Thursday, 11 July 2013

Ketam berapi...

Katanya, nak makan ketam senang saja. Ketuk dengan alu lesung pada bahagian penyepitnya, nanti kopek saja. Itu adalah kata-kata abah 30 tahun lalu. Kini nak makan ketam, ada penyepit khusus. Senang je, kepit kuat-kuat sampai patah retah penyepit ketam tu, lepas tu kopek je lah. Sampai sudah aku tak pandai makan ketam sebab dulu masa abah ada, dia tolong kopek dan kami makan isi.
Memang sedap kan ketam ni. Kalau kena demam denggi pun depa kata makan sup ketam. Aku tak tahu apa kaitan ketam dengan denggi. Tapi memang ketam adalah seafood yang sangat bernilai kalau ada jual kat restoran. Farah dan Lala dah banyak kali nak ajak aku p makan ketam kat Seputeh tapi tak jadi jadi juga. Lepas tu tengok Kak Yah dan member di FB sibuk dok cakap pasal ketam masak lemak cili api yang Kak Yah masak adalah tahap berapi dan nafas pun sentap sebab sedap..hmmm ayak liow pun merembes dah..
Tiba-tiba hari ni, Ainon roger ajak buka puasa sama depa..aku bab makan ni memang tak reti nak tolak. Orang kata rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari. Dan ternyata buka puasa di tempat kerja hari ini adalah "Hari Ini Dalam Sejarah" kerana aku rasa seperti berada dalam kalangan keluarga besar.
"Kita masak dengan penuh kasih sayang..." kata Kak Yah.
"Eh awak jangan kontrol ayu, makan je ketam tu LW.." kata Ainon.
"Eee makan ketam dengan sudu, tak de feel tau.." kata anonymous.
Walau apa pun kata-kata mereka, aku rasa rezeki hari ini adalah antara yang terbaik dan terikhlas pernah aku nikmati. Ok tak mau cakap banyak..let the picture speak how delicious is our menu for buka puasa today. Terima kasih Ya Allah...

30 comments:

  1. fuhhh ketam masak lemak cili api seperti pembukaan perdana..mantapppp..moga segalanya pakat menambah berkah sys..:)

    ~nana the lost bubbles~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nana,
      nanti nak rasa nana punya ikan sepat masin ya..hihi..

      Delete
    2. muffin pisang emas dibawa lari..
      gelang bertali bertatah swarovski..
      sepat masin LW teringin di hati..
      mohler..akan ku goreng berkali-kali..

      hehhh..sayang selalu..
      ~nana the lost bubbles~

      Delete
  2. Salam Ramadhan..Nampak menarik ketam tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. AFA
      Wasalam En Abil, ya ketam tu memang marvellous..:)

      Delete
  3. Lama sungguh saya tak makan ketam. Jelessssss!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khairul Abdullah
      Sila balik KL, nanti saya dan Ros belanja..hahaha

      Delete
  4. Wow.....


    Kegemaran aku dan hubby dan shinta juga.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nong
      kat sana murah tak rega ketam ni?
      ko bila nak turun KL lagi?

      Delete
  5. Akak ni bt sy nak mencari ketam buka t. Hehehehe~

    ReplyDelete
    Replies
    1. fara
      pi je beli yang dah masak..senang citer..hehe

      Delete
  6. KETAM MENU MAHAL PASTU ISI SIKIT
    TP KALAU NAK MAKAN TU BELI JELAH KAN
    SBB KEJE PENAT2 TAKKAN NAK BERKIRA BAB MAKAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa
      akak kalau gian sangat nak makan ketam,
      akak beli crab fillet je la dik..hihi

      Delete
  7. aku tak mampu nak makan ketam dah rasa2nya.. terlalu mewah..
    hari tu beli dua ekor... jatuh sekor tu harganya RM8!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nizam.ariff
      aku pun tak mampu, siyes..dua tahun lepas aku dah pilih sekor ketam yang carefour, sekali reganya macam yg ko cakaplag kan, so aku letak balik.
      ketam kat atas tu orang lain masak, aku makan jer..:)

      Delete
  8. dem.. meleleh-leleh air liur ku tengok gambar ketam masak lemak. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yongpropaghandi
      kikiki ampun eh aku tak berniat melelehkan saliva ko yong.
      o yer tahun depan aku pi visit ko yeh..nanti aku masakkan masak lemak ketam kat ko...hahah

      Delete
  9. kalau kat kedai dia bagi pengetuk dan pengepit mcm 'player' to bukak the sepit ketam...kalau i gigit tu, konfirm gigi pelesu i pecah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Net i x pernah makan lagi kat kedai..dulu masa KA ada dia suka la makan..i makan kuah jer..

      Delete
    2. very the rugi one!!!...hahahaa

      Delete
  10. Salam LW

    Baru 2 hari lps mak itam dok masak chili crab
    Beli kat pasar tani , se kg 24 hengget hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam bapak,
      masyaAllah mahalnya kan...
      tapi sekali sekala apa salahnya
      makan sama family ni best!

      Delete
  11. sorry LW, lama betul tak menyinggah ni. Sedap sungguh masak lemak ketam tu...isinya pun nampak banyak. Hmmm nampak gaya kena pi cari ketamlah hujung minggu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cekem Mirza,
      dah balik dari UK kah? Waaa sakan naa berjalan,
      kalah taiko sg long kalau gini gaya kekekeke
      ok p ajak rhea cari ketam ketombe

      Delete
  12. LW..... sampai nya hati tunjuk ketam itu...!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. m.u.l.a.n
      habis tu..u sampai hati jalan rata-rata
      sampai hujung dunia...kikiki
      statement dengkis!

      Delete
  13. cik kak oi... tajuk asyik ketam berapi jerrrr ni...bila nak hupdate blog? ahahahaha...kang ada pulak yang berapi nih... *larikkkkk*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nenet Penne
      Net mood belum cukup berapi nak hupdate behlog ini..hihi

      Delete
  14. tak singgah brussel,lalu je ;)
    penyanyi jalanan diorang mmg kreatif kan?

    ReplyDelete