Posts

Showing posts from November, 2013

Jom kita...

Sudah nak tafsir hati orang
perasaan orang
kita ingat dia suka kita
sebenarnya tidak
kita ingat dia main-main
sebenarnya tidak
memang susah...
jadi mana satu nak percaya ni.

Dah lama tak dengar khabar berita dia ni.
Aku agak dia mesti dah merajuk
sebab aku banyak kali tolak 'pelawaannya'.
Setiap kali dia cakap pasal perkara itu,
setiap kali itu juga aku bagi alasan, 'saya tidak bersedia'.
Lama-kelamaan, setelah dua tahun macam-macam alasan aku bagi,
selepas menghilang beberapa bulan,dia muncul pada suatu malam yang sudah larut.

Katanya walau di mana saja aku pergi,
dia tetap ingat pada aku dan mahu aku ingat dia juga.
Sudah pasti aku ingat dia sebab dia tak pernah jemu 'pelawa' aku.
Kami berbalas sms.
Setelah dia mencurah segala perasaannya dan menoktahkan ayat dengan:
Walau awak kahwin dengan sesiapa saja sekalipun, awak akan sentiasa ada dalam hati saya.
Aku kira, dia faham sudah maksud aku selama ini.

Tiba-tiba aku berasa macam nak kata kat dia:

Kapal kertas dan lempeng pisang...

Image
Sekarang setiap petang hujan..tak leh nak keluar rumah sangat sebab aku tak nak lepaskan peluang berada di dalam rumah ketika hujan. Kerana hujan adalah nikmat, melihat titik air jatuh timpa daun orkid, daun melur dan daun mawar...ehh daun pandan sama...hmmm nikmat sebab tak payah nak susah-susah siram pokok bunga. Bukan aku kedekut nak bayar bil air pun sebab sekarang ni pun dah terlebih bayar ke SYABAS sebanyak RM99..macam mana nak tuntut balik duit ni kan. Haruslah SYABAS tak akan bagi balik, kecuali aku kaw-kaw guna air..banyak mana sangat pun kalau basuh baju seminggu sekali..mandi sekali sehari..iskk..acah je, gua mandi tiga atau empat kali sehari bergantung pada cuaca. Kalau cuaca panas, maka keraplah menghabiskan air..ok bukan nak cakap pasal air..nih..pasal hujan. Kalau hujan kat kampung, kami sibuk nak buat kapal kertas dan buang ikut jendela kayu cengal yang hitam tu. Kapal kertas tu pun terkial-kial mengikut lenggok air hujan yang membentuk bulatan bulat yang makin besar …