Posts

Showing posts from February, 2013

Stim di lorong belakang...

Image
Sejak dua tiga hari ini, aku stim memanjang. Bila duduk kat lorong belakang, dengan cuaca redup dan angin sepoi-sepoi bahasa…memang stim. Bukan stim sekali, tapi dua kali stim terus. Kira pakej la, kalau stim sekali jer tak sempat nak rasa kenikmatan stim tu, so kena ambil pakej dua kali stim, baru rasa lepas gian.
Ehh ini bukan stim kebiru-biruan tau..tapi ini stim yang mengenyangkan..roti stim uncle senget…perghhh! Sekali pekena pasti nak lagi dan lagi. Rotinya gebu dan lembut sangat, selalunya kalau order, kena order sua set baru terasa kesetimannya. Kenapa stim? Sebab seleas disapu kaya, uncle tu akan letak roti tu atas dulang panas sekejap ala macam kita stim food lenlain tu kan, Cuma stim roti ini adalah biasa2 jer. 
Lorong belakang pula ialah sebuah kedai kopi lama yang sempit, ada kipas lama dan kerusi yang digunakan juga kerusi oriental yang sudak kusam tapi keadaan begitulah yang buat kedai kopi wai man kat jalan bangsar sentiasa penuh. Dan ia halal. Bahagian depan untuk ha…

Tak cukup kasih sayang...??

Kali pertama beli henpon..jenis Nokia. Aku tak ingat apa model tapi yg jenis macam botol air empat segi..seketul jer. Masa tu tahun 96. Suka gila first time beli henpon. Macam jakun pun ada sebab henpon masa tu adalah barang mewah. Lepas guna model yg macam botol air tu, aku beli nokia 3310...sempat bertekak dengan roomate pasal HP. Dia kata hp org kaya2 jer boleh pakai, aku kata mana der,..hp is domestik punya keperluan. Org tak kaya pun boleh beli beb..kami tak bercakap seminggu pasal hp..budusss jer masa tu.
Lepas Nokia 3310 rosak..sebab aku ni kononnya baik, bagi pinjam pada kawan dan kawan tu pulak pergi PD, katanya lupa hp dalam kocek...terus kena air masin dan rosak..dah lah tak ganti..senyap macam tu jer..hangen la aku..penyudahnya phone tu terbarai aku lempar dinding. Ini orang kata marahkan nyamuk, kelambu kena bakar. Kalau boleh lempar yg pinjam hp tu, nak je aku hempas dia kat dinding tapi aku waras lagi walaupun bila tengok dia aku rasa nak telan...
Aku beli satu lagi hp…

Pakatan curros...

Image
Hujung minggu dah tak serupa hujung minggu. Time orang keje aku off. Time orang off aku keje..penyudahnya aku adalah zombie! Bukan zombie Kg Pisang, tapi zombie Windsor. Aku kuar kerja orang masih tidur. Aku balik kerja, pun orang sudah tidur..dua kali zombie. Sebelum masuk opis ada kerisauan menikam2 hati..yelah sebab keje aku tak macam org lain, kalau silap susun kertas kat kilang, atau silap campur ink kat tulisan di kertas, harus kena jerit gegar satu floor..stress la kan..tapi bila mengingatkan beberapa conversation yg aku setiap hari dengar..rasa suka juga. Boleh hilang stress...
Kat opis ni aku dok tengah-tengah antara dua orang budak perempuan. Jadi setiap hari aku dengar perbualan mereka mengenai pakwe, ayah, mak, kawan, senior, buah hati, kahwin, chief, coklat, ketam, makan dan macam-macam lagi...ehh ketam pun masuk dalam list ka adik manis?  Kikiki ada lah ceritanya, bila-bila mak up entry sini. "Der, gua nak makan curros..jom.." "Kat mana der..?" &qu…

Chapeau de Napoleon...

Image
HEBOH lagi. Ladang mawar milik Ah Kau mengalami kerugian berpuluh ribu akibat mawar yang ditanam diserang perosak. Ah Kau sugul seharian kerana mawar Comte de Chambord, Marchesa Boccela dan Madame Hardy sedang laris lantaran hari kekasih masih lagi diraikan. Selang dua hari sebelum itu, Ladang Muniandy juga dikhianiti orang apabila sesuku dari mawar Gruss an Aachen dan Sweet Intoxication yang ditanam dicantas individu tidak dikenali dan paling mengejutkan, ladang mawar Belle Isis, Rose Mundi dan Apothecary Rose milik Haji Mohsin mengalami peristiwa aneh apabila dua hari sebelum dituai, mawar miliknya layu dan mati dengan setiap kelopak seakan hangus warnanya.

Peristiwa ini baru saja berlaku minggu lalu di tanah tinggi aku, tanah tinggi tempat aku bermastautin. Walaupun aku memiliki kelulusan untuk bekerja makan gaji di bandar, tapi aku memilih untuk meneruskan rutin di tanah tinggi ini yang sangat aku sayang. Sebetulnya sebab utama aku tidak mahu meninggalkan ladang sayur di tanah ti…

SHilA amzah...

Hujung minggu, sokkabar kecoh kan dengan youtube adik manis Shila Amzah. Sayang betul kan...putus cinta gi nyanyi lagu ombak rindu..kalau berdoa minta Allah tenangkan hati kan bagus...tapi twit dari Rewan Ishak ni yg aku rasa ada betul juga..nak share sini:

Dear my future gf, kalau bergaduh nanti jangan menangis kat youtube & emo kat twitter. Stay away fr social media. Kita whatsapp ok. Pwomise?
Twit dari Rewan...iskk kenapa la Shila Amzah tu buat gitu..aku rasa dia mengkelabukan masa depannya sendiri...what u say?

