Monday, 6 May 2013

Anekdot tertinggal..

# Aku rasa lega sebab PRU sudah selesai, jadi kilang kertas aku mungkin boleh bagi aku cuti barang seminggu dua walaupun audit kertas masih dilakukan..apa-apa pun aku memang suka!

# Rumah aku macam tongkang pecah sebab sejak tiga bulan lalu, aku balik tidur dan tukar baju je..kira macam 18 jam di kilang, selebihnya di rumah. Itu pun sampai rumah ja terus pengsang.

# Tiga bulan buat audit dan susun kertas, enam kg berat badan naik..uhhhh sumpah aku tak suka keadaan ini. Lepas ni memang kena pergi gym tahap hover! Mak berjanji!

# Dua tiga menjak ini kesayangan no patblas sibuk belanja burger Mc D. Kenapa burger kalau orang belanja sedap dan kalau beli sendiri tak sedap? Kesimpulannya, burger itu jadi sedap sebab ia dibelikan oleh orang yang kita sayang..

# Aku dah berjaya merasuk drakula menyukai kopi dan tiap-tiap hari dia minum kopi katanya. Baguslah, welcome to the club Mr Drac!

# Akibat kesibukan, aku terabai dan lupa nak potong kuku sekali kena caught red handed oleh polis inspektor gaban pada suatu malam pada jam 3 pagi ketika nak supper kat kedai tomyam. Bertekak-tekak pasal kuku dan penyudahnya, dikeluarkan bapak punya besar nail clipper, ketup ketap, siap sepuluh batang jari yang kukunya kontot sudehhh! Ciss potong kuku jam 3 pagi. Hilang akai ke apa..Tengkiu aaa lalink..

# Nak kena call balik brader owner boat kat Kenyir sebab aku nak pi berfoya-foya sehari dua, back to nature le konon..ada sesapa nak ikut?

# Jempol bagi surat, bila buka..dapat elaun telefon RM20 sebulan selagi aku masih kerja kat kilang ini, kredit terus sama gaji..yay!!!

# Kerinduan itu sentiasa ada, sama ada kepada mereka yang sudah tiada atau yang masih ada. Kalau ada nombor telefon untuk call emak di sana, aku sanggup bayar charge walau mahal sekalipun...sayangnya ini hanya bayangan dan angan saja. Talian hayat yang ada ialah doa, sedekah dan amal jariah untuk mak...

No comments:

Post a Comment