Thursday, 31 January 2013

Mencari sedikit kelegaan...

Kita kan..makan untuk hidup atau hidup untuk makan? Atau makanan dan kehidupan adalah ibarat katil dan bantal? Ke macam mana? Attakkesahlah macam-macam mana..ada banyak perangai manusia yang kita jumpa. Ada orang akan makan bila dia berasa stress..ada orang kata dia nak gi shopping kalau dia berasa tertekan. Ada orang pulak akan buat marathon tidur terus menerus 24 hingga 36 jam kalau dia teramat stress..
Ehh jangan terkejut ada orang pilih menangis kalau depa tu dalam tekanan dan ada orang lain pulak, dia cari  bahu untuk bersandar...yess bahu yang tegap dan kukuh serta sasa untuk bersandar..errr bahu siapakah itu..ok bahu siapa-siapa sajalah yang dirasakan sesuai..
Cantik sangat lampu dan tanglung di tepi kedai wondermama ini...
Agak-agaklah apa cara lagi kita boleh buat untuk menrelease seteress yang berganda-ganda amat ini? Kalau nak suggest baca Quran dan berdoa kepada Allah, ya ini adalah diharuskan dan wajar bagi kita yang beragama Islam, namun tiada paksaan kerana kita ada banyak pilihan dan banyak cara, cuma jangan nak mengada-ngada pilih mematikan hayat sendiri sebelum tiba masa. Bagi kita yang muslim ni..iskkk tak bau  syurga.
Nyonya kari laksa..gedabak sangat mangkuknya, makan tiga orang pun tak habis juga...
Aku pun tak tahu cadang apa lagi kepada ‘anon’ ni bila dia dia email panjang lebar semalam.  Bagaimana lagi mahu membantunya supaya berasa sedikit lapang dalam kehidupan. Anon ini bukan jenis erhutang, sebaliknya dia memang jenis cukup makan pakai..aku tahu dia akan baca bila aku letak sini akan emailnya yang masuk ke dalam box aku semalam..
Kopi jelly ni marvelous okeh...
Antara yang ditulis (dengan izin anon berkenaan)

Kak, saya bukan orang baik, tapi saya tak pernah buat jahat kepada orang, juga tak akan buat jahat kepada diri saya. Saya juga sebenarnya tak kisah apa yang berlaku sekeliling selagi ia tiada kena mengena dengan saya. Tapi kenapa orang suka buat saya rasa bersalah, orang suka buat saya berasa serba salah. Adakah saya ini menyusahkan orang? Adakah hidup saya ini hanya ditakdirkan untuk berasa bersalah sepanjang hidup kak. Saya tak minta banyak untuk hidup, saya hanya mahu berasa ‘tenang’ saja, tanpa ada sedikit rasa berdosa..itu saja yang saya mahu ketika ini.

Saya tahu akak tak boleh tolong saya, tapi saya tahu akak akan baca dan akan cuba mententeramkan saya sedaya usaha akak walaupun saya tahu akak sendiri sentiasa berada dalam keadaan yang amat menekan. Saya hargai setiap patah perkataan yang akan akak tulis ketika membalas email saya kelak. Saya hargainya walau apa sekalipun yang akak akan tulis..
Yes banoffe pie, ada pisang raja di dalam intinya..yummy...
Hmm..memang agak sulit dan sukar mentafsir apa ada dalam minda anon ini, sulit juga untuk aku menterjemah saranan apakah yang boleh diberikan kepada anon ini...bersabar, bertabah, bertahan, bertawakkal, berdoa dan berusaha mungkin adalah perkataan sesuai buat masa ini.
Jadi, aku bayangkan kalau aku berada di dalam kasut mereka...apa akan aku buat?? Semalam sudah beria-ia ketawa dengan Niza dalam usaha meredakan ketegangan. Semalam juga sudah pekena nyonya kari laksa semangkuk gergasi dengan Phia dan Zda dan kami makan juga banoffee pie, ada kopi cham wonderbra..ehh wondermama laa dengan selingan jeli aka lengkong..sudahnya nyonya kari laksa itu masih berbaki dalam mangkuk gedabak itu. O ya Wondermama ni kedai makan baru, environmentnya pun memberangsangkan. Sambil aku duduk memikir ayat terbaik untuk Anon, dengar juga cerita Phia dengan maknya yang berasal dari Manchester dan Zda dengan twin Arfan dan Irfan.

