Posts

Showing posts from March, 2013

Selera harimau..

Image
Caya dak semua ini adalah mengambil masa 30 minit saja untuk disediakan. Selera harimau yang tiba-tiba datang secara mendadak setelah seharian berhempas pulas di kilang kertas..aku pun tak tahu macam mana selera ini boleh timbul. Gamaknya kalau ada mangsa di hadapan maunya aku terkam dan kekah hingga hancur..macam harimau menerkam mangsa..isk! Apa-apa hal, makanan mesti berwarna warni walaupun perut bukan tahu membezakan warna yang masuk tapi ia bijak menaakul zat dan vitamin yang masuk. Maka kuning adalah sangat dialu-alukan kerana kekayaan vitamin yang dimiliki dan hijau juga tidak kurang hebat kerana kerangupannya...kedua-duanya adalah bangsa capsicum atau lada benggala... Spaghetti san remo yang dicelur selama enam minit saja, letak satu sudu garam dan biarkan ia masak pada tahap el-dente. Jangan terlebih masak nanti ia gebu gebas dan spaghetti anda akan choyy sebab terlalu kembang. Jadi..watch out dengan tempoh masa anda mencelur spaghetti ini...
Ayam marinate yang sudah siap, d…

Barangkali...

Image
Barangkali, barangkali ya...
Kelegaan mutlak seorang bayi ialah apabila bibir comelnya boleh melekat erat pada payu dara ibunya, muka rapat pada dada ibu sambil dia menghisap susu sambil mendengar degupan jantung si ibu yang selesa berada sangat rapat dengan dia...
Barangkali juga, kegembiraan mutlak seorang kanak-kanak ialah apabila dia dapat merasa gula-gula idaman atau memiliki permainan yang pernah dijanjikan ibu bapanya walaupun dia tidak pernah terfikir untuk dapat memilikinya...
Barangkali juga, kegembiraan sepasang teruna dara atau kesayangan si anu dan si polan ialah apabila mendapat tahu buah hatinya dalam keadaan ceria dan gembira, dan dapat pula berbelas mesej mereport apa-apa yg patut dengan pengakhiran i love you, muahh atau xoxo...
Barangkali juga, kelegaan seorang isteri ialah apabila mengetahui suaminya tidak curang, bertanggungjawab terhadap keluarga dan menyayangi dirinya sepenuh hati...
Barangkali juga, kelegaan seorang bapa ialah apabila anak gadis atau anak ter…

Audit diri..aim to target!

Image
Semalam adalah Ahad, bangun tidur je aku dah rasa buntu tatau nak buat apa. Kalau bos bagi cuti teringat2 bebudak kat kilang kertas, kalau bos suruh kerja teringat2 tilam bantal kat rumah..teringat2 roti bakar cap ayam kat depan tv, teringat2 air susu dutch lady dalam peti es sendat kat dapur dan teringat2 kopi sejuk atas meja depan tingkap lebihan semalam...cehhh apa daaa LW ni semua nak rindu. Paling sadis, teringat2 kesayangan yang cakap tak serupa bikin, psttt Net u tau sapa kan...siap la dia tu..esok i baca mantera kasih sayang, maunya dia datang melutut..hahahah..pepagi senin ni mood jahat, ampun! Ok semalam baca sebuah novel bertajuk Bulan Di Atas Champ Elysees..dengan aku sekali ke laut baca novel tu yg sangat remaja muda mudi..hmm kalau ikut hati memang aku nak buat lagu tu tapi kita hidup dalam dunia realiti, ada sebab dan musabab kenapa LW kerja di kilang kertas, kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang..ehh kais malam? Ok kais malam adalah untuk kecemasan...masuk…

Cendol Sri Petaling

Image
Kerja hari Sabtu, hari Sabtu kene kerja..ehh mana satu yang betul? Haa gini la jadinya kalau kene susun kertas pada hujung minggu, otak ke lain, hati ke lain, perasaan ke lain juga. Dalam dok sibuk-sibuk cari kertas hilang, bos jerit suruh pergi ziarah ada officemate yang isterinya berpulang ke rahmatullah. Jadi kami pun bergegas-gegas tunggu driver volunteer untuk bawa kami ke tempat ziarah. Selepas jenazah selesai, kami bergerak balik ke kilang sebab ada urusan belum selesai dengan kertas yang berlonggok-longgok di kilang. Dalam perjalanan balik, Hzmi kata dia nak berhenti makan cendol. Kami yang tahap ahkak-ahkak ni ikut jer sebab dia yang pegang stereng. Kita tahu kan rakyat Malaysia ni kalau bab makan cendol, memang 1 Malaysia habis. sambil dok sembang Hzmi memberhentikan Boeing 747nya di tepi sebatang landasan di kawasan Sri Petaling. Sepanjang jalan ada banyak kerusi plastik dan last sekali ada satu lori kecik, lori mamak yg jual air cendok tu. Aku pun tak tahu apa sebab ramai…

Precious moment mafia kilang kertas...

