Friday, 30 November 2012

Darth Vader is in the room..?

Apakah perkara paling syiok dilakukan sebagai pengguna/pembeli? Tentu je tawar menawar atau minta harga kurang dari harga asal kan. Aku tak mahir sangat bab tawar menawar ni sebab kalau beli barang kat kedai gergasi, haremmm boleh tawar, lagi kena sembelih ada. Kalau pergi Chicongkai atau Petaling Street, Cina situ memang garang. Kalau pegang tapi tak beli, siaplah kena pegang suruh beli kan..iskk ngeri.

Jadi sambil berfoya-foya kat sebatang jalan ni, namanya Dongman Street di tengah-tengah bandar Shenzen, aku dah termasuk ke dalam kedai yang penuh sesak dengan manusia. Berkepit-kepit lah juga..tapi nasib baik cuaca sejuk 13 C langsung tak de rasa penat. Berjalan dengan dua lagi backpakers macam aku, kami masing-masing tuju ke kedai yang barang kami nak beli. Sorang sibuk dengan gajet audio, sorang lagi nak beli tshirt dan legging dan aku dah rambang mata tengok thumbdrive yang comel dan kenit tu.

Kat Dongman ni kedainya rapat-rapat dalam satu bangunan besar. Semua ada jual, pendek kata u name it u got it, cuma mak bapak dan atuk nenek je tak de jual..:) Sedar tak sedar, ini adalah sesi tawar menawar yang dialami...

LW: You got Pocoyo?
Amoi: Pocoyo (dia tunjuk bentuk pistol pada aku)
LW. Not the pistol. Pocoyo?
Amoi: (dia buat muka poyo).
LW: You got Ben10?
Amoi: (Lagi sekali dia buat muka seposen)

Bayangkan kalau harga 1000gb tak sampai RM400...arghhh memang tergoda-goda nak sambar benda kecik cenonet tu pada harga yang sangat murah. Sapa-sapa yang tengok mesti nak beli banyak kan. Jadi bermulalah sesi bargain membargain thumbdrive itu. Kualiti lain cerita, aku harap semua ok sebab minah penjual tu siap test nak tunjuk yg benda itu adalah 8gb dan harganya 16rmn (renmimbi) Campur tolak duit kita, jatuh RM8 satu..waahhhhh kami semua memang buntang mata dak si Unn sambar 50, adik Farina bantai 30 manakala aku berpada-pada sebab bajet mak ciput je nak, sempat beli 14 ketul jer..

Akhirnya penat tanya watak yang aku nak tapi tak ada, tersambar juga darth vader, lilo, buzz, minimouse, sponge bob, smurfs, garfield, donald, goofy, tom the cat, kitty and nikon. Aku konon nak beli yang 8gb sebab rasa dah hebat gila dengan benda sebesar tu manakala si Unn pula yang sambar 50 unit tu, ada termasuk yang 64gb dan 32 gb sebab amoi kedai tu dah pening kepala bila kami serbu serentak.

Kalau ada orang nak bagi benda ni satu pada korang, suka tak? Suka kan? Kan?
Ini adalah Dongman Street, sebuah lokasi membeli belah gajet elektronik yg sangat awesome..sebab boleh bargain kaw kaw punya..macam wall street..time orang ramai harga melambung tinggi. Time nak tutup kedai...jatuh suku je harganya terutama pendrive yang dibeli tu..best kan!
Ini adalah ahli mesyuarat tingkap saya yang baru..lilo, mini, kitty, darth and buzz..tu watak hijau tu apa ke namanya..obi ke apa? Siyes aku tak ingat..
Saya adalah sangat comel...korang ada? Ngeee...

Monday, 26 November 2012

MyChef...

Macam biasa...hidup ini kalau tak berfoya-foya memang tak lengkaplah aku nak tulis dalam diari bila balik rumah malam-malam..ehh korang ada diari tak? Walaupun dah masuk fasa purba, aku masih suka menulis diari..targetnya nak ada dua diari setahun. Aku dah cakap pada adik, kalau aku dah tak de besok dia boleh baca semua diari aku dan dia akan tahu apa dalam fikiran aku selama aku hidup..ececehh melankolik sket..hehe.
Jadi, beberapa hari lalu ketika keluar berfoya-foya nak cari makan, tersesat le ke restoran rebung yang dipunyai Chef Datuk Ismail..@ Chef Mail..ala yang comel-comel tu..kebetulannya ada pelancaran produk dingin beku MyChef kat situ. Jadi aku pun tumpang dua kaki..duduk dan minum air selasih..uhhh sedapnya air sirap merah dengan telur katak tu...sangat sedap...macam dah berzaman tak jumpa air tu..jadi apa lagi kan..lepas segelas, tambah lagi segelas..
Kat situ ada nampak juga Chef Zam..kurusnya mamat ni...tak comel dah sebab kurus sangat. Hmm kalau nak diet, kena diet berpada-pada ya...tapi Chef Zam ni rasanya dia buat operation..ada juga Dr Ezani Farhana, juara MasterChef musim lalu..pemalu juga minah ni..dan makcik Florence macam biasa...auntie ni memang bestlah kalau masak..

