Saturday, 9 February 2013

Minum latte sama Tunku Abdul Rahman

Mesti bangga gila kan kalau dapat minum teh sama-sama bapa kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman Al-Haj kan. Tapi mana boleh, dia dah tak ada. Kalau dia ada pun sapalah aku di mata dia walaupun dia adalah 'suatu fenomena' di mata aku.

Sambil malas-malas petang hari, tiba-tiba ada Tunku Abdul Rahman immitate tepon. Wahh terlompat sebab tergezut..sebab hari tu dia kata dia tak free..lambat lagi nak minum kopi dengan aku. Jadi aku pun senyap je la..sebab Tunku yang ini sangat sibuk, dia dalam cuti sabatikal nak siapkan ijazah sarjananya dan kemudian khabarnya nak sambung ke ijazah lanjutan di UM. Aku bila lagi??? Hmm...nanti-nantila..

Haaa inilah dianya ghope Tunku Abdul Rahman dimaksudkan...nama komersial ialah Che Kem. Dah berlakon banyak drama dan teater dan aku memang jadi penyokong dan peminat nombor wahid dia ni..sebabnya nak tau kenapa? Sebab dia classmate aku masa tingkatan 6 dan masa sambung belajar di uni pun kami masih berkawan-kawan. Minat serupa..dia masuk pantun wakil kolej, aku masuk pantun wakil jabatan..pendek kata banyak nak sama minat.

Kalau jumpa, banyak benda nak sembang..kecoh jadinya sebab ada je projek kolaborasi aku nak buat dengan dia. Bapa anak dua ini memang ada bakat semulajadi menghidupkan watak Tunku..lihat sini filem apa yg dia berlakon lagi..

Bila berbual dengan dia, aku rasa seperti berada di dalam drama juga..:) adakah selama ini aku berdrama juga dalam hidup..betul kan orang kata hidup ini bagai pentas opera...kan? (Arghh ini entry kebuntuan..)

6 comments:

  1. salam, kak.

    Forest Gump pulak kata : life is like a box of chocolate, we never know what we might get.! hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam sepa,
      yerp..moral of the story..keep alluring and eating chocholate..coz we might get something awesome..:)

      Delete
  2. drama aja Lady windsor...bila lagi nak masuk dlm dunia fantasi. Nice blog yaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chekem..
      drama adalah wajib dalam kehidupan kkk!

      tq.

      Delete
  3. Rasa nya dia ni penulis lirik juga kan....kalau tak silap dia pernah menang untuk lagu apa akak dah lupa....tapi lagu tu lirik nya memang sedap.....atau akak salah orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sha
      ya betul, dia pebulis lirik lagu yg dinyanyikan siti nurhaliza...kalau tak silap saya Hati Kama ke apa...ada banyak lirik juga dia tulis..selain tu dia pelon drama/teater dan ada beberapa filem dia berlakon..

      Delete