Wednesday, 27 February 2013

Stim di lorong belakang...


Sejak dua tiga hari ini, aku stim memanjang. Bila duduk kat lorong belakang, dengan cuaca redup dan angin sepoi-sepoi bahasa…memang stim. Bukan stim sekali, tapi dua kali stim terus. Kira pakej la, kalau stim sekali jer tak sempat nak rasa kenikmatan stim tu, so kena ambil pakej dua kali stim, baru rasa lepas gian.

 
Ehh ini bukan stim kebiru-biruan tau..tapi ini stim yang mengenyangkan..roti stim uncle senget…perghhh! Sekali pekena pasti nak lagi dan lagi. Rotinya gebu dan lembut sangat, selalunya kalau order, kena order sua set baru terasa kesetimannya. Kenapa stim? Sebab seleas disapu kaya, uncle tu akan letak roti tu atas dulang panas sekejap ala macam kita stim food lenlain tu kan, Cuma stim roti ini adalah biasa2 jer. 

 
Lorong belakang pula ialah sebuah kedai kopi lama yang sempit, ada kipas lama dan kerusi yang digunakan juga kerusi oriental yang sudak kusam tapi keadaan begitulah yang buat kedai kopi wai man kat jalan bangsar sentiasa penuh. Dan ia halal. Bahagian depan untuk hard core dan pengkopi tegar manakala bahagaian dekat lorong belakang untuk pelanggan yang nak stim senyap senyap seperti kami…boleh bayangkan kedai kopi lama yang pengunjungnya semua slow motion..kipas berputar malas, pelayan lelaki tua yang sangat baik dan cashier juga adalah apek tua yang tak berkira.

Lepas tu order pulak yee mee kantonis, lepas tu tambah satu cawan lagi the tarik, lepas tu beli kacang bepang dan lepas tu rasa nak order kuetiau kicap pulak..haishh balik rumah je sambung stim dengan bantal tilam..jadi stim sampai pagi…!

Wednesday, 20 February 2013

Tak cukup kasih sayang...??

Kali pertama beli henpon..jenis Nokia. Aku tak ingat apa model tapi yg jenis macam botol air empat segi..seketul jer. Masa tu tahun 96. Suka gila first time beli henpon. Macam jakun pun ada sebab henpon masa tu adalah barang mewah. Lepas guna model yg macam botol air tu, aku beli nokia 3310...sempat bertekak dengan roomate pasal HP. Dia kata hp org kaya2 jer boleh pakai, aku kata mana der,..hp is domestik punya keperluan. Org tak kaya pun boleh beli beb..kami tak bercakap seminggu pasal hp..budusss jer masa tu.

Lepas Nokia 3310 rosak..sebab aku ni kononnya baik, bagi pinjam pada kawan dan kawan tu pulak pergi PD, katanya lupa hp dalam kocek...terus kena air masin dan rosak..dah lah tak ganti..senyap macam tu jer..hangen la aku..penyudahnya phone tu terbarai aku lempar dinding. Ini orang kata marahkan nyamuk, kelambu kena bakar. Kalau boleh lempar yg pinjam hp tu, nak je aku hempas dia kat dinding tapi aku waras lagi walaupun bila tengok dia aku rasa nak telan...

Aku beli satu lagi hp Nokia juga sebab fikiran aku dah set Nokia tahan lama. Yg rosak tu bukan sbb teknikal problem tapi sebab kecuaian pengguna kan...ok yg ketiga ni tahan lama..sampai dua kali tukar bateri, pun masih ok..tapi tak lama juga sebab adik aku kata, Motorolla pun best. Jadi oleh sebab aku ni jenis buta gajet, aku pun rembat Motorolla satu disamping masih guna Nokia itu...

Lepas tu beli satu lagu, jenama apa ntah..cap ayam..guna untuk berfoya-foya..hehh berfoya-foya la sangat kan. Sambil tu masih guna Motorolla dan Nokia juga. Kami kat opis ni memang paling kurang dua hp ada. Satu untuk client dan satu lagi untuk family..yg ketiga tu..ehem ehem...untuk mata air...gila! Depa kata memang pekerja kilang kertas ada banyak hp, im not then only one okeh...

Dalam pada tu blackberry muncul dan sapa-sapa yg tak guna blackberry kira macam ketinggalan zaman...aku masih sayang dengan Nokia 3310 dan depa pun asyik la dok perli..
"Kak, saya rasa kan..akak x boleh join geng kita la.." Kata Nisa pada aku masa kami dok bergebang kat kafe.
"Eh nape pulak..akak pun manusia cam korang la eh..." Kata aku.
"Kak, akak perasan tak..."
"Mende?"
"Ni ha..kami malu a ada alu lesung atas meja makan ni..." katanya sambil senyum nakal kenyit-kenyit mata..
"Ooo ya akak lupa lu geng mafia blackberry yer..ciss cisss kekwat dengan akak..."
"Haaa tau pun akak...kehkehkeh. Ala kak out of date la kak Cik Norkia tu,...apa kelassss kak. Jom beli blek berrr kak.." Diikuti ketawa terkekeh-kehkeh dak Zul, Suz etc..
"Eeh hello...laki akak jatuh cinta dengan akak melalui phone cabuk ni la ko tau tak dik non?"
"Ahh ada i kesah kak...yg penting kalau phone akak bunyi, baik jawab bawah meja, bunyi tak canggih langsung..whahahaha" Kata Nisa lagi.

