Sunday, 28 April 2013

TM...tahap meroyan!

Aku ingat dah settle siri pergaduhan yang makan masa bertahun dengan TM Unifi, rupa-rupanya nan hadoo jer sebab depa masih suruh lawyer provoke client atas alasan nak minta bayar bil tertunggak walaupun service macam poyo tapi bila time nak minta duit dengan customer, macam ribut taufan hantar email pada client.

Ok citer dia gini, awal 2011 aku apply nak guna line TM Unifi. Memang excellent..pendek kata tak sempat climax citer ni, dah orgasm lagi citer lain kalau muat turun citer youtube tu sebab ke’excellent’nya service internet TM. So mak pun yak yak yayy! lah kan dan bayar bil konsisten. TM ni servicenya datang dalam 3 item, line internet, tv dan line phone. Dalam tempoh enam bulan semua bagus dan excellent habis sampaikan aku tengok tv hingga tv tengok aku balik...cehhh!

Akan tetapinya, selepas 6 bulan. Line internet dan tv dah start buat  hal. Nafsu menonton aku pun turut padam. Bila call teknisyen, pendek kata hunting linenya sentiasa sibuk. Kalau nak beranak, memang terberanak dulu baru dapat line. Bila dah dapat line, pas client  macam bola sana sini di sepaknya. Dua kali juga aku terpaksa call teknisyen sebab nak minta betulkan line. Dalam kes ini, teknisyen datang dan betulkan saja walaupun terpaksa berhempas pulas dan panjat sana sini. Bil tetap juga sampai walaupun service tak dapat. Awal 2012 keputusan diambil untuk terminate service yang hidup segan mati tak mahu itu.

Argue sana sini, finally staff TM kata aku tak payah bayar sebab bila dia cek kat file, memang service itu tidak digunakan. So settle la kira, tapi hari ni ada terima dua surat lawyer minta duit. Bukan aku tak boleh bayar bil tertunggak RM350++ tu, tapi aku berasa tertipu sebab staff TM kata tak payah bayar. Sebenarnya dah banyak kali bergaduh dengan depa ni pasal mende ni. By law memang aku kena penalti RM500 sebab nak terminate service before 2 yrs tapi sebab staff TM dah bagi gerenti kata tak payah, siap ada surat report dan tertulis tak perlu bayar so aku proceed terminate servicenya. Jadi macam mana ni, nak terus gaduh atau mengalah bayar RM350++? Kalaulah anda semua sekapal dengan saya..apa tindakan?

Nota: rasa nak jadi naga sekejap dengan ada api yg boleh keluar dari hidung dan mulut...

9 comments:

  1. nak sekapal jadi naga kalau hal tu terjadi dgn aku LW..

    byr utk sesuatu yg kita tak boleh nak guna memang buat hidung berasap!!

    tunjuk bukti surat tak perlu bayar kat depa.. rasa2 boleh selesaikan masalah tak LW?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nong,
      masalah aku ni dah berlarutan nak masuk dua tahun, haku panas hati sebab TM cakap tak serupa bikin. Dulu aku ada masalah dengan Telekom kata aku ada bil tertunggak sebanyak RNM400 sebab penyewa rumah lama aku dulu yg pedajal aku, aku bayau jer sebab memang tiada sebarang jaminan kata aku tak payah bayau. Ok jer kalau start dari awal depa kata aku kena bayau kan..ini staff TM beria-ia pesan kat aku jangan bayau kalau ada org minta duit, lagipun siap suruh aku tulis dalam report..so berpegang pada kata2 dia tu lah aku x bayau,..aku nak email pada CEO dia terus..

      Delete
  2. huuu,,,, kes berat. Aku kat rumah guna streamyx. tak tahu la apa bakal jadi.. uhuhuhuh

    Harap dapat diseledaikan dengan aman. Customer always right! =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Reen,
      kes ni sempoi jer, tapi aku bengang sbb depa dah janji kata settle tapi dok mai juga surat lawyer segala bagai..sentap la haku kan..cer kalu ko air yg tenang tiba-tiba berkocak, marahlah buaya kat dalam kan.,.haha

      Delete
  3. adeh .. bila baca kes macam ni , rasa macam nak ambil iktibar je. dalam hal ni , dah macam diluah mati emak ditelan mati bapak. bayar susah , tak bayar susah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Tia
      ya betul, iktibarnya ialah kalau ada org nak jual TM Unifi, jangan dengar apatah lagi berlanggan...

      Delete
  4. Nasib baik akak tak tergoda dengan puluhan panggilan telefon dari depa untuk upgrade dari Streamyx ke Unifi. Ada hikmahnya.

    LAWAN. Jangan bagi muka. Dah terang2 ada report mengatakan tak perlu bayar. Kita ada hak sebagai pengguna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas
      ya sebab ada report tu saya akan fight sampai ke titisan ayaq liow teakhir..kehkehkeh..buang karan sket tak pa kan..

      Delete
  5. LW,
    TM memang teruk.. Streamyx diaorg pun samer gak. Tepon rumh pun sama. Kalau lambt byr skit, dh htr bill kaler pink nk potong, padahal kita dh pakai berpuluh tahun, baru lambt byr sekali jer! Memg teruk!

    Lawan jer. Diaorg dh memang selalu kenakan org, sebb org tk lawan kan. So, jgn bagi muka sgt. Hehe...

    ReplyDelete