Saturday, 20 July 2013

Amsterdam ke Brussel...

Walaupun dua hari saja di Amsterdam, kami berasa seperti agak lama kerana banyak tempat yang sempat dilawati. Jadi pada pagi hari ketiga, kami keluar dari hotel agak awal iaitu sekitar jam 12 tengah hari walaupun train ke Brussel dijadualkan pada jam 5 petang. Tiba di bandar dari hotel, kami brunch kebab di kedai Pakistan berhampiran kawasan tengah bandaraya. Ada terjumpa sekumpulan keluarga Melayu dan selepas makan kebab, lepak saja di central station sebab banyak yang nak diteliti di dalam peta. Tambahan pula perjalanan menaiki train dari Amsterdam ke Brussel tidak lama, jadi kami akan sampai senja di Bruxxel Central nanti.
Di tengah-tengah Bandar Brussel ada kawasan tarikan pelancong dinamakan Grand Palace yang dipenuhi empat bangunan besar pada empat penjuru. Mungkin sebab itulah ia dinamakan Grand Palace. Di tepi-tepi ni ada banyak kedai kopi..
Macam biasa, kalau naik train, banyak benda nak tengok kiri kanan. Mengantuk dan penat satu hal tapi tak mau lepas peluang tengok view cantik, bila aku buka mata tengok Ros kat sebelah tdo, aku sambung tdo juga sebab tak boleh tahan mengantuk. Ciri-ciri keselamatan dalam train adalah pada tahap terbaik kerana depa ni jenis buat hal sendiri.
Cuma yang jadi masalah kami ialah bila sampai di Bruxxel Central, kami tak tahu nak keluar dari stesyen yang besar tu dan lebih mensenakkan perut ialah depa ni guna bahasa yang kami tak boleh faham. Jadi kami main agak-agak je baca signboard dan tanya sapa saja yang nampak macam baik. Ros tengok peta dan aku akan Tanya sapa saja yang kami terjumpa di jalanan. Akhirnya dapat juga keluar dari stesyen tu dan depan bangunan central tu ada satu hotel yg agak familiar namanya..iskk tak ingat pula nama apa. Kami nak menuju ke hotel Aristote yg sudah dibooking oleh Ros dari KL lagi. Dengan beg sandang, maka menapaklah kami dalam hutan batu. Brussel bagaimanapun agak mesra pelancong kerana dalam tempoh satu hari kami dah agak familiar dengan lokasi yg boleh dilawati.
Antara kedai yang kami sangkut dan suka masuk ialah kedai coklat. Kalau dah p negara yg femes dengan coklat tapi tak masuk kedainya, baik tak payah jejak awal-awal kan. Satu demi satu kedai coklat kami kunjungi, memang berfoya-foya sangat dan satu perkara yg kami suka ialah depa rajin nak bagi try walaupun dah tau kami tak mungkin beli coklat yg sedap dan mahal iteww.
Setiap hentian keretapi ada nama, sama macam tempat kita juga..perjalanan dari Amsterdam ke Brussel agak memenatkan kerana ia hanya kira2 dua jam saja..tak sempat bermimpi pun..hehe
Yesss saya adalah pemilik hotel ini..Royal Windsor Hotel  kehkehkeh perasaang lebih!
Bandaraya Brussel ni ada banyak statue. Statue makcik ni entah dia nak g mana, tak jumpa2 haluannya..kesian..:)
Budak ni menari macam tak sedar diri ikut bunyi muzik kat depan tu..
Sebatang jalan yang turut jadi tumpuan tourist sebab ada banyak kedai cekelat dan kedai souvenir.
Kedai cokelat ni sikit punya lawa...
Ros di hadapan manneken pis..Nampak tak budak lelaki sedang pancut kencing tu? Dia jadi mercutanda bandaraya Brussel.
Fried Calamari ..yang ni kami makan kedai arab dekat dengan hotel..
Smurf bogel..pelik pulak tengok patung ni dalam warna putih sebab mata kita dan besa dok tengok dia warna biru...
Pintu kedai depa ni warna warni sungguh..semua yang warna warni ni adalah kedai arab dan halal, ada yg jual frozen beef, ada yg jual sayur, kek etc..dekat sebelah sana ada kedai tomyam siam halal, tapi kami tak perasan, dah dekat nak balik baru nampak kedai tu..perghh rugi!
Sayur segar dari lading..tergoda menengok semua yg pejal2 kat sini...
Dan yg menggembirakan ialah banyak kedai kebab halal di sini. Ada satu kedai pakistan yang sangat sedap kebabnya dan kami asyik ulang ke kedai tu jer. Tips makan, kami order satu pinggan dan share sebab portionnya besar, tu pun kenyang sangat. Sempat juga rasa waffer+choc+fruits..makan panas-panas dan cuaca pula sejuk menggigit..huhu..sedap uollsss! O ya jangan lupa p jenguk manneken pis, patung budak laki yang pancut kencing tu..ntah tak sempat nak gugel sejarah manneken pis ni..mesti ada dalam pustakaan pakcik gugel tu..Yang pastinya, Brussel adalah kota yang nyaman untuk dikunjungi, kehidupannya tidak sibuk, selepas habis waktu kerja mereka suka lepak kedai kopi sambil hisap cerut..

