Saturday, 16 March 2013

Cendol Sri Petaling

Kerja hari Sabtu, hari Sabtu kene kerja..ehh mana satu yang betul? Haa gini la jadinya kalau kene susun kertas pada hujung minggu, otak ke lain, hati ke lain, perasaan ke lain juga. Dalam dok sibuk-sibuk cari kertas hilang, bos jerit suruh pergi ziarah ada officemate yang isterinya berpulang ke rahmatullah. Jadi kami pun bergegas-gegas tunggu driver volunteer untuk bawa kami ke tempat ziarah. Selepas jenazah selesai, kami bergerak balik ke kilang sebab ada urusan belum selesai dengan kertas yang berlonggok-longgok di kilang. Dalam perjalanan balik, Hzmi kata dia nak berhenti makan cendol. Kami yang tahap ahkak-ahkak ni ikut jer sebab dia yang pegang stereng.
Kita tahu kan rakyat Malaysia ni kalau bab makan cendol, memang 1 Malaysia habis. sambil dok sembang Hzmi memberhentikan Boeing 747nya di tepi sebatang landasan di kawasan Sri Petaling. Sepanjang jalan ada banyak kerusi plastik dan last sekali ada satu lori kecik, lori mamak yg jual air cendok tu.
Aku pun tak tahu apa sebab ramainya rakyat 1 Malaysia sanggup beratur panjang tunggu que nak makan cendol dan rojak mamak tu. Ok ada cendol pulut, cendol jagung, cendol kacang merah dan cendol poyo..ehh maksud aku cendol plain tak dak apa-apa filler keh...so mak macam biasa nak, mak suka cendol pulut. Sekali hirup, arghhh rasa cerah biji mata bila masuk gula Melaka dan santan dalam tekak. Dua kali sedut, owhh rasa jelira sangat air cendok dan tiga kali sedut, okehh air cendol mamat ni kalau Sharon Hakeman try pun dia akan pejam mata rapat-rapat sebab kombinasi cuaca panas terik dan kesegaran ais serta lemak manis gula Melaka itu bersatu dalam mulut dan meresap perlahan-lahan ke dalam esofagus seterusnya mendap di usus. Its perfecto! 
Kalau tak silap satu mahkuk besi tu RM2 dan ada juga rojaknya yang pada mak sap sap soi..okeh selera masing-masing ya. Kalau sedap i kata sedap, kalau out. i tak mo komen banyak..tak baik kita hencap rojak mamak tu tak sedap sebab kita pun takat dada itik jer pas masak memasak neh...anyway kalau makan waktu lapar, memang akan berasa semuanya sedap kan..ahahahah so u all jangan lah sangat tertipu dengan tipu daya helah syaitonirrojim...kalau nak shopping pun lagu tu jugaklah...makan siap-siap lepas tu baru g shopping kalau tak tak tentu arah nak buat pilihan..ehh termasuk bab shopping pulak...
Dan kelainan cendol mamak tepi jalan ini ialah dia tak provide meja, cuma letak kerusi plastik cap bangku dan pelanggan berdisiplin sungguh tunggu cendol tu dihantar kepada mereka. Aku dan rombongan Boeing 474 seramai 4 orang ni sabar sebenarnya nak tunggu sebab ada satu group lagi pun sedang menunggu juga. Finally bila air cendol sampai...tengah hari yang panas itu bak muncul hujan salji..perghhh nyaman!
Haaa ramai tu dok tunggu que dan nampak tak plastik santan segar yg mamak tu nak tuang dalam bekas. Tengok juga uniform dia orang..siap pakai kemeja putih dan apron..kemas dan bersih jadi no wonderlah cendol mereka menjadi buruan kaki cendol sekitar Sri Petaling termasuklah empat pemakan rakus dari kilang kertas berdekatan kilang tepung Narayanan Morthy. bersebelahan dengan kelab malam Miss18 dan ada kedai bunga giant Floristika kat situ...kehkehkeh!

