Posts

Showing posts from April, 2013

Nafsu serakah...yee mee!

Image
Muehehe tajuk entry gempak siottt! Dulu masa arwah abah ada, aku tak pernah makan yee mee..yang aku tahu adalah maggi yang dimasak dengan telur berkeladak. Arwah abah suka sangat makan maggi dengan telur pecah-pecah tu. Mak tak akan masak, abah akan masak sendiri dan kami tunggu je nak makan. Bila dah besar aku mula banyak berjalan dan makan pelbagai jenis mee..yee mee, mee kuning, pasta, spaghetti, wantan dan pelbagai lagi..aku makan semua jenis mee (yang halal) tapi mee kuning tu agak kurang sebab tak tahan rasa kapur pada mee. Jadi aku tukar mee dengan pasta atau spaghetti. Ada pendapat mengatakan mee atau spaghetti bagus untuk diet kerana ia kurang karbo. Jangan salah faha, mee atau pasta atau spaghetti juga ada karbo tapi mungkin kurang sedikit dan ia mengenyangkan juga, maksudnya boleh ganti nasi. Bagi aku yang kena alert dengan nasi, aku ganti diet dengan mengambil mee dan mee yang jadi pilihan ialah yee mee atau mee sanggul. Tak pasti kenapa aku begitu addict denga…

Udang...

Image
Aku suka makan seafood. Arwah abah pernah kata pada, makanlah apa saja isi laut asalkan halal. Dia pernah menyuruh aku makan ikan sisa nabi atau ada juga yang memanggilnya ikan sebelah. Ikan berkenaan nipis dan sangat unik. Alhamdulillah aku sempat rasa ikan unik itu. Ia enak digoreng kerana rasanya seperti keropok saja. Bercakap mengenai seafood, udang memang antara yang sentiasa jadi pilihan. Udang harimau, udang galah, udang kertas, udang putih dan segala bagai lagi jenis udang. Aku dah merasa kesemuanya termasuk shrimp dan lobster. Antara udang air tawar yang sangat enak ialah udang galah dari Sungai Perak, rasanya sangat sempurna dan ketika itu pada tahun 1996, dijemput mencuba Rendang Udang Galah di Restoran Seri Melayu. Nama chefnya dah lupa sebab dah terlalu lama. Kemudian pada tahun yang sama juga aku kenal seorang chef berbangsa Cina di Hotel Permai Park Inn di belakang Hotel Istana. Rasanya kini hotel itu sudah tiada. Chefnya kalau tak silap aku bernama Chef…

Editorial: this is my planet hollyfood..

Image
NOTA: Entry ini dibuat ketika semangat berkobar-kobar nak buat blog pasal food sebab aku ni species pemakan tegar, tapi lama kelamaan menyedari hakikat masa sentiasa terbatas, blog itu berkubur walaupun ada satu dua komen blogger masuk situ..tq for those who noticed my enthusiast abt food. Tapi nak juga share di sini abt my thaught towards food..kalau ikut hati nak buat blog pasal fashion, pasal make up, pasal kesihaan etc sebab sayang pengalaman berbelas tahun mengassociatekan diri dengan persekitaran begitu hilang ghaib gitu saja..memang kalau ada masa 25 jam, 25 jam itu juga aku nak mengadap pc..tapi kita kan terbatas kemampuannya. Jadi aku cut n paste and senyapkan blog sedia ada itu..inilah wajah blog yg dimaksudkan. Sebelum ini aku dah ada 3 blog mengenai food, setiap satu dihentikan selepas 3 tahun..boringkan melihat gaya penulisan sama tapi bon coir sava ini agak lama bertahan dan ia akan diteruskan selepas beberapa ketika memikirkan kelangsungan hayat blog ini. Selesai saja …

TM...tahap meroyan!

Aku ingat dah settle siri pergaduhan yang makan masa bertahun dengan TM Unifi, rupa-rupanya nan hadoo jer sebab depa masih suruh lawyer provoke client atas alasan nak minta bayar bil tertunggak walaupun service macam poyo tapi bila time nak minta duit dengan customer, macam ribut taufan hantar email pada client.

Ok citer dia gini, awal 2011 aku apply nak guna line TM Unifi. Memang excellent..pendek kata tak sempat climax citer ni, dah orgasm lagi citer lain kalau muat turun citer youtube tu sebab ke’excellent’nya service internet TM. So mak pun yak yak yayy! lah kan dan bayar bil konsisten. TM ni servicenya datang dalam 3 item, line internet, tv dan line phone. Dalam tempoh enam bulan semua bagus dan excellent habis sampaikan aku tengok tv hingga tv tengok aku balik...cehhh!

