Posts

Showing posts from June, 2013

Kita tidak pernah mengetahui...

Image
Kita tak pernah tahu, untung nasib kita selangkah ke depan. Apa yang kita perlu buat ialah bersedia..atau dalam erti kata lain, bertawakal dan berserah sepenuhnya kepada Pencipta kita. Kita mesti yakin sepenuhnya kerana DIA yang menguasai semesta alam..bagaimanapun, rezeki secupak tak akan jadi segantang kalau kita duduk meriba tangan dan tidak menggunakan tulang empat kerat yang DIA bagi..mahu menafikan atau tidak, sebuah buku kehidupan kita sudah siap di loh mahfuz..cuma helaiannya belum habis hingga ke muka surat akhir. Jadi selama itu jugalah kita akan terus berkelana di negara bernama alam buana.
Pagi ini, aku keluar rumah awal untuk berjumpa senior ketika belajar dulu. Dia senior setahun saja, berbangsa India dan saudara baru..Alhamdulillah..malah aku rasa dia lebih baik dari aku dalam mempraktikkan agama Allah ini. Cuma katanya dia belum bersedia untuk mendedahkan anutan barunya kepada keluarga dan kaum kerabat lain kerana bimbang jika mereka tidak dapat menerima keadaannya ki…

Release stress...

Image
Masa sekolah rendah, abah belikan kami kamera poket jenama Fuji, nak sama besar dengan dua kotak mancis. Jadi kalau ada kenduri kawin ke apa, kamera itulah yang kami gunakan untuk rakam gambar. Dulu tak de digital, jadi kami beli filem Fuji 124 ke apa ntah kod nya, aku da lupa. Lama kelamaan kamera kompak tu pun jahanam sebab tak henti-henti ambik gambar. Bila dah ada kuasa beli, aku taram Canon..besar jugalah sebab nak guna untuk kerja. Dah beberapa tahun guna Canon..aku handover Canon tu pada adik. Sekali Canon gedabak tu terjatuh dari raga motosikal..meletup-letup dan kemek di langgar kereta sebab tak dapat diselamatkan. Aku beli satu lagi dan bagi pada adik sebab dia pun guna kamera untuk kerja, Canon juga. Gedebuk gedebak, KA beli Nikon DSLR 5000 ke apa..aku nak pinjam, dia kata tak buleh sebab itu dia punya. Aku pun sentap jugala masa tu. Setup tabung utk kamera..last-last aku berjaya taram Nikon DSLR macam KA punya.
Hallo brader, gua kasi can sama lu sedut darah manis…

Dua fragmen...

Kehidupan..kalau sudah namanya hidup, tak akan sempurna kalau tiada masalah yang mendatang setiap hari. Terlupa memberi markah kepada pelajar juga adalah satu masalah, tapi dia tidak akan sekali-kali menyebutnya sebagai masalah. Dia akan tukar perkataan masalah itu kepada 'perkara penting yang perlu diselesaikan dengan segera.' Dan kini 'perkara penting yang perlu diselesaikan dengan segera' itu ialah seseorang yang bernama Yaya. Dulu selepas balik dari Seoul, dia sudah berjanji untuk menceritakan perkara sebenar kepada Yaya apa yang berlaku ketika si manis itu jatuh tidak sedarkan diri ketika kelas berlangsung. Sebagai guru yang ada dalam kelas ketika itu, dia menepuk-nepuk pipi Yaya dengan tujuan mengejutkan Yaya sekiranya pelajarnya itu pening atau tidak sedarkan diri seketika, namun keadaan Yaya yang pucat seperti sudah kering darah itu membuatkan dia berasa tidak sedap hati dan mengambil keputusan membawa terus ke hospital. Ketika dia membawa Yaya dengan kedua-du…

Sentap!

Berani dia kata aku pemalas! Berkali-kali dia cakap gitu. Dia tak kenal sapa aku. Mendidih-didih darah aku bila dengar suara dia kat corong telefon. Kalau ada kat depan, siap la dia kena tala cukup-cukup. Iskk memang aku sentap gila bila dia kata gitu. Masih terngiang-ngiang kat kepala otak ni suara dia yang lemak-lemak merdu tu kan. Satu hari suntuk aku fikir, perkataan 'pemalas' yang menjunam masuk dalam telinga tu. Eeee memang mendidih mak punya hati ni..

"Awak tu pemalas!"
"Eii mana tau saya pemalas ni??"
"Memang pemalas. Suruh DIET pun malas."
"Grrr...." (kalau boleh nampak asap, memang berasap tau)
"Haa apa lagi nak kata...pemalas"
"Aaaaa...saya sibuk"
"Ehhhlehhh itu alasan. Orang pemalas memang banyak alasan.."

Sumpah, aku tak boleh tidur memikirkan perkataan 'pemalas' tu..aku tau dia guna reverse action psicology tak apa..suatu hari nanti dia akan tahu aku 'rajin' sebenarnya. For those who s…

Dating dengan Abil Fikri???

