Thursday, 28 March 2013

Selera harimau..

Caya dak semua ini adalah mengambil masa 30 minit saja untuk disediakan. Selera harimau yang tiba-tiba datang secara mendadak setelah seharian berhempas pulas di kilang kertas..aku pun tak tahu macam mana selera ini boleh timbul. Gamaknya kalau ada mangsa di hadapan maunya aku terkam dan kekah hingga hancur..macam harimau menerkam mangsa..isk!
Apa-apa hal, makanan mesti berwarna warni walaupun perut bukan tahu membezakan warna yang masuk tapi ia bijak menaakul zat dan vitamin yang masuk. Maka kuning adalah sangat dialu-alukan kerana kekayaan vitamin yang dimiliki dan hijau juga tidak kurang hebat kerana kerangupannya...kedua-duanya adalah bangsa capsicum atau lada benggala...
Spaghetti san remo yang dicelur selama enam minit saja, letak satu sudu garam dan biarkan ia masak pada tahap el-dente. Jangan terlebih masak nanti ia gebu gebas dan spaghetti anda akan choyy sebab terlalu kembang. Jadi..watch out dengan tempoh masa anda mencelur spaghetti ini...
Ayam marinate yang sudah siap, dibeli di kedai cap Juseko tepi rumah. Kalau tak silap aku ayam ini adalah jenama Mexico..separa masak. Jadi bila craving menggila aku cuma campak dalam toaster dan biarkan ia bersauna selama sepuluh minit. Perfecto! Yummy! And so on... :) Ayam sauna, lemak tarakkkk!
Ahah...the real el-dente spaghetti, saute with olive oil and let it be cool before u mix with others..no salt at all..la ni target kalau masak langsung tak mo letak garam, sebab dah nak berdekad-dekad dok makan garam..so tiba masanya kita kata NO kepada garam..
Tadaaa..selera harimau pada jam 10 malam, sambil makan sambil mengetext blogger buddy...gigih aku nak putar spaghetti itewww supaya jadi tiga bukit kecil dalam pinggan, susun sosej chicken mushroom yang sudah sedia ada dalam peti es, o ya make sure ia dah direbus, nyah kuman yer..jangan ikut sangat selera harimau gua, nanti hari-hari mau ekekekek!
Yang bulat-bulat hitam itu ialah seedless pickel black olive..hmm sedap juga makan olive jeruk ni..try naa...kalau tak try tak tau. Aku first time makan olive jeruk dengan ayam goreng ni masa ada jemputan makan kat One World beberapa tahun lalu...sampai la ni teringat2 kesedapannya dan sejak itu, stok olive jeruk mesti ada dalam gobok sejuk...yg hijau pun sedap juga...
Sengaja difokus dekat-dekat supaya uollss terkecur liur..percayalah spaghetti instant ini sangat sedap pada tekak gua..selera kita pun macam kita menilai kecantikan orang juga..delicious is in the eyes of the beholder..molehh takk gitewww?? Muehehe...
O yer..grated carrot tu..kononnya beli carrot bebanyak sebab nak buat carrot cake tapi lain pula jadinya...carrot cake ke mana, carrot susu ke mana, yang ada ialah spaghetti carrot...itu mineral water kena minum banyak-banyak aaa..nak cantik le katakan...supaya kalau ada sapa-sapa tanya kenapa kulit ahkak cantik, apa rahsiye..nanti ahkak boleh kata minum air putih banyak-banyak..hehe gaya retis punya statement kannnn...
Inilah selera harimau yang dikatakan itu..kebetulan di kilang ada orang bagi hamper, ada kek cekelat, ada oreo, ada snickers dan ada susu kotak..ehh susu kotak? A ahh suka panggil susu ni susu kotak..bukan susu cap gantung..heee...jadi u all jangan sekali-kali memiliki selera harimau macam gua ni..bahayer...ini adalah craving tahap harimau bintang pada jam hampir tengah malam sebenarnya..
Tadaaaa...jap lagi kosong la pinggan itu..sesungguhnya ini adalah saat yang sangat aku nanti-nantikan. Menikmati setiap butir makanan yang masuk ke dalam mulut, mengunyah perlahan dan cuba mentafsir setiap jelira rasa yang tercetus dalam mulut..ada manis, kelat, pahit, masin, lemak, tawar, pedas, panas dan sedap...dan malam yang berlalu menutup tirai hidup seorang aku...hanya kita yang tahu apa yang kita inginkan dalam hidup yang singkat ini.. 

Ya Allah, aku bersyukur dengan nikmat hidup yang kau berikan pada kehidupan yang sementara ini, ampunilah dosa-dosaku..hanya kepadaMu tempat aku bermohon..

Wednesday, 27 March 2013

Barangkali...

Barangkali, barangkali ya...

Kelegaan mutlak seorang bayi ialah apabila bibir comelnya boleh melekat erat pada payu dara ibunya, muka rapat pada dada ibu sambil dia menghisap susu sambil mendengar degupan jantung si ibu yang selesa berada sangat rapat dengan dia...