Minum latte sama Tunku Abdul Rahman

Image
Mesti bangga gila kan kalau dapat minum teh sama-sama bapa kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman Al-Haj kan. Tapi mana boleh, dia dah tak ada. Kalau dia ada pun sapalah aku di mata dia walaupun dia adalah 'suatu fenomena' di mata aku.

Sambil malas-malas petang hari, tiba-tiba ada Tunku Abdul Rahman immitate tepon. Wahh terlompat sebab tergezut..sebab hari tu dia kata dia tak free..lambat lagi nak minum kopi dengan aku. Jadi aku pun senyap je la..sebab Tunku yang ini sangat sibuk, dia dalam cuti sabatikal nak siapkan ijazah sarjananya dan kemudian khabarnya nak sambung ke ijazah lanjutan di UM. Aku bila lagi??? Hmm...nanti-nantila..

Haaa inilah dianya ghope Tunku Abdul Rahman dimaksudkan...nama komersial ialah Che Kem. Dah berlakon banyak drama dan teater dan aku memang jadi penyokong dan peminat nombor wahid dia ni..sebabnya nak tau kenapa? Sebab dia classmate aku masa tingkatan 6 dan masa sambung belajar di uni pun kami masih berkawan-kawan. Minat serupa..dia masuk pantun …

Sepotong salmon beryogut, sehiris perasaan...

Image
Dia: Kau bagi aku tiga sebab kenapa aku tak boleh apply dan isi borang untuk jadi pak we kau? Aku: Ehh ko meroyan ke apa neh? Bulan belum keluar dah mimpi..apa raaa! Dia: Ko belum jawab soalan aku.. Aku: Suka hati aku lah...bak lah cepat.. Dia: Kalo ko nak, jawab soalan aku dulu.. Aku: Ahhh cepatlah..ko nak aku jerit dalam telefon ni yer? Dia: Peduli apa aku...kalo ko nak..jawab soalan aku dulu.. Aku: Ko kan..back hand nak tak? Dia: Elehhh nak back hand aku konon, makan pun bersuap...pehhh.. Aku: Sumpah..sumpah! Sumpah aku benci ko...bluekkkkk! Klik! Gagang putus...tiba-tiba Zain tersedar..mimpi itu amat mengerikan... ********************************************************************************* Zain menyediakan tiga resipi untuk Yaya. Dia tahu Yaya akan mencuba resipi ini di dapur emaknya terlebih dulu sebelum tiba hari pertandingan..salmon masam manis..tapi perasaannya pada Yaya sentiasa manis, tiada masam langsung...dan dia sanggup menghadapinya jika berlaku penolakan di pihak …

Kalbu...

...bulan balik jatuh
hati merusuh-rusuh
dan jiwa pun runtuh!

...bulan di langit suram
perasaan lantas kelam
dan suara pun diam!



Penasaran!

Resamnya air..ke laut lepas

Image
Sasterawan Negara, Abdullah Hussain, di dalam novel Imam karya beliau ada menulis ayat yang maksudnya lebih kurang begini "...air yang terkepung di dalam satu ruang yang tertutup tetap akan berusaha mengalir keluar mencari rekahan walau sekecil mana pun rekahan itu untuk membebaskan alirannya ke laut lepas..."
Berbanding cahaya yang akan memancarkan sinarnya pada garis yang lurus, akan tersekat dan terhalang apabila ada liku di hadapan, lantas sinarnya terhenti di situ kerana ia tidak boleh mengisi ruang membelok, tidak seperti air, yang akan berusaha memasuki apa saja ruang walaupun ruang atau rekahan yang sangat seni dan halus.
Dan dua tiga hari ini, aku memilih menjadi 'air'. Merayau di blog Kak Sham dan terjumpa blog ini fantabulousmommy.Kepada tuan punya blog, maaf saya mencilok gambar anda kerana berkenan dengan imej air dan warna biru...terima kasih. Jadi atau tidak lukisannya, bukan ada sapa kisah...yang penting aku suka. Ibarat air yang terkepung di dalam t…

Bersyukurlah dengan apa yg kita ada...

Image
Covo, Body Shop, Olay, Chanel, Estee Lauder, Christian Dior, Laura Mercier, Elizabeth Arden, Watson, Silky Girl, Maybelline, Simply Siti, Loreal, Avon, Majolica Majorca, Shiseido, SKII, La Mer, Artistry..tanyalah apa saja..semua dah pernah try...hmm pakai barang mahal??? Ya..tapi bukannya  beli pun, depa yg bagi suruh pakai...nak test kulit katanya. Depa tak tau kulit aku dah kalis dengan segala formula mekap ka, ayo shedo ka, losyen krim segala bagai ka sebab dedulu masa belajar, aku sendiri tak lalu nak tengok muka yang berjerawat batu..macam kulit katak...rasanya kulit katak pun lagi licin licau. Masa tu rasa heran sebab terfikir-fikir adakah aku bercampur dengan gen katak kan..maklumla muka sangat pelik mengalahkan permukaan bulan. Bila jumpa Dr, katanya perubahan hormon. Hormon la sangat, nak berubah apanya sebab masa tu juga mana ada hormon asing masuk dalam badan aku..cehhhh! Hahaha...
Lama kelamaan bila usia dah bertambah kulit sudah matang, konon dah pandai nak cek muka sana…