Nisa ini adalah antara klik aku yg paling funny dan slumberock.. Kalau duduk dengan dia ketawa memanjang dibuatnya sebab dia adalah homosapien yg sangat cool. slumber dan spontaneous. I like..

Puas kena mengata, aku masih bertahan dengan Cik Norkia sehinggalah pertengahan 2011, ketika itu arwah mak masih ada dan agak uzur. Jadi aku beli telefon baru in case kalau ada emergency, tak lah terkulat-kulat nak berhubung dgn adik beradik. Tapi Cik Norkia i masih ok sebenarnya cuma bateri jer loklak...

Tak semena-mena aku terpetik buah beri hitam di sebuah kebun bernama The Mines...puas bertekak dengan towkey kebun, buah itu dibeli dengan harga RM2000++ termasuk dengan gajet lain..jadi hati sudah senang sebab aku sudah ada buah beri hitam yg racunnya sangat mengasyikkan.

Pagi semalam, masa nak turun tangga ke bawah, dan nak ambil kunci rumah pada jam 7 pagi nak kuar pi keje..belekberi mak sudah terjatuh atas karpet..langsung pengsan dan koma..dah dua hari mak terputus talian hayat dengan dunia luar...tetiba juga mak rasa tak cukup kasih sayang dari anak-anak ikan mak...wakakaka! Ada tak sapa-sapa nak bagi hadiah tepon, walaupun tepon cap ayam..mak tak kesah nak...sob sob! Bukan mak tak cukup duit nak beli...tapi mak rasa sayang nak kuarkan duit..mak tunggu anak-anak mak belikan..sob sob!  Poyo kan...Proud On Your Own k!

Saturday, 16 February 2013

Pakatan curros...

Hujung minggu dah tak serupa hujung minggu. Time orang keje aku off. Time orang off aku keje..penyudahnya aku adalah zombie! Bukan zombie Kg Pisang, tapi zombie Windsor. Aku kuar kerja orang masih tidur. Aku balik kerja, pun orang sudah tidur..dua kali zombie. Sebelum masuk opis ada kerisauan menikam2 hati..yelah sebab keje aku tak macam org lain, kalau silap susun kertas kat kilang, atau silap campur ink kat tulisan di kertas, harus kena jerit gegar satu floor..stress la kan..tapi bila mengingatkan beberapa conversation yg aku setiap hari dengar..rasa suka juga. Boleh hilang stress...

Kat opis ni aku dok tengah-tengah antara dua orang budak perempuan. Jadi setiap hari aku dengar perbualan mereka mengenai pakwe, ayah, mak, kawan, senior, buah hati, kahwin, chief, coklat, ketam, makan dan macam-macam lagi...ehh ketam pun masuk dalam list ka adik manis?  Kikiki ada lah ceritanya, bila-bila mak up entry sini.
"Der, gua nak makan curros..jom.."
"Kat mana der..?"
"Starhill.."
"Cis..lu tau ke der, skang jem giler aaa.."
"Habis tu nafsu gua, ala tak cun la der apa takut, keta banyak jer.."
"Lu gila der, karang bos carik, sapa nak jawab.."
"Ello kang dah kol 6.15 la der, kalu bos carik..masa keje da abes la der"
"Lu bia betul der..nek keta sapa?"
"Ko beran?"
"Eh gua on je der..lu?"
"Gua on..nehh..."
Tetiba ada tangan berisi pegang bahu aku..tarik bangun dan ikut dia orang..ehhh lu der nak bawak gua pi mana neh weii!!
"Kakak lu kena ikut gua pi makan curros kat starhill.."
"Errkkk akak tak de kena mengena aaa..kalu boss carik?"
"Ahhsudahhlah...jom kak.."
Dangggg....vrooommm... vroommm...zoom ..erkkk honkkk! Dari Bangsar Lala speed bumble bee dia ke Starhill kejap jer. Sedar-sedar kami dah tersadai kat kerusi rotan di depan kedai curros di tepi starhill. Kedua-duanya sambil gelak-gelak nak tunggu curros sampai.
Der lu cer teka mana satu tangan Lala, mana satu tangan Fara dan mana satu tangan gua...???
Lepas curros sampai, kami bantai licin dan cepat-cepat balik opis. Bos tak carik pun..selamat! Bila balik rumah, alahh teringat pulak kecomelan perbualan Lala dan Fara ini. Mereka masih sangat muda, sentiasa happy dan memandang masa depan dengan penuh pengharapan. Lala dan Fara, kedua-duanya sentiasa ceria. Aku yang kat tengah2 ni kalau dengar depa sembang, memang senyum dalam hati.

