Monday, 11 March 2013

Apa maknanya tu?

Kalau off dan tak masuk kilang, banyak nau benda nak buat. Nak bayar bil, nak beli grocery, nak cuci rumah, nak masak, nak basuh baju, nak berfoya-foya, nak jahit manik baju yg orang upah, nak cari kayu, nak cari kayu..nak dating ..ehhh tersasul...hehehe..off nya dua hari je tapi banyak sangat benda nak buat, last-last tersadai jer kat sarang vampire di Windsor.

Tapi malang sentiasa tak berbau, Sabtu petang tu masa nak kuar pintu keta balik keje, belekberi mak terjatuh atas simen dan naik atas jer, kong terus belekberi tu...hwaaaaa!!! sedey..ajalnya memang dah betul2 tiba. Usha peluk pun tak guna sebab memang otaknya dah tercabut skru..maka aku terpaksa guna jari sebagai kalkulator nak beli tepon baru. Sah la bulan depan kena cari kayu api lebih nak kena jual nak cover duit beli hp..punah ranap impian mak nak beli tiker flight nak visit Kak Nor di Brunei..ampun kak..len kali saya beli tiket.

Tapi bila dah ada hp ganti, arghhh banyak pulak mesej masuk..ye lah dua hari kong kan, maka banyaklah mesej tertunggak..antara yg sedap di baca ialah dari adik manis yg sorang ni. (Aku dah lama bersara dari jadi PRS. Last time jadi PRS dua tiga bulan lepas masa kes dak G dan E dan CR..PRS ta bertauliah). Dan adik manis ni suka ajukan soalan mengancam nak minta nasihat aku..dik..cinta ahkak pun tak kesampaian dik..sob! sob! Cinta ahkak cinta terhalang dik...kehkehkeh! Okeh sebab adik nak juga pendapat ahkak, meh ahkak share dengan blogger kesayangan akak semua kat sini..chewahhh ahkak bajet blogger femes walopon blog ahkak ni cam hidup segan mati tamau eh..

Okeh gini email adik manis ni pada aku:
Kak LW, salam..windu la kat akak..bila nak jumpa ni kak, saya nak makan rv boleh tak. Muahhh! Cop kak, beberapa hari ini saya ada keluar dengan seseorang selepas tak jadi dengan mamat Temerloh itu hari. Akak ingat kan mamat Temerloh yang saya citer pada akak tu kan..? Ok saya dah tutup buku dengan mamat tu..sebab dia lebih muda dari saya.  Saya kuar dengan En Hulk Hogan ni, saya tau dia somebody tapi saya tak heran dengan ke-somebody-an dia tu. Kami makan stimboat kat Ichiban Ramen. Saya belanja dia sebab dia datang ke tempat saya. Kalau saya pi tempat dia, saya akan paw dia cukup2. Akak tau la kan stimboat tu banyak, saya tak habis makan. Tiba-tiba sebelum kami balik, dia habiskan stimboat saya..arrrr apa maknanya tu Kak? Akak tolong elaborate sket kak..

Erkkk? Apa maknanya? Adik, akak tak habis belajar lagi ilmu tilik2 habiskan makanan makwe ni. Mungkin dia tak nak membazir kot sebab adik dah murah hati belanja dia Ichiban Ramen tu kan..err u all mesti syahdu kan kalau kuar dengan pakwe u all tetiba si jejaka tu gentleman sangat tolong habiskan makanan u all? Ke tak gentle? Ke ya..ehh? Ke macam mana?

Nota: Chaittt tetiba perut aku lapar teringat cendawan putih dan udang kertas dalam Ichiban Ramen tu..ada sesape nak join mengichibanramenkan diri tak???

33 comments:

  1. Assalamualaikum LW,
    Nak menyampuk jugak la.
    Kalau dari sudut positif - bagus la tu, dia xmo membazir.
    Tapi kalau dipandang secara sebaliknya - ape hal la tu? Pelahap nyer??
    Lainlah kalau dah biasa jumpa ke, kawan lama ke.. kurang sesuai laa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Kak Sham,
      Maybe ye kot dia pelahap..tapi saya rasa dalam kes ini..dia nak convince budak perempuan ni..nak menunjukkan dia baik..harapnya dia memang baik aa kan...

      Delete
  2. komen mcm kak sham.boleh ke?
    tepuk dada tanya hati..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa
      boleh! boleh!
      maybe ada sebab nape dia buat cenggitu kan...:)

      Delete
  3. Hahahaha..pada saya, bagus la tu...
    En Hulk Hogan tu jujur, ikhlas, tak hipokrit..
    Sebab ramai dari kita yg hipokrit...masa mula2 kenal, bila dating, makan pun sikit2...kononnya tak kuat makan( ni especially pompuan tau...hahahah).
    Dan bagus lelaki macam tu ..tahu menilai rezeki...tak baik membazir...

    sekian telekan saya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. DZ,
      Saya fikir gitu juga..sebab dia ikhlas dan memang dia nak tunjukka perangai dia yg sebenarnya..