Barangkali juga, kegembiraan mutlak seorang kanak-kanak ialah apabila dia dapat merasa gula-gula idaman atau memiliki permainan yang pernah dijanjikan ibu bapanya walaupun dia tidak pernah terfikir untuk dapat memilikinya...

Barangkali juga, kegembiraan sepasang teruna dara atau kesayangan si anu dan si polan ialah apabila mendapat tahu buah hatinya dalam keadaan ceria dan gembira, dan dapat pula berbelas mesej mereport apa-apa yg patut dengan pengakhiran i love you, muahh atau xoxo...

Barangkali juga, kelegaan seorang isteri ialah apabila mengetahui suaminya tidak curang, bertanggungjawab terhadap keluarga dan menyayangi dirinya sepenuh hati...

Barangkali juga, kelegaan seorang bapa ialah apabila anak gadis atau anak terunanya tidak pernah ponteng sekolah, berkawan dengan orang baik-baik, hormat akan dirinya dan tahu tugas serta tanggungjawab seorang anak...

Barangkali juga, kelegaan seorang blogger ialah apabila dia dapat membuat entry yang dibaca oleh ramai rakan blogger lain, saling berbalas komen, memberi pendapat sama ada positif atau negatif tapi dalam nada harmoni...

Barangkali adalah seribu kemungkinan, barangkali juga aku akan menghadapi hidup akhir tidak lama lagi dan barangkali juga Tuhan mencabut nyawaku melalui ubun-ubun kepala dalam keadaan aku mati kecil, iaitu tidur..ya Tuhan aku minta ampun akan segala kesalahan yang aku lakukan sama ada secara sengaja atau tidak...

Dan barangkali inilah kelegaan, kegembiraan mutlak kami pekerja kilang kertas apabila dapat bersama rakan yang memahami, menghormati dan seadanya tanpa membezakan siapa kami, apa warna kulit kami dan apa yang kami makan hari ini..

Barangkali juga, anda berasa pelik kerana statement ini mungkin tidak sesuai dengan apa yang anda lihat di bawah..inilah kelegaan kami setelah seharina berhempas pulas..kami release stress dengan makan..makan dan makan...inilah kepuasan kami..
Air barli ini sangat sempurna pada tekak kami...ia menyejukkan badan, keladaknya lemak-lemak manis dan paras suam suhunya selesa di tekak kami..tiada satu pun cacat cela air barli ini..kami sepakat bahawa air barli ini adalah awesome dan berupaya menambah hidrasi yang berlaku pada badan kami selain menyejukkan hati yang kering kontang akibat terlalu penat bekerja. Kami tidak cuti sejak Januari lalu..ohh Tuhan...
30 cucuk sate ayam dan daging yang kami order dan kemudian ditambah lagi sebanyak 10 cucuk semata-mata menambah kelegaan kepada kepala kami yang bersimpang siur akibat  menyusun kertas di kilang..letih, tertekan dan rasa seperti hendak menangis tapi tiada bahu yang boleh menampung air mata kami, jadi kami menangis sesama sendiri di meja sate di kedai mamak...muehehehe poyo!
Kami memesan enam ketul nasi kemek putih untuk kami bertiga...pelahap tahap cipan dan lapar tahap gaban..kepala otak kami hanya terfikir sate dan sate dan sate saja ketika memesan menu Malaysia ini dan kami tak fikir pun karsinogen bahan bakar pada sate itu boleh menyebabkan barah dalam badan kami..ahh setakat 40 cucuk dan hadap sebulan sekali, kami rasa kami tak perlu ambik port sangat...
Hmm jamulah mata, telanlah air liur sendiri..kami dah selamat menghabiskan 40 cucuk sate ini, walaupun rasanya so so saja tapi sebab kami mensyukuri rahmat dan rezeki yang Allah bagi, kami rasa sate ini sangat yummylicious dan marvellous dan scandalous sangat dengan kedai sate ini..sebab selepas makan ini kami singgah di kedai jual pretzel pulak...
Kami tak makan bawang..jadi kami cuma habiskan sate, timun dan sate saja...maaflah bawang, kamu tak cukup jelita untuk kami huggle..
Yang baju merah itu kawan kami, Jid kami panggil dan yang belah kanan itu adalah mat salleh immitate yg pandai cakap teganu, kelantan, british dan kl-lien, kami panggil dia owh-dee..dia ni budak handsome juga di kilang kami..dia jadi driver kami dalam rangka berfoya-foya mencari port makan paling heaven kala kami tertekan bekerja di kilang...
Ini kuah sate kami..kuah pun choyy sebab tak cukup pedas dan masin tapi kami bantai jerrr sebab kami cinta sate...
Ya itu dia Jid berusaha menghabiskan nasi kemek dan bilah-bilaj sate terakhir..

Barangkali juga saat ini tidak akan tiba lagi kecuali dengan izin Allah, barangkali juga kami tidak akan berpeluang lagi untuk duduk bersantai di sebuah jalan separa sibuk di Bangsar sambil makan sate dan mengomen orang lalu lalang tanpa motif jelas..tapi kami tahu ini adalah saat kami berbahagia, menjadi diri kami sendiri dengan pakaian lusuh dan fikiran lapang dikurniakan Allah dan kami menghargai saat dan ketika ini kerana kami tahu kami tidak akan dapat mengulang moment yang sama lagi selepas ini kerana kami tidak akan tahu nasib kami walau sesaat ke depan.