Mengingati kata-kata Lala, hidup ini sangat singkat kak...let celebrates life!

Wednesday, 13 February 2013

Chapeau de Napoleon...

HEBOH lagi. Ladang mawar milik Ah Kau mengalami kerugian berpuluh ribu akibat mawar yang ditanam diserang perosak. Ah Kau sugul seharian kerana mawar Comte de Chambord, Marchesa Boccela dan Madame Hardy sedang laris lantaran hari kekasih masih lagi diraikan. Selang dua hari sebelum itu, Ladang Muniandy juga dikhianiti orang apabila sesuku dari mawar Gruss an Aachen dan Sweet Intoxication yang ditanam dicantas individu tidak dikenali dan paling mengejutkan, ladang mawar Belle Isis, Rose Mundi dan Apothecary Rose milik Haji Mohsin mengalami peristiwa aneh apabila dua hari sebelum dituai, mawar miliknya layu dan mati dengan setiap kelopak seakan hangus warnanya.

Peristiwa ini baru saja berlaku minggu lalu di tanah tinggi aku, tanah tinggi tempat aku bermastautin. Walaupun aku memiliki kelulusan untuk bekerja makan gaji di bandar, tapi aku memilih untuk meneruskan rutin di tanah tinggi ini yang sangat aku sayang. Sebetulnya sebab utama aku tidak mahu meninggalkan ladang sayur di tanah tinggi ini adalah kerana Mawar, bukan sekuntum mawar, tapi seorang Mawar yang sudah lama bertakhta di hati aku. Senang cerita, Mawar adalah kekasihku.

Biar aku perincikan siapakah Mawar yang menjadi ratu di hati aku. Kenyataannya, dia cantik! Dengan mata bundar dan sebiji tahi lalat terletak di hujung hidungnya, dia makin cemerlang di mata aku. Justeru setiap hari dia menghantui hidup aku. Bahkan bibir mungilnya sangat petah berkata-kata. Aku sentiasa terkesima mendengar dia berkata-kata, bagai ada magis pada setiap tuturnya.

Setiap petang ketika minum teh bersama dia, aku lebih banyak memerhati dari bersuara. Buat apa lagi aku ingin bersuara, kerana di hadapanku ada sebuah lukisan hebat yang cukup sempurna untuk dinikmati. Dan lukisan itu adalah dia, sekuntum Mawar yang mekarnya berpanjangan, tidak pernah pudar warna bahkan wanginya mencetus seribu fenomena pada aku. Kalau melihatnya pun aku sudah terkesima, apa lagi kalau berbaring di sebelah. Ahhh tidak mahu aku sudahkan ayat ini, biar saja kamu fikir sendiri bahawa fenomena seorang Mawar seperti virus cinta yang menjadi penawar kepada raja segala racun. Hebatnya Mawarku ini. Dan aku hanya akan menjadi menjadi pemilik mutlak ke atasnya selepas berjabat tangan dengan kadi, itu adalah ikrar kami!

Di suatu ketika, aku pernah cuba menduga apa ada dalam fikirannya…

“Mawar, mahukah kau mengikut dan hidup bersama aku di kota?”

“Tidak. Aku lahir di sini, di tanah tinggi ini. Aku dicipta ketika subuh dingin pada suatu ketika, kira-kira 23 tahun lalu. Aku dilahirkan di sini, di hospital tanah tinggi dalam hawa sejuk dan oleh sebab itu, aku juga akan meneruskan hidup aku di tanah tinggi ini…”

“Ok, aku faham. Justeru kalau begitu, mahukah kau menghabiskan sisa hidupmu bersama aku di tanah tinggi ini?”

“Mahu. Tapi ada syaratnya…”

“Katakan syarat itu, aku mahu mendengarnya…”

Mawar lantas mendekatkan bibirnya ke telinga aku, berbisik sesuatu. Dan sepanjang dia berbisik di telingaku, aku berasa tidak tentu arah. Bagai ada virus yang menular di dalam pembuluh darah aku, merasuk menggila seolah-olah tidak terkawal dan aku berasa ingin terus mendengar dia berbisik dengan semahunya di telinga aku. Mukaku terasa panas, bahkan seluruh badan aku berasa seperti dikelilingi karan elektrik yang menggembirkan. Aku pegang kerusi tempat dudukku kemas-kemas supaya tangan nakalku tidak bergerak memeluh tubuhnya. Begitulah aura Mawar, mawar berduri yang sentiasa ingin aku sentuh meskipun aku tahu aku mungkin luka oleh durinya yang sangat tajam dan berbisa.