Akan tetapinya, selepas 6 bulan. Line internet dan tv dah start buat  hal. Nafsu menonton aku pun turut padam. Bila call teknisyen, pendek kata hunting linenya sentiasa sibuk. Kalau nak beranak, memang terberanak…

Tokoh dunia Malaya...

Image
# Takziah untuk keluarga Tan Sri Hajjah Aishah Ghani. Beliau tokoh politik wanita Melayu yang sangat extraordinary kerana kesungguhannya menaikkan martabat Melayu dalam banyak hal. Sampai akhir hayat pun beliau masih berpesan kepada anak cucu supaya menjaga 'Tanah Melayu'..hmm bagaimana perjuangan kita generasi muda mendaulatkan tanah air...so jangan lupa mengundi ya!
# Perihal calon bebas sana sini, ada yang kecewa tak dicalon jadi mereka ambil keputusan untuk bertanding sebagai calon bebas. Aku tak follow sangat pasal cerita politik ni walaupun menarik sebenarnya. Namun kisah Dt Kamilia Ibrahim bertanding sebagai calon bebas di Kuala Kangsar walaupun sudah ditawarkan jawatan EXCO oleh PM, ditolak Dt Kamilia ini agak hangat dan menarik..bak kata kakak idola saya kerana barang kemasnya yang awesome sentiasa, Tan Sri Rafidah Aziz..."Stop it!" Ahhaa...sampai dia kata gitu kan.. # Dan Sabtu adalah hari selamat sebab aku konon nak pergi jogging dan berfoya-foya di Tasik …

2 anekdot kecewa..

Kecewa..mudah menyebutnya bagi orang lain, dan sendu menyebut perkataan itu bagi orang yang mengalaminya. Kecewa dalam hidup, rasa duka menghiris pilu dalam dada dan jiwa, namun orang yang mengalaminya akan cuba sedaya upaya menyembunyikan rasa itu supaya tidak ketara pada wajah walaupun nyata pada jiwa dan hati. Parah, remuk, terhiris, berdarah..namun kenyataannya tiada ubat untuk kelukaan begitu. Kelukaan yang tidak nampak bahkan tiada kesan pun tapi deritanya tidak hilang andai usia mencecah seribu tahun sekalipun. Sekali tercalar, selamanya parut berbekas. Sekali terlukanya selamanya pedih terkesan dan sekali terluka, darah tidak nampak menitis tanpa henti. Ia akan terus diingati..membadai resah, mengamuk gelisah..hanya Tuhan Maha Mengetahui rahsia suatu kelukaan dan kekecewaan pada kalbu yang tersembunyi dalam diri... Anekdot 1 Kepada 'anda' di luar sana yang menghantar text panjang pada saya hari ini mengenai kekecewaan..anda tidak keseorangan, dia juga kecewa kerana ke…

15 April, tujuh tahun lalu...

Pada hari ini, 15 Apr, tujuh tahun lalu..sudah dua malam aku tdo hospital sebab buat operation perut. Tiga tebukan kecil saja pada bahagian perut, tapi ngilunya mengaum. Jadi bila dah agak boleh bangun, aku minta dari Doc nak keluar hospital. Keluar hospital balik rumah jam 3 ptg..lepas Maghrib kakak telefon, abah tak sihat. Aku kata ok esok aku nak balik jenguk abah. Jam 10 malam kakak telefon lagi, abah makin kritikal. Aghh perut aku rasa tiba-tiba tak sakit. Aku tengok jam..lambatnya hari nak siang. Masuk kali ketiga aku tengok nombor kakak di skrin telefon, ok hati berasa sangat tidak sedap. Ketika itu jam 2.30 pagi.
"Abah dah tak de!" Bagai sudah boleh diagak, perut pun dengan sendirinya jadi baik walaupun setiap kali aku selak baju lihat kain ghouse semakin terang warna merahnya..ahh sedikit saja. Jam 4 bergegas ke KL Sentral. Jam 6 sampai di KLIA, serbu kaunter MAS, katanya tiada kekosongan. Aku merayu, kata pegawai bertugas, kalau nak duduk dalam senarai menanti, ke…

Murai..muffin

Image
(Entry murai ini adalah disebabkan terbaca pasal murai di blog Nizam.Ariff)

Murai.com? Bukan..
Habes tu, mulut murai? Pun bukan..
Burung apa? Burung murai...ini iklan
Burung murai? Ya ..mengenai burung murai...
Kicau murai? Ya..

