Wednesday, 2 January 2013

Darjah 1 Hijau ke Bilik Kuliah JPM

Botol susu adalah teta menjadi idaman walaupun sekejap lagi nak masuk ke kelas jumpa kawan-kawan baru..Ishraff sudah tak sabar nak masuk sekolah dan Dinie fikir dia pergi ke kelas tarian angelina ballerina, sebab tu beria-ia pakai kasut kaler pink.
Lebih 30 tahun lalu, dia mengayuh basikal untuk hantar anak perempuannya ke sekolah. Ketika itu masih pagi benar. Dia dah pesan awal-awal kepada anak perempuannya supaya jangan takut, belajar rajin-rajin, jangan bergaduh dengan rakan dan makan bekal yang disediakan oleh isterinya untuk anak perempuannya itu. Hari pendaftaran sekolah anak perempuannya itu berjalan lancar. Anaknya dimasukkan ke darjah 1 hijau (kemasukan adalah berdasarkan cadangan rambang. Masa ni belum ada penilaian budak-budak pandai atau tidak). Selepas selesai pendaftaran, dia mengintai dari nako kaca bilik darjah 1 hijau dan lihat anak perempuannya sedang duduk diam di meja. Dia agak semuanya berjalan lancar dan mengambil keputusan untuk pulang dan akan datang semula pada jam 1 tengah hari bagi menjemput si anak.

Hari kedua, dia tetap mengayuh basikal yang sama dengan membonceng anak perempuannya ke sekolah. Ada satu beg kotak warna coklat yang didalamnya ada dua batang pensil, pembaris dan pemadam serta satu tupperware kecil dimuatkan dua keping roti dan sebiji karipap untuk anak perempuannya itu. Tiba di pintu pagar sekolah, dia menyuruh anak perempuannya menuju sendiri ke bilik darjah 1 hijau kerana dia ingin mencari lokasi bagi meletakkan basikalnya terlebih dulu. Selesai menguruskan basikal, dia menapak ke bilik darjah 1 hijau. Tiada kelibat anak perempuannya. Ehh tiada pula anak perempuannya di situ. Ke mana lagi budak ini detik hatinya. Puas meninjau, dia lihat anak perempuannya dalam bilik darjah 1 biru. Ya Rabbi budak ni silap masuk kelas..ke mana agaknya fikiran kanak-kanak ini. Dia melambai kepada si anak yang kemudian berlari keluar dan sedar bahawa dia tersilap masuk kelas.
Kakak Najla Amani nak jadi doktor katanya dan si adik, Shakir Adli nak jadi chef..itu semua adalah pengaruh dan dakyah mafia makcinya yang suka minta tolong dia ambil sudu atau sudip..
 Masuk hari ketiga, segala-galanya sempurna dan sehinggalah si anak memasuki sekolah menengah, meneruskan pelajaran di asrama di kawasan lain dan kemudian menyambung pelajaran lagi, si anak melakukannya sendiri kerana sedar akan kekurangan masa, kekangan kewangan dan sikap berdikari yang sentiasa dipesan si bapa. Sehingga dewasa, walaupun masih teringat lawatan pertama kali dan itu juga adalah kali pertama dan terakhir dilakukan bapa ketika menetap di asrama di kota Bharu, si anak sama sekali tidak menyalahkan bapa kerana tahu bapa tetap menyayanginya yang jauh dari adik beradik. Meskipun rindu pada bapa dan emak, dia boleh bertahan selama tiga tahun hidup di asrama, kemudian menyambung sekolah di tempat lain. Malah kanak-kanak berkenaan bersyukur kerana bapa mengambil keputusan menghantarnya belajar di Sek Menengah (A) Naim di Kota Bharu suatu ketika dulu..dan kanak-kanak itu sedar kini keputusan bapanya adalah tepat dan sangat berguna untuk bekalan dirinya.
Kakak Aisyah nak jadi cikgu dan Ashraff (paling kanan) nak jadi polis..tu pasal tangan terangkat saja konon dia macam pegang pistol...macam-macam citer kalau jumpa sepupu sepapat...
Demikian cerita seorang kanak-kanak di bilik darjah satu hijau di Sek Rendah Kebangsaan Sultan Ibrahim (1) Pasir Mas, Kelantan sehinggalah ke Bilik Kuliah Jabatan Pengajian Media di Fak Sastera, UM yang kemudian menjadi penulis di blog dengan menggunakan id LW. Kenangan itu tidak penah luntur dalam diari hidup seorang aku. Bagaimana Abah bersusah payah menghantar aku ke sekolah dan emak berusaha setiap pagi menyediakan bekal untuk menjimatkan belanja kami..

