Monday, 3 June 2013

Tiga jenis candu...

Bercinta itu seperti candu, makan juga adalah candu dan mengembara juga adalah persis candu yang mana kesemuanya menuntut suatu perkataan dinamakan masa. Bercinta mengambil masa untuk mencapai tahap matang atau mengenali hati budi, sebab itu kita pernah dengar orang menyebut " aku fikir aku sudah mengenalinya luar dan dalam, tetapi apabila tidur sekatil dan minum segelas, masih banyak yang aku tidak ketahui mengenainya.Ya, maka jadilah aku penagih candu bernama cinta untuk mengenali individu yang aku ini adalah pelengkap kepada rusuk kirinya.

Makan..seperti candu juga. Kalau makan, aku akan makan menu yang jadi kesukaan seperti tiada masa lagi selepas ini. Makan perlahan-lahan, jika ada mood, cukup 40 kali kunyah dan jika masa cemburu, aku akan pilih makanan yang tidak perlu dikunyah banyak kali. Buruk laku kan, tapi tekak kita masing-masing dan cara kita menelan juga berbeza. Jika pertama kali menikmati makanan itu, aku akan masukkan ke dalam mulut dan pause seketika untuk menikmati rasa sebenar dan selepas dua tiga saat barulah dikunyah. Mungkin ini tabiat semulajadi aku yang kononnya berangan nak jadi food criticus..errr ada ke kerjaya ini di Malaysia? Yang nyata, ia ambil masa juga..suap, rasa, nikmati, kunyah dan telan.

Dan ketagihan candu dinamakan mengembara ini juga ambil masa, ambil masa bagi pekerja kilang kertas seperti aku ni. Nak gi mana-mana, kena tunggu tabung penuh. Tak apalah, aku tidak mahu hipokrit kerana bajet mengembara aku adalah bajet paling murah dan minimun. Perjalanan ke Valencia, Spain baru-baru ini adalah atas urusan pekerjaan. Tauke kilang kertas arahkan aku pergi selesaikan misi di sana. Walaupun hanya seminggu, aku dah jadi ketagih terhadap tabiat 'mengambil gambar' dan apabila dihitung, lebih 800 keping gambar sudah diambil.
Valencia  terbahagia kepada dua pekan, pekan lama dan pekan baru yang mana pekan baru sangat futuristik sifatnya manakala pekan lama bersifat vintage, art, romantik dan selesa. Masing-masing ada kelebihan dan aku vote untuk pekan lama kerana ada banyak kedai kopi..hmm sangat selesa untuk duduk minum kopi walaupun kat rumah pun sedap juga minum kopi cap keta antik yang selalu jadi pilihan KA Bagan Serai...gambar di atas itu adalah taman bunga kecil di dalam kawasan Westin Valencia. Dan di hadapan Westin Valencia itu adalah seorang ahkak yang mabuk bergambar..kalau boleh dekat pintu lif pun nak bergambar sebab cantik...kannnn!
Basikal ini disewa dengan harga 2 euro..walaupun tak berapa nak sampai ketika mengayuhnya, aku buat-buat steady jer la dik non...walhalnya mak terkial-kial nak kayuh..perghh RM8 untuk satu jam...
Valencia juga adalah tanah paling subur untuk tanaman citrus terutama oren. Oren di sini memang sangat sedap, lain sungguh rasanya dan paling penting, ia manis asli..tak payah campur gula naa...pagi petang siang malam aku dok bantai oren je la mentang2 oren murah dan pure kat sini. Tapi ayor sejuknya mak aihh sampai nak dekat 4 euro sebotol. Ok mak insaf!
Gambar pukul curi Pn Gwyneth ketika beliau sedang membuat ucapan alu-aluan kepada kami...di atas itu adalah dua jenis pokok bunga yang ada kat taman berhampiran pusat sains ini..
O ya, pekan ini kaya sekarah..banyak bangunan antik dan lama. Antara yang aku sempat jejak ialah La Lonja de la Seda de Valencia. Bangunan ini diwartakan sebagai warisan dunia bersifat tangible oleh Unesco. Sebab Unesco yang endorse, jadi aku masuk ke dalamnya bersama Siow Wan, Liling dan Sin Mei. Agak menyeramkan kerana ia bangunan lama tapi seni binanya memang halus dan cantik. Yang menarik tu kat taman di tengah-tengah bangunan ada pokok limau manis berbuah lebat.Ohh mak pun macam jakun mengambil gambar di bawah pokok limau manis...
Liling, Siow Wan dan Makcik Yam ketika berfoya-foya di Le Hemisferic Valencia menyaksikan Pn Gwyneth..kami minum sparkling jerrr taww...di bawah adalah pic Makcik Yam ketika singgah di Jardine La Cartuja
Sebelum itu kami dah berpeluh sakan berjalan kaki ke City of Light atau pekan moden yang ala-ala futuristik. Memang awesome seni binanya yang berinspirasikan oceanography. Tak terfikir pula aku betapa cantiknya senibina berasaskan tulang ikan dan kerang. Sebelum sampai ke taman scientific tu, jalan kaki dan separuh jalan, kami ambik keputusan untuk sewa basikal berharga 2 euro untuk satu jam. Menginap di Westin Valencia dan nak p ke kawasan tu, bak kata kak yong..tumpo yong ghase..huhu berpeluh la weii sebab cuaca sama macam kat tanah Malaya ni. Siow Wan ajak sewa basikal dan kami pun meluncur laju jer..tapi bila terserempak dengan mamat Valencia yang jogging tak pakai baju..wallaweii meleleh ayor peluh kami..hahahaha!
Kami bergambar beramai-ramai sebelum program bermula..huh kakak sapa la paling rendah tu..
Futuristic city di Pusat Oceanography Valencia..
Nak juga menempel dengan model Hugo Boss ini..ahhh i tak kira..rendah seperti cendawan shitake dengan pokok pinang ini pun, ada i peduli..hehe
Depa sedang dok menengok langit ke hapa, tak dapat nak dipastikan. Ini pic langit yang real, bukan superimpose..
Dalam masa tiga hari, tak banyak tempat yang kami boleh lawati sebab masa suntuk, lagipun tugas menunggu kami di Jardine La Cartuja...tempat ni macam estate lama, besar gila dan ampun kalau suruh duduk petang hari kat dalam jardine ni memang aku tolak kalau nak bagi RM1000 sekali pun, mak takut ok! Guess who's there for us? Ada makcik Gywneth Paltrow kat dalam tu tapi kami x boleh ambil pic, cuma kami sempat buat pukulan gambar curi ketika dia sedang bercakap di hdapan khalayak di Hemisferic Oceanagraphyc..itu pun dari sudut tepi sebab penjaga body dia dok ada je memerhatikan kami...
Itu pokok limau manis..geram nak petik..tapi tak boleh naaa...hak 'orang'...
Pekan Valencia waktu malam..
Pekan lama Valencia...

