Posts

Showing posts from July, 2013

Amsterdam ke Brussel...

Image
Walaupun dua hari saja di Amsterdam, kami berasa seperti agak lama kerana banyak tempat yang sempat dilawati. Jadi pada pagi hari ketiga, kami keluar dari hotel agak awal iaitu sekitar jam 12 tengah hari walaupun train ke Brussel dijadualkan pada jam 5 petang. Tiba di bandar dari hotel, kami brunch kebab di kedai Pakistan berhampiran kawasan tengah bandaraya. Ada terjumpa sekumpulan keluarga Melayu dan selepas makan kebab, lepak saja di central station sebab banyak yang nak diteliti di dalam peta. Tambahan pula perjalanan menaiki train dari Amsterdam ke Brussel tidak lama, jadi kami akan sampai senja di Bruxxel Central nanti. Macam biasa, kalau naik train, banyak benda nak tengok kiri kanan. Mengantuk dan penat satu hal tapi tak mau lepas peluang tengok view cantik, bila aku buka mata tengok Ros kat sebelah tdo, aku sambung tdo juga sebab tak boleh tahan mengantuk. Ciri-ciri keselamatan dalam train adalah pada tahap terbaik kerana depa ni jenis buat hal sendiri.
Cuma yang jadi masala…

Ketam berapi...

Image
Katanya, nak makan ketam senang saja. Ketuk dengan alu lesung pada bahagian penyepitnya, nanti kopek saja. Itu adalah kata-kata abah 30 tahun lalu. Kini nak makan ketam, ada penyepit khusus. Senang je, kepit kuat-kuat sampai patah retah penyepit ketam tu, lepas tu kopek je lah. Sampai sudah aku tak pandai makan ketam sebab dulu masa abah ada, dia tolong kopek dan kami makan isi. Memang sedap kan ketam ni. Kalau kena demam denggi pun depa kata makan sup ketam. Aku tak tahu apa kaitan ketam dengan denggi. Tapi memang ketam adalah seafood yang sangat bernilai kalau ada jual kat restoran. Farah dan Lala dah banyak kali nak ajak aku p makan ketam kat Seputeh tapi tak jadi jadi juga. Lepas tu tengok Kak Yah dan member di FB sibuk dok cakap pasal ketam masak lemak cili api yang Kak Yah masak adalah tahap berapi dan nafas pun sentap sebab sedap..hmmm ayak liow pun merembes dah.. Tiba-tiba hari ni, Ainon roger ajak buka puasa sama depa..aku bab makan ni memang tak reti nak tolak. Oran…

Setan berambus kau!!!

For those who follow gua punya blog ini, mesti tau aku punya battle sama Telekom. Sudah makan tahun, nak masuk dua tahun sudah. Hari ini berlaku lagi. Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Habis spoil semangat aku nak keje hari ni apabila ada satu call dari TM Unifi minta duit suruh bayar hutang RM300++.
Bukan aku tak mampu bayar jumlah itu, lebih daripada mampu (tak berniat cakap besar, tapi aku memang ada alllocation untuk bil RM500 setiap bulan) cuma apa yang aku pertahan tak nak bayar sebab aku tak dapat service yang ditawar dan bila pergi report kat officernya, katanya ok “Puan tak perlu bayar, jika ada mana-mana agen yang minta bayaran, jangan bayar kerana saya dah settlekan.” Dan budak ni siap tenyeh surat. Katanya juga dia akan beritahu HQ, kes ni dah settle.

Tapi yang buat darah aku mendidih ni tetiba sampai surat lawyer suruh bayar hutang TM Unifi lagi..puiii *&^%$$#@ haaa rasa nak je carut dalam telefon masa officernya dengan suara lemak merdu menelefon aku kejap tadi.

Aku…

Cahaya Ramadhan...

Image
"Ko tahu nok, dia kata dia nak aku. Gila cakap gitu kan..aku drag hari-hari lalu depan kedai apam balik dia.." "Ya ke? Cemane dia boleh nak kat ko neh Didi?" "Ntah..aku cakap kat dia..dikkkk jangan buat ahkak gini dik, awak tu tak cukup umur lagi." "Perghhh...lepas tu apa dia kata?" "Dia tunggu aku lepas habis kerja, pergi tunggu aku nak bawa balik rumah. Mati aku segan sebab ko tau la keje aku macam mana kan..dengan bos segala bagai dok tengoknya." "Cop..lepas tu ko ikut dia balik tak?" "Ikut, sebab aku rasa dia beria-ia..aku pun ikut je naik kapcai dia.." "Kapcai? Ko kan pakai skirt.." "Dia ada lori hantu yg angkut bahan cat, motor utk despatch..siang jual apam balik. Rajin nok dia keje.." "Jap..ko bagi green light tak kat dia?" "Aku setuju..tak lama lepas tu dia bawak aku balik jumpa mak dia, dia cakap kat mak dia depan adik beradik dia, dia nak hidup dengan aku..terkesima aku.…

Frankfurt dan Amsterdam..

Image
Sampai je KL jam 6.45 pagi  Khamis lalu, masuk dalam teksi nak balik Sg Long, aku cepat-cepat kena 'French Kiss' mende tu..yang dah lama tak kiss..fuhh lega...err ini French Kiss sama inhaler ya..bukan benda lain. Lepas kena dua kali pam, lega. Maka brader teksi pun tanya, kak long ni ada asthma ke? Ya bro..kalo tak, tak de nya saya sesaja nak pam mende tak best tu ke dalam mulut! Yuck..aku tak suka rasanya yang pelik itu. Nampaknya udara di KL masih jerebu. Ya Allah sempena Ramadhan yang akan mengetuk pintu kehidupan kami ini, bersihkalah udara dan segalanya di bawah langitMu! Selamat sudah aku mengalami perjalanan kira-kira 10,000 kilometre lebih dari KLIA ke Frankfurt Airport (Franport) dan balik juga menerusi laluan sama. Penat usah dikira, tapi berbaloi dengan masa dan perkara lain yang dilalui sepanjang meneroka empat negara kejiranan itu. Aku dan Ros (kami) tiba jam 6.45 pagi di Franport pada 23 Jun dan blogger Khairul Abdullah (KA) sudah menunggu kami bersama isteriny…