Posts

Showing posts from January, 2013

Mencari sedikit kelegaan...

Image
Kita kan..makan untuk hidup atau hidup untuk makan? Atau makanan dan kehidupan adalah ibarat katil dan bantal? Ke macam mana? Attakkesahlah macam-macam mana..ada banyak perangai manusia yang kita jumpa. Ada orang akan makan bila dia berasa stress..ada orang kata dia nak gi shopping kalau dia berasa tertekan. Ada orang pulak akan buat marathon tidur terus menerus 24 hingga 36 jam kalau dia teramat stress.. Ehh jangan terkejut ada orang pilih menangis kalau depa tu dalam tekanan dan ada orang lain pulak, dia cari  bahu untuk bersandar...yess bahu yang tegap dan kukuh serta sasa untuk bersandar..errr bahu siapakah itu..ok bahu siapa-siapa sajalah yang dirasakan sesuai.. Agak-agaklah apa cara lagi kita boleh buat untuk menrelease seteress yang berganda-ganda amat ini? Kalau nak suggest baca Quran dan berdoa kepada Allah, ya ini adalah diharuskan dan wajar bagi kita yang beragama Islam, namun tiada paksaan kerana kita ada banyak pilihan dan banyak cara, cuma jangan nak mengada-ngada pilih…

Tak cukup kasih sayang???

Image
Kasih sayang? Siapa tak cukup kasih sayang?? Meh sini aku bagi, hari tu TasekM ada kata kat blog dia, dia tak update blog sebab tak cukup kasih sayang. Tas meh sini akak bagi ko kasih sayang dik...kehkehkeh! Sila datang Windsor ya kalau nak kasih sayang yang melimpah ruah dan menambah berat kasih sayang dengan makan-makan..
Ok ini nak cakap pasal hari berkasih sayanglah sangat atau dalam bahasa canggihnya dilaung2 sebagai Valentine Day gitewww,,,korang celebrate?? Apa, celebrate ya?? Okeh kita tak geng..sorry mak konservatif ya, jadi mak tak tahu apa sambutan tu, yang mak tahu setiap hari mak bangun tidur dengan penuh kasih sayang bila mengingati blogger2 kat sini dan blog2 yang mak tak sempat nak masuk...ampunlah..masa sangat mencemburui mak..one day nanti mak akan ada banyak masa dan masa itulah akan digunakan untuk BW ke semua blog..tunggu! Hmm..sebenarnya belum apa-apa sudah ada yang offer nak ajak pi makan malam sempena hari yang jatuh pada 14 hari bulan setiap tahun tu. Maybe a…

Penagih tegar???

Image
Mata baru saja nak lelap semalam bila tepon berbunyi-bunyi nyaring..aku tak tahu siapa yg menelefon jam 2 pagi tu, tapi nombor macam kenal..jengg!

Anon: Salam kak LW.. LW: Wsalam..sapa neh? Anon: Saya la kak..Mail.. LW: Ooo Mail mana? Anon: Mail la..adik akak..ekeke ceitt nombor saya pun akak leh lupa.. LW: Haa apa hal ngko tepon memalam buta? Anon: Kak, ada bilik tak? Nak tidur satu malam... LW: Bilik memang ada, tapi ko bawak sapa? Anon: Penagih tegar, depa cari bilik barang dua tiga jam.. LW: Nape dua tiga jam jer? Anon: Depa nak berhenti buka barang jap, ada urusniaga pagi ni.. LW: Hah..ko biar betoi..niaga barang salah ke haper? Drug addict mana ko nak bawak mai rumah akak neh? Anon: Depa memang penagih tegar kak, tapi bukan ketagih dadah..Aaa boleh la ya kak, karang jam 5 pagi saya sampai satu keta. Depa bertiga, nak juga datang KL nak beli barang, ketagih tak boleh tahan dah tu.. LW: Huh!!  Aku sempat tidur sekejap sebab depa akan sampai jam 5. Nasib baik semua lauk dan bahan l…

Sekuel: Salji masih berguguran..

Image
DI luar tingkap, salji gugur lembut sambil mencium cermin nipis yang menghalang angin sejuk dari masuk ke ruang hangat yang tidak seberapa luas itu. Cahaya malap mentol bulat 80 watt itu tidak cukup untuk membuatkan hatinya yang beku mencair walau dipujuk beratus kali oleh Encik dan Puan Baker.
Ya, musim sejuk sudah tiba lagi. Pokok-pokok gondol menampakkan ranting togel menunjuk ke langit tanpa daun. Yang ada cuma debu putih yang sejuk dan mengapung di udara, jatuh satu demi satu menyinggah di segenap cabang. Dia sedar itu, hatinya juga mula bercabang dan bercanggah, antara kehendak diri dan rasa aneh yang mula menyelinap dalam diri. Ini kerana setiap hantaran dan lembar bunyi yang sampai ke kuping pendengarannya setiap malam kala salji rontok menjunam ke bumi adalah alunan Blue Danube gubahan Johan Strauss yang tidak pernah jemu didengar. Begitu juga kala petang hari, ada alunan Intermezzo Cavalleria Rusticana dari ilham Pietro Mascagni menghias sunyi ruang antara dua dinding itu.
Ba…

To Tapah with empty stomach...