Monday, 18 March 2013

Audit diri..aim to target!

Semalam adalah Ahad, bangun tidur je aku dah rasa buntu tatau nak buat apa. Kalau bos bagi cuti teringat2 bebudak kat kilang kertas, kalau bos suruh kerja teringat2 tilam bantal kat rumah..teringat2 roti bakar cap ayam kat depan tv, teringat2 air susu dutch lady dalam peti es sendat kat dapur dan teringat2 kopi sejuk atas meja depan tingkap lebihan semalam...cehhh apa daaa LW ni semua nak rindu. Paling sadis, teringat2 kesayangan yang cakap tak serupa bikin, psttt Net u tau sapa kan...siap la dia tu..esok i baca mantera kasih sayang, maunya dia datang melutut..hahahah..pepagi senin ni mood jahat, ampun!
Ok semalam baca sebuah novel bertajuk Bulan Di Atas Champ Elysees..dengan aku sekali ke laut baca novel tu yg sangat remaja muda mudi..hmm kalau ikut hati memang aku nak buat lagu tu tapi kita hidup dalam dunia realiti, ada sebab dan musabab kenapa LW kerja di kilang kertas, kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang..ehh kais malam? Ok kais malam adalah untuk kecemasan...masuk tabung berfoya-foya, nak beli LV, nak beli tiket p Disneyland sana sini...cop aku tipu! Ini adalah berangan pada Monday Blues..cehhh malas nak kerja..Begini kisahnya, kita patut audit diri sendiri...(LW sila bertabah dan audit diri anda sendiri) Maksud audit di sini, kenali dan cam apa kekurangan diri yang boleh diperbaiki dalam masa singkat. Sebenarnya perkataan audit diri ini adalah statement Dt Dr Fazillah Kamsah yang aku dengar pagi tadi sambil memandu ke office..
Katanya, sebelum tidur maafkan semua orang, buat target untuk esok pagi selepas bangun dan target sehari semasa bekerja...while my duty at kilang kertas senang je, susun kertas, lipat kertas dan hantar kertas pada bos..thats it. No! no! No! LW you must have a goal at least for the day. Ok sekurang-kurangnya target kertas yang dilipat adalah sempurna. Itu je ke yang aku nak? Tak!!! Aku nak hari ini adalah sempurna, buang virus negatif dalam kepala otak dan suntik virus positiv. Semalam baru lepas cakap dengan blogger buddy..u know who u are..lets moving!
And now. bak kata CheKem, .its never too late. Teringat Dr Kamariah Kamaruddin di UPM dan Dr Saleeh Rahamad di UM..siapakah yang harus aku pilih..masiha ada masa 3 tahun lagi untuk melakukan apa yang tertangguh. Mungkin sebab semalam audit diri tu berkesan dan berjaya, pagi ni aku rasa seperti vampire return!

Nota: Hidup mesti ada target, sama ada target sehari, target seminggu, target sebulan atau target setahun..target anda apa ya?

