Wednesday, 27 March 2013

Barangkali...

Barangkali, barangkali ya...

Kelegaan mutlak seorang bayi ialah apabila bibir comelnya boleh melekat erat pada payu dara ibunya, muka rapat pada dada ibu sambil dia menghisap susu sambil mendengar degupan jantung si ibu yang selesa berada sangat rapat dengan dia...

Barangkali juga, kegembiraan mutlak seorang kanak-kanak ialah apabila dia dapat merasa gula-gula idaman atau memiliki permainan yang pernah dijanjikan ibu bapanya walaupun dia tidak pernah terfikir untuk dapat memilikinya...

Barangkali juga, kegembiraan sepasang teruna dara atau kesayangan si anu dan si polan ialah apabila mendapat tahu buah hatinya dalam keadaan ceria dan gembira, dan dapat pula berbelas mesej mereport apa-apa yg patut dengan pengakhiran i love you, muahh atau xoxo...

Barangkali juga, kelegaan seorang isteri ialah apabila mengetahui suaminya tidak curang, bertanggungjawab terhadap keluarga dan menyayangi dirinya sepenuh hati...

Barangkali juga, kelegaan seorang bapa ialah apabila anak gadis atau anak terunanya tidak pernah ponteng sekolah, berkawan dengan orang baik-baik, hormat akan dirinya dan tahu tugas serta tanggungjawab seorang anak...

Barangkali juga, kelegaan seorang blogger ialah apabila dia dapat membuat entry yang dibaca oleh ramai rakan blogger lain, saling berbalas komen, memberi pendapat sama ada positif atau negatif tapi dalam nada harmoni...

Barangkali adalah seribu kemungkinan, barangkali juga aku akan menghadapi hidup akhir tidak lama lagi dan barangkali juga Tuhan mencabut nyawaku melalui ubun-ubun kepala dalam keadaan aku mati kecil, iaitu tidur..ya Tuhan aku minta ampun akan segala kesalahan yang aku lakukan sama ada secara sengaja atau tidak...

Dan barangkali inilah kelegaan, kegembiraan mutlak kami pekerja kilang kertas apabila dapat bersama rakan yang memahami, menghormati dan seadanya tanpa membezakan siapa kami, apa warna kulit kami dan apa yang kami makan hari ini..

Barangkali juga, anda berasa pelik kerana statement ini mungkin tidak sesuai dengan apa yang anda lihat di bawah..inilah kelegaan kami setelah seharina berhempas pulas..kami release stress dengan makan..makan dan makan...inilah kepuasan kami..
Air barli ini sangat sempurna pada tekak kami...ia menyejukkan badan, keladaknya lemak-lemak manis dan paras suam suhunya selesa di tekak kami..tiada satu pun cacat cela air barli ini..kami sepakat bahawa air barli ini adalah awesome dan berupaya menambah hidrasi yang berlaku pada badan kami selain menyejukkan hati yang kering kontang akibat terlalu penat bekerja. Kami tidak cuti sejak Januari lalu..ohh Tuhan...
30 cucuk sate ayam dan daging yang kami order dan kemudian ditambah lagi sebanyak 10 cucuk semata-mata menambah kelegaan kepada kepala kami yang bersimpang siur akibat  menyusun kertas di kilang..letih, tertekan dan rasa seperti hendak menangis tapi tiada bahu yang boleh menampung air mata kami, jadi kami menangis sesama sendiri di meja sate di kedai mamak...muehehehe poyo!
Kami memesan enam ketul nasi kemek putih untuk kami bertiga...pelahap tahap cipan dan lapar tahap gaban..kepala otak kami hanya terfikir sate dan sate dan sate saja ketika memesan menu Malaysia ini dan kami tak fikir pun karsinogen bahan bakar pada sate itu boleh menyebabkan barah dalam badan kami..ahh setakat 40 cucuk dan hadap sebulan sekali, kami rasa kami tak perlu ambik port sangat...
Hmm jamulah mata, telanlah air liur sendiri..kami dah selamat menghabiskan 40 cucuk sate ini, walaupun rasanya so so saja tapi sebab kami mensyukuri rahmat dan rezeki yang Allah bagi, kami rasa sate ini sangat yummylicious dan marvellous dan scandalous sangat dengan kedai sate ini..sebab selepas makan ini kami singgah di kedai jual pretzel pulak...
Kami tak makan bawang..jadi kami cuma habiskan sate, timun dan sate saja...maaflah bawang, kamu tak cukup jelita untuk kami huggle..
Yang baju merah itu kawan kami, Jid kami panggil dan yang belah kanan itu adalah mat salleh immitate yg pandai cakap teganu, kelantan, british dan kl-lien, kami panggil dia owh-dee..dia ni budak handsome juga di kilang kami..dia jadi driver kami dalam rangka berfoya-foya mencari port makan paling heaven kala kami tertekan bekerja di kilang...
Ini kuah sate kami..kuah pun choyy sebab tak cukup pedas dan masin tapi kami bantai jerrr sebab kami cinta sate...
Ya itu dia Jid berusaha menghabiskan nasi kemek dan bilah-bilaj sate terakhir..