Semalam Pn Alia kata dia sentiasa lihat kanak-kanak di tadika miliknya tidak pernah kisah kalau mereka tercicir duit seringgit atau lima ringgit, sebaliknya mereka akan kata teacher ambillah, saya tak mahu duit itu. Pn Alia juga kata ada anak kecil seawal usia lima tahun yang dihantar ke taskanya dibekalkan mak bapak RM10 sehari..wah hebat anak zaman sekarang. Sangat beruntung dan bernasib baik. Namun rasanya aku lagi bernasib baik kerana emak mengajar kami berusaha sendiri, belajar dengan tekun sekiranya mahu senang dalam hidup. Terima kasih mak dan abah, kedua-duanya adalah guru yang paling aku sayang selama-lamanya..

Semalam juga adik beritahu dia sudah menghantar kedua-dua anaknya, Dini dan Ishraff ke sekolah taska berdekatan dan kedua-duanya nampak gembira berada di kalangan rakan baru. Bagaimana pula dengan sepupu2 Dini dan Ishraff yang juga memulakan sesi sekolah mereka yang baru hari ini. Ishraff, Dinie, Aishah, Ashraff, Najla, Shakir, mommy harap awak jadi anak yang rajin dan taat pada ibu bapa...selamat memasuki alam persekolahan!

30 comments:

  1. Betul ckp akak. Akak lebih bernasib baik sbb dari kecil dah diajar berdikari.

    RM10? Menakutkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fara,
      Ya mak bapak mereka bagi RM10 kat cikgu tadika..tu pun kalau ada jatuh seposen dua memang depa tak ambik dah. Akak dulu kalau usia depa tu, nak pegang seposen pun tak merasa. Bayangkan masa darjah satu akak bawa 20 sen...skang dua posen nak bayar tandas pun tak lepas kan...

      Delete
  2. Hrmmm mak mak sekarang suka ajar anak anak main duit.....akak dulu anak sulung pergi sekolah hanya berbekal kan RM1.00 je dan sentiasa bawak bekal air kosong, walaupun hidup kami tak lah susah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sha
      eloklah begitu kan..didik anak sejak kecil..insyaAllah mereka tahu susah payah mak bapa dan kalau nak senang, usaha sendiri kan..

      Delete
  3. bila berdikari itu lebih bermakna kan? ^_^ kita lebih memahami, menghargai dan mengerti nilai sesuatu itu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farah Waheda
      Berdikari dan kena berusaha dapatkan sendiri sebab mak kita tak mampu nak mengadakan semua benda..dulu zaman saya kecik, nak beli jam rega RM20 pun fikir beratus kali..sebab tak sampai hati nak minta pada mak/bapak.

      Delete
  4. Seperti juga saya yang bersekolah di dalam keadaan serba kekurangan, dan berniaga kuih sedari darjah 1 sehinggalah darjah 6. Namun pengalaman itu membuatkan saya jadi diri saya sekarang. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khairul Abdullah
      Lazimnya begitulah, pengalaman dan hidup masa lalu jadikan kita seperti hari ini..dan kita hargai pengalaman itu..

      Delete
    2. @KA
      i tak boleh nak masuk blog u laaaa.... apsal???

      -NP-

      Delete
    3. NP - blog problem that day. now dah ok :)

      Delete
  5. Kenangan masuk darjah 1. Indah :)
    Pi Taska bawak 10 hengget, tu dia aih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas,
      budak2 skang memang sgt untung.
      kalau zaman saya dulu harammmm nak rasa gitu..