to be continue

30 comments:

  1. cemburu ku melampau lampau dah ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahh kau ingat kau saja yang ada rasa cemburu..
      apa kau ingat aku tak cemburu kau bercuti ke UK sama Madrid itu Chekem Mirza..mwahahaha!

      Delete
  2. ..finally ada kesinambungannya..ingin sekali aku merasakan hebatnya perjalanan jarak jauhmu sys..tapi..alhamdulillah..walau hanya dengan dakapan foto-fotonya sudah cukup sebagai pemanisnya..stay cool sys..~nana the lost bubbles~

    ReplyDelete
    Replies
    1. oppss..yang paling tak tahan kebab 42 hengget tu..mengancam!!!
      ~nana the lost bubbles~

      Delete
    2. Hi nana,insyaAllah one day nanti nana pun boleh p kalau dah ada rezeki..ya kebab tu gitula harganya, itu antara pilihan yang paling murah..sedap pulak tu nana..nanti kita suruh syam buat..hihi..

      ok cant wait for the happening day buat cookies segala bagai..tunggu ya..
      xoxo!

      Delete
  3. seronoknya jadi akak..melancong jerrr. bestnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Niza Romli
      Time melancong memang best, tapi time nak buat report, pecah kepala dik...hihi

      Delete
  4. Cess..patutlah balik rumah tanak makan..depa dah balun cukup2 kat luar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khairul Abdullah
      wahahaha bukan apa, kami segan naaa..
      okeh next year kami p visit lagi, nak try nasi ulam tu..

      Delete
  5. i think i have to go there too, lepaking while drink coffee and hisap cerut also...hahahhaa

    bukan ke u ada bawak tupperware? tapau laa.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nenet penne
      hihi segan la u nak tapau..

      Delete
  6. waaaaa.... kena peluk dgn mat salleh...

    :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tasekM
      Dik nasib baik dia yang peluk ahkak, kalau ahkak peluk dia musti ko pengsan satu jam..wahahaha

      Delete
  7. Besttttt nya kebab….nanti pergi NZ, kita cuba Doner Kebab…one of the best I used to taste….jadi tak ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Little Syam
      ok insyaAllah...kuat semangat ni nak minta cuti dua minggu..:)

      Delete
  8. Replies
    1. Uncle,
      ada, dalam peti ais kat sungai long...kikiki

      Delete
  9. Hi LW
    best nyer melancong..i tunggu pencen ler gayanya..no pitih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. AATW,
      tunggu aurora besar, bila dia belajar sana kita boleh p visit dia kan..hihi

      Delete
  10. arrrloooo...knock knock...anybody there???

    ReplyDelete
  11. mmg first time beli kebab kat sana terkejots besaq... punya lah besar portion... lepas tu pandai2 lam kami bajet sbb takmau berlebih.. leceh nak bawak leftover..

    ReplyDelete
    Replies
    1. m.u.l.an
      kan..portion depa punya kebab tu besaq gila..i makan berdua dengan cik rose rasa kenyang macam buntal hehe..

      Delete
  12. salam,
    LW keja apa ye yg boleh melancong sambil bekerja or bekerja sambil melancong? Ad keja kosong takkk? ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam SA,
      Ala keje biasa je..tu pun dapat round tempat orang sebab bernasib baik...saya pun tengah cari kerja kosong part time ni ha..

      Delete
  13. excited dan seronok sangat membaca entri ini :) ..

    Wish akan dapat ke sana satu hari nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Puan Hazel
      Ok insyaAllah saya doakan one day nanti CPH dapat pi juga..

      Delete
  14. salam, just found yr blog.I like the photos.clear.camera mahal ni.nmpak how u enjoyed yr trip there..
    life is short so make it fun.tk cr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. IndaMarya
      Wsalam. thanks for visiting my humble blog yang ala-ala hidup segan mati tak mahu ni. sawang sana sini dah..actually i pakai phone je.

      yeah...life is too short, let celebrate it on our own way!

      Delete