Saturday, 16 March 2013

Cendol Sri Petaling

Kerja hari Sabtu, hari Sabtu kene kerja..ehh mana satu yang betul? Haa gini la jadinya kalau kene susun kertas pada hujung minggu, otak ke lain, hati ke lain, perasaan ke lain juga. Dalam dok sibuk-sibuk cari kertas hilang, bos jerit suruh pergi ziarah ada officemate yang isterinya berpulang ke rahmatullah. Jadi kami pun bergegas-gegas tunggu driver volunteer untuk bawa kami ke tempat ziarah. Selepas jenazah selesai, kami bergerak balik ke kilang sebab ada urusan belum selesai dengan kertas yang berlonggok-longgok di kilang. Dalam perjalanan balik, Hzmi kata dia nak berhenti makan cendol. Kami yang tahap ahkak-ahkak ni ikut jer sebab dia yang pegang stereng.
Kita tahu kan rakyat Malaysia ni kalau bab makan cendol, memang 1 Malaysia habis. sambil dok sembang Hzmi memberhentikan Boeing 747nya di tepi sebatang landasan di kawasan Sri Petaling. Sepanjang jalan ada banyak kerusi plastik dan last sekali ada satu lori kecik, lori mamak yg jual air cendok tu.
Aku pun tak tahu apa sebab ramainya rakyat 1 Malaysia sanggup beratur panjang tunggu que nak makan cendol dan rojak mamak tu. Ok ada cendol pulut, cendol jagung, cendol kacang merah dan cendol poyo..ehh maksud aku cendol plain tak dak apa-apa filler keh...so mak macam biasa nak, mak suka cendol pulut. Sekali hirup, arghhh rasa cerah biji mata bila masuk gula Melaka dan santan dalam tekak. Dua kali sedut, owhh rasa jelira sangat air cendok dan tiga kali sedut, okehh air cendol mamat ni kalau Sharon Hakeman try pun dia akan pejam mata rapat-rapat sebab kombinasi cuaca panas terik dan kesegaran ais serta lemak manis gula Melaka itu bersatu dalam mulut dan meresap perlahan-lahan ke dalam esofagus seterusnya mendap di usus. Its perfecto! 
Kalau tak silap satu mahkuk besi tu RM2 dan ada juga rojaknya yang pada mak sap sap soi..okeh selera masing-masing ya. Kalau sedap i kata sedap, kalau out. i tak mo komen banyak..tak baik kita hencap rojak mamak tu tak sedap sebab kita pun takat dada itik jer pas masak memasak neh...anyway kalau makan waktu lapar, memang akan berasa semuanya sedap kan..ahahahah so u all jangan lah sangat tertipu dengan tipu daya helah syaitonirrojim...kalau nak shopping pun lagu tu jugaklah...makan siap-siap lepas tu baru g shopping kalau tak tak tentu arah nak buat pilihan..ehh termasuk bab shopping pulak...
Dan kelainan cendol mamak tepi jalan ini ialah dia tak provide meja, cuma letak kerusi plastik cap bangku dan pelanggan berdisiplin sungguh tunggu cendol tu dihantar kepada mereka. Aku dan rombongan Boeing 474 seramai 4 orang ni sabar sebenarnya nak tunggu sebab ada satu group lagi pun sedang menunggu juga. Finally bila air cendol sampai...tengah hari yang panas itu bak muncul hujan salji..perghhh nyaman!
Haaa ramai tu dok tunggu que dan nampak tak plastik santan segar yg mamak tu nak tuang dalam bekas. Tengok juga uniform dia orang..siap pakai kemeja putih dan apron..kemas dan bersih jadi no wonderlah cendol mereka menjadi buruan kaki cendol sekitar Sri Petaling termasuklah empat pemakan rakus dari kilang kertas berdekatan kilang tepung Narayanan Morthy. bersebelahan dengan kelab malam Miss18 dan ada kedai bunga giant Floristika kat situ...kehkehkeh!

Thursday, 14 March 2013

Precious moment mafia kilang kertas...

Lepas siap susun kertas, kami duduk saja nak tunggu bos cek sama ada kertas yang disusun kemas ke tidak. Aku macam biasa, buat-buat bz sebab duduk dekat dengan meja bos. Karang naya kalau bos nampak aku leisure habis kan. Minah rocker Lala and Farah pun ada kiri kanan. Kadang-kadang aku skodeng apa budak Lala tu cakap kat tepon, ntah dengan siapa tapi bisiknya lain macam dan aku tahu Lala ni dalam hati ada taman. Farah pulak bizi susun kertas lagi tapi aku tahu kertas yang dia susun itu adalah kertas lama..dia pun macam aku, buat-buat busy..
"Lala..gua lapar!" Kata si Farah menerobos telinga aku, ye lah sebab aku kat tengah-tengah depa.
"Lu der, hujan lebat kat luar..gua takut bos carik." kata Lala sambil kemas-kemas meja.
"Gini, lu pergi alih kereta. Gua ikut...tak boleh tahan ni..gua nak makan carbonara kat Secret Recipe.."
"Baiikkkk...err ni, ketua mafia kat tengah ni lu tak mo heret sama?"
"Tak payah, dia tekun susun kertas...!"
Fara and Lala...tengah berebut tanda kawasan supaya tangan kami tak sampai ke dalam mangkuk depa tu..iskk macam budak-budak kan...tapi inilah mereka sebenarnya...matang bila bekerja dan ceria bila perlu berada dalam keadaan demikian. Lala siap letak tangan dia supaya aku tak ambik food depan tu..hik!
Selixca enjoy her earl grey tea yg pahit katanya..pada aku, set cawan dan piring tu lagi cantik dan sedap dipandang daripada tea..
Ceittt! Dan kedua-duanya ghaib dari depan mata aku. Tak sampai setengah minit..kringggggg!
"Kak, jom..jangan nak ngada-ngada kata NO aa....akak inform Selixca sama..dia pun lapar tu.."
Yes and finally we found out that we were hanging at Bottanical..again...Bottanical. Tak jadi p Secret Recipe sebab tak dak parking. Gila la sangat kuar time hujan ribut kat Bangsar nak cari parking dalam hujan lebat. Memang tak ada! I guess we like Bottanical much because of their delicious menu and food. I didn't concern much about the surrounding and decoration because i thot that when the food is great, its fluenced the area and everything going to be nice and yummy yada yada yada!
Suzatte Crepe..oo makkk setapppnyaaaa...
I want to promote about suzatte crepe..this kind of pancake was totally great and superb delicious for those who likes to eat something simple but nice and sweet. Its was few layers of kuih dadar, ala macam nak buat kuih ketayap tu kan...then layered with vanilla cream and don't forget to put a scope of vanila ice cream with it. I tell u..its damn orgasm! U must try and it's like addicted coz u wanna try and try again..sex addict! Hahahaha...ok i crazy of it! Pehhhh...
Ini Fara punya, mushroom carbonara with egg on top on that..sedap fuhhh!
Then satu lagi hidangan wajib try...i admit that Farah is a good eater because she knows what she likes to eat..mushroom carbonara creamy and pasta..phewww it make my sweat drop and drop because the portobello and black mushroom was like a black diamond for me..if i can took it nicely, i stole! Hahaha jahatkan...maka Farah pun bagi lah i try, Lala try dan Selixca try..kami order beberapa menu dan makan berempat tapi kekecohannya seolah-olah ada lapan orang kanak-kanak sedang berebut makan. It was great moment i thot.
OKeh ini kakak mafia punya...makan cayo cayo jer...diet la katakan..kehkehkeh!
Ini Lala punya..habis dia makan...hmm Lala The Great!
Kari laksa nyonya Selixca punya, dia tak habis, so kakak mafia dan Fara yang settlekan...haha
OKeh ini pun kakak mafia punya...
Ini pun kakak mafia punya...deyy berapa banyak aaa kakak mafia punya..ceittt!
Bila kita berada dalam suasana yang langsung tiada masalah, tiada kepura-puraan dan setiap orang enjoy much with their food, the problem disolved slowly and happines is around. We enjoy the time with food. I know its not a good sign for us specially me and Farah but we know what we consume and what we can't take. Portobello, black mushroom, parmesan, formagio, fresh salad, black tea and the most important igredients that we can't live without is a positive motivation, spirit of life, think positive, be in positive surrounding and embrace life. Eventho 3 of them is much much younger than me, i enjoy to spend some times with them because they were honest and sincere...never be plastic and hipocrite! Ahh u see..what we ate yesterday..everything is delicious! Cakap banyak pun tak guna kan...

