Friday, 20 December 2013

Hobbit...

Kali terakhir aku pi tengok movie bulan lepas dengan HH, ntah tak ingat dah pun citer apa. Rasanya citer ganas-ganas juga sebab aku sleepy kalau tengok citer lemau atau feeling-feeling ni. Mungkin juga faktor usia, rasanya layan citer yang berentak fast and thriller lagi mengembangkan saraf berbanding citer Cinderella atau Mr Arrogant...ehh sorry Mr Arrogant tu kat tv, maaf gua dah lama tak tengok tv. Tv kat rumah tu gua sedang berkira-kira nak jual timbang kilo ja, ada sapa-sapa nak?
Sorry ya saya tak usik dia, tak cucuk pun badan dia..tetiba dia mengamuk sakan..huh!
Semalam ketika keluar berfoya-foya dengan Cikgu Z, kami buat keputusan drastik nak tengok Hobbit. Hobbit? Ya, sebab aku kononnya minat pada bekas laki Miranda Kerr...sapa lagi kalau bukan kembang setaman Bloom tu..jadi kami pun ghaib dalam TGV Cinema selama hampir dua jam. Ok kisahnya memang marvellous, yummy and delicious sebab kesan digitalnya sangat mengujakan bagi aku yang tak berapa nak tahu sangat pasal filem sequel ni. Pada tahun 93, ketika belajar mengenai filem dengan arwah Dr Annuar Nor Arai, kami bukan dilatih menonton filem, tapi turut dilatih mencerna dan mengkaji filem dari semua aspek seperti angle, kesan khas, shadow, durasi, sparce dan segala bagai lagi. Jadi apabila menonton Hobbit, kepala otak gua ligat mentafsir kesan khas dan prop serta set yang sangat mengaum itu..
Banyak lagi tempat lain boleh geletek, situ juga yang best..:)
Paling mengujakan, atau boleh dikatakan merangsangkan minda ialah pembentukan watak seperti rupa fizikal mereka yang mengerikan. Rasanya wanita pregnant baik jangan tengok citer ni sebab wajah watak-wataknya terlalu ganas walaupun ada juga terselit wajah-wajah handsome yang buat mak tak berkelip..wahahaha ampun! Saya adalah wanita ya, jadi saya suka melihat lelaki handsome seperti Bard dan Thorin dalam Hobbit ini. Maaf Bloom, anda sudah terkebelakang kerana rambut putih anda membuatkan saya lihat anda seperti master kung fu ja..chiao!
Katanya kalau nak jumpa Peter Jackson, kena buat appointment dulu nyah...
Keseluruhannya aku bagi 4* pada filem arahan Peter Jackson ini kerana kadang-kadang kesan bunyinya tidak selari dengan pergerakan watak serta visual effect yang ada juga kekurangannya..chewahhhh mak mengkritik! Kebetulannya minggu lepas aku tersesat ke Auckland dan sempat singgah di studio kreatif Peter Jackson dan sudah semestinya aku sempat dating dengan tiga lelaki gergasi dan seorang lelaki tua ahli sihir yang tetap terserlah kehensemannya itu..termasuklah seorang lelaki jadian dan beberapa watak tambahan lain.
Ketika otw ke Wanganui juga kami (aku dan Syam) melepasi papan tanda Hamilton yang menjadi lokasi citer Hobbit dan ada lokasi khas dinamakan Hobbiton di Hamilton tapi kami tak singgah sebab berkejar dengan masa.
 
Macam biasakan, ada starting maka ada ending. Kita tunggu sekuel Hobbit ya sebab Arkenstone tu dah ditemui tapi tak pasti dapat ke tak digunakan oleh Thorin untuk merebut semula kampong dwarf yg jadi rebutan tu..Peter Jackson sila buat sambungan cepat, gua tunggu!
Pakwe gua nombor wahid! Tua-tua Gandalf pun dia tetap kacak!

27 comments:

  1. Nak juga tgk citer hobbit yg ni...
    Macam best jer bila ada hensem2 hehehe...


    Nong andy

    ReplyDelete
  2. Nong
    P la tengok...kalau suka citer fiksyen, memang sesuai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka sgt citer fiksyen. Try nak karang citer fiksyen tapi tak ja jadi lak.
      Tgk la ujung minggu nanti. G tgk movie ni..


      Nong andy

      Delete
    2. Pls gi tengok ya Nong, filemnya hebat pada pengamatan aku..

      Delete
  3. entri bikin gua panasss... bila tgk labelnya auckland

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cekem Mirza
      tak baik panas2 tau..kikiki...ehh jom mengopi kat Bangsar..

      Delete
    2. jom... just call my name... i'll be there

      Delete
  4. mr. arrogant tak jiwang yer..dia ada unsur tersendiri tidak seperti citer Cinta Jannah atau Setia Hujung Nyawa..sentap i tauuu..hahahah

    eh i dah lama tak tengok wayang ..lamaaa sangattt...mcm tak ada masa gituh walhal actually bukan pasal masa...entah!!! hahahha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aiyaaa sorry..tak jiwang ekk..
      I p tengok hobbit tu pun sbb my sista ajak..kalo tak I berhobbit je la kat Windsor sg long kkekeke

      Delete
  5. Aku tonton hobbit ptg tadi...seksa nak habiskan sbb acond sejukkk..org tak ramai tp acond full blast..

    Pastu anak aku boleh terlelap skjp..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nizam.Ariff
      aku cadang nak tengok ronin pula tapi dah habis dah kot..terlepas

      Delete
  6. Dah tgk!! Best. Sbb tgk dri first kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hani
      akak tengok hat ni ja..sebelum ni tak ambik pusing pun..la ni baru sempat tengok wayang dik..

      Delete
  7. tak sabar sunggoh nak kena tunggu sambongans nya.. isshh isshh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. m.u.l.a.n
      haha berzaman dah ni baru nak sambung la dear..dah hilang sentuhan..

      Delete
  8. belom tengok lagi. filem ni shooting kat NZ kan? mesti banyak view cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. BTK
      a ahh..memang cantik viewnya sis..puas hati dok round tengok kawasan depa tu..

      Delete
  9. best ek...nk pi tgkla..
    haha..kt pusat ngn idung patung gak yg nak dicucuk ek..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. CadLyNN
      Kikiki notty jap..tu pun rasa nak cucuk mata dia tapi tak sampai tangan...

      Delete
  10. Replies
    1. SM Botak
      A ahh saja, mood aku baik dua tiga menjak ni..haha

      Delete
  11. Akak dah pi tengok dah pelem Hobbit terbaru tu, memang bestlah.

    Dik, janganla dik, Bard tu akak punya. Kihkih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas
      Jom kita share Bard ya...hahaha...si handsome tewww

      Delete
  12. tunggu cerita Hercules nak tengok dengan ultraman ultraman saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang Bro, saya nak p tengok Ronin tapi dah habis kot ya...terlambat

      Delete
  13. haha.lawak gambar yg korek hidung tu
    basuh tangan tak?

    ReplyDelete
  14. Datang wellington tak bagitau...
    Joy kat wellington haa...

    ReplyDelete