25 comments:

  1. Replies
    1. Nizam.Ariff
      memang sedap, ko ader? ekekeke...
      ok aku mood jahat pepagi senin ni..

      Delete
  2. wah best cendoi pepanas ni kan, kita suka cendoi kacang merah gan rojak sotong xtra, eh x de org tanya pung, x pe kita peramah..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. susumanis,
      kita kan..asal nama cendol je kita pasti suka..agar-agar cendol..pun kita suka.. xoxo!

      Delete
  3. wah kena try ni!

    oh ya saya pernah try cendol bakar dekat sekinchan kot, dah lupa. tapi rasanya memang tak dapat dilupakan! sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hiedayahrosli
      akak pernah dengar juga cendol bakar tu..depa kata sedap sangat tapi tatau la sebab tak pernah try cuma pernah dengar.

      Delete
  4. Replies
    1. Lia Iirdelia
      P la try makan..gerenti jatuh cinta dengan cendol tu..hihi

      Delete
  5. Akak suka cendoi kacang merah, nyummehhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas
      kacang merah ka, jagung ka, pulut ka..
      sumer sedap pada tekak saya..

      Delete
  6. dah 2ringgit yer.! pernah pekena kat Kulim, itu jam, 4kupang jeh. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepa
      masa jam 4 kupang tu tahun bila der?
      Tu rega RM2 tu sama cam kalo pancut
      ayak keciq kat KLCC naa...

      Delete
  7. Mmg jelira la kalo pekena cendol tetengah panas. adoi..tergoda la pulok. Nak kena cari ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siti
      ajak la Naqib pi cari cendoil tu..
      yummy sangat kalau pekena time tengah hari
      ahh sebai sebai...hehe

      Delete
  8. cendol memang 1Malaysia..!!

    tatkala cuaca kat sini dah terik perit, cendol mmg sangat diperlukan...!!!! tapi here kan, sedih tau.. tadak org jual la like dat lori one..

    ReplyDelete
    Replies
    1. m.u.l.a.n
      ala darling kat sana tak de owang jual cendol ke?
      Okeh biar i la pi meniaga kat sana, janji u jadi
      regular customer tau..hihi xoxo!

      Delete
  9. Kalau kita tengok mamak jual cendol ngan rojak kat mana2 pun laku la. Saya tak pernah pergi yang sri petaling, tapi saya pernah singgah yang kat jalan kuching... pelanggan memang ramai

    ReplyDelete
    Replies
    1. MystoryPic
      Memang tambah tambah lagi musim panas ni kan..
      perghh campur pulak rojak pasemboq..huhu mendidih la
      perasaan kalau makan dua dua tu..

      Delete
  10. Kalau K.Sham.. suka cendol jagung.
    Tapi kalau Haazem compom mintak air gula, santan & ais saja.
    Lagi plain kan.
    So dgn sbb tu kitaorg x penah beriya nak bawak dia pi layan cendol.
    Buang masa nak explain order kat mamak saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sham
      Bitau Haazem rugi dia makan cendol plain..
      suruh dia try yg ad added value, baru chalengging sket..hehe

      Delete
  11. Akak selalu makan cendol dan rojak mamak yang dekat subang jaya section 15....kat situ pun ramai orang beratur dan pernah masuk jalan jalan cari makan tv3... Rojak mamak tu pun pergh hingga menjilat jari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sha
      saya makan cendol bila ada orang rekomen..sebab dah confirm ianya marbeles kan..akak tau ke buat cendol?

      Delete
  12. Aduhhh..LW ni wat kita teringin jugak..sini ada tapi tak kaw..

    ReplyDelete
    Replies
    1. All Along The Way
      Sila turun KL kalau nak rasa cendol kaw..kat depan kilang kertas kita ada mamak jual pasemboq dan cendol setiap khamis tengah hari..meh la..

      Delete
  13. LW

    Akak pandai makan cendol je....buat nya memang haraaaam lah.

    ReplyDelete