Monday, 11 March 2013

Apa maknanya tu?

Kalau off dan tak masuk kilang, banyak nau benda nak buat. Nak bayar bil, nak beli grocery, nak cuci rumah, nak masak, nak basuh baju, nak berfoya-foya, nak jahit manik baju yg orang upah, nak cari kayu, nak cari kayu..nak dating ..ehhh tersasul...hehehe..off nya dua hari je tapi banyak sangat benda nak buat, last-last tersadai jer kat sarang vampire di Windsor.

Tapi malang sentiasa tak berbau, Sabtu petang tu masa nak kuar pintu keta balik keje, belekberi mak terjatuh atas simen dan naik atas jer, kong terus belekberi tu...hwaaaaa!!! sedey..ajalnya memang dah betul2 tiba. Usha peluk pun tak guna sebab memang otaknya dah tercabut skru..maka aku terpaksa guna jari sebagai kalkulator nak beli tepon baru. Sah la bulan depan kena cari kayu api lebih nak kena jual nak cover duit beli hp..punah ranap impian mak nak beli tiker flight nak visit Kak Nor di Brunei..ampun kak..len kali saya beli tiket.

Tapi bila dah ada hp ganti, arghhh banyak pulak mesej masuk..ye lah dua hari kong kan, maka banyaklah mesej tertunggak..antara yg sedap di baca ialah dari adik manis yg sorang ni. (Aku dah lama bersara dari jadi PRS. Last time jadi PRS dua tiga bulan lepas masa kes dak G dan E dan CR..PRS ta bertauliah). Dan adik manis ni suka ajukan soalan mengancam nak minta nasihat aku..dik..cinta ahkak pun tak kesampaian dik..sob! sob! Cinta ahkak cinta terhalang dik...kehkehkeh! Okeh sebab adik nak juga pendapat ahkak, meh ahkak share dengan blogger kesayangan akak semua kat sini..chewahhh ahkak bajet blogger femes walopon blog ahkak ni cam hidup segan mati tamau eh..

Okeh gini email adik manis ni pada aku:
Kak LW, salam..windu la kat akak..bila nak jumpa ni kak, saya nak makan rv boleh tak. Muahhh! Cop kak, beberapa hari ini saya ada keluar dengan seseorang selepas tak jadi dengan mamat Temerloh itu hari. Akak ingat kan mamat Temerloh yang saya citer pada akak tu kan..? Ok saya dah tutup buku dengan mamat tu..sebab dia lebih muda dari saya.  Saya kuar dengan En Hulk Hogan ni, saya tau dia somebody tapi saya tak heran dengan ke-somebody-an dia tu. Kami makan stimboat kat Ichiban Ramen. Saya belanja dia sebab dia datang ke tempat saya. Kalau saya pi tempat dia, saya akan paw dia cukup2. Akak tau la kan stimboat tu banyak, saya tak habis makan. Tiba-tiba sebelum kami balik, dia habiskan stimboat saya..arrrr apa maknanya tu Kak? Akak tolong elaborate sket kak..

Erkkk? Apa maknanya? Adik, akak tak habis belajar lagi ilmu tilik2 habiskan makanan makwe ni. Mungkin dia tak nak membazir kot sebab adik dah murah hati belanja dia Ichiban Ramen tu kan..err u all mesti syahdu kan kalau kuar dengan pakwe u all tetiba si jejaka tu gentleman sangat tolong habiskan makanan u all? Ke tak gentle? Ke ya..ehh? Ke macam mana?