Ehh u all ada try tak produk ni? Lepas ni kena try le sebab packagingnya meyakinkan...tambah pula kat kotak tu ada tulis every dish is kcal400 jer..so sapa nak diet supaya perut tak bikin malu (Net..amacam kita try makan produk ni..katanya boleh makan kalau nak diet). Aku pun kena tukar juga daripada Brahim's kepada MyChef..

Ok dah siap tersesat dan minum bergelas-gelas air sirap katak, aku pun nak balik le kan..tetiba ada sorang kakitangan bagi empat kotak produk MyChef suruh try? Errkkk apa neh? Ahkak dah le tersesat dan minum percuma..bagi lagu suruh makan..ok boleh jer! Hehehe..berfoya-foya yang tidak sia-sia...mak suka!


Nota: Tuan tanah masih bertekak dengan penjual barang di sebuah pasar raya dan.belum balik dari merantau..

Sunday, 25 November 2012

Feeling feeling UK kah?

Kalau baca magazine luar negara, selebriti barat sanggup bayar kepada penganjur untuk duduk front row kalau ada fashion show oleh Alexander McQueen, Jean Paul Gaultier, Marc Jacob, Versace dan bla bla bla! Dan nama-nama besar dalam dunia fesyen mereka seperti Diane Von Furstenberg, Anna Wintour dan segala mak nenek lagi akan disebut-sebut juga..jadinya fenomena ini pun sudah wujud di Kuala Lumpur kesayangan kita ini.
Model tu tinggi gila..aku rasa galah pun tak tinggi mcam dia...ya ke?
Kalau ikut logik, apsal lak kita nak tengok fashion show ini yang sahihnya adalah fesyen untuk musim sejuk mereka. KL kita ni memang sejuk kalau hujan..selebihnya adalah panas dan hangat..tapi sebab ramai orang Malaysia yang suka nak feeling feeling UK...jadi Debenham pun buatlah fesyen untuk musim sejuk mereka tapi negara beriklim panas.
Haaa senteng bebenor skirtnya tu..tak ke sejuk..
Kalau ikut kepala otak aku, nak jer aku tanya apsal fesyen untuk winter senteng-senteng jer kain..tak ke deme tu sejuk..isk! Tapi bak kata lalink friend...enjoy the show..maka aku pun feeling-feeling UK juga sambil paw dua biji karipap IKEA...rasakan!
Haaa ini aku respect, kalau tak de deme yang pikul kamera berat 10 hingga 15 kg ni, post vogue maut pun tak de nya muka model kuar magazine kan..salute bro! Semua lensa nak dekat 10 hingga 12 inci panjang..gamaknya kalau kumpul kamera dema tu reganya boleh beli tiket travel tour europe kan..
Nota: Tuan tanah masih terkial-kial dalam cuaca sejuk..nak cari kedai jual makanan halal..balik nanti kita sembang ya...

Saturday, 24 November 2012

Yayy!! Bulan depan nikah...

Ooo sudah ada yang masuk meminang...sukanya dalam hati..bulan depan kahwin! Lepas ni tak akan keseorangan lagi. Kad kahwin, katering, baju..tak perlu susah-susah sebab ini kahwin dah lambat...orang tua kahwin..lain le kalau muda bujang-bujangan kan..
Untuk Encik Ez..selamat bertunang dan kenduri kahwin awak nanti saya dan adik akan pergi..kenduri adalah makan-makan..jadi kami suka..hahah!
Meriahnya barang hantaran, ni yang nampak di mata, dok ada nak dekat 15 dah tu..duit hantaran berapa? 5K..jadi lah kan...sebab pengantin lelakinya pun dah baya-baya aku..ehhh?? Bukan mak yang nak kahwin nak, mak cuma tolong buat barang hantarannya saja...

Sebenarnya kakak pengantin lelaki (berusia 40 tahun) minta aku buatkan barang hantaran untuk adiknya ini. Puaslah aku fikir nak gubah macam mana sebab tangan dah keras, dah lama tak buat barang-barang gini..tapi sebab bakal pengantin sendiri datang ke rumah dan minta seikhlas mungkin...jadi kepala otak ni sehabis pulas dan siaplah beberapa bekas termasuk sirih junjung.

Masa nak melangkah balik, kakak pengantin datang dekat aku dang tanya.."awaknya bila nak kahwin?"
Danggggg!!!!
Akak nak jawapan skima atau jawapan mafia?
Jawapan skima: Kak , belum ada jodoh..lagipun saya sibuk kerja...hehe
Kalau aku jawab gini, dalam hati kakak tu mungkin terdetik kesiannya awak ni...
Jawapan mafia: Kak, akak tau tak?? Bekas laki saya masih tunggu saya tau tak kak? Tapi saya yang tak nak kak!!!
Kalau aku jawab gini, mungkin dalam hati kakak tu terdetik...elehhh ye ke ko neh...ntahnya ko auta.. laki ko memang tak mo kat ko lagi kan..kan?

Ok..agak-agak apakah jawapan terbaik yang boleh diberi kepada soalan macam ini?

