Tuesday, 14 May 2013

Menu kurang motivasi..

Realiti: Aku tak tahu nak makan apa. Nasi? Uhh tidak, terlalu banyak kanji. Chicken Chop? Ayam semua kena cucuk, nanti aku pun jadi macam ayam. Steak? No to red meat. Habis tu mak nak makan nyah! Cuba fikir, ada tak pada satu ketika, fikiran buntuk memikirkan apa yang nak dimakan. Pada satu tahap lain, rasa nak keluarkan balik semua yang dah ditelan. Adakah ini ciri-ciri aneroxia nervosa? Ke atau ini adalah petanda krisis identiti? Sudah tiada kesibukan di kilang kertas sebab election sudah habis, jadi aku pun rasa teragak-agak untuk makan sebab tenaga tak banyak keluar. Ok mak confess rindu suasana bizi gilos kat kilang..kilang sudah sunyi! Huhu...
Balik keje pun awal, sampai rumah tak tahu nak makan apa, takut nak makan sebab tenaga tidak digunakan. Puas fikir, apa mau shapedek! Oklah, menu selamat...sup daging. Masalahnya hati tarak puas kalau hanya sup daging jer. Mesti ada mushroom, linguine, baby carrot dan tomato cherry..mewah la sangat konon.
Yang penting, tak ada perisa tambahan. Actually sup tulang tu adalah sup tulang dalam tin keluaran Adabi, masa ia mendidih campak jer segala aksesori tu..dah tu taruk salad dan roti, macam makan kat Victoria Stesen la layaknya...berangan lagi lah nampaknya. Tak pe, bak kata Kak Sham, berangan is free...
Jangan tertipu dengan gambar, dengan pencahayaan yang cukup dan komposisi warna, ia nampak sangat menyelerakan..tapi memang betul menyelerakan sebab mudah jer cara masaknya..panaskan saja. Mak malas tahap resaksa gaban sekarang.Ntah hantu apa merasuk..semua mau segera punya menu..

K la..tepu sudah! Motivasi merudum...ahhh tolonggggggg!!!!

5 comments:

  1. Replies
    1. Lada Benar
      hahaha cukup sexy bagi saya,
      tidak bagi orang lain..

      Delete
  2. Wahai adinda LW..
    Rasa bagai ada yg menyebut-nyebut nama ku..
    Nasib baik bukan cerita-ceriti yg sensasi..
    Yes, berangan is FREE.
    Tapi kan kan.. selera la pulak bila nengok pics kt umah ni.
    Ini ayat skima org tgh nk BERCADANG nak diet.. sungguh ni.

    P/s;
    Boleh ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kekanda Sham
      Muehehe
      saya suka berangan
      hari-hari saya berangan
      LW memang kaki berangan..

      Ya kak sham, menu gitu sesuai utk diet, silalah cuba..:)

      Delete
  3. Salam LW,

    I pun motivasi tgh tunggang terbalik jugak ni.. arghh! Tak best tul la kan..

    ReplyDelete