Oh ya, selepas mengetahui syarat yang Mawar bisikkan ke telinga aku tempoh hari, aku makin sayang padanya. Entah mengapa, aku berasa seperti aku dilahirkan untuk melindungi Mawarku yang satu ini. Dia adalah ratu di sanubari aku dan aku pula adalah segala-galanya bagi Mawar. Ya Mawar hatiku, walaupun cinta berkalang rahsia, aku sayang Mawar, sayang amat.

Dan malam ini aku akan buktikan sayang aku pada Mawar, betapa aku sangat mendambakannya dan akan aku beri sepenuh keseronokan dan kepercayaan kepadanya. Akan aku penuhi segala permintaannya walau tumpah darah aku. Setitik atau berucuran, aku sanggup demi Mawar kerana aku mahu Mawar berasa nikmat sehingga akhir hayat, tidak akan melupakan aku.

Bulan di puncak langit.  Apakala pekan tanah tinggi sudah lena diulit mimpi, aku menapak menuju ke suatu tempat untuk bertemu Mawar kesayanganku. Aku dan Mawar akan ‘bercumbu’ sepenuh hati, dengan sepenuh kudrat sehingga titik peluh yang terakhir. Biar darah menitik dari Mawar aku, aku rela mengubatinya. Biar menitik peluhku, biar kering liurku mengerjakan mawar yang sentiasa menggoda aku. Aku tahu, kami akan sama-sama berasa puas ‘menggauli’ antara satu sama lain. Kalau Mawar aku puas, aku akan lebih lagi berasa puas kerana berjaya membuatkan si Mawar yang tiada duanya ini senyum kepuasan. Apa yang aku mahu lihat ialah senyum Mawar yang cukup manis pada pagi hari esoknya! Dan pertemuan kami selesai sudah…Mawar senyum dan aku juga senyum. Kami tidak bercakap sepatah pun ketika bersama di situ…hanya bulan jadi saksi.

Lewat jam tiga pagi, kami beriringan berjalan pulang. Kami hanya berjalan kaki kerana ia lebih mudah menutup pandangan orang. Aku tahu Mawar keletihan, dan aku juga. Kami sama-sama letih. Ada beberapa titis darah pada pakaian Mawar, dan sedikit carik pada pakaianku tidak menjadi masalah untuk aku terus menyintai Mawarku ini. Harum bau mawar berlegar-legar di dalam kepalaku. Memang semerbak mawar segar sentiasa mengitari hidup aku kini.

Sejurus sebelum Mawar menghilang ke dalam rumah, dia menghadiahkan aku sekilas senyum penuh makna walaupun wajahnya yang merona merah memaparkan letih yang amat..

“Terima kasih sayang…kita jumpa esok ya. Minum teh mawar di ladang kita..”

“Pasti, kita mesti meraikan malam di puncak kegembiraan yang kita lalui bersama tadi. Hmm…aku lihat ada darah pada pakaianmu Mawar..?”

“Oh tak mengapa, luka sedikit saja. Sakit yang nikmat..”

“Betul? Atau mahu aku bawakan ubat esok?”

“Tak perlu, luka begitu akan baik dengan sendirinya. Melihat wajahmu esok, luka aku akan sembuh…”

“Sungguh?”

“Sungguh..

“Ok, jangan lupa bersihkan diri…sebelum tidur..”

“Baiklah…kau pun.”

“Mawar, dekat sikit, ada kumbang di rambutmu…”

“Tolong buang..”

“Dekat sini…nah, kumbang ini mengikut kita dari tempat tadi..”

“Owh ok, terima kasih. Jangan lupa ya, esok minum teh bersama..”

“Ok, selamat beradu sayang..”

“Kau juga..”

Dan aku puas kerana selain dapat menghalau kumbang dari rambutnya, aku sebenarnya ingin menghirup wangi rambutnya yang sentiasa semerbak dengan bau mawar…aku tidak pasti mawar spesies apa. Tapi yang aku tahu, Mawarku itu gemar kepada Chapeau de Napoleon, spesies mawar tanah tinggi yang sangat unik. Sehebat Napoleon, Mawar aku ini juga hebat orangnya…

Angin sejuk nyaman bersemilir mencium wajahku, begitu juga wajah Mawar. Rambut ikal mayang begitu cocok dengan raut wajahnya, sekali lagi aku tidak puas menatap lukisan hidup yang bernyawa ini. Serasaku mahu saja aku memeluk dan mencumbuinya erat-erat. Tapi tidak mungkin kerana dia belum sah aku nikahi…

“Minumlah, teh mawar untuk awet muda..

“Terima kasih..”

“Ini pula bingka mawar, kelopak mawar segar yang aku cipta jadi pewarna cantik untuk bingka ini..resipi tradisi arwah emak..bingka mawar..”