Nota: Tuan tanah berada di luar kawasan kerana pergi merantau cari rezeki kais pagi makan pagi. Balik merantau nanti baru boleh bikin onar di sini..:) Ok happy weekend!

Friday, 23 November 2012

Paranoid?

Khamis, jam 1 tengah hari..
LW: Dik..akak tak mo stayback..awak tau le kan opis kita ni 'ramai' penghuni..
Adik: A ahye kak..
Abang: Semalam aku stayback..dia main tarik-tarik kaki aku..kol 4 pagi baru aku balik lepas berdialog dengan dia..
LW: ko biar betul??
Abang: Ehh betoll la..dia cuit bahu aku segala bagai..aku pulak sibuk nak nganto email..
Adik: Ehh ya ke bang? Kat abang punya dept eh?
LW: Ko nampak apa-apa tak bang?
Abang: Aku dengar bunyi bisik-bisik je tepi telinga..
LW: Elehh setakat bisik..hmm aku selalu dengar dulu. masa tu aku tatau opis kita ada geng tak nampak tu..aku buat donno jer la..
Abang: Tu kalo ko bunyi macam bersiul dan bisik2 pepagi buta tu..ye la tu..

Cheittt sembang pasal hantu tak ingat sekeliling sekelalang..itu hari Khamis..bererti semalam adalah Khamis malam Jumaat. Aku lupa sebenarnya aku balik rumah lazimnya selepas jam 9 dan suasana sunyi...siang hari gedebuk gedebak mengata hantu..ntah malam-malam by time aku balik kerja, hantu pulak skodeng aku.
Lepas masuk rumah, letak bag etc...konon aku nak makan buah..diet. Malam2 mana boleh makan heavy kan buddy, nanti perut bikin malu...jadi ada sebiji pisang kaki yang masih berbaki. Ia dibelah dua..makkkkkkk!!!!! Apa ni??? Hantuuuu.....?? Cer korang tengok betul-betul wajah/rupa apakah yang tertera pada pisang kaki ini?
Ini sebiji pisang kaki dibelah dua..rupa apakah itu? Ke aku yang nampak wajah seram sebab kepala otak tepu dengan cerita seram? Korang nampak apa-apa tak?
Aku tak puas hati..mana boleh wajah seram ni dok ada dalam buah pisang kaki yang aku nak makan?? Potong lagi jadi quarter..eeeeee!!!!
Ini pula yang separuh tadi dipotong lagi jadi suku...pun muncul rupa sama..aku cepat-cepat makan..sebelum 'dia' telan aku baik aku telan dia..adakah ini paranoid yang suck? Atau memang rupanya amat menyeramkan?
Hari ni hari Jumaat..penghulu segala hari..apa kata kita lafazkan sedikit doa untuk saudara seagama kita di dunia sebelah sana yang berada dalam keadaan huru hara dan perang berpanjangan...ikhlas hati...Al-Fatihah.

Tuesday, 20 November 2012

French stitch bookbinding...



Lain-lain gambar, boleh tengok sini atau pun masuk sini.


Nota: Kalau rasa berkenan..roger gua!

Monday, 19 November 2012

Resipi soto enam bintang

Cop! Cop! Ni dah ada resipi..weekend ni boleh try...

Resepi Kuah Soto:

I ekor ayam dibelah empat dan dibersih kan
10 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
3" halia
1"lengkuas untuk diblender
2"lengkuas dititik
1/2" kunyit hidup
5 batang serai ( tinggal kan 3 batang untuk dititik )
5 biji buah keras
2 paket kecik rempah kurma babas
1 mangkuk kemancar santan (santan pekat dari sebiji kelapa)
I asam keping
4 helai daun salam
2 batang kayu manis,5 biji bunga lawang, 6 biji cengkih dan 6 biji pelaga
Garam, 1sdt gula
Air sejuk 4 mangkuk besar ( jangan risau kalau air lebih sebab nanti kita masak lama tulang2 ayam tu)

Cara cara memasak kuah:

1. Masukan dalam blender bawang putih, bawang merah, halia,lengkuas,kunyit hidup,2 batang serai
Dan buah keras dan blend kan semua.
2. Panaskan periuk yang dan masuk kan 1 senduk kecil minyak
3. Tumiskan semua bahan2 yang telah diblender dan masuk kan rempah korma,daun salam,serai dan
Lengkuas yang telah dititik,kayu manis,pelaga,cengkih dan bunga lawang dan asam keping dalam
10 minit.
4. Masukan air sejuk dan setelah air mendidih masukan ayam yang telah dibelah empat
5. Agak2 ayam dah masak atau sudah boleh disiat siat, angkat (jangan terlalu lama nanti ayam lembik)
6. Masukan santan, garam dan gula.
7. Setelah ayam disiat siat ketepikan isi nya dan masukkan tulang2 dan kulit ayam kedalam kuah
Dan dengan api perlahan masak lagi selama 40 minit. Siap.