Nota: Chaittt tetiba perut aku lapar teringat cendawan putih dan udang kertas dalam Ichiban Ramen tu..ada sesape nak join mengichibanramenkan diri tak???

Thursday, 7 March 2013

Pie cendawan Aaron Aziz, sup Fazura, tempura Siti Nurhaliza

Kerja kat kilang kertas ni memang boleh buat kita rasa seteress habis-habisan. Ye lah kalau silap susun kertas, habis la ko kena jerit dengan bos. Kalau silap letak warna, pun kena sound juga. Tapi sebab aku suka kerja deal dengan kertas, maka aku masih kekal kerja kat kilang ni.Seteres tu seteres juga, tapi kami biasanya nak bunuh seteres tu kami berfoya-foya di kedai makan. Kalau tak lepak kedai uncle senget, kami bergegas ke port lain sebab sekeliling kilang kertas tu ada banyak port makan yang vogue dan havoc. Jadi kamu cuma pilih masa dan pastikan kocek ada sehelai dua kertas warna biru kelabu dan tak pun yang warna kuning kemerah-merahan itu, so jalan je la.
Jid kata tak best makan kat kanting kilang, makanannya macam makanan kanak-kanak taska..ecehh kan...aku tau dia kata gitu sebab dia nak ajak aku pi makan jauh sket dari kilang. So aku pun ready je la tunggu dia bersuara. Ready tak ready selepas memandu keluar kawasan kilang, dia ajak lepak di Botanical, satu kedai makan dimiliki BIG yang juga owner pasaraya Bihgdi Publika Solaris. Yang atas ini adalah pie cendawan yang sangat sedap. Ok aku kata sedap sebab filling cendawan potobello dan carbonara tu buat kita rasa nak pejam mata rapat-rapat semasa mengunyah menikmati tekstur pie yg sangat halus itu. sedap dimakan ketika suam..dan filling cendawan itu sememang fantastic..tapi fresh green vege tu ok ok saja...ala apa kesah sayur tu pelakon pembantu jer, yg pelakon utamanya yg aku dikisahkan ini..ok pie cendawan ini macam Aaron Aziz...ceiittt! Walaupun aku tak minat Aaron, tapi keenakannya macam Aaron....hakhakhak boleh kan?
Wahhh masuk ke Botanical yang memang sebijik sebijan macam taman hijau dengan kerusi kayu putih itu, aku dah fikir apa food depa yang paling vast. Kalau tempat dah cantik gitu, takkan food ala akadar je kan..pilih sana sini, sebab nak copver line akan kebuntuan tak tahu nak makan apa, kami panggil waiter dan suruh depa suggest apa yg meletop di situ. Dan selepas berborak serba sedikit, aku tergoda dengan suo udon yang nampak cayo nau tu. Rasanya memang tak sedap langsung bagi orang lain  sebab ia hanya ada rasa cendawan yg di masak dengan air, dan diletak udon...tapi bagi aku rasa itu adalah asli, tanpa sebarang serbuk perisa dan rasa cendawan semata-mata. Nama menu ini ialah Inaniwa Udon, kombinasi white mushroom, button mushroom dan potobello mushroom. Bagi orang yang mementingkan rasa, inaniwa udon ini mungkin fail pada lidah mereka tapi bagi penggemar sup, menu ini adalah antara yg terbaik kerana ia bebas perasa. Aku tak guna serbuk perasa Ajinomoto kalau masak, jadi kalau makan food yg ada benda ni aku boleh kesan..yes inaniwa udon bebas perasa. Rasanya Less calory juga sebab ia hanya berasaskan air, no fatty fatty at all dan oily sikit jer tapi rasanya bukan fatty yg tepu..ok sup ini sangat asli seperti Fazura yang sangat cantik di mata mak!
Nafsu makan kami memang buas..muehehehe..buas kan...makan berdua je der tapi order memacam..Net one day nanti i bawak u lepak sini eh, kita nikmati sup cendawannya sambil usha sana sini yek...pemandangan sini lumayan tau..kannya lumayan apa..lumayan dengan kedai kasut dan kedai baju..dan kedai beg..haaa kannnn! So yang atas itu ialah Tofu Tempura yang sangat manja..errr manja sebab nak kena makan slowly sebab tofunya lemah lembut tapi crunchy..macam mana tu lemah lembut tapi crunchy? Aaaa korang kena rasa sendiri..pencecahnya pun boleh tahan menendang...so kami tak habis tofu tempura ni, tapau! Tofu, gebu, lemah lembut dan kena makan dengan tertib macam Datuk Siti Nurhaliza juga kan..anggun!
Ini sepesen lagi roti pelik..rasanya first time aku makan roti yang ada serat seaweed gini. Ok lepas ni boleh balik try buat kat rumah. Letak seweed sekeping dua, bakar dan roti ini dihidangkan dengan kicap masin dalam minyak zaitun. Aku tak tahu apa reason depa hidang dengan kicap masin dalam minyajk zaitun..mungkin sebab nak nampak cantik atau memang itu kombinasi terbaik untuk roti berkenaan. Nanti kita find out kenapa ia dihidangkan begitu...
Okeh caya dak air cekelat ini sangat mengghairahkan kerana rasanya yang lemak bitter..ada manis, ada pahit dan ada lemak..yang warna coklat kat dasar gelas itu bukan air gula merah, tapi ia adalah coklat cair yang bila dibancuh, rasanya berbaur dengan air krim yang difloatkan di bahagian atas...ada sedikit rasa unik. Aku pun sedut tak hengat sebab masa dah nak tamat, kami harus beredar dari Botanical, takut bos kilang kertas cari.

