Saturday, 19 October 2013

Dah mati 9 bulan lalu..

Sembilan bulan 18 hari..
bukan sekejap tu
kalau pregnant, dah kira bersalin pun
dalam tempoh 9 bulan 18 hari tu
ada beberapa kali
masa aku balik keje jam 12 malam hingga 1 pagi
JPJ buat roadblock
Polis buat roadblock
kat Sg Long, kat Mahkota Cheras
memang keta aku pun depa tahan
depa tanya kenapa balik memalam buta
saya cari rezeki pak incik
tapi tak pula tanya lessen
semalam aku pi JPJ Wangsa Maju
konon nak buat international licence
sebab nak drive masa travel nanti
Syam pun dah buat
sekali...
buka je lesen depan pegawai JPJ
makkkkkk....lesen dah mati pada 24 Februari 2013
korang jangan jadi macam aku yer..
sia-sia jer kalo kena tahan
tapi heran juga, sepanjang tempoh tu
tak dak sapa nak tanya lesen aku!

Bila dah buat lesen,
aku kata nak buat untuk tiga tahun je
jadi gua pun bayar RM105 utk tiga tahun
bila balik rumah..
makkkkkk....kira punya kira
pegawai tu bagi haku ampat tahun!!!
tiba-tiba lagi sekaliiii...
makkkk...tarikh lesen mati ialah pada 30 April 2017
tarikh kesayangan...
sebab aku hirup udara dunia pada tarikh ini, 30 April, berpuluh tahun lalu!

29 comments:

  1. Salam LW dear,
    Lama tu lesen dah mati..tp dah rezeki x kena tahap..pulak renew dptlak ampat thn..rezeki.rezeki..
    Enjoy your trip dear and do be careful on the road..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Blue,
      Dah lama sangat kita tak renew lessen sampai tak tahu dah gitu caranya sekarang, depa akan bagi tarikh mati pada tarikh birthday kita rupanya..

      Delete
  2. Errr... macam macam... harap3 tak ada apa3 terjadi tahun 2017. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah Reen harapnya gitulah..ko jangan lupa cek lesen keta tu yer hik!

      Delete
  3. Salam

    laaa LW tak tahu ye yang sekarang ni tarikh mati lesen sama dengan tarikh lahir kita supaya kita ingat bila lesen tu mati hehehe

    tu depa kasi kira mcm setahun lebih pasal nak kasi adjust tarikh lesen tu sama dgn tarikh lahir hehehe

    depa dah buat benda ni kalau tak silap dah setahun lepas rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Bapak,

      ampunlah saya memang tak tahu sebab dah berzaman tak renew lesen memandu..ketinggalan sungguh saya ni yer..

      Delete
  4. Lesen mati..tak tau tarikh luput sama ngan tarikh lahir..En. JPJ tangkap jea minah ni!! hahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hallo hallo

      Tak baik aniaya orang tak berpengetahuan macam I ni tau..ahahaha

      Delete
  5. Replies
    1. Sepa

      tahun depan akak mesti ingat beffdey ko dik..kikiki

      Delete
  6. Jpj dah adjust ikut tsrikh lshir...
    Nsmpak sgt dah mmg lama tak ambil peduli kst lesen...hshaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nizam.Ariff
      Ye la bro, aku dah lama tak buat spot cek dengan lesen memandu aku ni..tu pun pegawai JPJ sempat senyum2 pandang aku sambil cakap, jangan sampai tiga tahun sudah kak...lapan bulan ok lagi..adesss!

      Delete
  7. Assalamualaikum LW,
    K.Sham terus buat lesen utk 5 thn. Walhal kt sini tak guna pun lesen tu.
    P/s; Org yg hatinya ikhlas mmg insya'Allah..
    Yg selalu kantoi ni.. jenis lesen dh expired tp.. sendri sambung la ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Kak Sham
      Alhamdulillah sangat sbb sepanjang ulang alik p dan balik keje, officer tu tak pernah Tanya lessen kecuali warning saya jangan bawak lebih had dan jangan balik lambat sangat malam malam..kalaulah saya tahu lesen saya dah tamat lama, tentu muka saya pun pucat putih kak hehe..

      Delete
    2. Waalaikumsalam Kak Sham
      Alhamdulillah sangat sbb sepanjang ulang alik p dan balik keje, officer tu tak pernah Tanya lessen kecuali warning saya jangan bawak lebih had dan jangan balik lambat sangat malam malam..kalaulah saya tahu lesen saya dah tamat lama, tentu muka saya pun pucat putih kak hehe..

      Delete
  8. salam...LW ..lama dah kita tak cerita kan...ada masa panjat le utusan CSL boleh sembang sembang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam abg bro
      In shaa Allah kalau lalu sana saya roger abg bro ya, no tepon sama lagi kan..

      Delete
  9. Hehehe...biasa la terlupa....itu juga alasan kenapa jpj buat tarikh luput ataw tarikh mati lesen adalah pada tarikh lahir...supaya tidak lg lupa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lah rieta, saya terlupa yg lama sangat sampai lapan bulan..memang saya tak pernah biarkan lesen memandu mati sampai gitu..in shaa Allah lepas ni tak akan biarkan ia berlaku lagi..

      Delete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. kelas............macam saya pi umrah dulu. duduk kat madinah, naik bas sendiri ke mekah, half way polis masuk bas SAPTCO check passport dan IQAMA (work permit). sampai tang saya dia cuma mintak tiket....selesai umrah, naik bas balik madinah. malam nak tidur, buka laci tepi katil, masyAllah...passport dok ada dalam laci rupanya! Hahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle,
      Kelassss...ada banyak factor yang terlintas di fikiran saya bila baca uncle punya ni. 1) sebab muka tak bersalah, jadi polis tu tak nak kacau. 2) Sebab di Makkah, jadi Allah nak tolong. 3) Memang nasib baik. Kesimpulannya, kesemua itu ada kebenarannya dan berbalik kepada saya, betul la kot sbb tak tau kan, jadi kondifen semacam la bawak keta walaupun lesen dah mati lapan bulan lalu..

      Delete
  12. Sekarang ni lesen memandu punya expiry date ikut birthday kita, dik. Tapi itu la, bila bayaq untuk 3 tahun ka, 5 tahun ka, boleh jadi lupa jugakla tarikh mati lesen tu sebab dah tak payah renew tiap2 tahun, mau ghalit dibuatnya, heheee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas,
      saya ni punya la lama tak renew lesen, hat tu pun saya tak tau jadinya konon excited bila tengok lesen baru ni mati pada tarikh lahir saya, walhalnya semua orang gitu kan...adehhh

      Delete
  13. pernah jadi tp tak de lah se-lamaaaaa itu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. m.u.l.a.n
      hikhikhik you nak kata I lamaaaa baru nak renew lesen ek...hehe terlupa la darling..

      Delete
  14. mak aihh..lamanya dia tak sedar lesen dah mati. Nasib baik tak dpt surat cinta dari pak polisi.hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eliza dear,
      Ye la kan...memang sangat bernasib baik..masa depan pegawai tu saya rasa nak peluk cium dia sebab teringat beberapa kali kena tahan JPJ tapi tak kena apa pun..hihi

      Delete
  15. dia nak suruh kita ingat tarikh lesen mati..biar sama dgn birth date kita...

    ReplyDelete