Sunday, 27 January 2013

Penagih tegar???

Mata baru saja nak lelap semalam bila tepon berbunyi-bunyi nyaring..aku tak tahu siapa yg menelefon jam 2 pagi tu, tapi nombor macam kenal..jengg!

Anon: Salam kak LW..
LW: Wsalam..sapa neh?
Anon: Saya la kak..Mail..
LW: Ooo Mail mana?
Anon: Mail la..adik akak..ekeke ceitt nombor saya pun akak leh lupa..
LW: Haa apa hal ngko tepon memalam buta?
Anon: Kak, ada bilik tak? Nak tidur satu malam...
LW: Bilik memang ada, tapi ko bawak sapa?
Anon: Penagih tegar, depa cari bilik barang dua tiga jam..
LW: Nape dua tiga jam jer?
Anon: Depa nak berhenti buka barang jap, ada urusniaga pagi ni..
LW: Hah..ko biar betoi..niaga barang salah ke haper? Drug addict mana ko nak bawak mai rumah akak neh?
Anon: Depa memang penagih tegar kak, tapi bukan ketagih dadah..Aaa boleh la ya kak, karang jam 5 pagi saya sampai satu keta. Depa bertiga, nak juga datang KL nak beli barang, ketagih tak boleh tahan dah tu..
LW: Huh!!
Dari kiri: Khairi, Hamirul, Ogy dan Mail..yang warna hijau tu bukan tongkat OKU tapi batang pancing kesayangan Ogy..
Sebelum keluar meneruskan urusniaga, sempat makan dan tapau lagi..
 Aku sempat tidur sekejap sebab depa akan sampai jam 5. Nasib baik semua lauk dan bahan lain ada dalam peti es. Nak tak nak aku kena masak nasi dan buat apa-apa yg patut. Cemane ghopenya penagih tegar ni. Apa yang digiankan..cehhh apasal aku tak tanya Mail bulat awal-awal siapakah mereka itu..denggggg!

Tepat jam 5 pagi aku bangun masak nasi, panaskan lauk dan goreng spaghetti. Jam 5.15 depa dah sampai. Ada dua batang 'galah panjang' dibawa masuk dalam rumah. Katanya sayang nak letak dalam kenderaan, takut rosak. Cehhh mende macam tu pun sayang. Lepas depa masuk, aku terus tunjuk bilik dan sambung masak. Mail kata depa nak tidur dulu sebab jam 9 pagi nanti ada urusniaga besar di Putrajaya, Sri Kembangan dan J Pond..hah pondan ke apa???

Jam 8 depa bangun dan aku pun nak kena gerak juga sebab keje.Kilang kertas mak berfungsi 24 jam, kalo tak keje mak tak de duit nak pi makan angin kan..kan? Setuju tak? La ni nak buang air kencing pun kena hulur kurang-kurang lima posen.

Jadinya aku pun buat neskepi dan depa turun siap dengan barang dan dah ready dengan muka fresh. Pot pet pot pet, tak dak gaya penagih pun aku tengok muka depa ni. Cuma si OG tu muka sunburn, ntah mana dia pi main panas.
Mail tiada dalam gambar kerana jadi jurukamera, depa posing dengan harapan lepas ni pi mancing dapat tangkapan lumayan..
Yang tu Mail Bulat, ketua rombongan. Yang tu Khairil@Kerel tukang masak adalah juga crew AluCast (Aluminium Castring), yang tu Hamirul aka Pengerusi Jejak Lubuk dan yang OG tu pun crew Jejak Lubuk juga. Cisss cisss depa ni rupa-rupanya kaki pancing tegar..patutlah Mail Bulat kata penagih tegar, penagih memancing rupanya. Datang KL semata-mata nak meeting port memancing dan nak beli beberapa peralatan memancing berkuasa tinggi di sebuah kedai pancing hard core di Sri Kembanganm iaitu Hasya Joran. Dengar citer mereka nak jumpa Nasir TV3 juga sebab nak deal nak beli kekili apa ntah...hmm joran aku yang abg Hashim Shimano bagi dah berkarat. Dah lama tak test sebab kaki-kaki pancing semua dah keluar daerah sebab urusan kerja.