Whoaa tajuk entry tahap lupa diri dan tak pijak di bumi nyaaa..ya laa sapa tak mo dating dengan the most eligible bachelor in town kan. Kalau aku tanya sapa lagi nak dating dengan En Abil Fikri yang gentleman ini, agak-agak ramai tak yang nak? Aku tak terfikir pun nak dok sebelah dia ni, sebab selalunya baca blog dia jer..sob sob..pasal arwah isterinya, Gee yang sangat dikasihi dan dicintainya itu. Rasa-rasa En Abil ni akan berkahwin lagi tak? Mesti dalam fikiran kita  ada tanda tanya itu kan. Tapi hari ni aku dengar dia kata, "If you can bet my wife..ya kemungkinan saya akan fikirkan untuk berkahwin atau tidak dengan orang itu.." and the fact that arwah Gee is the perfect wife to him. Dan siang-siang lagi En Abil dah kata Gee terer masak dan sempurna di matanya. Tidak mudah ya nak memenangi hati En Abil ni sebab dia memang setia. Alhamdulillah kalaulah Gee boleh mengetahui, dialah isteri paling bahagia dalam dunia. Ok kita doakan semoga rohnya dicucuri rahmat Allah Taala.…

How to preserve herbs...

Image
Setiap kali kemas peti es, mesti ada rasa bersalah sebab ada je serai kering, halia kecut dan cili berkedut sebab aku tak perasan 'mereka' tu dah berapa lama dok diam dalam vege box kat aras bawah peti es. Minta maaf lah sayur2 semua. Tak dak niat nak bazirkan korang semua. Kalau mak ada, mesti mereka tu tak sempat mati beragan dalam peti es, mesti depa suka terjun dalam kuali atau periuk tapi sebab aku leka 'masak' kat luar rumah, lupa mereka dalam peti es.. Okeh tak nak membazir dah lepas ni, meh kita share macam mana nak simpan herba macam rosemary, thymes, basil atau pun mana-mana English herbs..senang jer..ambil daun herba tu, korang chop atau cincang sket kasi luka-luka daun tu, gaul dengan butter, simpan dalam peti es. Bila nak masak..ambil je sesudu dua bersekali dengan butter tu..mesti aromanya meruap naik.. InsyaAllah boleh tahan juga sebulan dua..untuk herba local macam serai, kunyit, halia, daun kesum, bunga kantan..nanti yer. Aku belum khatam lagi bab nak…

Tukang masak Queen Elizabeth?

Image
Im not beef lover but sometime I do take it once a while to fullfill my passion towards food. If u ask me what is my fav food, currently I like mushroom and any soup such as taufu soup, glass noodle soup, chicken soup and of course mushroom  soup. Btw, if you looking for power soup, pls visit mamak stall at Jalan Doraisamy near Campbell Complex close to Kg Bharu. Their soup is absolutely marvellous tell yaa...
What about beef? Meetball soup? Yes but I wanna share my experience during cooking workshop at Ben Grocer in Publika Solaris yesterday. The class was conducted by a chef who has an experience cooked for Queen Elizabeth, the British Queen. Yeahh proud of him and im more lucky because he likes to share some tips about beef with us.
Before that, beef is not the first things in my food list and if we refer to food pyramid, beef fall to third place so that we know we should reduce to consume beef in our menu. But up to you fella because our cita rasa is different. Chef gave us some…

Tiga jenis candu...

Image
Bercinta itu seperti candu, makan juga adalah candu dan mengembara juga adalah persis candu yang mana kesemuanya menuntut suatu perkataan dinamakan masa. Bercinta mengambil masa untuk mencapai tahap matang atau mengenali hati budi, sebab itu kita pernah dengar orang menyebut " aku fikir aku sudah mengenalinya luar dan dalam, tetapi apabila tidur sekatil dan minum segelas, masih banyak yang aku tidak ketahui mengenainya.Ya, maka jadilah aku penagih candu bernama cinta untuk mengenali individu yang aku ini adalah pelengkap kepada rusuk kirinya.
Makan..seperti candu juga. Kalau makan, aku akan makan menu yang jadi kesukaan seperti tiada masa lagi selepas ini. Makan perlahan-lahan, jika ada mood, cukup 40 kali kunyah dan jika masa cemburu, aku akan pilih makanan yang tidak perlu dikunyah banyak kali. Buruk laku kan, tapi tekak kita masing-masing dan cara kita menelan juga berbeza. Jika pertama kali menikmati makanan itu, aku akan masukkan ke dalam mulut dan pause seket…

Menaakul satu perasaan...

Kalau ada perasaan aneh apabila melihat orang yang kita suka dan pada ketika itu, kita berusia 17 tahun, mungkin juga boleh diistilahkan sebagai ada cinta dalam hati. Ataupun dalam hati ada taman. Dan bagaimana pula kalau pada usia ini, sudah empat dekad hidup dan bernyawa, tiba-tiba berasa ada perasaan aneh dalam hati. Perasaan yang sama dialami ketika kita hidup pada fasa muda belia. Perasaan itu pula terbit pada individu yang selama ini kita anggap sebagai rakan baik yang sentiasa rajin membantu dan memudahkan urusan kita.Mahu dipercayai atau tidak nyala rasa yang sedang membakar jiwa, menghangatkan seluruh daerah perasaan dan naluri kemanusiaan pun tidak boleh dinafikan bahawa 'dia' sudah secara sedikit demi sedikit mengusai ruang yang kosong itu.
Lalu akan ada frasa, bertepun sebelah tangan tidak akan ada bunyi? Masih valid kan frasa ini? Atau kalau tiada angin masakan pokok bergoyang? Atau dari mata jatuh ke hati? Pun boleh juga diambil peringatan jodoh pertemuan, ajal …