Monday, 6 May 2013

Day lily rupa-rupanya..

Perangai buruk pasal makan ialah craving tahap patblasjuta kali terhadap sesuatu jenis makanan. Lazimnya gua makan dan makan sampai minta ampun, maksud gua bukan melantak kedarah tapi gua akan makan bila ada peluang..cesss buruk perangai kan..tapi apa kesah..saya makan berhemah, lemah lembut dan makanan atau menu saya akan dipastikan sihat dan seimbang walaupun saya sentiasa kurang sihat kerana serabut dengan kerja kilang..ok jangan follow saya bab makan ini..
Buat masa kini, sangat addict dengan cendawan dan yee mee. Dah tiga bulan makan yee mee hampir setiap hari, ntah apa hantu merasuk, aku tetap suka makan yee mee dan cendawan..
Ada satu ketika, aku gila akan karipap..selama beberapa minggu setiap hari kena makan karipap. Pada satu ketika lain, gian dengan roti telur jadi mamak depan kilang pun sudah cop ini worang gila tulur roti juga ada.
Lepas tu sangatlah suka dengan ikan keli pakcik romainor dan makcik umi kalsum celup dah meleret senyum dari jauh sebab dah tahu taste aku adalah ikan keli ehh ikan sembilan..sama je kot! Kini tahap craving terhadap cendawan belum reda dan green vege sudah semestinya apa saja masak mesti letak cendawan, cendawat busut pun tak pe tapi dok windsor ni mana nak cari cendawan gitu
tak pe, kita tipu, ganti dengan cendawan shimeiji.
Tapi kan, ada satu pokok ni gua tak ketahuan namanya, berzamanlah dok cari apa ke namanya dan baru beberapa hari lepas nampak kat peket tu tertulis 'day lily'..ehh cantik pula nama day lily, k la one day nanti saya akan bela ikan guppy dan letak nama day lily..hehe
Yang kuning kuning tu adalah day lily yang sudah tua..

12 comments:

  1. wuuuu.. aku x suka sayur liliy tu.. tak tahu kenapa sebab nama dia lily kot, spesies bunga. Aku kan tak suka bunga.. ehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Reenapple
      aku tak kesah sangat pasal nama, janji tastenya kena dengan tekak aku..

      Delete
  2. sup dalam roti tu memang aku suka.
    aku akan makan sup dan roti tu sampai habis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nizam.Ariff
      Hari tu aku makan tak sedap sangat sebab mushroom soup tu tak creamy sangat..roti dah sedap..

      Delete
  3. Alahai.. aduhai..
    Walaupun tak penah makan.. tapi nampak macam best jer la pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sham
      ala menu biasa jer tu, mana bleh lawan dengan masak lemak cili padi daging salai...

      Delete
  4. dah makan tp baca blog akak ni buat saya lapar balik la.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa
      hehe ilusi mata, walhal biasa je tu..

      Delete
  5. Mushroom soup kah dalam roti tu? nampak mcm sedap..tapi sayangnya tukang makan kata tak sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khairul Abdullah
      Ya mushroom soup tapi saya rasa 'taste' agak kurang umphh walaupun rotinya dah sedap..mungkin depa kena tambah sikit lagi cream supaya lebih creamy..

      Delete
  6. post kat blog saja tak cukup la LW. kena post ke sini sikit ler... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yongpropaghandi
      Allo kalo nak makan mai balik KL naaa..kikiki

      Delete