Dan kami makan sambil berteman cahaya lampu berselang tanglung merah yang sangat cantik..that’s what we call life..masalah ada melingkari hidup sesiapa saja selagi kita bernama manusia, namun hidup tetap diraikan pada waktu tertentu dengan segala masalah diletak jauh-jauh kerana rezeki hari ini adalah rezeki yang wajar dinikmati sebaik mungkin oleh kami yang kerdil ini, tanpa perlu memikirkan yang sukar itu buat seketika..

30 comments:

  1. Menu makanan tu memang layan gambar2 nya. Biasalah manusia mana takde masalah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mummy Qashmere,
      Kan..selagi namanya hidup..berbaris masalah menanti, tapi masalah juga yang mematangkan kita..

      Delete
  2. melepaskan tekanan dgn makan, itu normal. kdg2 bila dgr masalah org yg rumit pun secara sendirinya tekanan itu release. ye, saya susah hati dgn keadaan anak saya tp bila tgk keadaan org lain yg susah serba-serbi, saya rasa apa yg sama alami tu sikit je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siti
      Betul tu, kalau kita ada masalah..duduk bertenang dan berfikir dengan waras. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Dan kalau kita rasa masalah kita berat, orang lain lagi banyak dan berat masalahnya. Kalau kita sudah berusaha sebaik mungkin, serahkan segala-galanya kepada Allah. Harap urusan Siti dipermudahkan terutama mengenai Naqib...

      Delete
  3. masalah? semua orang ada masalah...tapi kita kenalah bijak untuk mengatasinya...diakui x semua orang bijak untuk mengatasi masalah... agree wif u sis... macam2 cara nak selesaikan masalah... or nak release stress... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farah,
      yes kita kena bijak menangani stress pada diri. Satu alternatif mudah dan cepat ialah bercakaplah kepada rakan yang anda percaya dan kenal baik. Anon yg saya kemukakan permasalahannya di sini tahu dan juga masuk baca blog ini..so sedikit sebanyak dia dapat kelegaan dan terungkai masalahnya. :)

      Delete
  4. i memilih untuk bershopping sekiranya ada masalah...eh tak ada masalah pun tetap jugak shopping...acaner tu??

    i pinjam bahu u sebab bahu u empuk...gebu2 gitu...sedap buat landing... terus lelap.... zzzzzzzzzzzz.....

    so apa lagi, silalah bawak i makan kat wonderbra nih..ehhh wondermama nih....

    ReplyDelete
    Replies
    1. NenetPenne
      Shopping??? O yess...i suka shopping kad atau jamu mata jer la kalo stress..shopping kad tu konon2 beli dan terus tulis, pos saja pada kawan2..lepas tu jamu mata dan jamu perut..bla bla bla dengan kengkawan kedai kopi sejam dua then balik zzzz...haa heaven kan.

      Nak landing kat bahu i? Ehh boleh, sebab bahu i ni empuk, sedap dan ramai yg nak landing..kikiki..kalo pegang baby, sangkut kepala si kecik tu kat bahu, jalan-jalan kejap, dan dan tu baby pun tido..maklumla i kan dulu nak jadi babysitter paling hebat abad ini..haha

      masalah tu..ala pinggiran je sebenarnya..

      jap jap i cek jadual kilang ni, bila nak bagi cuti untuk berfoya-foya di wondermama neh..wonderbra ehh kikiki!

      Delete
  5. Kak, Wondermama tu kat mana?

    p/s: saya juga hidup utk tidak menyusahkan sesiapa...

    cumanya kadang-kadang, apabila housemate buat sampah sampai berulat, setiap kali itukah saya mesti tolong buang sampah yg berulat tu ke dalam tong besar?

    erk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kay
      Wondermama tu kat Bangsar Village, ground floor. kedai ni baru buka, dulu ada kedai lain. best juga, Kay try le pi.

      Ya kita seboleh-bolehnya hidup utk tidak menyusahkan sesiapa kan. Anggap saja Kay tolong buang sampah tu satu amak jariah kecil yg bila lama-lama , awak dapat pahala juga kan..

      Delete
  6. sy ni kalau seteres, perkara pertama sy buat adalah nanges, pastu rs xbest, sy g makan.. nk lg syok, tambah perisa shopping.. baru la rasa umph!!! kiranya sy ni mmg gadis yg berdikari.. ehhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tina
      wahh completenya perkara yg tina buat kalau seteres..akak suka tang shopping tu..berdikari sungguh tau dia ni..ekekek..xoxo!