20 comments:

  1. Awakkkkk..
    Sungguh ku jelesss melihat gambar2 mu..
    Nnt tepek lagi ya..

    ReplyDelete
  2. Kak Sham,
    Hihi..ampun eh..
    ini yang saya takut..
    tak de niat nak menjeleskan orang
    tapi memang ada niat nak share ilmu pengetahuan
    dan maklumat bahawa ciptaan Allah itu sangat indah
    walaupun hanya langit yang sama..
    tapi dilihat dari dunia sebelah sana
    langitnya biru terang
    dan dari sebelah dunia kita di sini
    langit agak biru muda..

    ok nanti saya tepek lagi...:)

    ReplyDelete
  3. mencikkkkkk..... hahahahah...
    bila kita ni pi sana lagi sama2?
    i juga ketagih untuk berjalan2..tapi ada jerrrrrrrr menda yang menghalang... hopefully our dreams will come true one day...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nenet Penne
      Kita buat plan baru..sikalang time penuhkan berderet-deret tabung..
      Hihi...satu tabung penuh, dua tabung gajah baru wujud, acaner tu..
      Adehh dah penat keje ni...

      Delete
  4. Salam LW

    Alhamdulillah
    Rezeki Allah dan semua ditanggung walaupun urusan kerja

    Kami dah lama nak jejakkan kaki di bumi Andalusia ni tapi tak tahu bila krn asyik termelencung ke tempat lain hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam bapak,
      saya pun tak pernah terfikir untuk mengunjungi bumi Andalusia tahun ini, tiba-tiba saya bos suruh pergi dan semua perjalanan pergi balik ditanggung penganjur. Alhamdulillah dan kami dapat menikmati pemandangan alam yang cukup indah di sana. Valencia itu sendiri adalah tanah kecil yang menjadi rebutan banyak di Andalusia kerana kesuburannya. Saya cadangkan kalau bapak ke sana kelak, nikmati jus orennya yang sangat asli manis bersari...tak boleh nak lupa keenakan jus orennya itu sebab Valencia juga adalah pengeluar citrus bermutu di dunia..

      Delete
  5. Replies
    1. smbotak..
      ko jeles ekk..haaa nampak tak permainannya di situ..kikiki!

      Delete
    2. wei, macam familiar je ayat tu! hahaa...

      Delete
    3. hahaha tau tak pe....nampak takk???

      Delete
  6. Waaaa....bestnya. Sempat tak ke Córdoba n Seville?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khairul Abdullah
      Tak..kami di Valencia saja..tu pun rasa tak puas nak jelajah pekan baru dan pekan lama yang masing-masing ada perbezaan ketara dan tersendiri..
      Cordoba lain trip..hehe

      Delete
  7. Replies
    1. Cekem Mirza
      e ehh jangan gitu...
      saya tak berdosa okeh..
      hujung bulan ni cekem kena tinggal lagi
      daaaa....hikhikhik!

      Delete
  8. Akak tumpang seronot tengok semua gambaq2 tu. Akak paling suka gambaq bawah pokok limau tu, huihhh geram nak petik! Peh ni bila akak pi hypermarket tengok limau Valencia, akan ku kenang entri ini, dik. Tetiba sahdu plak, apa kes akak ko ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas
      saya pun setiap hari minum jus oren sebab percuma dan rasanya tak boleh lupa..
      tak rugi akak beli limau cap Valencia tu kan..hihi

      Delete
  9. Tumpang geram dengan limau tu...
    Jeles la dgn ketagihan candu LW ni

    ReplyDelete
  10. Genre Dari Langit
    meh la kita ketagih 'candu' menulis sama-sama nak...xoxo!

    ReplyDelete