“Pasti enak…”

Kami sama-sama menghirup teh panas di tanah tinggi itu sebelum memulakan tugas di ladang masing-masing. Sambil aku dan Mawar kesayanganku bercanda menghirup teh dan menikmati bingka mawar, sudah merebak cerita ladang mawar milik Tuan Bakar ranap dipangkas orang. Kerugian belum ditaksir dan aku dan Mawar tahu, hari kekasih menjadi tidak bermakna kerana tiada mawar untuk dibekalkan manakala aku dan Mawar pula akan sentiasa berkasihan apabila kami menghirup teh setiap pagi.

“Persetankan hari kekasih mereka Mawar. Yang aku tahu, setiap hari aku mahu menghirup teh bersulam kasih sayang kau…”

“Ya…dan aku juga mahu menikmati teh ini bersama orang yang aku sayang dan kasih setiap hari. Aku tidak perlu hari istimewa untuk kau sayang, kerana setiap saat aku habiskan bersama kau adalah segala-galanya istimewa…”

Hahahahah…hahahhaa..hilai tawa kami mengapung ke udara, bagai cenderawasih di balik awan menghilang tinggi di langit mega…

Dan saat ini, bisikan syarat yang Mawar nyatakan pada aku sebelum ini terngiang-ngiang di kepalaku…23 tahun lalu, pada tanggal 14 Februari, seorang wanita ditemui tidak sedarkan diri di sebuah ladang mawar di tanah tinggi dan tujuh bulan selepas itu, wanita berkenaan melahirkan seorang bayi perempuan yang sangat comel dan diberi nama Mawar Abdullah. Dialah Mawar itu, yang lahir akibat kedurjanaan seorang syaitan yang dikuasi nafsu iblis. Mawar lahir tanpa asal usul namun ibunya membesarkannya dengan sifat srikandi meskipun kesumat meluap-luap untuk dilangsaikan. Dan pada setiap tahun, akan ada ladang mawar yang musnah….nantikan!

Itulah bisikan Napoleon seorang Mawar yang membuatkan aku makin suka padanya. Dan aku tertunggu-tunggu malam bulan di puncak seterusnya untuk bersama-sama Mawar mencumbui mawar-mawar lain bersama parang dan golok yang sudah kami asah tajam…untuk menodai sunti seladang mawar!

Saturday, 9 February 2013

SHilA amzah...

Hujung minggu, sokkabar kecoh kan dengan youtube adik manis Shila Amzah. Sayang betul kan...putus cinta gi nyanyi lagu ombak rindu..kalau berdoa minta Allah tenangkan hati kan bagus...tapi twit dari Rewan Ishak ni yg aku rasa ada betul juga..nak share sini:

Dear my future gf, kalau bergaduh nanti jangan menangis kat youtube & emo kat twitter. Stay away fr social media. Kita whatsapp ok. Pwomise?

Twit dari Rewan...iskk kenapa la Shila Amzah tu buat gitu..aku rasa dia mengkelabukan masa depannya sendiri...what u say?

Minum latte sama Tunku Abdul Rahman

Mesti bangga gila kan kalau dapat minum teh sama-sama bapa kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman Al-Haj kan. Tapi mana boleh, dia dah tak ada. Kalau dia ada pun sapalah aku di mata dia walaupun dia adalah 'suatu fenomena' di mata aku.

Sambil malas-malas petang hari, tiba-tiba ada Tunku Abdul Rahman immitate tepon. Wahh terlompat sebab tergezut..sebab hari tu dia kata dia tak free..lambat lagi nak minum kopi dengan aku. Jadi aku pun senyap je la..sebab Tunku yang ini sangat sibuk, dia dalam cuti sabatikal nak siapkan ijazah sarjananya dan kemudian khabarnya nak sambung ke ijazah lanjutan di UM. Aku bila lagi??? Hmm...nanti-nantila..

Haaa inilah dianya ghope Tunku Abdul Rahman dimaksudkan...nama komersial ialah Che Kem. Dah berlakon banyak drama dan teater dan aku memang jadi penyokong dan peminat nombor wahid dia ni..sebabnya nak tau kenapa? Sebab dia classmate aku masa tingkatan 6 dan masa sambung belajar di uni pun kami masih berkawan-kawan. Minat serupa..dia masuk pantun wakil kolej, aku masuk pantun wakil jabatan..pendek kata banyak nak sama minat.

Kalau jumpa, banyak benda nak sembang..kecoh jadinya sebab ada je projek kolaborasi aku nak buat dengan dia. Bapa anak dua ini memang ada bakat semulajadi menghidupkan watak Tunku..lihat sini filem apa yg dia berlakon lagi..

Bila berbual dengan dia, aku rasa seperti berada di dalam drama juga..:) adakah selama ini aku berdrama juga dalam hidup..betul kan orang kata hidup ini bagai pentas opera...kan? (Arghh ini entry kebuntuan..)

