Monday, 3 June 2013

Menaakul satu perasaan...

Kalau ada perasaan aneh apabila melihat orang yang kita suka dan pada ketika itu, kita berusia 17 tahun, mungkin juga boleh diistilahkan sebagai ada cinta dalam hati. Ataupun dalam hati ada taman. Dan bagaimana pula kalau pada usia ini, sudah empat dekad hidup dan bernyawa, tiba-tiba berasa ada perasaan aneh dalam hati. Perasaan yang sama dialami ketika kita hidup pada fasa muda belia. Perasaan itu pula terbit pada individu yang selama ini kita anggap sebagai rakan baik yang sentiasa rajin membantu dan memudahkan urusan kita.Mahu dipercayai atau tidak nyala rasa yang sedang membakar jiwa, menghangatkan seluruh daerah perasaan dan naluri kemanusiaan pun tidak boleh dinafikan bahawa 'dia' sudah secara sedikit demi sedikit mengusai ruang yang kosong itu.

Lalu akan ada frasa, bertepun sebelah tangan tidak akan ada bunyi? Masih valid kan frasa ini? Atau kalau tiada angin masakan pokok bergoyang? Atau dari mata jatuh ke hati? Pun boleh juga diambil peringatan jodoh pertemuan, ajal maut, Allah yang menentukan....

# Sahabat yang dikasihi, terimalah situasi yang anda sedang alami itu. Nikmati rasa suka yang terbit dari kalbu paling tersembunyi, tidak semua orang berpeluang merasa nikmati itu pada usia ini. Jangan menolak rasa yang istimewa itu, namun pada masa sama bersedia andai berlaku sesuatu yang diluar dugaan supaya hati tidak tersayat pedih...kita menaakul perasaan istimewa itu sebagai satu tenaga yang memberi seribu semangat untuk kita terus melangkah. Anda tahu siapa anda yang saya maksudkan...

9 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. ayat sastera yang indah
    mampu menyentuh perasaan membuatkan hati rasa sebak lalu melahirkan air2 jernih dikelopak mata...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nenet Penne
      Itu saja yang boleh i gambarkan sebab i x mengalaminya sendiri..maha hebat perasaan itu kan..

      Delete
  3. LW.
    Maha hebat 'panah arjuna' itu.....pada sesiapa pun yang merasainya dikala ini, nikmatilah rasa sedetik cuma!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle
      Ya..rasa itu bukan sentiasa datangnya, ia mungkin sekali seumur hidup atau jika bernasib baik, dua kali..kepada sesiapa yang sedang mengalaminya..selamat menikmati rasa unik dan tersendiri itu..ibarat mengambil sedikit candu yang kesannya adalah kenangan manis yang bertahun lamanya...

      Delete
  4. LW, bolehkah ditafsirkan sebegitu rupa juga, dalam situasi begini, 'otot-otot muka tidak dpt dikawal daripada tersenyum lebar, kala menerima sms drpd seseorg yg mungkin pernh menakluk hati,'?
    but still.. ayat paling last LW yg dipegang, ianya dianggap sebagai tenaga yg memberi seribu semangat!
    just enjoy the feeling so much... cinta tidak semestinya memiliki! hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Su
      kita bebas mentafsir, berkongsi, bercerita dan bermimpi mengenai perasaan aneh itu, hanya kita mengetahui, hanya kita yang mentafsir, dalam hati kita..
      saya pernah berasa melayang2 sehari suntuk kerana mendapat kata-kata 'manis' dari orang yang pernah diam dalam hati saya..sayangnya tiada penyudah, pun saya masih tetap ingat kata2 nya walaupun ada cedera pada sekeping daging lembut bernama hati..

      Delete