Monday, 8 April 2013

Hari berdarah dalam hidup...

Apa rasanya baring atas stretcher tu..stretcher besi pulak tu..walaupun ada tilam, tapi nipis sangat. Jadi kesejukan itu menusuk hingga ke tulang hingga membuatkan urat saraf pun kecut juga. Bila masuk dewan bedah, nurse dah terkial-kial nak ambil darah. Sampai lapan kali try, pun masih gagal. Cik doh betullah, depa ingat aku ni manusia bahan uji kaji, cungkil sana cungkil sini, cucuk sana cucuk sini. Aku rasa nak lempang semua yang ada..depa siap boleh memain sambil cakap oiii kome cepat nanti Prof datang, karang murka habis kita. Dia orang ingat aku ni apa..apa la akai tadak. Masuk kali ke sembilan, dah jumpa urat dan darah pun kuar. Aku cuma sempat kira satu, dua, tiga dan nampak jam di dinding 8 am. Ini adalah kejadian pada 2005.
 
Selepas itu setiap kali nak hulur lengan nak ambil darah, aku istighfar banyak2 supaya urat saraf tidak bersembunyi, memudahkan kerja nurse. Bukan senang nak mengeluarkan darah yang merupakan sebahagian daripada nyawa, yang menghidupkan kita, yang memberi kekuatan dan darah juga adalah tanda kekuasaan Allah. Kalau tiada darah mengalir ke segenap badan, alamatnya sudah tidak bernyawalah kita. Minggu lepas aku buat blood test untuk yearly punya medical check up.
 
"Ok u relax..i nak ambil sikit saja.." kata Dr Ng.
"Dr nak ambil banyak pun tak pa.."
"Kita ambil cukup2 saja..better.."
"Ok up to u Dr.."
Dan aku pun hulur lengan yg x semenggah tu sebab ada parut sana sini kena minyak panas masa goreng ikan bawal untuk KA beberapa tahun lepas. Dia cucuk sekali, jentik2, tampal2  lengan tapi tamau keluar juga darah tu. Jarum masih terpacak di situ, ok aku tak rasa sakit. Mind set dah buat sebelum tu bahawasanya aku tak akan berasa sakit. Dr kemudian cabut jarum dan cuba lagi di lengan kiri...juga tak mau keluar darah ni. Kali ketiga dia nak cuba di bahagian atas tangan menggunakan butterfly punya jarum. Aku suka tengok jarum butterfly ni sebab cantik..walhal nak elak rasa ngeri, jadi fikiran dihalakan pada butterfly oren tewww...
Bila jarum dicucuk pada bahagian atas tangan..ok cantik dan laju pula ia mengalir keluar dari badan memenuhi saluran plastic lutsinar dan menerjunkan diri masuk ke dalam picagari..ohh sebahagian dari kehidupana aku sudah keluar dan menempatkan diri dalam bekas sementara yang tidak bernyawa. Rasa aneh pun ada apabila darah segar itu, berwarna merah pekat, kental dan suam mengalir beralih lokasi. Dari tangan ke dalam picagari dan aku boleh hidu baunya yang segar..
"Dr..looks really fresh.."
"Yeah..it is u..from your body.."
"Hmm...fresh..."
"You sound like Dracula huh!" Kata Dr Ng...dia tak tahu bahawa aku ini adalan mutan vampire..darah itu menjadi sangat tertarik pada mata aku...kehkehkeh..berangan!
Selepas penuh picagari, darah itu dimasukkan pula ke dalam tiga tabung kecil. Katanya cukup untuk mengesan beberapa penyakit sekiranya ada. Aku tawakkal saja sambil dalam hati, berasa kesal kerana terpaksa berpisah dengan cecair yag tadinya elok saja mengalir dalam badan..kini sudah keluar dari badan dan terpaksa menjadi bahan uji kaji.
"U memang susah ya nak ambil darah?" Tanya Dr Ng lagi.
"Ya Dr, ini bukan kali pertama. Dr jangan risau..hari ni saya tak berasa sakit.."
"Really?"
"Yerp.."
"Amazing...good girl.."
Lebihan darah pada picagari itu digunakan pula untuk memeriksa kandungan gula dalam darah. Bacaannya agak bagus dan terkawal bagi penghidap diabetes macam aku.
Beberapa hari selepas itu, result keluar dan Alhamdulillah. Kolesterol baik dan jahat menepati keperluan dan terkawal, tiada protein dalam urine dan bagus juga kerana ia menandakan kidney dalam keadaan sihat, sugar level juga normal dan hipertention terkawal. Semuanya normal..akan tetapinya kini saya dalam keadaan flat..fever, flu, coughing and semput. Elok jer datang serentak dan menyerang sudah tiga hari. Kifarah Allah kepada aku agaknya yang selama ini langsung tidak mengambil berat mengenai diri sendiri.  Kerja keluar rumah hari gelap dan balik rumah pun hari gelap. Jadi inilah agaknya peringatan kecil untuk aku supaya menghargai badan, jaga hati dan peka tanda-tanda bahawa badan juga perlu rehat..
Nota:
1. Sayangilah badan anda, ambil kira keperluan badan dan jangan perasugut badan anda hingga ke titisan terakhir kerana badan juga amanah Allah. Hargainya, memang orang kata kerja seperti nak hidup seribu tahun dan beramal ibadat seperti nak mati esoknya..bukan begitu..dalam kontek ini..hargai badan kerana apabila badan sihat kita nak bekerja mahupun beramal ibadat pun senang dan selesa. Lebih-lebih lagi jika anda ada cita-cita nak menunaikan umrah atau haji, pastikan kesihatan di tahap teratas.
2. Teringat ada orang suka nyanyi lagu 'Sayang' nyanyian Shea sambil bawak keta..boleh caya ker..

