Sunday, 28 April 2013

Udang...

Aku suka makan seafood. Arwah abah pernah kata pada, makanlah apa saja isi laut asalkan halal. Dia pernah menyuruh aku makan ikan sisa nabi atau ada juga yang memanggilnya ikan sebelah. Ikan berkenaan nipis dan sangat unik. Alhamdulillah aku sempat rasa ikan unik itu. Ia enak digoreng kerana rasanya seperti keropok saja.
Bercakap mengenai seafood, udang memang antara yang sentiasa jadi pilihan. Udang harimau, udang galah, udang kertas, udang putih dan segala bagai lagi jenis udang. Aku dah merasa kesemuanya termasuk shrimp dan lobster. Antara udang air tawar yang sangat enak ialah udang galah dari Sungai Perak, rasanya sangat sempurna dan ketika itu pada tahun 1996, dijemput mencuba Rendang Udang Galah di Restoran Seri Melayu. Nama chefnya dah lupa sebab dah terlalu lama.
Kemudian pada tahun yang sama juga aku kenal seorang chef berbangsa Cina di Hotel Permai Park Inn di belakang Hotel Istana. Rasanya kini hotel itu sudah tiada. Chefnya kalau tak silap aku bernama Chef Lee, sudah berusia dan stylenya seperti bapak bapak saja. Jadi bila dia tengok aku makan udang menggunakan tangan (sorry gua memang selamba pakai tangan sebab fikir tiada apa yang nak dimalukan), dia tegur aku dan tolong kopek kulit udang menggunakan garfu dan pisau di dalam pinggan aku ketika itu. Wahh aku pun apa lagi, berasa cukup terharu. Sebetulnya ada tiga langkah mudah untuk makan udang dengan nikmat. Nanti eh kita akan buat entry itu kemudian. Untuk entry ini adalah mengenai bagaimana mengendalikan udang galah mengikut cara mak..
Anda boleh ikut cara sendiri, tapi aku suka buat gini supaya apabila nak masak, defrostkan saja dan terus boleh masuk kuali. Maaf sample ini bukan udang galah, tapi udang kertas biasa saja sebab Jusco kat tepi rumah gua tak de lah pulak jual udang galah.


Nota: Udang memang enak dan sedap tapi awas, bagi sesiapa yang ada masalah high blood, makan udang cara berhemah ya kerana kandungan kolesterolnya agak tinggi.
* Satu kajian antarabangsa mendakwa kandungan kolesterol udang galah cukup tinggi tetapi penelitian menunjukkan bahawa memakan sumber makanan itu tidak menaikkan kadar kolesterol secara keseluruhan.
* Untuk kurangkan kolesterol, sebaik-baiknya bakar atau kukus dan nikmati beragam manfaatnya untuk kesihatan.
* Cara simpan udang galah, selepas dicuci masukkan dalam plastik atau bekas yang ditutup rapat. Masukkan dalam bahagian beku di dalam peti sejuk dan pastikan jangan kena ais bagi mengekalkan kesegarannya
* Untuk memilih udang galah yang baik atau segar, lihat kepala udang berkenaan. Kalau warna kuning, maknanya ia sudah lama dan tidak segar lagi.
* Bagi mengekalkan rasa manis udang galah ketika dimasak, jangan masak lebih daripada empat minit. * Daripada aspek rasa, udang galah kecil atau sederhana lebih sedap dan manis isinya.

8 comments:

  1. kulit udang jangan buang...boleh buat stok... simpan dalam bekas tertutup dan simpan dalam freezer..jangan simpan sampai setahun mcm i...rasa jadi tawar..at the end, tong sampah jugak masuk...

    udang..i suka udang mantis...manis dan sedap tapi sebenarnya semua udang i suka....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orait tq Net, boleh tambah koleksi petua i ni, horayy minggu depan masuk Isnin jer my schedule back to normal with a new mission and resolution...nanti kita leisure yeah...

      Delete
  2. i jugak yang tak leh leisure sebab tengah serabut perut pasal tesis i tu.. bosannnnnnn nak mengadap menda tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. I lagi beberapa hari je nak buat revenge untuk berfoya-foya setelah cuti kena beku sejak januari hari tu..kebetulan ada satu tabung dah hampir penuh..sekarang mengatur strategi antaranya call balik brader boat kat Kenyir tu, contact balik informer nak masuk ke Royal Belum..etc..haishh penuh la buku 3/5 pendek kata...hahaha..kalau tiada halangan, semua nak buat..

      LWindsor

      Delete
  3. wah, citerasa kita sama lah LW! bila nak kongsi resepi masakan udang? kehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. cepat aa balik KL, nanti kita buat tempura udang..hehe

      Delete
  4. saya pun! kalau sotong ngan udang.. saya lebih suka udang. waahh, byk info berguna disini. masak tk lebih 4 minit?? tu la... saya nk masak sekejap2 jer, mak mesti risau, takut tk masak..hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sue
      saya sebenarnya suka semua jenis seafood tapi la ni kena berhemah la makan sebab nak kena kontrol darah..
      ya sue seafood tak yah masak lama2, nanti zatnya hilang..

      Delete