Image
Lepas siap susun kertas, kami duduk saja nak tunggu bos cek sama ada kertas yang disusun kemas ke tidak. Aku macam biasa, buat-buat bz sebab duduk dekat dengan meja bos. Karang naya kalau bos nampak aku leisure habis kan. Minah rocker Lala and Farah pun ada kiri kanan. Kadang-kadang aku skodeng apa budak Lala tu cakap kat tepon, ntah dengan siapa tapi bisiknya lain macam dan aku tahu Lala ni dalam hati ada taman. Farah pulak bizi susun kertas lagi tapi aku tahu kertas yang dia susun itu adalah kertas lama..dia pun macam aku, buat-buat busy.. "Lala..gua lapar!" Kata si Farah menerobos telinga aku, ye lah sebab aku kat tengah-tengah depa. "Lu der, hujan lebat kat luar..gua takut bos carik." kata Lala sambil kemas-kemas meja. "Gini, lu pergi alih kereta. Gua ikut...tak boleh tahan ni..gua nak makan carbonara kat Secret Recipe.." "Baiikkkk...err ni, ketua mafia kat tengah ni lu tak mo heret sama?" "Tak payah, dia tekun susun kertas...!" C…

Apa maknanya tu?

Kalau off dan tak masuk kilang, banyak nau benda nak buat. Nak bayar bil, nak beli grocery, nak cuci rumah, nak masak, nak basuh baju, nak berfoya-foya, nak jahit manik baju yg orang upah, nak cari kayu, nak cari kayu..nak dating ..ehhh tersasul...hehehe..off nya dua hari je tapi banyak sangat benda nak buat, last-last tersadai jer kat sarang vampire di Windsor.
Tapi malang sentiasa tak berbau, Sabtu petang tu masa nak kuar pintu keta balik keje, belekberi mak terjatuh atas simen dan naik atas jer, kong terus belekberi tu...hwaaaaa!!! sedey..ajalnya memang dah betul2 tiba. Usha peluk pun tak guna sebab memang otaknya dah tercabut skru..maka aku terpaksa guna jari sebagai kalkulator nak beli tepon baru. Sah la bulan depan kena cari kayu api lebih nak kena jual nak cover duit beli hp..punah ranap impian mak nak beli tiker flight nak visit Kak Nor di Brunei..ampun kak..len kali saya beli tiket.
Tapi bila dah ada hp ganti, arghhh banyak pulak mesej masuk..ye lah dua hari kong kan, maka …

Pie cendawan Aaron Aziz, sup Fazura, tempura Siti Nurhaliza

Image
Kerja kat kilang kertas ni memang boleh buat kita rasa seteress habis-habisan. Ye lah kalau silap susun kertas, habis la ko kena jerit dengan bos. Kalau silap letak warna, pun kena sound juga. Tapi sebab aku suka kerja deal dengan kertas, maka aku masih kekal kerja kat kilang ni.Seteres tu seteres juga, tapi kami biasanya nak bunuh seteres tu kami berfoya-foya di kedai makan. Kalau tak lepak kedai uncle senget, kami bergegas ke port lain sebab sekeliling kilang kertas tu ada banyak port makan yang vogue dan havoc. Jadi kamu cuma pilih masa dan pastikan kocek ada sehelai dua kertas warna biru kelabu dan tak pun yang warna kuning kemerah-merahan itu, so jalan je la. Jid kata tak best makan kat kanting kilang, makanannya macam makanan kanak-kanak taska..ecehh kan...aku tau dia kata gitu sebab dia nak ajak aku pi makan jauh sket dari kilang. So aku pun ready je la tunggu dia bersuara. Ready tak ready selepas memandu keluar kawasan kilang, dia ajak lepak di Botanical, satu kedai makan dim…

Takziah kpd keluarga Supt Ibrahim Lebar...

Image
DaripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali. Al Fatihah kepada mereka yang terkorban ketika menjalankan tugas mempertahankan keselamatan negara.. Sehingga kini ada lapan yg terkorban. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan. (Surah AlMunafiquun. Ayat 011.) Aku bukan ada sebarang hubungan saudara mara pun dengan dia, malah tak kenal pun..cuma tahu Allahyarham Supt Ibrahim Lebar ini terkorban akibat dua tembakan pada bahu dan mata (kalau tak silap). Jadinya berkebetulan ada kesempatan, aku singgah di kediaman keluarganya di USJ22 sejak jam 3 petang utk memberi penghormatan terakhir, semalam. Sahabat handai memenuhi ruang hadapan rumah. Pilu bergayutan di segenap ruang. Ada sekumpulan pelawat Cina di luar rumah dan mereka berada di situ dari jam 4 petang hingga 8 malam. Sanggup mereka menunggu dengan sabar dan aku dinyatak…

Anekdot...

1. Ramai benar yg nak jadi polis, pemberita, PI, SB dan segala bagai yg berkaitan dengan isu terkorbannya dua anggota polis komando kita kat Lahad Datu kan. Siapalah saya nak judge mereka itu ini, siapalah juga saya nak judge Kerajaan begitu begini..apa yang saya tahu..mereka terkorban ketika menjalankan tugas mengawal keselamatan negara. Jadi yang lain-lain tu saya tak mahu ambil tahu, saya cuma mendoakan semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan di kalangan para solehin..
2. Sakit hati kan bila kita sudah meletakkan kepercayaan kepada dia, dan secara tiba-tiba juga dia memusnahkan kepercayaan itu tanpa sebarang sebab. Aku boleh selami perasaan Cik Minah* yang sentiasa merujuk kepada aku mengenai kes kasih sayang ini. Katanya walaupun aku sendiri tak cukup kasih sayang, tapi aku ada banyak kasih sayang yang boleh diberikan kepada individu yg memerlukan. Bagaimana tu ya Cik Minah sayang.. "Kak Vampee, cheq memula tu tak dak la suka sangat kat dia..tapi bila dia ber…