Sambal kicap
15 ulas bawang putih
Segenggam cili padi
Secawan kicap manis
1/2 cawan air
2 sudu cuka
Masukkan semua didalam periuk dan masak sekejap
Sekira nya sambal terlalu pedas boleh lah ditambah sedikit gula
Siap

Bahan bahan untuk di makan dengan kuah soto:
Mee hoon/mee kuning yang telah dicelur
Nasi impit- gunakan yang segera lebih mudah
Bawang goring
Daun sup/saderi
Taugeh

Begedil kentang
8 biji kentang yang telah di buang kulit -potong bulat 1" dan goreng sampai kuning angkat dan ditumbuk lumat
3 ulas bawang putih
1 sudu bawang goring
2 biji buah keras
Sedikit daun sup/saderi yang telah dimayang
Tumbuk semua bahan yang diatas dan masukkan kedalam kentang yang telah ditumbuk lumat, gaulkan sehingga sebati dan bentuk kan bulat bulat. Pukul 2 biji telur dan masukan sebiji begedil kedalam nya dan baru lah digoring. Siap.

2 sudu cuka
Air 1 cawan air
Semua bahan diatas diblender
Masukan air dan bahan2 yang telah diblender kedalam periuk dan masak sekejap.siap.
Kalau sambal kicap terlalu pedas boleh lah masuk kan sedikit gula

Thursday, 15 November 2012

Menu evergreen...

Masa sekolah rendah, kami suka makan sandwich tapi mak tak pandai sangat nak buat sandwich pelik-pelik macam sekarang. Ada tuna, ada sardin, ada telur, ada bacon, ada ham even seafood sandwich kan. Jadi aku minta mak buat sandwich yang paling mudah..sandwich telur. Jadi kalau time kami gian nak makan sandwich tu, ada le juga abah terkejar ke kedai runcit beli ikan sardin tin paling kecil untuk mak buat sandwich sardin. Kiranya sandwich paling mewah dah tu untuk kami berlima beradik.
Bajetnya murah jer, sekali beli bahan, boleh prepare tiga empat kali kalau makan sensorang..
Lepas kami dah berkeluarga, mak dah tak buat sandwich, kami pula yang buat untuk mak. Sejak mak sakit, aku buat sandwich smugger untuk dia. Smugger tu jam untuk pesakit diabetes macam mak. Kadang-kadang letak peanut butter dan kadang-kadang letak nuttela. Dua tiga minggu lepas, sandwich nutella je aku buat sebab rasa gian semacam dengan coklat likat tu..
Roti tu memang kaler purple..ngeri jap aku nak makan sebab kaler purple..produk Uncle Slocum, len kali tak mau beli dah..agak kasar teksturnya berbanding perisa yang lain yang juga di bawah label sama..Gardenia. Paling best yang plastik hijau. Kalau korang pilih Massimo, agak manis sedikit dan Mighty White pulak cepat kering rotinya. Aku guna salad spesies Romaine, rangup dan manis. Yang bulat-bulat tu adalah olive jeruk. Ahaaa ada telur, dan sosej juga.
Lepas habis gian sandwich nutella, konon nak makan makanan sihat, kecohlah pulak nak makan chicken sandwich sebab masa aku gi event kat One World, menunya adalah sandwich ayam yang diletakkan pickle. Aku tak tau pickle mende yang dia letak tapi rasanya marvellous dan mak pun ambil setengah dozen..ehh sandwich tu cenonet je la..so wajarlah dengan saiz aku ni makan setengah dozen kan? Kalau dah saiznya sebesar dua jari, aku rasa korang pun akan ambil lima nam keping kan? Jangan nak bohong ekkk!!:)
Saja aku fokus dekat-dekat supaya korang terasa nak makan juga..jangan tenung skrin komputer di depan anda..muehehe!
Dulu masa arwah mak ada, dia selalu cakap pada kami, kalau nak makan banyak dan sedap, biar dia buat kat rumah. Dan tabiat itu kini muncul dalam diri aku pula, kalau nak makan sampai puas dan lebam dan finally minta ampun lah sebab dah jemu,aku buat sendiri, makan sampai jeling pun tak mau dah. Tapi sandwich ni jenis menu yang evergreen, apa majlis sekalipun boleh masuk..itu gahnya menu bernama sandwich ini. Kalau pencipta sandwich masih hidup, tentu dia bangga tahap galaxy!
Tiada kawan atau orang lain untuk dijadikan lawan bercakap, justeru skrin yang memisahkan antara dunia virtual dan realiti adalah bahantara terbaik untuk aku lihat setiap ketika di kala ada kelapangan, tapi aku tidak pernah berasa sunyi kerana aku tahu kalian semua sentiasa ada di sini. Pada setiap hirupan kopi, ada aroma rindu yang menyerbak dan dalam setiap gigitan sandwich itu, seberkas kenangan mengetuk minda, berapungan dalam udara sejuk malam...dan pada setiap gigitan yang ditelan, usia beranjak pergi meninggalkan sejarah peribadi. Aku sudah lama tak ziarah 'rumah' mak sebenarnya. Mak, salam maal hijrah untuk mak. Dan sahabat yang terbaca ini, salam maal hijrah untuk anda juga.

