Tuesday, 8 January 2013

Gossip orang sebelah...

Duta US ke KL, Paul Jones, wifenya Catherine Jones, artis Brookie Maxwell, Chef Amy Beh, Manju Saigal dan Rohani Jelani buat demo masak-masak dan kami makan semua menu dihidangkan sebab semua menu itu adalah sangat menyelerakan dan menu sihat..sebab tu Chef Muluk kata makan saja sebab nanti rugi kalau tak rasa..makan rumah pak duta gitewwww!
Kadang-kadang dalam LRT, kita tak tahu kita dok sebelah sapa. Mungkin mereka itu adalah GM kepada syarikat multi nasional. Mungkin juga mereka itu adalah hartawan humble yang sesaja suka nak naik bas sebab dah bosan naik kereta mewah yg ada driver. Malah tak mustahil mereka itu anak orang kaya-kaya yang tak pandai bawak keta, jadi terima sajalah seadanya sesapa yang dok sebelah anda.

Ok aku pernah duduk sebelah menteri, sebelah pengantin, sebelah ketua jabatan, sebelah pengarah bomba kuala lumpur..ehh tetiba masuk ketua pengarah..muehehe, duduk sebelah penagih dadah, duduk sebelah serial rapist (ada kah mereka ni berkeliaran???) dan duduk sebelah mamak kacang putih.

Pernah juga duduk sebelah mamat handsome, pernah duduk sebelah mak artis yang mana anaknya sempat jadi bahan mengumpat aku..nasib baik tak kantoi dengan mak artis tu kan (my bad), pernah duduk sebelah ratu cantik dan duduk sebelah brader lemau yang lalok. Kita masih juga tak tak tahu siapa mereka kan..cuma agak-agak je. 

Tapi duduk sebelah dua bro yang dikenali seantero Malaysia ini, rasa risau semacam saja dan saspen setiap kali nak makan sebab depa tu rajin sungguh berbual dan meneka serta bergossip mengenai rahsia makanan yang dihidang di dalam pinggan di depan kami.
Banyak ilmu chef ni...tanya apa saja pasal food, dia boleh jawab..
Setiap kali hidangan sampai:

Abang baju biru: Abang...saya rasa ini ada campuran rempah, yang ini ada garam masala, yang ini ada serbuk cili ni. Ni cili ni pedas ni..ni temu lawak ke apa? Spesies kunyit kot yer..(then dia terus sambung cakap pasal whatsapp, bbm, etc etc dengan amoi sebelah dia)

Yang si abang dengan muka cool dan jambang putihnya: Ok yang ini buah berry kering ni, yang ini adalah sejenis cili dari Mexico, yang ini aiskrim mahal ni, kalau u beli aiskrim dan dah cair, jangan beli ya (katanya pada aku).
Sempat tukar2 whatsapp dengan bro baju biru ni...tukang masak handal tu...
Manakala aku ni pula: Chef, saya nak masuk MasterChef tahun depan boleh tak? Chef ini buah apa? Chef eskrim ni banyak kalori tak? Chef depa buat pulut kuning dengan gulai nanas udang ni masuk tak? Chef onde-onde ni ok tak?

Tetiba abang baju biru mencelah: Cik kak, makan saja. Jangan nak banyak tanya, rugi tau. Ni semua hidangan mewah. Cik kak, kalau datang tempat gini, jangan tolak tau. Tu, apple crumble tu, cepat rasa. Tu haa krim mewah tu, taruk banyak sikit...tu kopi kat depan tu, cepat minum. Adehhh semua nak suruh aku makan. Tidakkkkkkkk!!!

Dan kedua-duanya adalah sangat ohsemmm! Aku dah berangan nak minta resipi mereka yang paling hebat, tapi ada suara kata jangan nak mengada-ngada, depa dah cukup baik dengan ko LW, toksah buat malu...kikiki...sesungguhnya duduk sebelah mereka ini adalah satu keuntungan sebab walaupun hanya dua jam, banyak perkara mengenai rahsia masakan aku tahu. Tq Chef..

32 comments:

  1. LW,
    orang dah suruh makan..pejam je mata..bedal je..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blu,
      tak sampai hati nak merosakkan diet yang sudah berlangsung dua minggu..hehe
      macam bagus jer i ni..berat tak juga turun..