23 comments:

  1. Alhamdullilah. Moga kau baik-baik sahaja. Aku baca ini teringat lak masa aku nak derma darah. Wuwuwuwuw. Aku ni spesies takut jarum dan tak suka pergi hospital dan klinik dan sebagainya. Eheheheh

    ~reenapple~ *malas nak login*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Reenapple,
      Alhamdulillah..sakit itu kurniaan Allah, sihat juga kurniaan Allah..walaupun aku tak leh bangun, pening, flu, semput dan sakit sana sini, aku tetap ada selera nak makan...acane tu? :)

      Delete
  2. darah orang suka makan segar baunya...
    vampire suka..... kakakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nizam.Ariff
      darah orang tak suka makan
      lagi vampire suka,
      darah diet gitewww..hahaha

      Delete
    2. darah orang diet rasa kelat...
      tak banyak vitamin dan nutrien la.. hahaha

      Delete
    3. Nizam.Ariff
      Haha yang kelat tu yang best tu
      dua kali ganda best eh!

      Delete
  3. Replies
    1. blog tip kurus
      darling, u too
      diet..diet juga
      tapi make sure
      sihat dan montel tau..
      hhihi

      Delete
  4. salam LW,
    i pun mcm you..payah betul bila nak ambil darah..urat halus bebenor...jarum tu asyik lah dicucuk sana sini..sakit weyy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. blu4sky
      tahu tahu saja vein tu kan bila nak ambil darah
      tak maunya ia bagi darah itu diabil dengan mudah..
      macam ia sengaja memberontak..

      Delete
  5. Assalamualaikum LW,

    baca stretcher ingat ambulance ... baca lagi ... AlhamduLillah you are alright :) part diabetic tu please take care :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Real Life
      thanks..memang I concern part diabetic, tu pasal banyak cut rice..makan soup..sambil berangan..hehe

      Delete
  6. Assalamualaikum LW,
    Ingatkan memula tu pi derma dara.. ehhhh.. darah..
    K.Sham biasa mmg buat cek darah setiap kali balik sana.
    Murah sikit. Kalau sini buat complete blood-check.. mau cecah RM600. Nipis poket.
    Btw, alhamdulillah.. semua ok kan kan..

    P/s;
    Dulu K.Sham biasa kena guna jarum butterfly sbb susah sgt nak cari urat darah. Sekarang ni.. guna jarum gedabak mana pun.. no problem.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Kak Sham
      Saya tak pernah derma darah sebab mabuk darah. Itu sebab terpaksa nak buat medical check up, saya beranikan diri. Kalau tengok darah segar saya pening dan pengsan. Pernah sekali p melawat kawan kat spital, tengok darah dalam plastic tergantung saya terbau bau darah tu dan pengsan tepi katil pesakit. Langsung misi angkat ke katil sebelah, adehhh buat malu je kan.

      Butterfly tu comel je Nampak kan ..

      Delete
  7. Salam LW,

    Semoga cepat sihat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Sue,
      Amin..doc dah bagi mc dua hari..
      Sue apa khabar?

      Delete
  8. Tahun 2005 tu, sampai 8 kali nurse tu cucuk? Pengsan...hahaha

    By the way, for those with difficult vein, before the venopuncture, boleh apply warm towel on the veins...with the hope that the vessel will 'appear', or at least, palpable..

    ReplyDelete
    Replies
    1. DZ,
      Ya tahun 2005 tu saya nak buat DnC walaupun tak miscarriage. Doc suruh buat sbb ada PCOS. jadinya budak2 pelatih dalam lab tu kalut nak cari urat x jumpa. saya rasa macam anak patung bahan ujian jer sbb depa tak reti nak cari port bagus nak cucuk jarun..huhu

      Delete
  9. LW yg disayangi..

    Jaga kesihatan dan cepat sembuh yer..diabetes mmg takde cure dan perlu kawalan dlm pemakanan. Please take it seriously, dear.

    ps: Menzalimi tubuh sendiri bermakna tidak mensyukuri nikmat dan kurniaan Allah beri. Walau apapun berlaku, belajarlah menghargai apa yg ada di sekeliling. Listen to others for ur own good.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eliza
      Dear, thanks a lot..hmm rasa cukup kasih saying la kalau gini..hihi..
      Anyway saya dapat mc dua hari sbb teruk kes asthma..tapi kalau dah rehat kat rumah tak reti pula nak dokdiam..ada je mende nak masak..

      Yes..kini masa untuk hargai tubuh badan. No more hard working..

      Delete
  10. Dear LW,

    Semoga cepat sihat yer...nanti tutup pulak kilang kertas tu kalau awk tak masuk kerja :)

    Saya adalah penakut jarum...sangat fobia ok.. Setiap kali nak give blood...pasti sgt nervous. Bukan sebab sakit..but to see or knowing that a very sharp needles poking under your skin is really horrible. Ironinya saya adalah penderma darah yg regular.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khairul Abdullah
      Thanks thanks..hehe I ada ke, tak de ke, kilang kertas tetap beroperasi u. Mafia yang sorang ni tak de, ramai lagi mafia lain kena que job..kehkehkeh

      Eee penakut jarum ya..cemane tu..now I know, perkasa di dapur tapi negeri dengan jarum ya..tapi memang ngeri juga bila tengok darah slowly keluar ikut tiub memenuhi tabung uji kan. Penat kita makan barang sihat dan develop darah tapi keluar juga. Good for u derma darah..itu pun charity wise juga..

      Delete
  11. saya takut jarum.hehe
    # iklan derma darah

    ReplyDelete