      Delete
    2. Akak setuju dengan pendapat Daddy Ziyyad der. Boleh ja kalau encek hulk hogan tu nak hipokrit tapi dia pilih untuk menjadi diri dia sendiri. Cuma mungkin pada kali pertama berjumpa, cara dia tu sedikit memusykilkan adik manis kot..

      Delete
  4. Kesimpulannya, dia suka makan stimbot...

    kalau jadi kawen satu hari nanti, kena pastikan set stimbot ada di rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nizam. Ariff,
      Kalau depa tu jadi kapel, aku nak minta depa belanja aku makan stimboat tu..hahahaha ada niat jahat ni..

      Delete
  5. Eh, oklah tu klu menghabihkan. Klu jenis mkn terssipu-sipu, elok disiku je. Hahahahah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farah
      a ah kan..dia selamba je bantai..at least itu dah tentu perangai betul kan...

      Delete
  6. Salam kenal. Suka baca blog ni rasa sempoi n lega otak akak yg tgh penat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah,
      terima kasih singgah..ala kak saya sempoi2 je menulis sini sebab otak saya pun hairwired gak neh...

      Delete
  7. kalo dekat moh le kita pi makan berdua je.. tengah sedu syahdu ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. m.u.l.a.n
      nanti yer, kita visit awak kat sana
      kita g makan-makan seafood nak..hehe

      Delete
  8. alahhh setakat habiskan makanan tak ada makna pun...kita pompuan tak payahlah perasan sangat... jangan ditimpa perasaanggg yer.... tu nasihat tambah dari makcik senah yang percintaan (haktuih) hanya setengah jalan ni... ahaks...

    eh jom..i nak je pi makan kat ichiban ramen tu..eh kita punya nak berstimboat kat tupai2 tu bila?? u jangan nak mungkir janji yer... marah ni marah nih..ahaks...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nenetpenne
      a ahh kan agaknya lelaki tu nak amik ati je kot..

      e ehh baru i ingat stomboat tetupai kita acaner eh..dah lama tertangguh ni..i patut salahkan ketua kilang kertas sebab bagi i off time u tak off..

      Delete
  9. LW,

    dah nama manja pun En Hulk Hogan, agak-agaklah bila time makan tu kannn? *hentam sajer* :)

    Ok ar..takmo buruk sangka..munkin dia terlalu lapar sebab puasa hari tu kot..uhuk uhuk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eliza dear,
      mueheheh nama maanja hulk hogan...errr tak de la hulk hogan sangat pun agaknya...susah betul kita nak telah apa ada dalam fikiran hulk hogan tu kan...

      Delete
  10. Tu lah kan cuti sabtu minggu tapi macam banyak sangat nak buat....aircond bilek mak dah pasang..,,wheelchair pun dah beli...hooray senang sikit rasa hati.

    Eeei tak best lah dating perempuan yang bayar..tak gentleman betul Mr Hulk Hogan tu....dah lah makan pun tak cover2....nak jadi diri sendiri pun agak agak lah...kalau den terus den pangkah..sorry cuba lagi lain kali ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak sha
      Adik manis tu kata dia sengaja nak test hulk hogan sama ada ya ke tidak ikhlas sebab lepas ni depa nak dating lagi, dia nak tengok sapa pulak kena bayar..hik

      Delete
  11. dia cuba untuk romantik. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepa
      romantik ek..hmm...aku rasa dia akan lebih romantik kalau dia berlaku jujur dengan perempuan tu..

      Delete
  12. dia rasa membazir kot... kalu nk kata pelahap, tgk cara dia mkn camner.. hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sue,
      style makan dia tak pulak saya tahu..maybe slow motion kot..

      Delete
  13. kak LW, nama dia hulk hogan. haha..tp style adik manis ni tanya soklan mcm ruangan keluh kesah bersama esah dlm majalah ujang/apo tu jek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siti
      akak tak reti nak seriuskan soalan adik manis ni..dan dia pun suka tanya akak sebab dia tau dia akan dapat jawapan pelbagai dari blogger2 kesayangan yg masuk sini.. :)

      Delete
  14. Hahahaha dah mcm pakar kaunsling bab cinta ni.


    Hahaha...klakor.




    *kundasang pi zaman dah aman la sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TP
      Ehhh ahkak memang kaunselor dikkkk...kaunselor tak bertauliah..dan depa pun suka dok menanya akak itu ini...ko kalau ada masalah cinta, roger akak eh...ekekeke ini promote diri namanya..promote sebagai penasihat aaa!

      Delete
  15. kak, tak kesah la dia pelahap ke, dia makan tak abis ke, tp ape kes mamat tu biarkan gepren ni yang bayarkan... (erk) pelik sekejap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. LINDArling @ RedAnna
      rasanya budak perempuan tu kata kat hulk hogan tu, dia belanja dulu, lepas ni kalau mereka dating lagi, hulk hogan pula akan belanja..konon kira fair and square la..hehe

      Delete