Pagi-pagi mak kita kata buka tingkap sejurus selepas subuh sebab nanti rezeki masuk rumah.. Kalau bunyi murai, itu tandanya murai bawa cerita..abaikan cerita negatif, kita ambil berita positif saja.. Kalau dalam hutan, lazim perjalanan kita akan diekori murai kerana ia berfungsi sebagai penunjuk jalan sebenarnya... Kalau ada orang cakap banyak..haishh mulut murai sungguh dia tu kan..tapi itu mulut dia, dia punya pasal la kan.. Semalam jam 3 pagi, ada murai berkicau kat telefon..katanya nak makan muffin yg vampire buat..ahh murai kesayangan ini macam tahu-tahu saja ada vampire semput bakar muffin.. Ini muffin poppy seed berperisa oren, tapi biasa la kan..tamak..nak letak semua benda kat dalam muffin seketul tu..jadi ditaburlah dry cranberry and kismis segala b…

MC..mushroom cest la vie...

Image
MC??? It cud be manifesto and candidates, also medical certificate and of coz makan cendawan. In my circumstances..anything is possible now. Yesterday, I had difficult breath due to asthmatic problem and it came in package, heavy coughing, bad flu and end up with fever..alah demamnya tak seberapa kan tapi dengan muka seposen mak menapak juga ke klinik kat kilang sebab geng mafia dok push suruh jumpa Doc. Macam biasa, bila jumpa Doc, dengan manja-manjanya dia kata "..girl what happen. Quite long u never hv a kind of fever kan..." Doc ni adalah doc kesukaan aku sebab dia sentiasa banyak idea nak explain pasal life healthy. Lepas cek sana sini, test sana sini, dia pun bersuara lagi. "Let me check ur chest..huh tight. Breath pls..hmm..u need a rest.." Dalam hati aku, kalbu yang putih dan yang hitam bertekak-tekak antara nak bersuara atau tidak pasal mc kan. Akhirnya kalbu putih menang sebab aku tak sampai hati nak kata nak minta mc..tapi orang baik hati ni kan dan …

Hari berdarah dalam hidup...

Image
Apa rasanya baring atas stretcher tu..stretcher besi pulak tu..walaupun ada tilam, tapi nipis sangat. Jadi kesejukan itu menusuk hingga ke tulang hingga membuatkan urat saraf pun kecut juga. Bila masuk dewan bedah, nurse dah terkial-kial nak ambil darah. Sampai lapan kali try, pun masih gagal. Cik doh betullah, depa ingat aku ni manusia bahan uji kaji, cungkil sana cungkil sini, cucuk sana cucuk sini. Aku rasa nak lempang semua yang ada..depa siap boleh memain sambil cakap oiii kome cepat nanti Prof datang, karang murka habis kita. Dia orang ingat aku ni apa..apa la akai tadak. Masuk kali ke sembilan, dah jumpa urat dan darah pun kuar. Aku cuma sempat kira satu, dua, tiga dan nampak jam di dinding 8 am. Ini adalah kejadian pada 2005. Selepas itu setiap kali nak hulur lengan nak ambil darah, aku istighfar banyak2 supaya urat saraf tidak bersembunyi, memudahkan kerja nurse. Bukan senang nak mengeluarkan darah yang merupakan sebahagian daripada nyawa, yang menghidupkan kita, yang memberi…

Nasi goreng parlimen bubar..

Image
Hari tu tengok Kak Sham buat nasi goreng kangkong...terus teringat-ingat sampailah ke la ni..kalau nak goreng sendiri..pehhh tak de selera aaa nak makan  air tangan sendiri. Satu lagi kalau masak kari..mati-mati aku tak boleh nak makan kari sendiri tapi kalau orang lain punya kari..masyaAllah punya le rasa sedap..kari mamak?? Owhh kurenggg yer sebab dah terdengar  macam-macam citer pasal kari. Lepas tu suka la pulak berangan makan nasi goreng lima bintang gitu kan. Siap ada segala bagai aksesori yang konon boleh mengaburi mata siapa melihat kan. Jadi pagi semalam kebetulan ketua kilang bagi off..so aku pun dah horay horay nak p tengok wayang la sangat kalau ikut deria rasa di hati kecil yang kadangkala bengkek dan kadangkala kembang kuncup... Tetiba budak Lala sms, kak LW ketua kilang kata kena standy sebab Parlimen akan dissolve jam 11.30 pagi jadi aku pun terhegeh-hegeh makan cecepat. Terbantut selera nak makan gaya leisure-leisure kat tepi kolam renang. Sambil bersiap nak p kilang…