Wednesday, 14 November 2012

Soto enam bintang Teluk Panglima Garang

Cop! Happy Deewali to R n B. Walaupun u all tak masuk sini, saja nak ucap juga. Walaupun R tak celebrate hari raya dia dan B pula free thinker, nak juga aku wish depa ni. Kenyataannya, depa yang sepatutnya sambut Deepavali, aku yang raya sakan..apa taknya Selasa semalam, gigih memandu ke USJ, sambil terhegeh-hegeh baca signboard dan akhirnya sampai juga ke NP territories walaupun aku tak pernah jejak USJ...Net bak kata u kita boleh dan kita mesti boleh kan? Ini semua berlaku adalah kerana memenuhi jemputan Kak Sha @ SR yang membuat undangan khas kepada kami.Dan kami pun memulakan perjalanan ke Kak Sha territories pula..
Lama tak tengok tudung saji warna merah bulat macam tu..tetiba pling ada depan mata. Dulu arwah mak ada dua saji bulat ni, biru dan merah..
Jadinya dalam cuaca seperti dapur pemanggang, kami menuju ke Teluk Panglima Garang yang sederhana garang trafiknya. Tak jam dan tak juga lapang. Semangat nak memenuhi jemputan berkobar-kobar. Sambil tu aku suspen juga sebab kebiasaannya blogger yang datang ke Windsor, tapi kali ini aku yang keluar dari Windsor. Iskk sedikit susah hati sebab kalau kat Windsor memang aku dah tahu sudu garfu kat mana tapi nak pi rumah orang ni, mak segan!
Dan ini adalah soto Kak Sha Teluk Panglima Garang yang sangat enak..sebagai pemakan tegar, aku tag soto ini adalah soto enam bintang atau full mark. Kalau buat food review, soto ini adalah highly recomended..
Tapi kan, bila sampai je kat bunglow melebar luas tu..whoaaa...woohoo...hmmm dan arghhh lapar! Semua hilang, terus tak boleh kontrol diri yang bajet skima dan sopan santun. Aku memang tak boleh kompromis dengan sup atau soto..kebetulan tuan rumah sediakan soto yang sangat menggoda...terangsang habis. Eyegasm sungguh. Dua kali topup, kalau prepaid punya rega, tahap yang RM50 tu dia punya nilai. Jadi agak-agak berapa kali soto itu diisi ke dalam mangkuk sayer? Rahsia!
Haaa puding ini buat aku rasa macam tak mahu meninggalkan meja makan..
Sambil slurppp soto tu sambil sembang gedebuk gedebak, tetiba tuan rumah kata ada puding..mak datukkk sekali lagi aku pejam-pejam mata buat-buat segan pada NP, walhal dalam hati yayyy! Horrayyy! NP u jangan percaya lakonan i semalam tu yang konon segan kan..the actual is i likeeee! Hikhikhik...

Perghhh saiznya kecik je yang dipegang itu tapi baunya..woohoo semerbak! Aku dah berkira-kira nak buat serawa durian dan durian cotton kek!
Tetiba ada bau durian...rupa-rupanya tuan rumah dah sediakan dua longgok durian..hwaaa apa lagi...orang mengantuk diberi tilam bantal le kan. Aku rasa nak golek-golek atas lantai sebab teruja dengan durian yang gugur dari pokok tepi rumah tu..hmm sapa yang dok Frankfurt tu sorry la ehh...KA sila jamu mata anda..ataupun sila menelan liur saja lah yer..mueheheh! Bayangkan originality durian itu yang gugur sebelah rumah jer..aku yang tak pernah tengok durian gugur ni...tetiba bau durian tu sangat seduce.
Semua aksesori soto penuh sebab belum di makan. Sorry pic lepas makan tak boleh download sini sebab mesti u all boleh agak kalau tengok bekas-bekas yang kesemuanya hampir kosong...berapa banyak kami makan???
Dah makan soto, dah makan puding, dah minum kopi, tu nampak tak buah-buahan tu..adehh semua sedap.Aku syak tuan rumah ni mesti masak dengan penuh kasih sayang ni sebab semua yang dimakan rasa sedap..tak pun aku yang kebulur..yang confirm, soto tu memang yummy tahap Pavillion! Sedap, jadi wajar diberi satu ibu jari tegak!
Terima kasih kepada Kak Sharifah Rosidah kerana menjemput kami ke Teluk Panglima Garang dan menyediakan hidangan yang sangat menyelerakan..Kak Sha semalam i pekena lagi soto yang ditapau dan ada balance lagi, masuk peti ais, balik keje malam karang pekena lagi..yummy!
Sebetulnya menu yang dihidangkan itu adalah hal kedua..apa yang aku terfikir ketika itu betapa sambutan tulus ikhlas tuan rumah yang sangat luhur dan nawaitu untuk mewujudkan satu silaturahim yang pada mulanya berbalas-balas komen di blog, akhirnya jadi satu realiti..membuatkan aku berasa terharu kerana sejak blogging, ini adalah kali kedua aku memenuhi undangan. Kali pertama memenuhi jemputan blogger adalah pada 2004 dan ini yang terbaru. Selebihnya aku yang jadi hos dan bukan jemputan. Bila jadi jemputan ni, rasanya berbeza..Kak Sha terima kasih daun keladi...heeee:)
* Semalam aku mimpi naik basikal bersama tiga lelaki dan seorang wanita pelancong asing. Motif mimpi cenggitu? Kak Sha mesti tahu apasal mimpi itu muncul kan kak..hehe!