Nota: Entry ini adalah sangat over kan...sebab mempersonifikasikan makanan dengan pelakon...ini gayanya kami memujuk tekak untuk makan. Kerja terlalu banyak dan kami tak ada selera sebenarnya...walaupun makanan free flow depan mata...uhuk! Mak saya nak cuti...:(

Tuesday, 5 March 2013

Takziah kpd keluarga Supt Ibrahim Lebar...

DaripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali. Al Fatihah kepada mereka yang terkorban ketika menjalankan tugas mempertahankan keselamatan negara.. Sehingga kini ada lapan yg terkorban.
 
Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan. (Surah AlMunafiquun. Ayat 011.)
 
Aku bukan ada sebarang hubungan saudara mara pun dengan dia, malah tak kenal pun..cuma tahu Allahyarham Supt Ibrahim Lebar ini terkorban akibat dua tembakan pada bahu dan mata (kalau tak silap). Jadinya berkebetulan ada kesempatan, aku singgah di kediaman keluarganya di USJ22 sejak jam 3 petang utk memberi penghormatan terakhir, semalam. Sahabat handai memenuhi ruang hadapan rumah. Pilu bergayutan di segenap ruang. Ada sekumpulan pelawat Cina di luar rumah dan mereka berada di situ dari jam 4 petang hingga 8 malam. Sanggup mereka menunggu dengan sabar dan aku dinyatakan mereka itu adalah staff Ibrahim. Mereka mengunjungi ketua kerja mereka yang sudah terkorban. Jarang aku tengok bangsa lain mengunjungi majlis kematian dan menunggu sehingga agak lama. Pastinya Allahyarham adalah seorang yang sangat istimewa..
Jenazah tiba di perkarangan rumah jam 7.55 malam dan di bawa masuk ke kediaman arwah. Hanya ahli keluarga terdekat saja yang dibenarkan melihat jenazahnya dari dekat...
Sambil aku pun dok menunggu, tiba-tiba ternampak Kak Non lalu. Aku pun apa lagi tanya lah Kak Non apa dia buat kat rumah arwah ini. Katanya arwah juga adalah bekas bosnya di IPK Selangor suatu ketika dulu dan arwah sangat disenangi semua staff, rajin memberi tunjuk ajar.
"Tak sangka dia pergi dalam keadaan begini.."katanya dengan nada sedih.
"Kak Non lama ke jadi staff dia?" Aku tanya lagi.
"Lama tu idok le tapi kami semua suka keje dengan Brahim ni..sebab dia sangat mudah dan senang bekerjasama.." katanya sambil cover muka sedih.
Sekitar jam 8.30 jenazah dibawa ke Masjid Al Falah untuk disembahyangkan...

Ini baru sorang aku tanya, tak jumpa lagi staff arwah yg lain lain. Setiap yang hidup, pengakhirannya kematian. Jenazah Allahyarham tiba di TUDM Subang hampir jam 5 petang dan dibawa ke kediaman beliau hampir jam 8 malam. Disembahyangkan di Masjid Al Falah USJ 9 dan kemudian di bawa ke tanah perkuburan USJ22 selepas Isya. Ramai orang besar PDRM yang hadir. Aku cukup respect dengan team Istiadat PDRM yg mengusung jenazah tu..mereka nampak seia sekata mengusung satu jasad yang cukup ditangisi oleh ahli keluarga dan kerabatnya. Kami sebagai orang luar, pun berasa sedih...
Imam membacakan talkin di pusara arwah..apabila lihat isteri arwah yang memandang pusara dengan pandangan kosong dan susah untuk ditafsir...hanya perkataan kesian dan simpati saja yang muncul dalam hati. Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul..
Jenazah arwah selamat dikebumikan pada jam 9.45 malam dan ketika imam membacakan talkin..ya Allah aku rasa macam sedihnya perasaan..walaupun tak kenal langsung arwah ini secara personally, tapi bacaan talkin yang diperdengarkan memang meruntun hati..sebagai insan yang mana kita juga akan menemui kematian suatu ketika kelak, ia betul-betul menginsafkan. Tambahan pula langit gelap tak berbintang, namun angin bertiup nyaman dan seolah-olah ia juga meraikan pengebumian seorang insan yang juga hamba Allah itu yang gugur ketika berkerja menjalankan tugas...
 
Ini pengalaman pertama aku menunggu dan menyaksikan satu pengebumian yang dihadiri oleh ramai orang. Semoga rohnya dan tujuh lagi yang lain dicucuri rahmat Allah Taala..amin.

Monday, 4 March 2013

Anekdot...