Friday, 8 February 2013

Sepotong salmon beryogut, sehiris perasaan...

Dia: Kau bagi aku tiga sebab kenapa aku tak boleh apply dan isi borang untuk jadi pak we kau?
Aku: Ehh ko meroyan ke apa neh? Bulan belum keluar dah mimpi..apa raaa!
Dia: Ko belum jawab soalan aku..
Aku: Suka hati aku lah...bak lah cepat..
Dia: Kalo ko nak, jawab soalan aku dulu..
Aku: Ahhh cepatlah..ko nak aku jerit dalam telefon ni yer?
Dia: Peduli apa aku...kalo ko nak..jawab soalan aku dulu..
Aku: Ko kan..back hand nak tak?
Dia: Elehhh nak back hand aku konon, makan pun bersuap...pehhh..
Aku: Sumpah..sumpah! Sumpah aku benci ko...bluekkkkk!
Klik! Gagang putus...tiba-tiba Zain tersedar..mimpi itu amat mengerikan...
*********************************************************************************
Zain menyediakan tiga resipi untuk Yaya. Dia tahu Yaya akan mencuba resipi ini di dapur emaknya terlebih dulu sebelum tiba hari pertandingan..salmon masam manis..tapi perasaannya pada Yaya sentiasa manis, tiada masam langsung...dan dia sanggup menghadapinya jika berlaku penolakan di pihak Yaya. Belum cuba, belum tahu bagaimana penangannya...
Dia sengaja memberi resipi mudah kepada Yaya. Yogut masam sebagai ganti santan. Yogut juga sedap. Yaya, kalau awak nak tahu, yogut tu banyak khasiatnya..awak boleh guna berapa banyak, pastikan juga guna minyak zaitun. Potong dadu capsicum hijau dan kuning. tuang dua sudu minyak zaitun dan bawang besar. Tumis hingga naik bau dan masukkan yogut, tambah gula garam sikit.
Yaya, resipi ini adalah resipi kesayangan saya, untuk orang yang saya sayang. Ini resipi pertama yang saya cipta ketika belajar di Cordon Bleu, Paris 15 tahun lalu. Pastikan awak tahu berapa banyak kcal dalam satu hidangan small portion ini. Tak pun awak nak buat fusion pun boleh. Kalau awak nak resipi pemanis mulut daripada coklat pun saya boleh bagi kerana saya belajar dengan pakar coklat, Chef Jean Marrie Aubuenne di Paris ketika itu..untuk awak, yang manis-manis saja..
*******************************************************************************
Ketika dia tiba di dapur besar Casa Del Mar, Ruhaizat sudah sedia menunggu di sudut dapur yang ada sebuah meja kecil. Ada segelas kopi dan satu tupperware biru. Macam pernah dilihat tupperware itu.
"Zain, ada orang hantar kuih untuk kau."
"Siapa hantar?"
"Entah, budak banquet bawa masuk. Dia pun tak cakap apa, cuma katanya kueh untuk kau..."
"Biar aku tengok..."
Sejurus dibuka tupperware berkenaan, ingatan Zain melayang kepada tupperware berisi sandwich yang diberikan kepada Yaya tidak lama dulu...
Yaya! Kau kah....

Fragmen: Yaya dan Zain

Nota: Kalau anda ada dalam scene ini, apa anda mahu perkara yang berlaku pada Yaya dan Zain ini...??

Wednesday, 6 February 2013

Kalbu...

...bulan balik jatuh
hati merusuh-rusuh
dan jiwa pun runtuh!


...bulan di langit suram
perasaan lantas kelam
dan suara pun diam!




Penasaran!

Tuesday, 5 February 2013

Resamnya air..ke laut lepas

Sasterawan Negara, Abdullah Hussain, di dalam novel Imam karya beliau ada menulis ayat yang maksudnya lebih kurang begini "...air yang terkepung di dalam satu ruang yang tertutup tetap akan berusaha mengalir keluar mencari rekahan walau sekecil mana pun rekahan itu untuk membebaskan alirannya ke laut lepas..."

Berbanding cahaya yang akan memancarkan sinarnya pada garis yang lurus, akan tersekat dan terhalang apabila ada liku di hadapan, lantas sinarnya terhenti di situ kerana ia tidak boleh mengisi ruang membelok, tidak seperti air, yang akan berusaha memasuki apa saja ruang walaupun ruang atau rekahan yang sangat seni dan halus.

Dan dua tiga hari ini, aku memilih menjadi 'air'. Merayau di blog Kak Sham dan terjumpa blog ini fantabulousmommy. Kepada tuan punya blog, maaf saya mencilok gambar anda kerana berkenan dengan imej air dan warna biru...terima kasih. Jadi atau tidak lukisannya, bukan ada sapa kisah...yang penting aku suka. Ibarat air yang terkepung di dalam tembikar, andai ada sedikit retakan, air akan mencelah memasuki ruang dan mencari terus mencari untuk melepaskan diri ke ruang yang lebih bebas...air resamnya ke laut lepas, hilir atau mudik, muara atau kuala...ia akan terus bergerak mengikut fitrah.