Image

Cap ayam vs anak anjing...

Image
Aku pernah nampak banyak kali juga, abah balik rumah dengan tergesa-gesa...buka uniform kerjanya yang bersalut dengan tar dan minyak, lantas dia duduk di sofa rotan yang sudah uzur tepi pintu dapur di rumah kami di kampung. Wajahnya merah dan bengis, tapi tiada sepatah perkataan pun keluar dan dia akan minum segelas air sejuk sambil baca surat khabar..tak pun dia akan duduk dengan senyap dan memandang ke luar pintu. Lazimnya mak akan kata, “..dia sedang marah tu..korang jangan nak main kejar-kejar depan dia..”, kata mak.

Heran aku, mak boleh tahu abah dalam keadaan marah walaupun tiada komunikasi antara mereka. Agaknya itulah magika hubungan yang tulus dan saling percaya antara satu sama lain. Ok lepas abah dah cool..mak pun akan buat lecture pada kami..korang kalau marah, duduk diam-diam..jangan nak berfikir atau buat kerja lain. Tenangkan diri dulu, baru boleh berfikir dengan baik. Jadinya pada suatu hari yang bercuaca panas, dan hati juga panas, dan tekak juga haus...aku dah terse…

...aniaya...

siapalah aku nak meminta-minta pada Tuhan
layak kah juga aku nak merayu-rayu kepadaNya
dengan hanya bekal iman yang tidak lebih nipis daripada kulit bawang
dan amal jariah yang tidak lebih kecil daripada hujung jarum paling halus
maka serasanya aku tidak layak untuk berlebih-lebih meminta kepada Dia
Yang sentiasa mengetahui dan Yang sentiasa penuh dengan rahmat kepada hambaNya
siapalah aku yang nak mendakwa bahawa aku ini layak untuk menadah tangan kepadaNya
sedang amal ibadat pun jauh lebih sedikit daripada segenap buih di samudera lautan
perlukah juga aku meminta kepada Dia bahawa berikan aku sebanyak mungkin rahmat
dan sudikah Dia mendengar keluh kesah aku yang sentiasa alpa dengan rahmatnya
aku sedar, kewujudan ini adalah dengan ihsanNya
dan buat kesekian kalinya, hari ini, saat ini..
aku berasa diri dianiaya sehabisnya
aku berasa seperti diri direntap nyawa walaupun kematian belum tiba
aku berasa seperti tiada nikmat lagi untuk hidup
maka dengan itu, Tuhan..aku bermohon lagi dan lagi kepadaMu
ba…

Welcome aboard Mr Patrick...

Image
Bukan senang nak pilih ‘siapa’ layak jadi cinta hati kita. Kadang-kadang kalau silap pilih, tak sesuai dengan jiwa, tak boleh together-gether, tak boleh bermadu kasih dan tak boleh pandang-pandang jeling-jeling sebab bila dah terdetik rasa tidak suka, maka tak layak lagi dipanggil cinta hati. Dan bukan senang juga nak mengisi kekosongan hati yang sudah lama kosong kerana cari tak jumpa-jumpa juga 'dia' yang menepati kehendak aku.

Menyebut cinta hati pun sudah buat hati jadi suka. Aku kalau tak suka aku tak sebut ‘dia’ adalah cinta hati yang aku mahu pegang, sentuh, belai, bercakap, merayu dan segala bagai. Paling penting boleh hilangkan tekanan bila ada dekat dengannya. Betapa besarnya pengaruh cinta hati dalam kehidupan. Dulu ada, tapi sebab aku asyik tinggalkan dia, dia buat harakiri...

Singgah satu kedai, saja nak berfoya-foya...ya itu dia...cinta pandang pertama..roman kuning langsat dalam penampilan tersendiri serta bersahaja buat aku tak boleh lupa kepadanya. Sangat men…

Mencabar...