Thursday, 8 November 2012

Momento of life...

“What is a friend? A single soul dwelling in two bodies.”Aristotle

What else i can define our relationship now. To be more exact, not relationship but friendship because it will lasting forever. How can i forgot him because we experienced together for the past 18 yrs. (Knew him for 5++ yrs and been together for more than 13 yrs..ahhh too long isn't). But we never know our fate, eventho we know that HE already create our journey from the first when sperm stick around into our mom's worm. And for the last three years, we manage our life as individual routine while he lives in Batu Caves and i move to my own sanctuary in Sg Long. Sometimes we outing for dinner and hi-tea and sometimes i went to visit his sister and his niece. His siblings did visit me during raya and we keep our perhubungan as usual as ipar. As for me, past is past and past is history. Once i labelled it as history, i need to preserve and keep it well so that i can recall, refer and see it when i feel to do that. Some people said alaa ko ni hidup dalam kenangan, apa nak jadi? I have my personal reason why i did that.
Butterfly drip tu banyak kali tersadung dan aku tak tahu dia mengalami kesakitan yang total atau buat-buat sakit sebab dia memang suka buat joke yang boleh buat jantung luruh..so the best solution is aku diam dan tanya adakah dia sakit atau tidak. Err hati kering kah aku atau memang dia yang berhati kering sebab buat lawak dengan jarum..hmmm!
Monday afternoon, his sister text me.." Kak, yeop warded. Apa-apa hal kakak call dia ya. Dia minta saya inform kakak.." And i was shock because as far as im concern, his condition is well and he has no problem at all regarding health because he went to do outdoor activities like memasukkan diri ke dalam kelompok Golongan Orang Lemah Fikiran and went fishing at tasik and kolam during his leisure times. At that time i was at Sabak Bernam. Back to KL around 11pm, i rushed to visit him at Ampang Puteri and he was in a good contition. Katanya masuk hospital sebab sakit perut saja dan we was like ketawa-ketawa sambil tengok animal planet, sambil minum kopi. Aku lah yang minum kopi, dia tak boleh minum sebab nurse kata dia kena puasa. Masa tu daj jam 12 midnite. Raftly, dia ok. I backed home around 1am and dozed off @ tidur mati sebab penat gila.

Tomorrow (Tuesday)morning, i texted and call him but no answer at all. I presumed that he was in a well and excellent situation because dia ni kalau time bergumbira atau sihat walafiat dia memang tak akan inform aku. Sejak dulu, memang dah faham sangat pe'el perangainya. Around 6.30pm he text me and told me that he just woke up after all the anaesthetic off from his body. Eh what happen you? What happen? I just had a long hour operation. MasyaAllah!! Apa hal ni hujan tidak ribut pun tidak tetiba kuar bilik bedah. 

The saddest (or may i say funniest) part was when a doctor asked him where is the rest of his family sebab basically kalau nak masuk bilik bedah, family members berderet tunggu dan mengiringi but refer to him, dia sensorang jer bertemankan nurse..aduhhh memang sadis kan dan Datuk Dr Mohammad geleng kepala while i felt funny because masa nak lawat dia pagi-pagi buta kat ICU, jam 7am pagi semalam (Wednesday morning) i inform nurse that im his wife..cheeehhh...nak menipu tapi kantoi kan. 

Atas dasar kasihan nurse bagi aku masuk dan dia juga dah inform nurse tolong bagi wife dia masuk...kehkeheh! Nasib baiknya cuma ada sorang dua saja nurse yang tahu he is bachelor dan nurse yang bagi aku masuk tu adalah nurse yang baru masuk shift so dia tak tahu kes sebenar..haha!

Last nite, i visited him and the situation was like a bit emotional and melancholy because he keep asking me about baliklah duduk satu rumah semula dengan dia and my answer was i still stand to be alone..tapi tak tahulah apa akan jadi seminit ke hadapan kerana hidup, minda, akal, hati dan fikiran kita adalah milik Allah. Kalau Allah mahu tukar pendirian sekelip mata saja boleh berlaku. It didn't mean that i change my mind but i used to be alone, manage my life alone and do everthing alone walaupun penakut gila babas lebih-lebih lagi currently ada banyak kes samun dan pecah rumah di kejiranan aku.
Wayar berselirat dan itu adalah prosedur biasa katanya. Ada banyak part yang ditoreh dengan pisau..iskk rasa pening bila tengok part tu walaupun tak sampai setengah inci tapi berupaya memberi rasa sakit pada keseluruhan badan katanya. Itu hanya sebahagian wayar dan ada beberapa kawasan lagi yang juga dipenuhi wayar.
KA, keadaan tidak selamanya baik seperti yang kita inginkan..tapi Allah mengetahui akan apa yang ada dalam hati kita. When i step out from his room and walked along to the carpark, hujan masih turun dari langit. Basah di mana-mana dan pokok-pokok berjejeran dengan titis air di hujung daunnya. Langit menangis..dan pilu mungkin kerana terluka oleh ancaman alam. Seperti kami, walaupun dia yang mengalami situasi kesakitan itu,  namun aku terasa juga kerana  kami berkongsi sesuatu dinamakan semangat kehidupan. Cubit paha kanan, paha kiri terasa sakit dan terhiris jari manis, seluruh jari terasa ngilunya!