Saturday, 2 February 2013

Bersyukurlah dengan apa yg kita ada...

Covo, Body Shop, Olay, Chanel, Estee Lauder, Christian Dior, Laura Mercier, Elizabeth Arden, Watson, Silky Girl, Maybelline, Simply Siti, Loreal, Avon, Majolica Majorca, Shiseido, SKII, La Mer, Artistry..tanyalah apa saja..semua dah pernah try...hmm pakai barang mahal??? Ya..tapi bukannya  beli pun, depa yg bagi suruh pakai...nak test kulit katanya. Depa tak tau kulit aku dah kalis dengan segala formula mekap ka, ayo shedo ka, losyen krim segala bagai ka sebab dedulu masa belajar, aku sendiri tak lalu nak tengok muka yang berjerawat batu..macam kulit katak...rasanya kulit katak pun lagi licin licau. Masa tu rasa heran sebab terfikir-fikir adakah aku bercampur dengan gen katak kan..maklumla muka sangat pelik mengalahkan permukaan bulan. Bila jumpa Dr, katanya perubahan hormon. Hormon la sangat, nak berubah apanya sebab masa tu juga mana ada hormon asing masuk dalam badan aku..cehhhh! Hahaha...

Kerrie Hess, artistic artist dari Brisbane, berpengalaman luas bekerja dengan kosmetik antarabangsa.. dia ni cantik dan tinggi lampai..
Lama kelamaan bila usia dah bertambah kulit sudah matang, konon dah pandai nak cek muka sana sini. Paling baik adalah bedak sejuk yang nenek kita buat la weii...dan masa kecik-kecil dulu nenek aku ni suka sangat letak minyak kelapa yg ditanak sendiri kat kepala sampai menitik2 atas baju, sangatlah kanak-kanak kesayangan nenek masa tu kan..tapi tau tak hasilnya apabila dah jadi remaja purba ni, kita bebas white hair aaa..aa..tak de tau..itu hasil tenyehan minyak kelapa nenek kat kapla aku dulu...
Julie Wong, founder Covo Cosmetic..yg beli kiri tu adalah model sambilan yer untuk iklan gincu cap ayam...haha
Ada satu hari tu aku tersesat ke Sunway Pyramid, terjumpa Cik Nona Manis baju merah tu, namanya Julie Wong, dia ni tauke produk cosmetik jenama Covo...

Dia kata: LW, let me make over your face?? Nak tak?? 
Aku kata: Ooo Julie i loved to..but then..no laa...dont want...tq! 
Dia kata: Why? Come..let me do for you...
Aku kata: Ehh no tq..sayer segan la Julie.
Dia kata: Look you have a perfect lips...i love it!
Aku kata: Arghh if i have a chance, i want to do plastic surgery to make it small...
Tetiba kawan si Julie, Kerry pulak kata: LW, please we love your lips..you see..perfect!
Aku kata: Really (mata blink2 konon tegezut. Walhal dah banyak kali cina-cina cakap kat aku perkara ini.)
Kerry: Yes dear..trust me..you don't hv to do that..all women admire your lips...

Mwahahaha...hallo! Hallo! Calling for LW..percaya lah..dah dua tauke mekap cakap cenggitu..ko kena percaya dan berhenti berfikir untuk kecikkan bibir. Ada hati nak buat pelastik sejeri. Ko tu bukannya retis, kalo ko tu Fasha Sandah, okeh ko mesti lagi nak besarkan bibir ko tu yer...lepas ni jangan bajet retis, kalo orang tanya kenapa kulit muka bersinar? Petua sayer adalah ambil wudhu hokehh...adehh tak boleh blah dengan statement depa ni..

Dan selepas habis berbual dengan Julie dan Kerry, aku kuar dari situ dengan sekotak kosmetik Covo, hadiah dari Julie dan Kerry. Depa tu nak juga bagi..ehh rasa nak tengok bibir sendiri...dalam teksi aku tayang cermin depan muka dan driver tu terheran-heran tengok gaya mak buang tabiat...
Kaunter Covo di Sunway Pyramid..
Ok aku kalau dah terlepas langkah tu, panjang pula jejaknya nak masuk sana sini. Rasa nak jelajah dan terjah semua kedai mekap la lagaknya walaopon kocek adalah pada tahap zero. Tapi kan, kita sedar diri kita sapa..ada jer insan kesian tengok kita, panggil kita masuk kedai tubuh badan tu...terjumpa pulak dengan kakak cantik sorang lagi..