      Delete
  7. stress ke, happy ke, saya tetap makan... tanpa had kenkadangnya... huwa hahaaaa... dasar molot tempayan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. m.u.l.a.n
      helemekk sama le kitewww...seteres atau tidak, makan adalah agenda tetap khenn....kikiki

      Delete
  8. Nyonya kari laksa tu mmg saya akan pesan kalau ke mana mana restoren yg ada hidang dish sebegini...cumanya, saya ada baca, kaum cina/nyonya panggil mee kari kita tu as laksa...so actually, kita makan mee kari lah kot...hihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. DZ
      ya kot, sebab kalau masuk restoran ada chinese punya style, mesti depa sebut nyonya laksa kan..kalau kat sweet chat pun macam tu juga menunya..boleh tahan sedap..:)

      Delete
  9. Assalamualaikum LW,
    Clueless me..
    Jarang pernah stick to one solution bila ada masalah sebegini. Yg pasti cuma "let it flow with time". Cuma bila usia makin meningkat & jauh dr lingkungan keluarga.. cuma anak2 & suami jd pereda keadaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sham,
      Saya pilih bertindak seperti biasa, lambat laung ia akan fade dan akan menemui jalan penyelesaian seperti biasa..cuma kena prepare mind sama ada ia berakhir dalam bentuk positif atau negatif..itu saja.

      Dalam lingkungan saya, adik beradik adalah paling akrab dan sewajarnya merekalah tempat saya merujuk.

      Delete
  10. semua org ada mslh
    bezanya kecil dan besar
    dan bagaimana kita menghadapinya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa
      ya betul, dan terpulang juga kepada kita bagaimana menanganinya..

      Delete
  11. Hi LW
    If we have problems with people, then we have tried our best to please them but still not enough to them, the best thing to do is to let go..We are just simple human beings with lots of weaknesses..we cannot please everybody all the time. Rather than feeling guilty about making other people sad or bad, think about your feeling. Rather than trying to please people, why don't we try our best to please Allah..our Creator. HE never let us down, never breaks our hearts..In fact HE is the healer.

    I am hungry looking at the mee kari..bila nak makan lg yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. AATW
      yes i totally agree with you. Nothing good more than talk and please Allah to give you a guidance and spirit. But then if we hv a choice like talk to parents, siblings..is also good kan..

      As for me..jalan-jalan ke Tapah with Net is apart of healing actually..Orchid Cik Aurora saya dah keluar bunga Zu...hihi tq..kawwa! kawwa!

      mee kari? owhh yummy!

      Delete
  12. yes..problem melingkari kehidupan..laksana nak daki bukit atau gunung..memang payah...ad yang berhenti sekejap dan ada jugak yang patah balik...terpulanglah kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abg bro @ el mariachi
      Yes masalah sentiasa ada melingkari hidup kita, cuma kadang2 lingkarannya tidak terlalu ketat dan kadang-kadang sehingga menjerut leher...

      Delete
  13. Akak berkenan kopi jelly mabeles tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas
      kalau berkenan suda..apa lagi..turun KL juga ada, saya bawak akak pi pekena kopi jelly mabeles nak? kikiki

      Delete
  14. Masaalah....hrmmmm....akak tak nak cari dan tak mintak.....akak jenis orang Yang STRESS gila kalau ada masaalah...nati makan,minum,tidur semua akan terganggu...langsung tak boleh buat apa apa....sebab tu kalau boleh akak elak kan...akak akan elak kan...tapi dah nama nya masaalah kan boleh ke kita mengelak kalau ianya datang???

    Eh wonderbra tu kat mana yea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sha
      kalau boleh saya pun nak tepis masalah yg tak henti-henti datang tapi kalau ikut setetmen orang..problem is about to face or to solve, not to hide or run from it..ececehh memandai jer saya ni...walhal kalo ada promblem saya cecepat tarik blanket, tutup tirai dan on aircon, konon sembunyi dari masalah dengan kembara ke alam mimpi, pastu bangun cari makan kat dapur..pastu gi jusco tengok muvie, pastu buat2 lupa terbeli dua pasang kasut..kakakaka..boleh gitu kak?

      wonderbra tu kat badan..ehhh bukan..wondermama tu kat bangsar...hahaha

      ampun kak sha, masa sy taip reply ni saya kat opis sambil terkenang kisah lucu...tu yg kepala otak blueish...

      Delete
  15. Dah lama aku tak makan ubi rebus dengan ikan masin gelama asam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nizam.Ariff
      depan opis aku ada jual ubi kayu rebus dengan kelapa, aku rembat sama sotong sambal tumus...yummy!

      Delete