Tuesday, 6 November 2012

Canoeing, marching, rowing, trekking...soon!

Kali pertama berkenu ialah pada 1992, merentasi Jeram Besu di Dong, Raub. Rasa macam thrill habis sebab terpaksa melalui kawasan jeram dinamakan jeram ibu gajah dan ada beberapa jeram kecil tapi garang kerana kami terpaksa mengawal kenu dengan baik supaya tidak terbalik. Untuk langkah keselamatan En Zahran kata kami kena naik tandem punya kenu. Jadi sapa-sapa yang agak tak konfiden tu boleh dikawal oleh mereka yang dah pro. Aku ambil langkah selamat, naik sama Kak Hana yang kecil molek dan mahir mengawal kayuhan. Jeram ibu gajah itu berjaya dilalui dan kami bermalam di tepi sungai..Seronok habis ketika itu kerana sungai berkenaan bebas lintah dan pacat.
Dah settle satu lap..brader yang dalam air itu adalah jurulatih..sengaja menakutkan kakak-kakak ni dengan statement ada cicak dalam kenu..hahaha semua menjerit!

Habis sesi kenu di jeram, rowing intervarsiti menunggu. Gigihlah juga berlatih di Empangan Batu, Gombak pada setiap hujung minggu. Kami kena lari satu kilometer di kawasan dam dan kemudian baru turun ke air. G Rodzi jadi kapten sebab dia kurus cekeding. G aku tau ko silent reader kat sini..jangan nak ngelak aa..Entah macam mana satu hari tu ada orang silap cakap pasal empangan tu, dan dan tu juga turun hujan ribut guruh berdentum-dentum dan kami ketika itu berada di tengah-tengah empangan. Nasib baik tak jadi arwah di kampung orang asli di dasar empangan tu..huhu..ngeri bila ingat semula kemarahan kuasa alam yang berlaku secara tiba-tiba. Memang tak logik dan tak sampai akal aku nak kaitkan graviti alam dengan kata-kata dari mulut laser seorang dari rakan kami...petir sabung menyabung dan selepas setengah jam, air di empangan tenang macam langsung tak pernah berlaku ribut guruh, ajaib!

Bersedia untuk memulakan latihan..

Habis aktiviti kenu, masuk ROTU (Reserve Officer Training Unit) pula sebab minat sakan dengan pakaian seragam. Ya ke minat dengan pakaian seragam yang tak cantik langsung tu? Cisss tipu! Tipu! O ya sebenarnya elaun yang diberi itu yang menarik mata duitan aku untuk masuk ROTU semasa belajar dulu. Tiga tahun juga bergelumang dengan abang askar di Sg Besi sehingga tamat dan menerima watikah daripada YDP Agung ketika itu, Almarhum Tuanku Jaafar. Watikah pentauliahan diadakan di USM dan kami berkampung di desa Aman beberapa hari. Kenangan manis ialah kami menang kawad kaki mengalahkan lapan universiti lain. Perang besar juga di atas padang kawad sebab kadet lain tidak puas hati, tapi kenyataan adalah kenyataan, kami menang kawad kaki pada 1994! Yayy!
Siapa sangka Ila The Bintang bertemu jodoh dengan Ali The Star ketika dalam Rotu. Ila tak habis kawad pun dan G Yusuf berkahwin dengan jurulatih kami, Kapt RossKelly. La ni aku tak tahu depa anak berapa dah..
Berkayuh atas darat sebelum turun ke air..steady kak...depa semua ni dah nak cecah 40 malah ada yang 40 above tapi badan kemain sasa dan bertenaga..
Weekend lalu, aku tersinggah di Lake Garden Titiwangsa, terjumpa pula dengan geng Kenu Wanita Malaysia. Depa dok kalut berlatih nak sertai mini ekspedisi di Melaka minggu ini dan awal tahun depan nak menyertai Ekspedisi Kebangsaan Langkawi. Ada ke lagi stamina aku nak masuk kenu macam depa ni?? Tak boleh jadi kalau dok diam2 macam ni, kena ambil stamina juga.

Buddy i tau u tak suka masuk hutan sebab ada becak segala bagai kan, tapi i nak pi juga Taman Negara, nak ikut?

Sunday, 4 November 2012

Entry tertangguh...