Dia kata: Ehh LW, lama tak jumpa awak..nak gi mana?
Aku kata: Ehh awak..apa khabar ? (muahh pipi laga kiri kanak okeh..kakaka)
Dia kata: Kita nak shopping kat Body Shop ni ha..
Aku kata: O ok..silakan..
Dia kata: Ehh meh la ikut kita, nanti ambik beg kain tubuh badan tu, awak isi jer apa awak nak..
Aku kata: Err biar betollll???
Dia kata: Ada nampak kita menipu awak ker?
Aku kata: Oohh ok kita cayer...sayang awal tauuuu! (Hellemek...mati aku kalo lepas kutip segala bagai mekap tu tetiba cashier kata: Akak, total price is RM400++...plingggg!! Mak akan buat2 pengsan..
One of the fellow yg ajak aku masuk shopping secara percu...
Jadi aku pun kutiplah apa-apa yang patut, konon satu untuk bibir (ehh bibir lagi), konon satu untuk mata, satu untuk pipi dan satu untuk keseluruhan...tu beg yg tali pink tu..time nak balik, berat sudaaa gitu..lagi sekali buang tabiat dalam teksi, belek bibir lagi, tenyeh lagi..sungguh...dalam banyak2 mekap aku, yang paling cepat habis ialah gincu..sebab tu kalau aku beli sendiri, aku akan beli gincu Avon jer.tu jer gincu yg mak mampu milik nak...kehkehkeh...sungguh, cayer la cakap mak..la ni mak suka pakai gincu Avon Ultra Color Rich kod F402, itu pun mak dapat percuma sebab kawan mak yang bagi...sob sob!

Sayang nak pakai, lama-lama expired akhirnya akan jadi bahan watercolor untuk painting gua..
Lepas tu jalan-jalan lagi...tetiba ada sorang lagi amoi manis cekup aku tepi jalan...aku pun buat2 tegezut lagi...opocot Mei Lin aaa..u make me shock aaa...luckily i tak fengsan sini ooo amoi!

Dia kata: Ooo pengsan ooo?
Aku kata: Ya lorr..
Dia kata: Ok ok dont pengsan frst..
Aku kata: Pasai apa?
Dia kata: I memang cari u..ini mau kasi..
Aku kata: Aiyakk mau kasi aa?
Dia kata: Ya lor...u try saja maa..ini kaler manyak cantik..
Aku kata: Manyak mahal,  i x pakai ..
Dia kata: Aiyaa LW...u pilih kaler apa u nak?
Aku kata: U rasa kaler apa sesuai dengan i?

Akhirnya beberapa sample ayo shedo bertukar tangan dan lemari solek pun jadi makin penuh dengan barang solek yang mana aku jarang guna, kecuali aku benar2 suka saja kalernya..iaitu ombre kelabu dan sillhoute hijau daripada Chanel.
Ini adalah warna yg aku suka..hijau tu sampai ada dua kaler..ada lagi beberapa..tak masuk dalam frame..
Jadi selesai sudah acara buang masa di pusat beli belah sehari suntuk tanpa haluan merayau sana sini. Balik rumah sekepuk mekap, dan kata-kata Julie dan Kerrie terdengar-dengar lagi. Kita sentiasa tidak puas hati dengan apa yang kita ada. 

Kalau gemuk tu nak la badan jadi kurus manakala yang si kurus ni berusaha berterusan nak gemukkan badan sebab katanya, lakinya kata sekeping jer badan, macam peluk papan..kikiki sian tau! Yang bibir kecik comei tu nak le besarkan sebab katanya nak nampak berjelira manakala aku yang dah sedia asal memiliki lips yg konon kata Julie dan Kerrie itu adalah perfect lips, rasa nak buat plastic surgery jer nak kecikkan sebab rasa macam kalau nak pakai lipstick pun macam bibir jer yg orang nampak lantaran shapenya yang penuh. Kalau yang breast kecil tu sanggup pi spa nak massage sana sini supaya nampak voluptuos giteww sedang yg dah sedia besar ni lagi nak tutup supaya tak nampak..aku heran juga dengan pengkid ni satu hal, sanggup depa lilit breast dengan kain supaya tak nampak kan..haishhh!

Kita selamanya tak puas hati dengan apa yang kita ada..baru kini aku  berasa sedikit lega apabila Julie dan Kerrie beria-ia kata depa nak bibir macam ni..hmm...dulu arwah abah pernah kata, masa aku mula2 masuk kerja...pakai lipstick sket, kalau tak..nampak pucat macam tak ada darah..meskipun dia adalah seorang abah dan kerja di lapangan pembinaan atas nama buruh kontrak, dia ada pandanga bernas kala melihat sosok penampilan kami..dan tastenya juga adalah sangat bagus kerana dia yang menyikat rambut aku masa kecil..dia yang merapikan rambut aku juga masa kecil. Kalau abah masih ada, mesti dia tekejut lihat barang mekap aku yang bersepah itu.