1. Ramai benar yg nak jadi polis, pemberita, PI, SB dan segala bagai yg berkaitan dengan isu terkorbannya dua anggota polis komando kita kat Lahad Datu kan. Siapalah saya nak judge mereka itu ini, siapalah juga saya nak judge Kerajaan begitu begini..apa yang saya tahu..mereka terkorban ketika menjalankan tugas mengawal keselamatan negara. Jadi yang lain-lain tu saya tak mahu ambil tahu, saya cuma mendoakan semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan di kalangan para solehin..

2. Sakit hati kan bila kita sudah meletakkan kepercayaan kepada dia, dan secara tiba-tiba juga dia memusnahkan kepercayaan itu tanpa sebarang sebab. Aku boleh selami perasaan Cik Minah* yang sentiasa merujuk kepada aku mengenai kes kasih sayang ini. Katanya walaupun aku sendiri tak cukup kasih sayang, tapi aku ada banyak kasih sayang yang boleh diberikan kepada individu yg memerlukan. Bagaimana tu ya Cik Minah sayang..
"Kak Vampee, cheq memula tu tak dak la suka sangat kat dia..tapi bila dia berterusan dok tulis ka cheq luv and luv and will always luve, maka hati cheq cayor.." kata Cik Minah dalam smsnya pada aku semalam..
"Habis tu apa jadi?" Tanya aku pula..
"Dia tetiba senyap..haru betoi mamat sekoq neh. Cheq baghu ja nak cinta sayang kat dia, dia pi buat perangai buduh lagu tu..kalau dia kawin dengan cheq, hidup dia senang banyak..."
"Ooo gitu ka?"
"A ah ya la..habis tu nak lagu mana? Yg cheq dok heghan tu, dia buat sombong bongkak tak balas cheq nyer sms..cukup tiga kali dah la kan..pergi makan tanah la dia haihh..."
"Ya betol, Cik Minah toksah la dok caya lagi jantan lagu tu..banyak lagi..tak dak jantan pun tak pa kan..?"
"Ek Kak, cheq nak kawin laaa..nak ada family..habis tu gheta cheq dok ada ni nak share dengan sapa?"

Owhh itulah Cik Minah Sg Petani yg sangat naif dalam hal ini...aku pun tatau nak kata pa kat dia sbb aku sendiri pun terpatah renta tengah jalan..bab nasihat sket-sket tu boleh aaa..kalau nak over, ikut hati cheq ni Cik Minah ooii, cheq nak keghat2 semua anu jantan yg tak tau nak appreciate pompuan ni kan. Buat gulai kari ka, asam pedas ka..tuang dalam kandang itik ala-ala mona fandey giteww...setuju dak ngan ahkak???

3. Rasa aku macam tak cukup tanah nak plan jadual travel ke sana ke sini..dengar citer kilang kertas tempat aku kerja ni bekukan cuti kami sampai bulan enam..haaaa??? mampuih la kami2 ni tak merasa la nak bercuti ke taman negara, kuala tahan, kuala gandah segala bagai..hwaaaa NenetPenne plan kita caner ekk....:(

4. Dua tiga hari ni insomnia mak datang lagi. Asal masuk kol 12 jer mata mak jadi terang benderang dan mak teringat akan makhluk yg merayau-rayau di tengah malam. Kalau mak ada sayap, mak nak jer terbang join depa tu meninjau-ninjau mana calon sesuai untuk dibenamkan taring...dah lama mak tak jumpa darah gred A..kalau aku cakap gini dengan dia mesti dia kata aku puntianak budus...puntianak tak dak taring. Siap la ko, kalau aku dapat, leher ko tu dulu aku terkam...

5. Memandu dalam waktu hujan gerimis lain benar rasanya. Kiri kanan tiada kenderaan lantaran malam sudah semakin lanjut. Radio mengalunkan lagu cinta tak kesampaian, patah hati dan hasrat tak terucap. Bagaimana mahu dia menyampaikan perasaannya kepada Yaya. Sudah jenuh dia memikirkan mahu memulakan kata-kata dengan gadis yang diintainya dalam diam itu, ibarat kata Mustakim, bukan mudah memetik kesidang di lama Puan. Kesidang itu sendiri bukannya haruman biasa-biasa, tapi harumah penuh misteri kerana baunya yg hanya akan semerbak bangkit pada waktu malam. Hendak memetik kesidang juga bukan calang-calang jari diperlukan, silap memetik getah kesidang terpalit di tangan. (Yaya dan Zain)

6. "Saya dapat tahu ITNB ada offer pada sapa-sapa nak buat buku?"
"Ya betul.."
"Saya nak bagi manuskrip pada sapa?"
"Bagi pada R.."
"Tapi saya tak kenal R.."
"Bagi pada saya..ada berapa puisi?"
"Lebih kurang 70 puisi dan 10 cerpen.."
"Lagi banyak lagi bagus.."
"Oo gitu ke?"
"Nah email saya..."
"Ok tq.."
# Andainya kau tahu, hampir separuh daripada puisi yg aku tulis itu adalah ditujukan kepada kau!