      Delete
  6. kenangan sangat tuh.. sy ayah cikgu sekolah sama.. hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. haniasyira
      wahh anak cikgu ya...senang gi skola...:)

      Delete
  7. Rasanya zaman Kak Sham lagi "awal" dari korang semua.
    Tapi Darjah 1 Kuning masih tetap dalam ingatan.
    & setiap kali berpeluang balik ke Tanah Malaya, sekolah rendah ... wajib Kak Sham ziarah.
    Walaupun sekolah sudah berubah wajah, namun..
    Masakan tempat sedemikian bisa dilupakan dari ingatan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sham,
      Saya ni pelajar pasif kat sekolah tapi bab jual kuih yg mak saya buat, saya jadi aktif..
      kalau balik kampung dan lalu sekolah lama, banyak sangat perubahan..dah nak dekat 30 tahun ditinggalkan tapi kenangan tetap segar kan kak...

      Delete
  8. salam

    kenangan lalu yg terlalu indah

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam bapak,
      kalau boleh putar semula tayangan filem masak kecik, nak jer saya buat..saya jual kueh yg mak saya buat kat sekolah dulu...loaded lah juga kocek walaupun masa tu seposen sebiji tu dah kira sangat murah..

      Delete
  9. saya dl sekolah bawak RM2 je...mewahnya depa pi sekolah.

    *kenangan mula2 masuk sekolah dl best kan...sy masuk tadika, menangis! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Niza
      awak merasa juga masuk tadika, akak langsung tak dak pi tadika. masa tingkatan lima pun akak bawa duit singgit je tapi bawak bekal segala bagai..hehe..beg penuh dengan makanan dan bukannya buku..

      Delete
  10. Budak2 zaman skrg boleh dikatakan sgt bertuah...celik jer mata, semua dah tersedia. Tapikan...membesar era kita dulu lagi best sebenornya. Byk kenangan2 yg boleh dipateri seumur hidup jadi sentimental value and priceless memories (kalo nak cite mau tak abis 1001 malam. huhu..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eliza dear,
      sangat beruntung kan depa ni..celik-celik mata je mak bapak dah sediakan insuran dan tabung lengkap nak masuk universiti...itu pun depa masih lagi belajar main-main..
      ya kita pun ada banyak kenangan dan citer zaman sekolah rendah...memang neverending story...:)

      Delete
  11. Tahun2013 nih Hasif 5tahun. Dia ke Tadika Hikmah. :)

    *salam tahun baru 2013, kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepa
      hanna dan hatta naik darjah berapa? aku dah lupa sapa paling senior dan sapa paling junior. macam anak buah aku pun tak berapa ingat umur depa berapa sebab dok ada lapan semuanya..itu belum masuk anak ikan pelaga aku bela...kehkehkeh..

      Delete
  12. i dulu pegi sekolah naik beca, tak pun jalan kaki tak pun tumpang basikal dgn kakak...

    pagi2 makan kueh 'peria' mcm kueh nyonya yang dalamnya inti kacang hijau... sedap... mak bagi duit bekal 20sen jer...

    sikalang aaa kalau kasi duit bekal 20 sen, apa barang boleh beli maaa??? eh apsal i cakap cina nih? ha ha ha...

    -NP-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Net,
      I jalan kaki. Bila masuk darjah 5 baru naik beskal..tu pun yg 2nd hand punya..

      sikalang 20 nak buka zip pun tak lepas kalo kat keh el sisi..

      Delete
  13. Been missing the old days..huhuhu....last two weeks ada gak visit sklah rendah terchenta....

    ReplyDelete
    Replies
    1. RieTTa
      skolah rendah juga yg best untuk dilawati kan..lepas tu mula lah ingat kat mana kerusi bangku kita punya dulu..:)

      Delete
  14. HEBATNYA KISAH AKAK :)
    TP ZAMAN SAYA DULU PUN RM1 BUAT BELANJA 3HARI TAU
    ANAK2 SAYA MERASA LEBIH SIKIT JE DR SAYA DULU

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa
      biasa je kalau ikut masa tu, cuma la ni nilai duit pun dan tinggi..so kalau bawak singgit tu memang x boleh beli apa pun, agaknya sebab tu la mak bapa bagi duit banyak ke anak kan..

      Delete