Tuesday, 16 April 2013

15 April, tujuh tahun lalu...

Pada hari ini, 15 Apr, tujuh tahun lalu..sudah dua malam aku tdo hospital sebab buat operation perut. Tiga tebukan kecil saja pada bahagian perut, tapi ngilunya mengaum. Jadi bila dah agak boleh bangun, aku minta dari Doc nak keluar hospital. Keluar hospital balik rumah jam 3 ptg..lepas Maghrib kakak telefon, abah tak sihat. Aku kata ok esok aku nak balik jenguk abah. Jam 10 malam kakak telefon lagi, abah makin kritikal. Aghh perut aku rasa tiba-tiba tak sakit. Aku tengok jam..lambatnya hari nak siang. Masuk kali ketiga aku tengok nombor kakak di skrin telefon, ok hati berasa sangat tidak sedap. Ketika itu jam 2.30 pagi.

"Abah dah tak de!"
Bagai sudah boleh diagak, perut pun dengan sendirinya jadi baik walaupun setiap kali aku selak baju lihat kain ghouse semakin terang warna merahnya..ahh sedikit saja. Jam 4 bergegas ke KL Sentral. Jam 6 sampai di KLIA, serbu kaunter MAS, katanya tiada kekosongan. Aku merayu, kata pegawai bertugas, kalau nak duduk dalam senarai menanti, kena tunggu depan kaunter sampai jam 10am. Dia beri cadangan, baik bertanya di kaunter Air Asia. Aku bergegas pula ke LCCT. Kata pegawai di LCCT pula, tiada kekosongan dan tiada senarai menanti. Ketika itu jam 8.30 pagi. Hilang rasa lapar, hilang rasa sakit. 

Aku kembali menjengah kaunter MAS, pegawai lelaki pandang muka aku..
"Cik, saya cuba ya..kalau ada rezeki Cik, ada lah ya tapi saya tak janji. Termasuk Cik, ada enam orang dalam senarai menunggu. Berdoalah supaya ada yang tidak muncul untuk penerbangan ke Kota Bharu pagi ini.." katanya bernada simpati.

Dalam hati aku tiba-tiba menjadi jahat dengan mendoakan supaya si polan dan si anu itu tidak muncul atas sebab masalah kesesakan atau mereka terlepas kenderaan atau apa-apa sajalah. Aku mohon juga supaya Pencipta beri aku peluang untuk tengok abah yg sudah terbujur kaku. Jam 9.50am, aku tidak berhenti berdoa. Ada kelihatan beberapa yang lain juga seolah-olah cemas seperti aku, menunggu penerbangan atas ihsan mereka yang tidak muncul. Jam 10 pagi, pegawai yang sama memanggil nama senarai menunggu. 

Masuk yang ke empat, nama aku belum disebut..oh Tuhan hanya ini peluang terakhir aku untuk melihat dia yang pernah menyikat rambut aku ketika kecil, untuk melihat dia yang menghantar dan mengambil aku pulang dari sekolah dengan basikal tua, melihat dia yang sentiasa berusaha mendapatkan kelapa muda untuk aku minum airnya dan setiap petang bulan Ramadhan dia tidak pernag gagal membeli air soya di pekan kecil untuk aku.

Dan masuk panggilan nama yang ke enam...ya nama aku! Terima kasih Tuhan! Jam 12.30 tiba di KB dan 1.30 aku sudah duduk di hadapan tubuh kaku yang kelihatan seperti tidur lena. Misainya hitam dan lebat, tiada tanda dia sudah tidak bernafas. Mukanya tidak pucat, cuma bahagian dada ke bawah saja kelihatan kebiru-biruan, tanda darah sudah berhenti mengalir dan oksigen sudah tiada dalam pembuluhnya. 

Tiada air mata pecah keluar. Tiada isak tangis kedengaran. Aku duduk merenung mukanya yg mata terpejam rapat. Dia persis tidur, bukan mati. Aku mengharapkan dia bangun dan memeluk aku, aku membayangkan dia bangun, bercakap dengan aku dan akan bertanya mengenai pembedahan yang aku jalani dua hari sebelumnya, aku berdoa lagi supaya dia bangun dan minta dibuatkan segelas milo suam..bangunlah! Bangun! Bangun....dia tidak bangun, dia tidak dengar permintaan aku..kerana dia sudah menghembuskan nafas terakhir semalam. Aku terlambat beberapa jam saja. 

Ketika dimandi dan dikafankan pun aku tidak menjenguk..kerana aku tidak boleh menerima hakikat dia sudah tiada. Sehinggalah jenazahnya diusung ke tanah perkuburan, aku hanya melihat dari pintu dapur rumah emak. Aku tidak mahu mengucapkan selamat tinggal kerana aku yakin dia tidak mati. Dia akan bangun. Waktu malam, aku memilih untuk tidur berdekatan dengan pembaringan dia siang tadi. Emak sunyi, dia kehilangan separuh nyawa..aku tahu itu. Sebelum tidur, aku masuk ke bilik emak untuk mengambil gebar dan sambil membelek para kain di dalam bilik emak, aku terjumpa baju yang dia pakai siang tadi, namun sudah dipotong oleh imam ketika mahu memandikan jenazahnya. Kerinduan memuncak, baju itu aku buka lipatannya dan memang bau badannya masih ada pada helaian itu, bau yang amat menyenangkan dan melegakan. Bau seorang abah yang tidak pernah menyusahkan aku, tidak pernah menyusahkan kami berlima. Aku dakap baju itu kemas-kemas, sedut baunya puas-puas seolah mendapat nafas baru untuk bekalan hidup. 