Nak join depa ni? Iskk tak mungkinlah sebab depa ni port kat Kuantan.Trip aku pi Kenyir minggu depan pun kensel sebab tak dapat cuti, kilang kertas tetap beroperasi sebab tauke kata kilang kena cetak kertas undi..tak pasal-pasal kami juga yang kena kerja nak cetak kertas tu..huhu.

Ok, Mail Bulat itu adalah adinda saya yang bongsu...hehe! Dan mereka itu adalah geng pemancing hard core yang dah redah lubuk dan sungai di mana saja yang dirasakan ada ikan.. kami jarang jumpa, jarang bersembang dalam tepon sebab dia asyik tukar nombor dan tukar phone, apa taknya telefon asyik jatuh masuk sungai. Kalau kita, tepon jatuh dalam lubang tandas, tapi depa tu tepon terjum tasik...

23 comments:

  1. ha ha ha... LW saya ingatkan tadi penagih apa...suspens ajer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farah Waheda
      Dear kita buat gimmick je tapi depa
      tu memang pemancing tegar
      sama la macam penagih tegar..
      tidur pun bawa joran masuk bilik..

      Delete
  2. Ada pesta memancing kat Putrajaya ke?
    Pesal aku tak tau nih....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nizam.Ariff
      Tak dak pertandingan pun
      depa saja nak buang tabiat gian nak beli batang pancing kat KL
      walhal kat Kuantan bersepah kedai pancing
      Katanya nak juga beli kat Keh Ell..

      Delete
  3. saya sajes depa pi Loagan Bunut.! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepa,
      Logan Bunut tu kat mana eh?
      Aku rasa setakat ni depa dok ligan Semenanjung jer specially Endau Rompin
      dan beberapa sungai di hutan rimba Pahang sebab depa port kat Kuantan..

      Delete
    2. Loagan Bunut adalah tasik semulajadi terbesar d Sarawak... sebuah national park. :)

      Delete
  4. Tgk btg yg ogy pegang tu mati2 ingatkan diorang blackout. Huhu..nsb baik ada caption.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siti
      tu la kan..dia sayang bebeno dengan rod hijaunya tu..siap pakai spek hitam..lagi la real kan..kikiki


      Lwindsor

      Delete
  5. pernah masuk pertandingan memancing kat tepi laut..dan guess what? I dapat ikan merah 1/2 kilo you...beginners luck ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abg bro
      Bagus tu..good start..lepas ni blh memancing lagi..

      Delete
  6. kau tak ikut dia org pi mancing kak..?

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tas,
      Akak mancing kat rumah je dik..ekeke!

      Delete
  7. hahhaha.. kalau dah tegar tuh, memg x leh thn... kaki tetap kaki.. heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lia Irdelia
      nak buat macam mana kan...seb baik depa tu ketagih mende baik..buatnya kalau ketagih hidu gam..ahh sudah...

      Delete
  8. Harap2 mail bulat tak jadikan kamu penagih juga ya.....bahaya tau Nanti semua kerja nak buat tak jadi....

    Kalau nama nya pemancing tegar....di mana mana ada jual barang2 keperluan memancing yang bagus mereka tau jer..sanggup tu subuh dah sampai di Windsor....

    Tak pe nanti akak pergi bakar kilang kertas tu.....awak boleh rilek sampai bila2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sha
      saya ketagih memancing juga, tapi memancing mende yg bukan dalam sungai...wakakakaka,,ampun kak...jangan bedok saya..kukuikui!

      Delete
  9. salam

    kalau dah minat mancing ni, cakaplah mcm mana , tetap hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam bapak,
      yer..memancing memang membuatkan org ketagih kan...tapi ketagih yg baik ni tak pe..saya tau bapak ketagih apa...ketagih melancong kan? kan?

      Delete
  10. ahlooo... hp jatuh dalam lubang tandas tu slow slow sikit cakap yer...ha ha ha.... ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. NenetPenne
      Psstt tepon Nokia i 3310 pernah jatuh dalam baldi, tapi masih tetap steady...:)

      Delete
  11. cehhh, bikin cuak je..ingtkn penagih apa td..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tina
      hahaha..depa tu banyak benda yg ditagih..ketagih memancing, ketagih beli batang pancing, ketagih cari geng nak memancing..haha

      Delete