Thursday, 13 June 2013

Sentap!

Berani dia kata aku pemalas! Berkali-kali dia cakap gitu. Dia tak kenal sapa aku. Mendidih-didih darah aku bila dengar suara dia kat corong telefon. Kalau ada kat depan, siap la dia kena tala cukup-cukup. Iskk memang aku sentap gila bila dia kata gitu. Masih terngiang-ngiang kat kepala otak ni suara dia yang lemak-lemak merdu tu kan. Satu hari suntuk aku fikir, perkataan 'pemalas' yang menjunam masuk dalam telinga tu. Eeee memang mendidih mak punya hati ni..

"Awak tu pemalas!"
"Eii mana tau saya pemalas ni??"
"Memang pemalas. Suruh DIET pun malas."
"Grrr...." (kalau boleh nampak asap, memang berasap tau)
"Haa apa lagi nak kata...pemalas"
"Aaaaa...saya sibuk"
"Ehhhlehhh itu alasan. Orang pemalas memang banyak alasan.."

Sumpah, aku tak boleh tidur memikirkan perkataan 'pemalas' tu..aku tau dia guna reverse action psicology tak apa..suatu hari nanti dia akan tahu aku 'rajin' sebenarnya. For those who said that im "LAZY"..give me some time..then you know that im not kinda person like what you think!Dangggggg......

Nota: Mission is starting!

28 comments:

  1. Suntikan yang memang buat LW berasap...


    Tapi ia memang sesuatu yang mencabar kan.dan aku yakin LW pantang di cabar...

    #aku sedang cari masa nak print buku kedua ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nong
      Ya betul..sentap gegila tapi kita kena lihat dari sudut yg positif. sekurang-kurangnya dia menyedarkan aku supaya gigih mendietkan diri..

      print la weiii!

      Delete
  2. musti incik abil fikri yang cakap kannn ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon..
      errkk? ya ke dia yang kata gitu? hahaha

      Delete
  3. Tapi kak, badan akak nmpk susut la dr pic yg lama tu.

    Silalah up lagi pic kak. Comel je rupanya. Heeeeee!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farah
      sila jangan percaya dengan pic..
      yg sebenarnya adalah geadabak ekekeke!

      Delete
  4. setuju dengan Fara.Cik ina tengok badan LW nampak kurus masa bergambar dengan Jejaka idaman seMalaya En.Abil tu: )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Ina,
      nampak kurus ek..mungkin dapat aura daripada jejaka idaman Malaya tu kot hehehe

      Delete
  5. pemalas?
    alamak..saya pun sentap :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa
      jangan sentap..mari kita berentap turunkan berat badan

      Delete
  6. salam LW

    bukan pemalas tapi tak rajin je hehe
    bukan senang nak diet dan perlu ada motivasi diri yang kuat krn suatu ketika dulu pun masa bapak total berhenti dari aktif bersukan akibat kecederaan lutut yang serius , badan naik mencanak hahaha

    makan pulak tu sedap je ditekak dan takde pantang2 serta takda langsung aktiviti sukan dalam 2-3 tahun kerana kecederaan berpanjang tu, yang pantang cuma pantang jumpa makan je masa tu hehehe

    bapak buat bodo je hinggalah tahun 2007 masa buat pemeriksaan kesihatan nak pi haji , doktor kata tekanan darah bapak tinggi woooo 170 sebelah atas

    lepas tu barulah datang motivasi . diet dan bersukan bukan untuk slim, tapi untuk kesihatan diri walaupun ajal maut Allah yg tentukan

    laaaa ni dah normal kembali dan dlm masa 5 tahun dah hilang hampir 30kg dan semua kembali normal. Pagi mcm biasa mak itam buat quaker oat, tengahari makan mcm biasalah takde pantang2 dan diet dan malam kami just minum ringan je

    petang2 just jogging keliling kampung walaupun kekadang rasa malas tu kuat sangat suruh tidurlah, baring la hehehe


    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam bapak,
      hanya orang yang pernah merasa saja tahu betapa sukarnya nak berpaling tadah pada nasi dan bersekutu dengan senaman segala bagai..setiap bulan berazam dan setiap itu juga saya makan nasi..rasa nak bunuh diri sendri...maksud saya bunuh syaitan yang begitu kuat menghasut supaya makan nasi, jangan diet..kali ini saya nak bunuh semua syaitan tu,..

      Delete
  7. Bab orang cakap ikut sedap hati tanpa betul2 kenal diri kita tu memang panas. Kalau dia memang dah lama & betul2 kenal kita, takpa la jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas,
      ya kan..depa tak tau situasi kita.
      tapi untuk org yg cakap dalam enry ini
      saya ambil yang positif..:)

      Delete
  8. Saya pun MALAS diet...wakakakakakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. DZ
      alaaa BMI dah ok, tak yah ler diet Doc..wahaha

      Delete
  9. Kak Sham dah malas nak diet.
    Sehari diet.. 2 ari ponteng diet.
    At last.. redha sahaja laa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sham
      best statement...redha je la kan..kikiki

      Delete
  10. ha ha ha... tergelak ni... ha ha
    think positif yer
    kadang2 kata2 gitu memang sajer..
    kalau orang pantang dicabar, dia akan buktikan yang sebaliknya..
    hahahaha....hahhaaa

    daging kerutup bawah pokok ceri tu memang terbaikkk laaa....balik rumah cepat2 cari roti buat cecah...perghhhhhh...nanti kita lepak sana one day yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. NenetPenne
      weii belum apa-apa dah sebut daging kerutup habis tu caner i nak diet ni u whaaa...kakaka
      ya kita sahut cabaran...jenggg!

      Delete
  11. Agaknya dah bertahun simpan angan2 nak kurangkan berat badan tetapi tak lakukan senaman atau diet...emmmm setuju gak ngan statement PEMALAS tu..!!!..hahahahaha..

    Jangan ambil berat statement tu..Kurangkan berat! tu yg penting,,by the end of the day,,ur gonna smile...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehem ehem...hahahaa...hahaha...

      Delete
    2. Abil Fikri Ahmad
      Tu la pasal, macam paku dengan tukul..bila ada tukul ketuk, paku mau gerak sket..hahaha
      Ok la perkataan PEMALAS tu besar maknanya dalam hidup...esok-esok kena terima kasih kat orang yang kata saya pemalas tu naaa...


      Nenet Penne
      Net apasal u, sakit telak ehh..?? wahahaha

      Delete
  12. Replies
    1. Khairul Abdullah
      Saya tau awak rajin, rajin masak kan?
      Nanti saya singgah makan kat rumah ya...hehe

      Delete
  13. Bukan pemalas. Buzyyyy (arah pon banyak alasan la kalo mcm ni. So pemalas jugak) hehe. Jom ah dayek sama2

    ReplyDelete
    Replies
    1. mrs spicy
      jom kita mendayek kan diri same same..meh ajak cik maryam dan cik fateemah dayek sama..hihi

      Delete
  14. LW,

    Bukan pemalas. Cuma kekadang tak larat nk bergerak (alasan bila mak cakap i malas). Hahahaha...

    I akhir2 ni selalu mengingatkan diri supaya rajin bergerak, bangun dr kerusi, pergi pantry minum air masak, sebab i baru terkesan ngan tips utk mengurangkan lemak terkumpul kt internet.. hehe...

    ReplyDelete