempatkan diri dalam bekas sementara yang tidak bernyawa. Rasa aneh pun ada apabila darah segar itu, berwarna merah pekat, kental dan suam mengalir beralih lokasi. Dari tangan ke dalam picagari dan aku boleh hidu baunya yang segar..
"Dr..looks really fresh.."
"Yeah..it is u..from your body.."
"Hmm...fresh..."
"You sound like Dracula huh!" Kata Dr Ng...dia tak tahu bahawa aku ini adalan mutan vampire..darah itu menjadi sangat tertarik pada mata aku...kehkehkeh..berangan!
Selepas penuh picagari, darah itu dimasukkan pula ke dalam tiga tabung kecil. Katanya cukup untuk mengesan beberapa penyakit sekiranya ada. Aku tawakkal saja sambil dalam hati, berasa kesal kerana terpaksa berpisah dengan cecair yag tadinya elok saja mengalir dalam badan..kini sudah keluar dari badan dan terpaksa menjadi bahan uji kaji.
"U memang susah ya nak ambil darah?" Tanya Dr Ng lagi.
"Ya Dr, ini bukan kali pertama. Dr jangan risau..hari ni saya tak berasa sakit.."
"Really?"
"Yerp.."
"Amazing...good girl.."
Lebihan darah pada picagari itu digunakan pula untuk memeriksa kandungan gula dalam darah. Bacaannya agak bagus dan terkawal bagi penghidap diabetes macam aku.
Beberapa hari selepas itu, result keluar dan Alhamdulillah. Kolesterol baik dan jahat menepati keperluan dan terkawal, tiada protein dalam urine dan bagus juga kerana ia menandakan kidney dalam keadaan sihat, sugar level juga normal dan hipertention terkawal. Semuanya normal..akan tetapinya kini saya dalam keadaan flat..fever, flu, coughing and semput. Elok jer datang serentak dan menyerang sudah tiga hari. Kifarah Allah kepada aku agaknya yang selama ini langsung tidak mengambil berat mengenai diri sendiri.  Kerja keluar rumah hari gelap dan balik rumah pun hari gelap. Jadi inilah agaknya peringatan kecil untuk aku supaya menghargai badan, jaga hati dan peka tanda-tanda bahawa badan juga perlu rehat..
Nota:
1. Sayangilah badan anda, ambil kira keperluan badan dan jangan perasugut badan anda hingga ke titisan terakhir kerana badan juga amanah Allah. Hargainya, memang orang kata kerja seperti nak hidup seribu tahun dan beramal ibadat seperti nak mati esoknya..bukan begitu..dalam kontek ini..hargai badan kerana apabila badan sihat kita nak bekerja mahupun beramal ibadat pun senang dan selesa. Lebih-lebih lagi jika anda ada cita-cita nak menunaikan umrah atau haji, pastikan kesihatan di tahap teratas.
2. Teringat ada orang suka nyanyi lagu 'Sayang' nyanyian Shea sambil bawak keta..boleh caya ker..

Thursday, 4 April 2013

Nasi goreng parlimen bubar..

Hari tu tengok Kak Sham buat nasi goreng kangkong...terus teringat-ingat sampailah ke la ni..kalau nak goreng sendiri..pehhh tak de selera aaa nak makan  air tangan sendiri. Satu lagi kalau masak kari..mati-mati aku tak boleh nak makan kari sendiri tapi kalau orang lain punya kari..masyaAllah punya le rasa sedap..kari mamak?? Owhh kurenggg yer sebab dah terdengar  macam-macam citer pasal kari.
Lepas tu suka la pulak berangan makan nasi goreng lima bintang gitu kan. Siap ada segala bagai aksesori yang konon boleh mengaburi mata siapa melihat kan. Jadi pagi semalam kebetulan ketua kilang bagi off..so aku pun dah horay horay nak p tengok wayang la sangat kalau ikut deria rasa di hati kecil yang kadangkala bengkek dan kadangkala kembang kuncup...
Tetiba budak Lala sms, kak LW ketua kilang kata kena standy sebab Parlimen akan dissolve jam 11.30 pagi jadi aku pun terhegeh-hegeh makan cecepat. Terbantut selera nak makan gaya leisure-leisure kat tepi kolam renang. Sambil bersiap nak p kilang sambil makan nasi goreng parlimen bubar..kita letak nama nasi goreng parlimen bubar la naaa sebab tengah syiok menikmati kesedapan ikan bilis lemau tu tetiba sms dak Lala masuk suh standby..grrrr...hangen tau!
Sesungguhnya rezeki aku setiap hari Allah yang bagi, Allah yang tentukan. Jadi, siapalah aku nak mentakwil dan mendakwa begitu begini terhadap rezeki kais pagi makan pagi ini. Walaupun nasi goreng parlimen bubar ini sangat sedap di tekak aku, ia mungkin tak sedap di tekak anda. Janganlah berasa bersalah untuk mengutuk nasi goreng parlimen bubar ini kerana citarasa kita adalah sangat berbeza..tekak saya adalah tekak multinasional kebelakangan ini...sekali gus saya juga adalah multitasking dalam menciptareka nasi goreng. Esok lusa saya akan up nasi goreng ikan goreng dan nasi goreng daging salai...