      Delete
  2. LW,
    Jeles, jaki, cemburu.. & yg sewaktu dgnnya.
    (sebab dpt mkn yg best2)
    Diaorg ni pun hanya umat Muhammad.. cuma kita saja yg bg gred A,B or C & etc..

    p/s;
    siapakah suspect yg "di-blur" kan wajah nyer itu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sham,
      masa tu memang teruja makan itu ini, sampaikan air masala punch pun kita orang kena minum sebab bini duta kata kena try ayaq tu..haish..minum air garam..

      a ahh siapa ya suspect tu yg berselindung di sebalik semburan warna tu...kikiki

      Delete
  3. Boleh ker tahan diet tuu..?. asal jumpa orang jer kat kedai makan.*belasah jer* hikhik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eliza dear,
      tu lah dianya, asal appointment jer, lokasinya kedai makan..habis tu cemane na kuruskan badan..hehe

      Delete
  4. Replies
    1. Ct,
      i ollss lagi tak mahu makan..sebab makanan yang dihidangkan terlalu rich dengan lelemak..

      Delete
  5. Kesimpulannya.. LW adalah seorang yang sangat terkenal di kalangan vip dan selebriti di tanah malaya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khairulllll,
      amboi ayat tu nak caras i habis yer...satu malaya gitewww...ya satu malaya i kenal orang tapi orang tak kenal i..hikhikhik!

      Delete
  6. Untung la untung la......hari ni dalam STAR ada keluar pasal cerita ni....tapi akak musykil la chef rohani tu half malay half chinese ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sha
      Chef Rohani Jelani tu Malay tapi maybe dia ada mix blood, kita tak tahu kan..

      Delete
  7. rezekiiii..bla nak ngeteh kat liyas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abg Bro,
      nanti ya kita cari masa..banyak nak sembang..

      Delete
  8. Replies
    1. Nizam.Ariff
      kesedapan terhadap karipap adalah bersifat subjektif. Maybe ada orang melihat kepada intinya, ada orang melihat kepada kulit karipap dan orang lain pula melihat keseluruhan seperti klim yang cantik dan tersusun serta kulitnya licin dan tidak menggerutu apabila digoreng. Aku suka karipap pusing, cantik nau ..makan pun berselera je kan..

      Delete
  9. LW ni pun pastinya bukan calang calang orang :)
    Saya teringin nak duduk sebelah Anthony Bourdain, sambil layan dia makan nasi kandar...ekekee

    ReplyDelete
    Replies
    1. DZ,
      ehh jangan tuan...bukan saya seorang yang hebat, kita semua hebat kerana kita adalah semulia-mulia makhluk ciptaan Allah di atas muka bumi ini. Kalau cakap pasal tukang masak, saya nak jadi macam Chef Wan...travel all around the world..bestnya!

      Delete
  10. i call u, naper tak dapat?

    wahhh semua ni orang kaya2 ni dan taraf sosial yang tinggi nih @socialite .... ooh mungkin u tak boleh kawan dgn i kot sebab i ni taraf kelas bawahan jer..... nanti kot2 u jatuh saham ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. I driving la u..nun p Broga sana sampai i rasa macam drive pi hujung dunia..

      err depa la orang taraf tinggi2, i taraf besa-besa ja..tapi saham i tetap naik...kikiki..

      Delete
  11. Yg paling tak best waktu makan2 ialah bila duduk sebelah orang yg suka kontrol makan, peh tu dia dok jeling2 tengok akak makan DAN jugak bila ada yg kutuk akak kuat makan. Sentap akak bila orang tegoq akak makan. Sentap.
    You are very lucky to have met those people, dik LW :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas
      saya sentap sebab ngeri memikirkan kalori dan segala bagai lemak sebab depa tu asyik dok cakap carbo, protein, kalori etc..depa kata makan jer LW, jangan pikir tang tu kalu dapat food macam tu..sepa selamba je makan..saya yang terkulat-kulat...aduhhh!

      Delete
  12. Replies
    1. reenapple
      alaa jangan gitu weiii...
      bila nak mai Windsor?

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  13. woowww... best ni dapat duduk dengan vips... terasa nak duduk kejap je sebelah anuar zain mua hahhahaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. m.u.l.a.n
      ehh boleh jer..i pernah dok sebelah dia..wow! bangga sat..kikiki..walaupun dia tak tahu pun i ni sape..:)

      Delete
  14. Replies
    1. wsalam bapak,
      mamam jer..haishhh sayang la saya punya diet..kekehkeh..

      Delete
  15. mmg bertuah sungguh jd kak lw ni
    makan sesaja..bukan sebarang tukang masak pulak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa
      alhamdulillah..hidup pada tahap gembira ni..hihi

      Delete