Dr Muhaya kata: Jangan sebut perkataan ‘masalah’ setiap kali kita berhadapan dengan sesuatu yang sukar, sebaliknya katakan saja ia sebagai ‘cabaran / mencabar’ kerana perkataan ini membawa maksud yang berbaur positif.
Dua tiga hari ini ada satu pendengar Sinar FM yang suaranya dimainkan DJ Sinar: "Uihh mencabar bang, memang mencabar. Saya dah habis duit beribu, makan ubat berkepuk. Tak lalu dah nak ikut cakap Doktor. Kalau setakat ejek sinis umpat keji tu saya dah biasa laaa bang. Ada depa kata woiii gemuk nanti kurus laa ko esok naik beskal tu. Tiada yang lebih mencabar bang selain berperang dengan keazaman diri sendiri. Daripada 125 kg saya jadi 85 kg dalam masa enam bulan, huhh memang mencabar!"
Demikian betapa berkuasanya perkataan mencabar. Dan aku pun tak terkecuali meletakkan diri dalam keadaan mencabar kerana mampukah membuang 10 kg dalam tempoh dua bulan? Kalau ikut perancangan 1 kg harus dibuang dalam 1 minggu walaupun boleh pergi lebih laju. Hmm kata tak semudah …

Gossip orang sebelah...

Image
Kadang-kadang dalam LRT, kita tak tahu kita dok sebelah sapa. Mungkin mereka itu adalah GM kepada syarikat multi nasional. Mungkin juga mereka itu adalah hartawan humble yang sesaja suka nak naik bas sebab dah bosan naik kereta mewah yg ada driver. Malah tak mustahil mereka itu anak orang kaya-kaya yang tak pandai bawak keta, jadi terima sajalah seadanya sesapa yang dok sebelah anda.
Ok aku pernah duduk sebelah menteri, sebelah pengantin, sebelah ketua jabatan, sebelah pengarah bomba kuala lumpur..ehh tetiba masuk ketua pengarah..muehehe, duduk sebelah penagih dadah, duduk sebelah serial rapist (ada kah mereka ni berkeliaran???) dan duduk sebelah mamak kacang putih.
Pernah juga duduk sebelah mamat handsome, pernah duduk sebelah mak artis yang mana anaknya sempat jadi bahan mengumpat aku..nasib baik tak kantoi dengan mak artis tu kan (my bad), pernah duduk sebelah ratu cantik dan duduk sebelah brader lemau yang lalok. Kita masih juga tak tak tahu siapa mereka kan..cuma a…

A little prayer for u, friends...

Image
I believe that what goes around comes around and what you give, you get back. For the past few weeks, specially the last week of December 2012 was a remarkable day for me. I ended it as remarkable day because ive gone thru the bad and good things with no doubt, alone and strong. Someone remind me before, life is like a river flow. There will be no looking back, no second thoughts and no regrets. What i need to do is having it with no scared. I know sometimes life hits us with unexpected things that take us totally by surprise. I hope i can share the spirit of it with all of you who accept me as who i am and my weakness too.
Friends
Let me be the bandage for your bleeding
let me the ocean for your tears
let me be the secret of your healing
let me be the song to still your fears.

Love isn’t love that cannot love in darkness
nor is it love that turns away from pain
nor would i love would i not hold your sadness
and with my love your love of life sustain.

So do not think your malady a bur…

Love...

Last night she text me and we had a very long chat session via phone. I know, im a comfort shoulder to her and few more..and i wanted to do that because i want. I want to share my joy and happines towards life with everybody who embrace life and love together. I have nothing to offer but i have a lot of time for her and im a good listener too. That is my SCR as human!

She told me she can't forget the man that she loves eventho the man was taken. I told her that's what we call fate and she had to accept because we basically plan for the good thing in life but we never ever can't have it if Allah didn't permit to be happen in our life, but as human and belongs to our Creator and Almighty, we shouldnt gave up to please, talk and appeal because HE knows what's in our mind.

Yes i know, falling in love is a most 'expensive' experience among us. It can change us 360 degrees day and night and pardon me if i said people willing to die because of love.People willing …

Darjah 1 Hijau ke Bilik Kuliah JPM

Image
Lebih 30 tahun lalu, dia mengayuh basikal untuk hantar anak perempuannya ke sekolah. Ketika itu masih pagi benar. Dia dah pesan awal-awal kepada anak perempuannya supaya jangan takut, belajar rajin-rajin, jangan bergaduh dengan rakan dan makan bekal yang disediakan oleh isterinya untuk anak perempuannya itu. Hari pendaftaran sekolah anak perempuannya itu berjalan lancar. Anaknya dimasukkan ke darjah 1 hijau (kemasukan adalah berdasarkan cadangan rambang. Masa ni belum ada penilaian budak-budak pandai atau tidak). Selepas selesai pendaftaran, dia mengintai dari nako kaca bilik darjah 1 hijau dan lihat anak perempuannya sedang duduk diam di meja. Dia agak semuanya berjalan lancar dan mengambil keputusan untuk pulang dan akan datang semula pada jam 1 tengah hari bagi menjemput si anak.
Hari kedua, dia tetap mengayuh basikal yang sama dengan membonceng anak perempuannya ke sekolah. Ada satu beg kotak warna coklat yang didalamnya ada dua batang pensil, pembaris dan pemadam serta satu tupp…