Barangkali juga saat ini tidak akan tiba lagi kecuali dengan izin Allah, barangkali juga kami tidak akan berpeluang lagi untuk duduk bersantai di sebuah jalan separa sibuk di Bangsar sambil makan sate dan mengomen orang lalu lalang tanpa motif jelas..tapi kami tahu ini adalah saat kami berbahagia, menjadi diri kami sendiri dengan pakaian lusuh dan fikiran lapang dikurniakan Allah dan kami menghargai saat dan ketika ini kerana kami tahu kami tidak akan dapat mengulang moment yang sama lagi selepas ini kerana kami tidak akan tahu nasib kami walau sesaat ke depan.

17 comments:

  1. Hahaha...mukadimah kemain, lansung tak berkaitan dengan air barli mahupun sate..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suspek Utama
      Hahaha..ya barangkali itulah style saya yang anda boleh ingat..intro kemain kebabom tapi isi cerita adalah tidak ada kena mengena..hahaha

      Delete
  2. SEJAK TAHU SATE PENYUMBANG KANSER..PK 16KALI NAK MAKAN SATE
    ITU KLU MASA SEMPAT PK LA..KALAU TERINGIN TAHAP MELELEH TU MAKAN JUGAK.HIHI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa
      Akak tahu juga tapi penangan sate ni memang tak boleh buat apa pun dah...tetap juga rasa nak makan..hihi

      Delete
  3. dasyatnya 3 orang 40 cucuk sate!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. RedAnna
      Hehehe selera makan kita orang memang jerung punya selera sebab dengan makan sajalah kami lepaskan segala penat lelah kerja..ada yang pilih mengena teh tarik sambil yada yada dan ada juga yg pilih pergu shopping tapi kami mengambil resolusi meja makan adalah port terbaik....hihi

      Delete
  4. Barangkali kita bertemu di kutub utara...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nizam.Ariff
      atau lebih baik barangkali kita bertemu di laman kau yang dah cantik tu kan...dah tanam pokok hijau ker? minta mama muahs kau buat teh aku datang sembang ek..kikiki...

      Delete
  5. Itu bawang tolak mai sini, akak suka bangat. Timun ai tak mau :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dinas Aldi
      oo akak meh sila turun KL kita pekena sate babat atau sate buntut di Kajang...kehkehkeh..lab yu kakak..i penggemar sate, u pun kan..

      Delete
  6. Replies
    1. Kay
      yer..nasi kapit yg terhimpit dan menghimpit...hihi

      Delete
  7. Subhanallah..
    Kenapalah kes penderaan mata selalu berlaku kat rumah ni.
    Kejam betul la Tuan Rumah ni.

    P/s;
    Dinas xmo timun, bak meh pass sini.. akak suka timun. celup kasi banjir dlm kuah kacang tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sham
      MasyaAllah ampun kak, tak de niat nak dera mata akak, saya cuma nak dera perut jer tu, hahaha kak sham kami memang release tention dengan kuar cari makan, try menu baru, try kedai makan baru dan dalam perjalanan balik buat conclusion sama ada kedai itu boleh dikunjungi lagi atau black list...

      Delete
  8. Lama tak jenguk laman u LW..bz sesangat..letih ya amat..sesekali baca laman u buat I teringin plak air barli tu..nak sikit..mengidam la plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. All Along the Way..
      Hope everything is under control there. sini pun agak tak terkawal kerana keletihan berterusan, selagi election tak jalan selagi tu lah mental and fizikal penat...
      meh la turun windsor kita pekena air barli suam..hihi

      Delete
  9. barley sedap... taruk ais..double sedap..pastu nak shishi manjang...

    satay..lama tak makan satay kat kepong tu... mmm...

    -net-
    pun malas nak log in

    ReplyDelete