Dua tiga hari ini banyak perkara yang di luar jangkaan berlaku sehingga aku dah tak tahu lagi nak jangka apa akan berlaku. Tentu pernah dengar kata-kata seminit ke hadapan, kita tak pernah tahu apa akan berlaku. Jadi lebih baik tidak membuat spekulasi atau telahan, sebaliknya boleh saja untuk membuat pelan atau persedian. Kat mana ya aku ada terbaca 'tidak membuat perancangan adalah sama dengan anda merancang untuk gagal..' Ohoo pastinya dalam hidup kita pernah gagal. Ok kebelakangan ini aku gagal untuk berlaku adil kepada tilam bantal di rumah kerana masa banyak dihabiskan di atas kerusi mengadap komputer. Dan kebelakangan ini juga aku gagal untuk berlaku adil kepada dapur di rumah kerana banyak makan diluar...sebab mereka nak belanja, jadi aku pun dengan senang hati menerima. Semoga rezeki mereka lebih murah.
French pastry dari dapur Jennifer Palencia..cream vanilla itu sangat sedap..tambah pula dengan strawberry segar dan snow sugar..hmm petang hujan yang sejuk itu adalah milik kami..
Dua hari lepas, sambil jalan-jalan jamu mata dan nak layak tekak, aku tersesat ke rumah seseorang. Tak tahu pulak tuan rumah ini, namanya Jennifer Palencia, adalah emak kepada penyanyi Mia Palencia. Dulu aku minat juga pada Mia ini sebab dia adalah public figure yang berjaya merintis laluannya sendiri dengan apa yang dia nak buat. Mak Mia ni, Jen, juga seorang yang sangat peramah dan pemurah dengan ilmu masak memasak.  Aku sampai je kat rumah dia, terus dia suruh aku buat French pastry dengan vanilla cream + strawberry. Wahh aku pun memang macam orang mengantuk disorongkan bantal tilam segala bagai. Siap menghias French pastry, kami minum kopi sambil berbual mengenai minatnya terhadap dunia masakan. Ok dia dah set apa aku kena buat kalau nak masuk MasterChef next year..ini plan ni..haha
Jennifer Palencia yang sangat murah dengan ilmu kulinari. Sesi masakan yang ditawarkan ialah RM1,500 untuk 10 sesi..sapa nak join, jom..
Malamnya, lepas balik jumpa Jen, tersinggah pula ke Community Hall Bukit Bandaraya, Bangsar. Owhh ada kenduri rupanya. Aku pun tersesat sama..selamba je duduk dan makan..lama tak merasa briyani gam kambing..memang melekat habis nasi tu dengan kambing rempahnya. Sambil makan sambil tengok pengantin lalu. Pengantinnya pun tinggi lampai, sama cantik sama padan, bagai keris pulang ke sarung. Untuk Diba dan Azli, semoga berbahagia ke akhir hayat. Tetiba sambil aku makan tu, ada suara ajaib tegur kat tepi telinga, awak bila lagi nak naik pelamin? Err perlu ke aku jawab? Ahh nanti-nanti la pak encik, saya sibuk nak penuhkan tabung..awak ke tepi bagi laluan pada saya..cheittt! Dah pi main jauh-jauh..sentap mak kejap, terus tambah nasi lagi!
Briyani gam kambing. Sedap sungguh rasanya sambil aku terlupa bertambah.tambah..berapa kali tambah? Rahsia!
Pengantin perempuan ni tinggi lampai. Masing-masing membahasakan 'Ayang' dan 'Baby', semoga kekal bahagia ke anak cucu...
Winter coat cap ayam goreng kunyit, banyak jasanya pada aku...lagi dua minggu nak pakai lagi..jadilah untuk elak sejuk yang baru nak start mengaum..
Dua tiga hari lalu menu ayam goreng kunyit juga yang aku tala. Kat tempat kerja pun order menu itu. Mungkin sebab hujan, mengingatkan pada kejadian terkandas di sebuah tempat yang ada salji dan setiap hari makan ayam goreng kunyit dan nasi putih sebab tak sabar nak balik ke rumah sendiri. Benarlah, kalau berada jauh dari rumah, macam-macam teringat nak makan. Cer kalau dok ada kat dapur, rasa nak makan maggie saja. Dan winter coat yang aku pakai tu memang berbau ayam goreng kunyit sebab pernah tertumpah menu itu di atasnya, lagi beberapa hari baju itu akan dipakai lagi...tapi kali ini tak tahu lagi sama ada ayam goreng kunyit atau telur bungkus pula yang jadi tarikan..
Inilah menu ketagihan kami ketika terkandas beberapa hari di negara yang saljinya ketika itu sedang membuak-buak turun. Nak jalan-jalan payah sebab kami tak tahan sejuk, jadi banyak masa di habiskan di kedai kopi Melayu sambil guna internet di situ..waiter pun dah tahu menu apa yang kami nak makan..
Hidup..apabila mereka mengucapkan selamat panjang usia pada hari jadi kita ironiknya itu adalah peringatan 'heyy usia anda sudah semakin pendek sebenarnya!' Dan pada usia yang masih berbaki ini, pengisian paling baik ialah melakukan sesuatu yang bermakna dan menggembirakan dalam hidup. Sepanjang usia kehidupan, separuh darinya aku melakukan sesuatu yang tidak mendatangkan kepuasan walau aku boleh menerimanya..dan kali ini masanya sudah hampir tiba..