Posts

Showing posts from October, 2013

Pengalaman kita tidak akan sama...

Image
Pengalaman hidup kita tak akan sama, malah tak pernah sama walaupun kita menjejaki jalan yang sama. Katalah apa sekalipun, pengalaman hidup kita berbeza. Apabila berjumpa sahabat lama, rasa seperti tak cukup tanah nak berbual. Semalam novelis tanah air, Lily Haslina Nasir datang ziarah aku di rumah. Lily tak berubah, cuma tergambar kematangan pada wajah ibu empat anak itu dan dia tetap bersemangat suruh aku membuat catatan hidup kerana dalam tempoh masa 23 tahun, katanya aku berubah 360 darjah dan apa yang aku lalui tidak akan sama dengan apa yang dia alami. Kami pernah tinggal serumah di Old Town, Petaling Jaya pada awal 90-an ketika mula-mula sampai ke KL untuk melanjutkan pelajaran di Lembah Pantai. Seorang lagi sahabat kami ialah Cikgu Rodziah Akil dari Pahang dan Rodziah ini adalah adik kepada penulis Daeng Ramli Akil. Jadi kami bertiga ke sana ke mari dan persahabatan ini tidak pernah putus walaupun masing-masing sudah ada hala tuju sendiri. Seperti biasa, Lily sentiasa hadir d…

Dah mati 9 bulan lalu..

Sembilan bulan 18 hari..
bukan sekejap tu
kalau pregnant, dah kira bersalin pun
dalam tempoh 9 bulan 18 hari tu
ada beberapa kali
masa aku balik keje jam 12 malam hingga 1 pagi
JPJ buat roadblock
Polis buat roadblock
kat Sg Long, kat Mahkota Cheras
memang keta aku pun depa tahan
depa tanya kenapa balik memalam buta
saya cari rezeki pak incik
tapi tak pula tanya lessen
semalam aku pi JPJ Wangsa Maju
konon nak buat international licence
sebab nak drive masa travel nanti
Syam pun dah buat
sekali...
buka je lesen depan pegawai JPJ
makkkkkk....lesen dah mati pada 24 Februari 2013
korang jangan jadi macam aku yer..
sia-sia jer kalo kena tahan
tapi heran juga, sepanjang tempoh tu
tak dak sapa nak tanya lesen aku!

Bila dah buat lesen,
aku kata nak buat untuk tiga tahun je
jadi gua pun bayar RM105 utk tiga tahun
bila balik rumah..
makkkkkk....kira punya kira
pegawai tu bagi haku ampat tahun!!!
tiba-tiba lagi sekaliiii...
makkkk...tarikh lesen mati ialah pada 30 April 2017
tarikh kesayangan...

Im coming...soon!

Image
Banyak perkara nak dibuat, tapi kaki tangan ada dua + dua jer..jadi ler empat. Masa pun ada 24 jam je, tu pun kadang-kadang mengada-ngada lebih nak minta lagi satu jam, jadi 25 jam. Konon satu jam yang Allah bagi lebih tu nak manfaatkan sebaik mungkin..balik-balik tidur je lah gamaknya. Ketika arwah Abah ada dulu, tak pernah sedikitpun aku tengok dia dok saja. Ada je benda dia buat. Sapu daun-daun kering depan laman rumah, bagi makan burung merpati satu reban tepi rumah, baiki reban ayam, basuh motosikal bernombr plet DN 7160 dan tak pun dia akan pergi pasar beli lauk..heran aku tak pernah nampak dia letih. Pagi-pagi bangun lepas solat subuh dia masih boleh lari sekeliling rumah lima nam round dan kemudian buat air milo sambil minum tepi dapur mak, hirup udara pagi dan dengar kicau burung. Satu kehidupan yang sudah lama aku tak buat, tak mengalaminya. Kalau dia masih ada, tentu dia akan tanya aku buat apa hari ini, aku tulis apa hari ini, aku beli majalah apa dan baca buku apa dan …

1 - Biru langit Wanganui..

andainya kau tahu sebanyak mana rindu aku kiralah berapa banyak bintang di langit malam ************** Skrin komputer ditatap sepi.  Hanya cahaya putih memanah anak mata, berkelip-kelip..kadang-kadang cepat, kadang lambat. Bergenang..memberat dan seakan mahu menitik, cepat-cepat air mata yang tidak jadi keluar itu diseka, seakan-akan mahu menafikan rasa rindu yang kian membuak kepada Mak, kepada Chek dan kepada semua. Wangi kesidang di tepi laman..kalaulah dapat dihidu di tanah bergunung ganang ini, mahu saja dia hirup wangi itu dalam-dalam, simpan kemas di dalam lubuk hati yang paling dalam, diam di situ sehingga terjumpa pelengkap rusuk kiri yang jadi idaman sekian lama. Tapi di mana? Di mana mahu mencarinya, siapakah bakal mengisis kedudukan itu dan bila? Dia buntu, rambut paras leher diraut ke belakang. Kopiah putih yang Chek Ngah bagi tahun lalu di letak di tepi komputer. Ada juga gelas kopi dan beberapa ketul skon jagung yang sudah sejuk. Berat mata memandang, berat lagi bahu m…

All sorrows are less with bread..

Image
“All sorrows are less with bread. ”
Miguel de Cervantes Saavedra


Christine send me an sms, asked me if I want to join bread worksyop at B.I.G last Tuesday. Without hesitate, I replied YES! Cooking session is always my best therapeutic for me. Playing dough, flour, butter etc..awhh that was great session.

Masa agak singkat tapi Shila sempat ajar empat jenis roti..antaranya focaccia. Yayy!!! hari tu belajar dengan Rachel Allen, hari ni pulak dengan Shiela. Lain cikgu lain caranya, yang penting..gua suka roti cool ini yang juga boleh digunakan sebagai kulit pizza..

Belajar membuat roti sama seperti belajar memahami seorang manusia, kena tahu membaca retorik mereka, terlebih uli pun tak bagus, terkurang uli pun tak cantik juga...begitu juga pemikiran manusia..kena pandai menaakul..

Ahh tak mau cakap banyak..

Live a life to the fullest while stock last..

Image
I assume that after I have no longer attach to Kilang Kertas, my life will be much laidback and peaceful..but nahh...it's more challenging and busy-ing..running here and there, occupied with crafting and painting. I had manage my schedule just like a normal office hours. Start working at 9am and finish at 5pm but that's stays as plan only..i worked till midnite and the routine continue and yeah.a bit hectic but  simply awesome. I'm free from backache, no stress at all, enjoying my coffee and do what I truly wanted to do. Exactly like what I always dream; to work on my own capacity, dare to take a risk and Alhamdulillah I had a  chance to life live moderately. Maybe i'm jobless now but I had a really great time. Live a life to the fullest while stock last...haha hidup pun ada stock tau..so don't play-play mehh..life to the max, work like never gonna die keh! Yeah..thats what im doing now..the oroginal picture was from Abdul Muhaimin Farid and I had transferred to t…