Ketika merebahkan belakang pada tilam pembaringan kesukaannya semasa hayatnya  masih ada, baru aku sedar dia sudah pulang kepada Pencipta..dan kesan torehan pada perut kembali berdenyut dan sakit. Dia sudah pergi dan tak akan kembali. Sedarlah aku, dia sudah tiada. baju itu adalah peninggalannya yang mengingatkan aku kepada jati dirinya, pada penampilannya yang pendiam.

Al Fatihah untuk arwah Shafie Md Nor, dilahirkan di sebuah kampung bernama Telaga Lanas, meninggal pada usia 62 tahun di Hospital Sultanah Zainab Kota Bharu pada 15 April 2006.

30 comments:

  1. Al-fatihah.


    Masihbermain didalam kotak minda eh memori ini. Simpan buat sebagai kenangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Telor Power
      ya akan terus diingati sampai akhir hayat
      malah masih terbayang satu persatu
      ya lah orang yang kita sayang kan..

      Delete
  2. Beruntung ayah ada anak yg solehah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. blog tips
      mudah-mudahan insyaAllah..Amin..

      Delete
  3. I'm really enjoying the design and layout of your blog. It's a very easy on the
    eyes which makes it much more pleasant for me to come here and visit
    more often. Did you hire out a developer to create
    your theme? Fantastic work!

    Feel free to visit my web-site; Kindergeburtstag Mannheim

    ReplyDelete
  4. rasanya saya baca entri lebih kurang sama tahun lepas
    maaf kalau saya silap.wpun kali ke2 baca airmata tetap jatuh
    alfatihah utk arwah ayah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa,
      memang pada 15 April setiap tahun
      akak buat entry ini
      jadi kisahnya adalah yang sama
      tapi ia sentiasa segar dalam minda
      malah tak pernah dilupakan...
      mengingati dia yang dipanggil abah
      dgn cara tersendiri..

      Delete
  5. alfatihah

    my bro in law kata, lawatkan emak ayah ketika dia masih bernafas ...kalau mereka dah pergi, tak ada guna kita terkial2 nak pi melawat.. it happens to me masa my father meninggal which i tak sempat nak tengok for the last time..

    and apa yang bil cakap, it really hit me... padan muka i...

    ReplyDelete
    Replies
    1. NenetPenne
      Kan..kalaulah boleh ulang masa tu
      i nak balik jenguk depa setiap bulan
      tak pun setiap minggu..
      nasib baik juga i kerap telefon
      semasa mereka masih ada
      jadi tak lah berapa ralat sangat
      walaupun x jumpa
      at least depa rajin bercakap
      dalam tepon..
      u lucky sebab masih ada ibu

      Delete
  6. Al-Fatihah.

    Kisah akak ni, bt sy sukar utk menerima kenyataan yg ayah sy juga pasti akan pergi jua satu hari nanti. Tak sgp rasanya kak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faraherda
      Kita semua akan melalui perkara sebegini
      mula-mula kita lihat mereka pergi
      kemudian mereka yang lebih muda pula
      melihat kita pergi...

      Delete
  7. Al-Fatihah.....sedeynye....moga akk tabah yea....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rietta
      Alhamdulillah
      akak ok jer

      cuma sekali sekala
      sedih bila teringat mereka

      ya lah mereka yang melahir
      dan membesarkan kita kan..

      Delete
  8. LW,

    Sebaknya baca..terbayangkan kalo berlaku pd saya. bagaimana emosi saya tika itu nnt. Pasti arwah abah awak tidak mahu insan2 yg menyayanginya berterusan sedih. Selalu doakan roh arwah ditempatkan bersama2 mrk yg beriman dan tenang di sana. Itu yg terbaik sebenarnya. Al-Fatihah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eliza
      Dear,
      saya dah biasa buat entry ini..dah tujuh kali buat
      sebab ini adalah cara paling simple untuk saya mengingati
      hari kehilangan dia...insyaAllah saya sudah boleh mengatasinya
      cuma sekali sekala apabila ingatan mendatang, berasa sedih..

      Delete
  9. Semoga arwah sedang bergembira di sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nizam.Ariff
      InsyaAllah..mudah mudahan rahmat Allah sentiasa bersamanya..

      Delete
  10. Assalamualaikum LW,
    Salam takziah serta Al-Fatihah utk arwah.
    Jgn segan utk mensedekahkan Al-Fatihah serta bacaan surah Yassin setiap kali selesai solat atau bila-bila masa yang terluang.
    Sesungguhnya hanya itu yang terbaik utk arwah dari anak-anak yang ditinggalkannya.

    P/s;
    My time has not come.. tapi tinggal berjauhan.. kami redha dengan ketentuan-Nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Kak Sham
      InsyaAllah..selepas solat, sebelum tidur dan sambil memandu setiap hari adalah masa wajib saya menghantar hadiah untuk mereka di sana..

      Delete
  11. InnaLillahi wainna ilaihi rajiun ... Semoga Almarhum ayahanda dalam rahmat dan keampunan Allah SWT jua ameen.

    ReplyDelete
  12. Al-Fatihah. Rindu arwah bapak akak jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas,
      orang kata kalau kita rindu dia, dia juga rindu kita..

      Delete
  13. alfatihah.

    kakak.
    terima kasih bagi kita FM.

    :)


    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. tasekM
      tq Tas..

      itu biasa biasa je dik, kebetulan rezeki awak..

      Delete
  14. Al-fatihah..
    Sedih membaca entri ni..teringat plak pd yang tiada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. All Along the Way
      Jom kita sedekah alfatihah untuk mereka di negeri sana...

      Delete
  15. Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT. Ameeen.

    ReplyDelete
  16. Al-Fatihah. Semoga dia ditempatkan dikalangan yang dirahmati-Nya. Ameen.

    ReplyDelete